You are on page 1of 13

Psikologi Perkembangan

Soalan 1

SENARAIKAN LIMA IMPLIKASI PENGETAHUAN TENTANG PERTUMBUHAN DAN


PERKEMBANGAN KEPADA GURU KHUSUSNYA DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Bab 1

1.0 Pendahuluan

Sejajar dengan perkembangan zaman dan masa dimana sistem pendidikan di


Malaysia semakin hari semakin mencabar lebih-lebih lagi pada zaman lambakan ilmu
ini. Berbagai kemahiran dan pengetahuan telah diperkenalkan bagi memudahkan dan
mensistematikkan kaedah pengajaran bagi setiap guru dalam memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat berjalan dengan lancar. Salah satu
daripada pengetahuan yang perlu dimiliki oleh guru ialah pengetahuan tentang
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Justeru itu Setiap seorang guru yang
berkesan haruslah memahirkan diri mereka dengan pengetahuan tersebut supaya
objektif P&P dapat dicapai. Maka daripada pengetahuan tadi akan memberi
banyak implikasi bukan sahaja terhadap pelajar malah juga kepada guru-guru.
Sesuai dengan tajuk yang akan saya bincangkan pada bahagian pertama ini ialah
mengenai implikasi pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan kepada
guru khususnya dalam P&P. sebelum saya pergi lanjut kepada perbincangan utama,
eloklah saya menerangkan sedikit tentang rasional tajuk ini untuk mengikut
pemahaman saya.

2.0 Rasional

Rasional bagi tajuk yang pertama ialah dengan memiliki dan memahirkan diri dengan
pelbagai ilmu tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak bukan sahaja
dapat megembangkan bakat dan potensi pelajar dengan melahirkan pelajar yang
seimbang dari segi fizikal, mental, emosi, bahasa, rohani, sosial dan kognitif malah
dapat memudahkan kerja-kerja guru dalam menjalankan serta memastikan proses
P&P dapat berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat objektifnya.

3.0 Definisi

Maksud pertumbuhan menurut dewan bahasa dan pustaka ialah perihal atau proses
tumbuh (tentang manusia, tumbuh-tumbuhan dan binatang); tumbesaran. Oleh itu
boleh kita rumuskan pertumbuhan ialah merujuk kepada perubahan fizikal dan
struktur badan secara kuantitatif. Ianya akan terhenti atau mengalami sedikit
perubahan pada tahap kematangan.

Manakala bagi maksud perkembangan pula mengikut dewan bahasa dan pustaka
ialah perihal atau proses berkembang menjadi maju atau tersebar dan membiak.
Daripada maksud tadi boleh dirumuskan perkembangan adalah proses perubahan
individu menyesuaikan diri dengan persekitaran secara kualitatif. Ianya berlaku
secara berterusan hasil daripada pengalaman dan pembelajaran.

Ciri-ciri Pertumbuhan dan Perkembangan.

