You are on page 1of 62

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

1.0 KONSEP

DAN

PRINSIP KANAK-

PERKEMBANGAN KANAK

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

1.1 Konsep Perkembangan Kanak-Kanak

Setiap manusia akan melalui proses perkembangan dari semasa ke semasa. Perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat organisma. Perkembangan sentiasa berlaku terus menerus, dari awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma. Sebagai contoh, bayi yang baru lahir tidak dapat menyatakan apa yang dikehendakinya. Apabila sudah berumur dua tahun, dia berupaya menggunakan satu atau dua patah perkataan yang bermaksud makanan. Dalam situasi ini, nyatalah kepada kita bahawa kanak -kanak itu telah mengalami perkembangan. Terdapat juga pelbagai pandangan dan pendapat mengenai perkembangan. Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Contohnya, Amin seorang pelajar Tahun 3 tidak berupaya menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan campuran operasi tetapi apabila mencapai Tahun 4, Amin menunjukan kebolehan menyelesaikan masalah matematik itu dengan jayanya. Ini jelas menunjukkan Amin telah mengalami perkembangan secara positif dari segi pemikirannya. Perkembangan bersifat berterusan iaitu dari lahir hinggalah mati. Ia juga dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran. Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sasiah, adalah mengikut beberapa turutan semula jadi dan sifat-sifat sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

D.S. Wright dan Ann Taylor pula telah mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur. Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan lagi, perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat sesuatu Antara ciri-ciri perkembangan yang penting ialah, ia merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dengan pembelajaran. Perubahan-perubahan ini adalah dari segi jasmani, emosi, mental dan sosial atau lebih dikenali sebagai perubahan itu bersifat kualitatif. Selain itu, prose perkembangan juga telah membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang sejagat serta mengikut aturan semula jadi. Contohnya, kanak-kanak kecil berupaya meniarap sebelum merangkak, duduk sebelum berdiri dan berjalan sebelum berlari. Antara ciri lain ialah proses perkembangan ini secara berterusan sepanjang hayat seseorang individu dan perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Tambahan pula, peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijagkakan. Prose perkembangan berlaku dalam keadaan yang saling berkait dan meliputi perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku. Perubahan-perubahan tersebut melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosialdari segi kuantiti dan kualiti. Keseluruhan penyuburan. proses Oleh perubahan itu, proses seperti yang dibincangkan disebut proses dan

penyuburan

merangkumi

pertumbuhan

perkembangan. Jadual 1.1 di sebelah menunjukkan perbandingan antara proses pertumbuhan dengan proses perkembangan.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

Jadual 1.1

Perbezaan diantara pertumbuhan dan perkembangan. PROSES PERKEMBANGAN (perubahan secara kualiti) Jasmani Bertambah kemahiran menggunakan anggota seperti merangkak, berjalan, berlari dan melompat.

PROSES PERTUMBUHAN (perubahan secara kuantiti) Jasmani Tinggi, saiz, berat bilangan gigi bertambah

Mental Berkembangnya keupayaan memikirkan tentang banyak perkara.

Mental Berkembangnya kemahiran menggunakan perkataan bahasa, angka, pemikiran, penaakulan, pembentukan konsep dan ingatan

Sosial Mula berinteraksi dengan ahli-ahli di luar keluarga seperti jiran, rakan sebaya, guru dan sebagainya.

Sosial Menyedari perbezaan antara lelaki dan perempuan serta peranannya, pentingnya disiplin kumpulan serta penyesuaian dengan rakan sebaya.

Emosi Tumbuhnya perasaan suka, duka, marah, sayang dan sebagainya.

Emosi Berupaya menguasai perasaan dan mengawal perasaan ketika marah atau cemburu.

Sumber : Kementerian Pelejaran Malaysia, Projek Usaha Belajar Sendiri Ilmu Pendidikan, Kuala Lumpur. 1979

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

1.2 Prinsip Perkembangan Kanak-Kanak

Perkembangan manusia pada peringkat ini menonjolkan beberapa prinsip yang jelas. Terdapat 8 prinsip perkembangan utama yang boleh kita ketahui iaitu 1. Perkembangan mengikut arah tertentu. Perkembangan mempunyai arah baik sewaktu peringkat belum lahir mahupun pada peringkat sudah lahir. Arah-arah itu seperti :