1. Ciri-ciri Pertumbuhan - Pertumbuhan fizikal terdiri daripada perubahan


berat badan, ketinggian, lilitan kepala dan lengan, nisbah badan:kaki,
kandungan lemak badan, pertunbuhan gigi dan rangka tulang.
 Berasaskan corak tertentu -Pertumbuhan badan manusia berlaku dalam dua
keadaan iaitu dari atas kebawah dan dari tengah ketepi. Contohnya badan manusia
akan memanjang kebawah bukannya dari kaki keatas dan akan melebar dari tengah
ketepi bukannya dari tepi ketengah.
 Berterusan dan berkuantitatif -Pertumbuhan akan berlaku secara berterusan
iaitu dari dalam rahim hinggalah kepada satu tahap yang dipanggil tahap kematangan
dimana pertumbuhan akan terhenti dan mengalami sedikit perubahan. Ianya juga
boleh diukur contohnya ketinggian, berat badan, pertumbuhan gigi dan sebagainya.
 Dipengaruhi oleh Baka -Baka akan mempengaruhi pertumbuhan dimana anak
yang dilahirkan akan mengikut ciri-ciri fizikal ibubapa mereka contohnya warna kulit,
rambut, bentuk tubuh dan lain-lain lagi. Selalunya ibubapa mereka berambut kerinting
maka anak yang akan lahir juga berambut kerinting dan begitulah sebaliknya.
 Kadar berbeza antara individu dan anggota -Kadar pertumbuhan antara
individu tidak sama antara satu sama lain. Ianya berbeza dan bergantung kepada
pemakanan, persekitaran, keturunan dan sebagainya. Contohnya ketinggian, berat
badan, besar dan lain-lain lagi.
 Bergantung kepada kematangan -Kematangan individu berbeza antara satu
sama lain terutamanya dari segi jantina dimana perempuan lebih cepat matang
berbanding lelaki. Selalunya kanak-kanak perempuan lebih cepat membesar
berbanding dengan kanak-kanak lelaki. Contohnya pada usia 12 tahun kanak-kanak
perempuan lebih besar dan matang berbanding dengan kanak-kanak lelaki.
 Berhenti apabila mencapai tahap matang -Pertumbuhan seseorang akan
berhenti apabila telah mencapai tahap kematangan dimana pertumbuhan tidak akan
berlaku lagi. Tahap kematangan seseorang selalunya berlaku pada usia 60 tahun.
2.Ciri-ciri perkembangan
 Bersifat kualitatif -Hanya boleh dilihat daripada perubahan sifat dan ianya
tidak boleh diukur. Contohnya perkembangan sosial, sebelumnya kanak-kanak
tersebut pendiam dan apabila melalui proses perkembangan sosial maka ia akan
berubah sifatnya daripada pendiam kepada bercakap kerana hasil dari pergaulan
sosial antara kawan-kawan.
 Bersifat sejagat -Perubahan bersifat sejagat dan aturan semulajadi.
Perkembangan antara individu adalah sama Cuma berbeza dari segi masa iaitu cepat
dan lambat sahaja. Contohnya perkembangan bahasa, terdapat kanak-kanak normal
akan mula bercakap pada usia 4 tahun tetapi tidak lancar dan ada yang boleh
bercakap dengan baik pada usia tersebut.
 Perubahan fungsi -Perkembangan akan melibatkan perubahan fungsi iaitu
perbezaan antara dahulu dan sekarang. Contohnya daripada tidak pandai kepada
pandai, daripada pendiam kepada suka bercakap dan sebagainya.
 Susunan perkembangan -Susunan perkembangan manusia adalah serupa
iaitu sama diantara satu sama lain. Contohnya pada peringkat umur tertentu
perkembangan bahasa mula berkembang dan ianya mengikut susunan iaitu
peringkat umur.
 Baka dan persekitaran -Perkembangan bergantung dan dipengaruhi oleh
baka dan persekitaran. Sekiranya ibubapa mereka pandai maka anak yang akan lahir
juga pandai. Begitu juga dengan persekitaran, sekiranya kanak-kanak yang
dibesarkan dalam persekitaran masyarakat yang suka bergaul maka kanak-kanak
tersebut akan berkembang dari segi perkembangan sosial yang baik.
 Secara manyeluruh -Perkembangan akan berlaku secara menyeluruh kepada
keadaan tertentu dari segala aspek iaitu perkembangan kognitif, moral, fizikal,
bahasa, sosial, dan emosi. Perkembangan tidak berlaku hanya kepada satu aspek
sahaja.
 Berterusan -Perkembangan berlaku secara berterusan dan tidak akan
berhenti selagi hayat dikandung badan. Proses perkembangan akan berhenti apabila
kita mati.

5.0 Perbezaan antara Pertumbuhan dan Perkembangan

Terdapat beberapa perbezaan diantara pertumbuhan dan perkembangan. Berikut


adalah perbezaanya mengikut aspek jasmani, mental, social dan emosi. Sila rujuk
jadual 1 di bawah.

Jadual 1 ( perbezaan antara Pertumbuhan dan Perkembangan )

Aspek Proses Pertumbuhan Proses Perkembangan


( perubahan Kuantitatif ) ( perubahan kualitatif )
Jasmani Tinggi, saiz, berat dan bilangan gigi Bertambah kemahiran
bertambah. menggunakan anggota seperti
mengangkat, berjalan, berlari
dan melompat.
Mental Berkembangnya keupayaan Berkembangnya kemahiran
memikirkan tentang banyak perkara. menggunakan perkataan
bahasa, angka, pemikiran,
penaaakulan, pembentukan
konsep dan ingatan.
Sosial Mula berinteraksi dengan ahli-ahli Menyedari perbezaan antara
bukan keluarga seperti jiran, rakan lelaki dan perempuan serta
sebaya, dan guru. peranannya, kepentingan,
disiplin, kumpulan serta
penyesuaian dengan rakan
sebaya.
Emosi Tumbuhnya perasaan suka, duka, Berupaya menguasai perasaan
marah, saying, dan sebagainya dan mengawal perasaan ketika
marah atau cemburu.

6.0 Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia iaitu factor


endogen (dalam individu) dan eksogen (luar individu)

1. Faktor Endogen -Faktor endogen ialah faktor atau sifat yang dibawa
oleh individu bermula dari dalam kandungan hinggalah kepada kelahiran. Ia
merupakan faktor keturunan atau faktor pembawaan. Maka individu akan
memiliki sifat-sifat ibubapa mereka kerana hasil daripada persenyawaan
sperma dan ovum. Diantara faktor-faktor endogen adalah seperti berikut:
 Baka -Dari segi fizikal individu akan mewarisi sifat-sifat fizikal ibubapanya
seperti tinggi, bentuk badan, warna kulit, warna mata, warna rambut, sifat semulajadi
dan sebagainya. Terdapat kajian mengatakan sebahagian kecacatan mental juga
diwarisi contohnya penyakit Tay-Sachs. Selalunya jangkahayat kanak-kanak yang
mengidap penyakit tersebut adalah 3 dan 4 tahun kerana kegagalan badan untuk
memecahkan lemak. Penyakit-penyakit lain yang juga diwarisi adalah seperti sindrom
down, phenylketonuria, dan anemia sel sikel. Selain itu sahsiah juga turut diwarisi
contohnya personaliti ekstrovert ( bebas bergaul ) dan personaliti introvert ( pendiam ).
Kecerdasan juga dapat diwarisi dari kedua ibubapa.
 Pemakanan ( Ibu ) -Ibu hendaklah mengamalkan pemakanan yang seimbang
dan cukup semasa mengandung bagi keperluan fetus. Kekurangan zat makanan
akan melambatkan perkembangan sel otak manakala saiz otak janin akan menjadi
kecil.
 Kesihatan ( Ibu ) -Penjagaan kesihatan oleh ibu semasa hamil amatlah
penting seperti mengurangkan pengambilan gula dan garam supaya dapat
mengelakkan penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan preaklamsia. Selain
membuat pemeriksaan berkala ibu juga perlu bersenam, tidur yang cukup dan juga
mengelakkan memakai pakaian yang ketat serta berkasut tumit tinggi ataupun
rendah.
 Dadah dan Alkohol -Untuk mengelakkan anak yang bakal lahir mengalami
kecacatan atau berpenyakit seperti terencat akal atau penyakit jarak mata bayi lebar,
kepala kecil, jantung, sendi gagal berfungsi, hiperaktif dan sebagainya para ibu yang
mengandung hendaklah mengelak daripada pengambilan sebarang jenis dadah
ataupun meminum alkohol.
 Merokok -Para ibu hendaklah mengelakkan daripada menghisap rokok
kerana ia akan mengakibatkan janin akan mengalami kekurangan oksigen. Dimana
pembuluh darah akan mengecut setelah karbon monoksida disedut dan ini akan
mengakibatkan kecacatan pada otak serta pengecilan ukuran lilitan kepala.
 Faktor Rh darah -Sekiranya ibu memiliki Rh negatif dan bapa pula Rh positif,
maka anak yang akan lahir berdarah Rh positif. Ibu akan menghasilkan antibodi yang
berupaya memusnahkan sel darah fetus dan ia tidak akan memberi kesan yang
serius pada kehamilan pertama tetapi akan memberi kesan pada kehamilan yang
berikutnya. Antibodi yang mencukupi akan memusnahkan sel darah fetus dan
seterusnya akan menyebabkan penyakit anemia (kurang darah merah) berlaku.
 Kesan X-Ray -Terdapat kajian mengatakan sinaran laser dan radioaktif akan
menyebabkan kecacatan pada fetus dan seterusnya kepada bayi yang dilahirkan.
 Emosi Ibu -Perangsangan hormone adrenalin yang berpunca daripada emosi
ibu seperti kebimbangan, marah, dan kecemasan akan menyebabkan darah daripada
rahim mengalir ke anggota tubuh yang lain. Keadaan ini akan mengakibatkan