a) Arah kepala ke kaki : Perkembangan bermula dari kepala dan bergerak ke arah kaki. Ini bermakna, perubahan awal pada struktur dan juga fungsi berlaku di bahagian kepala kemudian di bahagian badan dan akhir sekali di bahagian kaki. Kepala kanak-kanak kecil biasanya berat kerana perkembangan sudah banyak berlaku di bahagian kepala dibandingkan dengan bahagian lain misalnya bahagian kaki. Itu sebabnya apabila kanak-kanak ditiarapkan, dia hanya dapat mengangkat dadanya apabila ia dapat mengangkat kepalanya. b) arah tengah ke tepi : Perkembangan ini berlaku dari arah tengah badan menghala ke bahagian luar badan dan ke hujung anggota. Sewaktu di dalam kandungan, iaitu ketika bahagian kepala dan badan sudah dikatakan cukup terbentuk, bahagian anggota kaki dan tangan hanya merupakan puntung-puntung yang belum tumbuh. Secara beransur-ansur, puntung tangan ini akan memanjang dan berkembang menjadi tangan dan jari. Daripada segi fungsi, bayi yang dikandungi menggunakan lengan terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan tangan dan jari.

2. Susunan perkembangan adalah serupa bagi semua ahli. Corak perkembangan bayi adalah sama daripada satu peringkat ke peringkat yang lain. Sebelum berjalan, lazimnya seorang kanak-kanak berdiri terlebih dahulu. Corak yang lazim ini tidak akan berubah, jika seseorang kanak-kanak yang dilahirkan awal, dia mungkin terlambat dalam beberapa aspek perkembangan, tetapi dapat sampai ke peringkat kanak-kanak lain seperti yang sepatutnya.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

3. Perkembangan berlaku daripada keadaan yang menyeluruh kepada keadaan yang tertentu. Pada peringkat awal kehidupan, seseorang bayi hanya dapat memberi gerak balas secara menyeluruh ke atas sesuatu rangsangan kerana tulang dan otot masih belum matang. Umpamanya, jika seseorang bayi cuba mengambil sesuatu benda, hampir seluruh badannya bergerak bersama-sama dengan lengan dan tangannya kerana jarinya masih belum dapat digunakan. Selepas besar, pergerakan bagi mengambil sesuatu benda hanya memerlukan jari sahaja tanpa menggerakkan sebahagian besar badannya. Emosi kanakkanak juga berlaku secara menyeluruh. Misalnya pada peringkat awal, ketakutan kanak-kanak ditunjukkan secara menyeluruh. Kemudian

ketakutannya hanya kepada perkara-perkara tertentu sahaja. Ternyata perkembangan itu berlaku mengikut proses pembezaan. Selepas proses pembezaan mencapai sesuatu peringkat ketentuan, proses penyatuan pula berlaku. Umpamanya, beberapa kemahiran yang terdapat pada terdapat pada seseorang adalah pemilihan dan gabungan beberapa tingkah laku yang menjadi penggabungan baru.

4. Perkembangan adalah berterusan. Perkembangan diri seseorang berlaku secara berterusan. Ia bermula daripada percambahan sehingga akhir hayat. Perkembangan ini berlaku pada kelambatan atau kecepatan yang berbeza-beza. Disebabkan perkembangan itu berterusan, apa yang berlaku pada satu peringkat mempengaruhi peringkat yang lain. Umpamanya, rumah tangga yang tegang pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak mempengaruhi sahsiah kanak-kanak seterusnya. Tanggapan negatif kepada ibu bapa yang kerap bertengkar sukar dihapuskan. Perkembangan dan pertumbuhan jasmani pada peringkat awal terutamanya pada peringkat kehamilan dapat menentukan sifat kanak-kanak sewaktu dewasa nanti. Sekiranya berlaku kecatatan kecil pada peringkat awal kehamilan, kecatatan ini membesar selepas ia dewasa nanti.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

5. Perkembangan berlaku mengikut kadar yang berlainan. Kecepatan dalam proses perkembangan tidak pernah sama. Anggota yang berlainan mempunyai kecepatan yang berlainan. Kanak-kanak yang tinggi kecerdasannya tetapi masih belum matang selalunya mempunyai

perkembangan kecerdasan yang mendahului peringkat kematangan jasmani, kemasyarakatan dan emosi. Mereka selalunya susah menyesuaikan diri dengan kanak-kanak yang sebaya dan juga kanak-kanak yang lebih tua.

6. Perkembangan bahagian anggota saling berkaitan antara satu sama lain. Perkembangan dan pertumbuhan satu-satu anggota adalah berkaitan dan mempengaruhi perubahan keseluruhan anggota lain. Kesan daripada keadaan ini, kanak-kanak yang cepat matang berbeza dengan kanak-kanak lain yang sebaya tetapi lambat matang. Perbezaan ini bukan sahaja terdapat pada keadaan jasmani mereka tetapi juga daripada segi mental dan tingkah laku. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa perkembangan itu adalah proses yang bersepadu melibatkan penyesuaian keseluruhan badan.