kurangnya bekalan oksigen pada janin.
 Umur Ibu -Faktor umur juga mempengaruhi kecacatan pada bayi. Umur yang
paling sesuai mengandung ialah diantara 20 hingga 35 tahun. Umur ibu terlalu muda
akan mempunyai risiko yang paling tinggi untuk mengalami keguguran, anak tidak
cukup umur dan kematian. Manakala umur ibu dan ayah terlalu tua pula juga boleh
menyebabkan kecacatan pada bayi seperti sindrom down atau monggoloid kerana
abnormal pada kromosom. Keabnormalan pada baka pula akan memgakibatkan
anak yang dilahirkan berisiko untuk mengidap penyakit sindrom Turner dan
Kleinfelter.
 Teratogenik dan penyakit ibu -Teratogen adalah sejenis bahan yang akan
mengakibatkan perubahan dalam kod genetic dan seterusnya akan menyebabkan
keabnormalan. Ia merupakan bahan persekitaran yang diwarisi daripada ibubapa
seperti radiasi, jangkitan (rubella) dan bahan kimia seperti kortison dan tahlidomida.
Agen teratogenik boleh menghentikan penghasilan protein, gangguan kepada
perkembangan atau tidak lengkap. Penyakit AIDS juga boleh berpindah dari ibu ke
fetus.
2.Faktor Eksogen -Faktor eksogen merupakan faktor yang datan dari luar individu
contohnya pengalaman, keluarga, persekitaran dan sekolah. Berikut adalah
faktor-faktor eksogen:
 Pemakanan -Mengamalkan diet pemakanan seimbang akan mempengaruhi
perkembangan dimana tubuh badan akan dibekalkan dengan zat-zat makanan yang
mencukupi seperti protein, karbohidrat, vitamin dan sebagainya. Proses
perkembangan akan berlaku dengan baik.
 Tempat tinggal -Persekitaran rumah yang bersih dimana selutuh isi rumah
mengamalkan sikap mengutamakan kebersihan dalam pelbagai aspek seperti
penyediaan makanan, penggunaan air, dan tandas yang bersih akan melahirkan
anak yang memiliki sifat yang bersih serta sihat dari pelbagai penyakit.
 Pusat Ibadat -Kediaman yang berdekatan dengan pusat ibadat seperti masjid
juga akan mempengaruhi perkembangan dimana anak yang dilahirkan akan menjadi
anak yang baik serta taat kepada suruhan agama.
 Media elektronik dan Sebaran Am -Penggunaan bahan media elektronik dan
sebaran am dirumah seperti televisyen, internet, radio, surat khabar dan sebagainya
juga akan mempengaruhi perkembangan dimana anak-anak didedahkan dengan
berbagai rancangan ataupun program samada berunsur pendidikan, hiburan,
pengetahuan am dan sebagainya.
 Persekitaran dunia -Keadaan keamanan dunia juga akan mempengaruhi
perkembangan dimana apabila kanak-kanak dibesarkan dalam suasana aman iaitu
bebas daripada peperangan, perbalahan, konflik dan sebagainya akan merasa
selesa samada darisegi kehidupan, pergaulan dan pembelajaran.
 Rakan sebaya -Pergaulan bebas yang sihat akan mempengaruhi
perkembangan sosial, fizikal dan lain-lain lagi. Dimana mereka dapat berinteraksi dan
bermain bersama-sama.
 Keluarga -Kelas sosial yang berbeza-beza dimana ada yang berkedudukan,
sederhana, dan miskin juga mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dimana bagi
keluarga yang kaya dapat menyediakan keperluan yang cukup seperti makanan,
pakaian, dan kelengkapan lain untuk anak-anak mereka berbanding keluarga yang
susah.
 Sekolah -Proses pembelajaran berlaku dimana bakat dan potensi
kanak-kanak akan dikesan dan dikembangkan mengikut kebolehan masing-masing.
Perkembangan darisegi jasmani, emosi, rohani, intelektual akan dikembangkan
dalam proses P&P.

7.0 Implikasi kepada guru

Hasil daripada pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan akan


memberikan berbagai implikasi terhadap guru khususnya dalam P&P. Berikut adalah
enam implikasi:

 Guru harus merancang pengalaman pembelajaran yang menggalakkan


perkembangan murid secara optimum dan bermakna dalam semua domain.
Bagi meningkatkan perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor seorang
guru perlu memperbanyakkan aktiviti bermain sambil belajar contohnya permainan
melengkapkan “jigsaw puzzle”. Murid-murid perlu berfikir (domain kognitif) untuk
mencari persamaan dan menggunakan tangan ( domain psikomotor- halus) untuk
memadankan kepingan “jigsaw” keatas papan “jigsaw” serta harus memiliki sifat
(domain afektif) yang sabar iaitu dapat menahan marah sekiranya susah untuk
memadankannya. Ketiga-tiga domain tadi saling berkait dan oleh itu guru-guru
haruslah merancang P&P dengan berkesan terlebih dahulu agar objektifnya akan
tercapai
 Guru harus menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai untuk
memupuk kemahiran, pengetahuan dan kebolehan yang dipupuk kemudiannya. Bagi
mengoptimumkan perkembangan berlaku mengikut urutan seorang guru hendaklah
membuat aktiviti yang bersesuaian seperti aktiviti menyanyi dimana murid-murid akan
meniru gara nyanyian artis yang diminati dan mempersembahkan mengikut korografi
yang dipelajari oleh guru. Guru pula akan memperbetulkan kesalahan sekiranya ada
sehingga kebolehan untuk menyanyi dan menari mula terbentuk sehingga menjadi
bagus. Oleh itu guru hendaklah memastikan murid-murid tadi dapat menguasai
kemahiran menyanyi terlebih dahulu barulah boleh beralih kepada tarian dan
seterusnya memiliki kebolehan untuk membuat persembahan. Begitu juga dengan
rancangan pengajaran, hendaklah dirancang dengan baik dimana guru mestilah
mengajar mengikut urutan dari yang senang dahulu sebelum berpindah kepada
aktiviti yang lebih susah.
 Guru menerima keadaan murid ini dan menyediakan aktiviti yang sesuai
dengan mereka. Kadar perkembangan kanak-kanak yang berbeza menyebabkan ada
murid-murid yang cepat belajar dan ada yang lambat. Maka guru haruslah
mengasingkan murid-murid tadi supaya yang cepat belajar tidak berasa jemu kerana
mempelajari benda yang sama begitu juga dengan murid yang lambat tadi tidak
ketinggalan dimana belum lagi mahir guru dah tukar kepada pembelajaran baru. Guru
juga perlu kerap mengajar secara individu dan jangan sesekali menolong murid-murid
semasa latihan supaya mereka berdikari dan benar-benar mahir walaupun guru tidak
dapat memenuhi rancangan pengajaran harian asalkan objektif P&P tercapai. Oleh
itu guru hendaklah bijak memilih aktiviti yang sesuai bagi murid-murid tadi contohnya
bagi yang cepat belajar biarkan dia dengan aktiviti melukis asalkan tidak
mengganggu P&P.
 Guru harus peka akan pengalaman sedia ada murid dan merancang aktiviti
yang boleh menggalakkan pengalaman pembelajaran mereka. Bagi
mengoptimumkan perkembangan adalah berterusan guru hendaklah membuat
kajiselidik terlebih dahulu terutamanya latar belakang keluarga melalui borang
pendaftaran murid-murid dan juga bertanya kepada murid-murid tentang pengalan
mereka semasa proses P&P. Contohnya rasa buah-buahan seperti durian,
murid-murid yang pernah memakannya akan dapat bercerita tentang rasa dan bau
buah durian disamping itu guru pula haruslah menyediakan buah durian sebenarnya
sebagai set induksi. Maka perkembangan pengalaman mereka akan bertambah
apabila dapat merasa dengan sendiri begitu juga dengan perkara-perkara yang lain
seperti pernah menaiki pesawat, melawat Zoo dan sebagainya.
 Guru harus mempelajari dan memahami sosio budaya yang memberi kesan
kepada perkembangan dan pengalaman pembelajaran murid tersebut serta
menyediakan aktiviti yang dapat menyuburkan potensi kanak-kanak ini ke peringkat
optima. Berbagai cara boleh dilakukan oleh guru termasuklah membuat lawatan
sambil belajar ke tempat-tempat yang dapat memberi pemahaman kepada
murid-murid semasa proses P&P seperti zoo untuk melihat haiwan tersebut dengan
lebih dekat dan langsung. Memberi ganjaran kepada murid-murid yang dapat
menyiapkan latihan seperti melukis dengan baik. Ganjaran tersebut tidak semestinya
hadiah malah guru boleh menampal lukisan tersebut didinding kelas bagi
menggalakkan murid-murid untuk melukis dengan baik dan seterusnya
memperkembangkan lagi potensi mereka untuk melukis atau menghantar mereka
menyertai pertandingan-pertandingan melukis yang dianjurkan. Memilih alatan
permainan yang sesuai serta menempatkan peralatan tadi di suatu sudut yang
menarik iaitu sudut bermain serta menyediakan proses P&P yang kondusif bagi
menarik minat murid-murid untuk belajar.
 Guru hendaklah memberi peluang murid menjalankan pelbagai aktiviti
berasaskan konsep bermain sambil belajar untuk meningkatkan perkembangan ke
peringkat yang lebih optimum. Konsep bermain sambil belajar merupakan
pendekatan yang sangat berkesan dalam P&P prasekolah. Oleh itu guru hendaklah
memperbanyakkan lagi aktiviti bermain seperti memadankan “jigsaw puzzle” dan
sebagainya kerana semasa dalam aktiviti bermain murid-murid akan dapat
memperkembangkan perkembangan dari segi sosial, emosi, rohani dan kognitif
secara langsung. Selain itu mereka dapat meningkatkan perkembangan domain
afektif dan juga domain psikomotor. Oleh itu guru harus bersedia dengan merancang
dengan teliti seperti hasil pembelajaran, bahan yang sesuai serta dapat menarik
minat murid-murid sebelum melaksanakannya.

8.0 Kesimpulan

Sebagai seorang guru yang berkesan hendaklah memiliki dan memahirkan diri
dengan ilmu pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
supaya akan memudahkan kerja mereka untuk memilih dan merancang P&P yang
sesuai. Selain itu dapat mengoptimakan perkembangan kanak-kanak serta dapat
mengembangkan lagi potensi dan bakat kanak-kanak selaras dengan falsafah
pendidikan Negara. Akhirnya dapat memenuhi matlamat pendidikan prasekolah
iaitu bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan,
menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke
sekolah rendah. Seterusnya akan melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi
perkembangan fizikal, mental, emosi, bahasa dan sosial.
Soalan 2

MENGIKUT TEORI PIAGET PADA PERINGKAT PRA OPERASI KANAK-KANAK


SUDAH MULA MENGUASAI KEMAHIRAN BERBAHASA DAN BERUPAYA
BERFIKIR DALAM BENTUK SIMBOL. CADANGKAN 5 LANGKAH YANG BOLEH DI
AMBIL OLEH GURU UNTUK MEMBANTU PERKEMBANGAN KOGNITIF DI
PERINGKAT INI.