7. Corak perkembangan berbeza mengikut individu. Walaupun didapati susunan perkembangan sama, tetapi corak perkembangan adalah berbeza-beza. Oleh itu, tidak semua kanak-kanak mencapai peringkat perkembangan yang sama pada umur yang sama. Contohnya, seorang kanak-kanak mungkin boleh bercakap pada umur 24 bulan manakala seorang kanak-kanak yang lain hanya boleh bercakap pada umur 30 bulan.

8. Berperingkat-peringkat Hidup manusia berperingkat-peringkat. Setiap peringkat dapat dibezakan melalui sifat yang nyata bagi peringkat itu. Sifat tertentu bagi sesuatu peringkat itu memberikan sifat keutuhan dan sifat yang unik. Walaupun terdapat peringkat-peringkat ini, tetapi garis-garis pembahagian tidak nyata bagi memisahkan di antara satu di antara satu dengan yang lain. Perkembangan ini bermula dengan peringkat pralahir, peringkat bayi, awal kanak-kanak, akhir kanak-kanak, remaja, dewasa dan peringkat tua.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

Secara keseluruhannya, prinsip perkembangan ini boleh dirumuskan seperti dalam rajah 1.2. dibawah.

BEPERINGKAT PERINGKAT

ARAH 1. Arah kepala ke kaki (cephalocaudal). 2. Arah tengah ke tepi (proximodistal).

SUSUN ATUR TERSENDIRI

BERBEZA

MENYELURUH

BERKAITAN DAN MEMPENGARUHI


KECEPATAN

BERTERUSAN

Rajah 1.2.

Prinsip Prinsip Perkembangan.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

2.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAKKANAK

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

Mengikut kajian ahli psikologi, perkembanagn manusia dipengaruhi oleh dua faktor yang utama iaitu : 2.1 2.2 Faktor baka Faktor persekitaran

2.1 Faktor Baka Pernahkah kita bertanya mengapa warna mata dan rambut kita berbeza daripada orang kulit putih? Jika kita membandingkan warna mata atau rambut kita dengan warna mata atau rambut ibu bapa kita, kita akan mendapati keadaan yang sama. Sebenarnya, warna mata kita yang hitam adalah sama dengan warna mata ibu bapa kita disebabakan faktor baka. Baka adalah ciri-ciri yang diperturunkan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Oleh itu, ahli-ahli keluarga biasanya mempunyai sifat-sifat yang sama seperti warna mata, kulit, warna rambut, bentuk muka dan telinga, kecerdasan dan penyakit seperti diabetes. Walau bagaimanapun, terdapat juga perbezaan sifat di antara anak dengan ibu bapa. Sifat-sifat yang berbeza itu mungkin berasal daripada nenek moyang. Ini adalah kerana gen yang menentukan sifat-sifat yang berbeza itu mungkin telah lama terpendam. Gen ini pula akan muncul semula apabila keadaan sesuai. Ketika gen itu berpasangan dengan pasangannya, gen itu muncul lebih kuat lalu menyebabkan berkembangnya sifat yang berbeza itu. Terdapat juga pelbagai pandangan daripada ahli psikologi mengenai baka. Menurut Norman L. Munn, baka merupakan ciri-ciri yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Ernest R.Hilgard pula mengatakan bahawa baka ialah ciri-ciri biologi yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen. Walau bagaimanapun, W.E. Vinacke pula menyifatkan baka sebagai penentu struktur-struktur organ, arah sistem biologi yang akan berkembang serta potensi-potensi seseoarang individu.

10

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

Bagai Amram Schienfeld pula, beliau menyatakan bahawa baka itu menentukan persamaan-persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan di kalangan ahli-ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi trait-trait seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi. Menurut J.A Thomson, baka itu merujuk kepada perhubungan genetik di antara generasi manusia. Pengaruh baka ke atas perkembangan kanak-kanak adalah jelas dilihat daripada ciri-ciri berikut:

i.

Ciri-ciri fizikal. Warna kulit seseorang individu sama ada hitam, putih atau coklat adalah diwarisi daripada ibu bapa atau datu nenek. Begitu juga dengan warna dan bentuk mata, sama ada mata itu biru atau hitam, berbentuk kecil, bulat atau sepet adalah ditentukan oleh gen yang diwarisi daripada ibu bapa. Warna rambut, sama ada hitam, perang atau lurus adalah juga dipengaruhi oleh gen. Jenis darah sama ada A positif, O, AB atau B juga bergantung kepada gen. Saiz tubuh badan seseorang kanak-kanak juga dipengaruhi oleh baka. Kanakkanak daripada ibu bapa yang tinggi dan berbadan besar biasanya lebih berat dan tinggi jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain.

ii.