Bab 2

1.0 Pendahuluan

Terjadinya proses belajar sebagai upaya untuk memperoleh hasil belajar


sesungguhnya sulit untuk diamati karena ia berlaku di dalam mental. Namun
demikian, kita dapat mengidentifikasi dari kegiatan yang dilakukannya selama
belajar. Sehubungan dengan hal ini, para ahli psikologi cenderung untuk
menggunakan pola tingkah laku manusia sebagai suatu model yang menjadi
prinsip-prinsip belajar. Contohnya Piaget (sebagai “bapa” psikologi kognitif),
memandang bahawa pengetahuan terbentuk melalui
proses asimilasi dan akomodasi.Maksudnya, apabila pada seseorang
diberikan suatu informasi (persepsi, konsep, dsb), dan informasi itu sesuai
dengan struktur kognitif yang telah dimiliki orang tersebut, maka informasi itu
terus berintegrasi (berasimilasi) dengan struktur kognitif yang sudah ada dan
mendapat pengetahuan baru. Sebaliknya, apabila informasi itu belum ada
dengan struktur kognitif yang telah dimiliki orang tersebut, maka struktur
kognitif yang sudah ada direstrukturisasi sehingga terjadi penyesuaian
(akomodasi) dan baru kemudian memperolehi pengetahuan baru.

2.0 Rasional

Bagi setiap bakal guru, mereka perlu menyesuaikan langkah-langkah yang


bijak bagi memperkembangkan lagi perkembangan kognitif dan bahasa bagi
setiap kanak-kanak diperingkat awal lagi supaya bakat dan potensi yang ada
pada kanak-kanak dapat dikembangkan. Ini akan membentuk kanak-kanak
yang akan lahir seimbang dari semua perkembangan bukan sahaja bahasa
dan kognitif malah fizikal, emosi dan rohani.

3.0 Konsep Perkembangan Piaget

Teori pembelajaran kognitif menekankan proses kognitif untuk menghasilkan


perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Manakala pembelajaran adalah
proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara persekitaranya. Oleh itu
pembelajaran kognitif merupakan satu proses yang mana individu
menggunakan pengalaman yang sedia ada untuk memikirkan cara
penyelesaian masalah yang dihadapi

Perkembangan kognitif sebagian besar ditentukan oleh manipulasi dan


interaksi aktif anak dengan lingkungan. Pengetahuan datang dari tindakan.
Piaget yakin bahwa pengalaman-pengalaman fizik dan manipulasi lingkungan
penting bagi terjadinya perubahan perkembangan. Sementara itu bahawa
interaksi sosial dengan teman sebaya, khususnya berargumentasi dan
berdiskusi membantu memperjelas pemikiran yang pada akhirnya memuat
pemikiran itu menjadi lebih logik (Nur, 1998).

Teori perkembangan Piaget mewakili konstruktivisme, yang memandang


perkembangan kognitif sebagai suatu proses di mana anak secara aktif
membangun sistem makna dan pemahaman realitasi melalui
pengalaman-pengalaman dan iteraksi-interaksi mereka

Menurut teori Piaget, setiap individu pada saat tumbuh mulai dari bayi yang
baru di lahirkan sampai dewasa mengalami empat tingkat perkembangan
kognitif. Empat tingkat perkembangan kognitif itu adalah sensori/deria motor
(usia 0 - 2 tahun), Pra operasi (usia 2 – 7 tahun, Operasi kongkrit (usia 7 – 11
tahun) dan Operasi formal (usia 11 tahun hingga dewasa). Sila rujuk jadual
2(Peringkat Perkembangan Kognitif)

J
a
Umurd Peringkat Cara berfikir
0-2 tahun
u Deria motor Gunakan deria motor untuk fahami dunia mereka
2-7 tahun
a Pra operasi Keupayaan berfikir secara simbolik untuk menyelesaikan
l masalah. Tahap pemikiran tidak mengikut logik, mudah
diperdaya oleh persepsi lain
7-11 tahun
2 Operasi Konkrit Berfikir secara logik dan konkrit
12 tahun Operasi Formal Boleh berfikir secara abstrak dan kesan akibat jangka
( panjang
Ke atas
P
(Peringkat Perkembangan Kognitif)

Berdasarkan tingkat perkembangan kognitif Piaget ini, untuk pelajar pada usia
11 tahun dan ke atas berada pada taraf perkembangan operasi formal. Pada
usia ini yang perlu dipertimbangkan adalah aspek-aspek perkembangan
pelajar. Dimana pelajar mengalami tahap transisi dari penggunaan operasi
konkrit ke penerapan operasi formal dalam berfikir.Pelajar mulai menyedari
had pemikiran mereka, di mana mereka mulai bergelut dengan
konsep-konsep yang ada di luar pengalaman mereka sendiri. Seterusnya
pada tahap operasi formal pelajar mula boleh berfikir secara abstrak dan juga
kesan-kesan jangka panjang

4.0 Pembahagian Manusia

Mengikut piaget (1977) menggariskan tiga konsep iaitu skema, asimilasi, dan
akomodasi yang dapat menjelaskan cara perkembangan mental terjadi

4.1 Skema

Skema merupakan struktur mental di mana individu menyusun


maklumat dan pengalaman yang diperolehi hasil daripada interaksi
dengan persekitarannya. Struktur mental berubah dan boleh
disesuaikan semasa berlakunya perkembangan mental dan
pembelajaran. Skema digunakan untuk mengenal pasti, memproses
dan menyimpan maklumat yang mengalir masuk malah boleh diertikan
sebagai kategori-kategori di mana individu mengelas dan menyimpan
maklumat spesifik serta pengalaman. Skema sebagai struktur
perkembangan kognitif berubah menerusi proses asimilasi dan
akomodasi.

4.2 Asimilasi

Asimilasi merupakan proses kognitif dimana seorang pelajar


mengintegrasikan maklumat dan pengalaman baru dengan skema
yang sedia ada. Proses ini melibatkan sesuatu organisma makan
makanan, hadam makanan itu, dan asimilasi atau tukarkan kepada
bahan yang berguna kepada badan manusia. Semasa proses
penbelajaran asimilasi berlaku hasil daripada interaksi pengalaman
dengan skema yang ada. Skema berkembang dengan bertambahnya
pengalamann baru tetapi struktur asasnya tidak berubah. Oleh itu,
proses asimilasi cuba menempatkan dan membina konsep-konsep
baru dengan bantuan skema yang ada.

4.3 Akomodasi

Akomodasi merupakan proses untuk meminda atau menambah skema


yang ada atau menghasilkan skema baru. Skema berubah hasil
daripada pengalaman dan kerana itu bidang skema pelajar dewasa
lebih luas daripada kanak-kanak. Seorang pelajar akan cuba
mengasimilasikan dengan skema yang sedia ada apabila bertemu
dengan konsep atau pengalaman baru. Jika proses asimilasi tidak
secocok, dua kemungkinan boleh dilakukan iaitu pelajar boleh bina
satu skema baru berasaskan rangsangan itu dan skema yang ada
boleh dipindah supaya rangsangan baru itu dapat disesuaikan.
Kedua-dua proses ini merupakan bentuk akomodasi.

5.0 Langkah-langkah yang boleh diambil oleh Guru

Sebelum memulakan pengajaran setiap guru haruslah membuat persiapan


yang lengkap contohnya dengan menggunakan rancangan mengajar yang
berkesan iaitu dengan menyusun isi pelajaran mengikut perkembangan
kognitif pelajar seperti daripada konkrit kepada abstrak iaitu daripada mudah
kepada yang susah. Bagi pembelajaran baru dan kompleks, setiap guru
haruslah membimbing pelajar dengan menggunakan proses akomodasi untuk
mengubah struktur kognitif mereka agar dapat mengadaptasikan keperluan
situasi pembelajaran yang dihadapi oleh mereka. Oleh kerana proses
akomodasi bergantung kepada motivasi instrinsik.

5.1 Bahasa dan cara berfikir kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa.
Ianya bergantung kepada tahap-tahap mengikut faktor kematangan.
Oleh itu guru perlu mengajar dengan menggunakan bahasa yang
paling sesuai dengan cara berfikir kanak-kanak supaya ianya mudah
difahami contohnya semasa menerangkan sesuatu fakta, data
ataupun konsep. Dengan menggunakan bahasa yang mudah dan
tepat akan mempercepatkan lagi kerja guru dalam menyampaikan
sesuatu pengajaran kerana pelajar akan mudah memahami dengan
setiap apa yang diajar dan pengajaran guru juga akan menjadi lebih
mudah dan cepat.

5.2 Kanak-kanak akan dapat belajar dengan lebih baik apabila dapat
menyertai dalam latihan berkumpulan. Guru harus membantu
kanak-kanak agar dapat berinteraksi dalam kumpulan dengan cara
menggalakkan mereka untuk berkomunikasi dalam menyelesaikan
kerja-kerja kumpulan. Konsep bermain sambil belajar juga penting
selain dari mereka dapat memperkembangkan perkembangan fizikal
malah perkembangan bahasa juga turut terlibat contohnya dalam
permainan teka-teki dan sebagainya. Apabila guru memberi gambaran
dari segi bunyi ataupun lakonan dan meminta kanak-kanak untuk
menjawab. Diakhir P&P kanak-kanak dapat menyebut perkataan yang
mudah contohnya nama-nama binatang, kenderaan, buah-buahan dan
sebagainya. Apabila mereka mula berbincang sesama sendiri dan
masing-masing cuba memberi jawapan. Dengan cara ini kanak-kanak
akan berkembang dari segi kognitif dan bahasa kerana pelajar akan
mula menggunakan pemikiran dan juga bahasa.

5.3 Alat bantu mengajar (ABM) yang harus dipelajari kanak-kanak hendaknya
dirasakan baru tetapi tidak asing. Contohnya penggunaan komputer
riba, alat pandang dengar dan lain-lain lagi. Dedahkan kanak-kanak
dengan huruf-huruf yang menarik supaya dapat menarik perhatian
mereka seperti pemilihan tulisan, warna dan juga gambar. Tulisan
hendaklah yang dapat dilihat dengan jelas dan difahami seperti “Times
New Roman” manakala saiz huruf pula bergantung pada jarak
kanak-kanak dengan skrin tayangan. Bagi penggunaan warna pula
hendaklah kontras (huruf dengan latar belakang) seperti hitam putih,
merah putih, dan biru putih. Penggunaan gambar 3D dan gambar
gerak juga boleh membantu kanak-kanak memahami objek yang cuba
diterangkan kerana selain memberi penerangan kanak-kanak akan
lebih memahami apabila dapat melihat objek. Oleh itu semasa set
induksi lebih baik guru dapat menyediakan objek sebenar contohnya
semasa mengajar tentang buah-buahan. Sediakan buah sebenar
seperti pisang, betik, tembikai dan sebagainya. Bergantung kepada
kesesuaian minggu pengajaran ataupun tema. Selain memudahkan
dan mempercepatkan pemahaman pelajar, mereka juga dapat
mengembangkan perkembangan kognitif dan juga bahasa.

5.4 Berikan peluang agar kanak-kanak belajar mengikut kesesuaian tahap


perkembangan mereka. Tahap perkembangan kanak-kanak berbeza
antara satu sama lain, oleh itu sebagai seorang guru kita perlu bijak
merancang P&P dan juga mengenal pasti kanak-kanak berdasarkan
penilaian yang telah dibuat. Justeru itu asingkan pelajar iaitu bagi
pelajar yang lambat perkembangannya akan diajar secara individu
supaya mahir dan tidak ketinggalan manakala yang cepat
perkembangan pula diberi kerja-kerja yang sesuai dengan minat
mereka seperti melukis, mewarna, dan sebagainya supaya mereka
tidak jemu dan mengganggu P&P. Guru tidak perlu risau apabila gagal
menghabiskan sukatan P&P asalkan kanak-kanak dapat memahirkan
diri terlebih dahulu sebelum ke pelajaran baru. Galakkan juga pelajar
berfikir seperti memberi soalan yang mudah-mudah bagi
memperkembangkan lagi pemikiran mereka.

5.5 Guru juga hendaklah mengajar mengikut urutan iaitu dari mudah ke susah.
Rancang P&P yang sesuai mengikut tahap perkembangan dan
mahirkan mereka dengan objektif yang mudah dahulu barulah pergi
ketahap yang seterusnya. Contohnya mengajar mengenal huruf
dahulu barulah mengajar mengeja. Berbagai cara boleh dilakukan
untuk kanak-kanak supaya dapat menghafal huruf seperti membuat
aktiviti nyanyian semasa proses P&P. galakkan mereka supaya
mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dilakukan agar
perkembangan dapat berlaku. Selain itu penting bagi guru untuk
mengenal pasti latar belakang pelajar bagi membezakan pengalaman
mereka. Disamping itu guru juga perlu bertanya kepada mereka
tentang pengalaman sedia ada. Dengan cara ini, akan memudahkan
guru-guru untuk merancang P&P dan meningkatkan lagi tahap
perkembangan kognitif dan bahasa mereka.

6.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulan untuk soalan 2, seorang guru perlu menguasai


teknik-teknik pengajaran yang berkesan dalam proses P&P supaya
perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak dapat diperkembangkan dari
peringkat awal lagi iaitu di peringkat pra operasi. Berbagai langkah-langkah
boleh digunakan supaya dapat melahirkan kanak-kanak yang berkembang
dari segi bahasa dan kognitif. Selain dari dapat mencapai matlamat objektif
P&P, ia juga dapat memberi impilkasi kepada guru-guru.

7.0 Refleksi

Kepada setiap bakal guru prasekolah, saya merasakan tajuk ini amat sesuai
untuk difahami dan dikuasai supaya dapat digunakan semasa proses P&P
kelak. Kesukaran bagi saya untuk memahami soalan ini banyak
mempengaruhi kelancaran proses menyiapkan penulisan ini.

You might also like