Ciri Fisiologi. Adalah didapati bahawa kanak-kanak daripada ibu bapa yang sihat juga merupakan individu-individu yang sihat. Ini bermakna sesetengah penyakit seperti diabetes, hemofilia dan kekerdilan adalah disebabkan oleh pengaruh baka.

iii.

Kecacatan mental. Rencatan mental adalah disebabkan oleh pewarisan gen yang resesif daripada kedua-dua ibu dan bapa yang mempunyai tali persaudaraan yang rapat. Penyakit fenilketonuria atau PKU juga disebabkan oleh faktor baka. Penyakit ini menyebabkan kekurangan enzim yang perlu untuk menyingkirkan fenilalanina, iaitu asid amino beracun yang terdapat dalam kebanyakan makanan. Oleh itu, bayi yang mengalami PKU akan memiliki asid beracun yang akan merosakkan keadaan mentalnya.
11

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

iv.

Sahsiah. Walaupun sahsiah seseorang individu banyak dipengaruhi oleh persekitaran, baka juga memainkan peranan yang penting. Contohnya, perangai dan sifat introvert atau ekstrovert adalah dipengaruhi oleh faktor baka. Seseorang yang cepat marah atau selalu berasa bimbang banyak dipengaruhi oleh faktor baka.

v.

Kecerdasan. Kecerdasan seseorang juga dipengaruhi oleh faktor baka. Ketika lahir, seseorang bayi mewarisi bentuk fizikal bersama dengan kelenjar deria, otak dan struktur-struktur lain yang penting untuk perkembangan kecerdasan. Jika semua faktor ini sihat, maka kecerdasan seseorang itu juga akan berkembang dengan baik. Walau bagaimanapun, baka yang baik tidak menjamin satu-satu aras kecerdasan yang tinggi. Ini kerana kecerdasan juga bergantung pada rangsangan daripada alam sekitar yang dialami oleh seseorang individu dan cara dia telah menggunakan pelunag-peluang yang disediakan oleh alam sekitarnya. Alam sekitar yang kaya dengan kemudahan seperti majalah, buku cerita, buku rujukan dan bahan-bahan bacaan akademik akan

merangsangkan perkembangan mental kanak-kanak.

12

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

2.2 Faktor Persekitaran

Faktor yang kedua yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah faktor persekitaran. Dalam kehidupan seharian, besar kemungkinan kita akan mentakrifkan persekitaran sebagai alam sekeliling. Persekitaran merujuk kepada semua pengalaman luar individu tersebut. Ia termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir. Faktor sebelum lahir atau pralahir juga dikenali sebagai prenatal. Terdapat beberapa faktor sebelum lahir yang penting seperti pemakanan. Makanan yang seimbang penting demi menjamin perkembangan bayi yang sihat dan kuat. Ini bermakna bayi tidak mudah diserang penyakit. Kesihatan ibu juga haruslah dijaga dengan baik supaya dapat melahirkan bayi yang sihat. Penyalahgunaan dadah oleh ibu lazimnya akan membahayakan perkembangan biasa seorang bayi. Contohnya, seorang bayi yang dilahirkan cacat akibat penyalahgunaan dadah Thalidomide. Selain faktor yang telah disebutkan tadi, faktor Rh juga merupakan faktor pra lahir. Pasangan suami isteri dengan faktor Rh yang bercanggah akan mengalami masalah keguguran dan kematian bayi pada peringkat sebelum atau selepas lahir. Kajian juga telah menunjukkan bahawa pendedahan seseorang ibu kepada X-ray yang berlebihan akan menyebabkan bayi yang dilahirkannya cacat sama ada dari segi jasmani atau mental. Tambahan pula, emosi seseorang ibu juga haruslah dijaga kerana seseorang ibu yang sentiasa takut, bimbang atau tertekan kemugkinan akan melahirkan bati yang kurang sihat. Umur inu juga merupakan faktor persekitaran dalam kategori pralahir. Banyak kajian menunjukkan bahawa seseorang ibu yang sudah lanjut usia kemungkinan besar akan melahirkan bayi yang mengalami kecacatan mental atau mempunyai darjah kecerdasan yang rendah.

13

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

Kategori yang kedua selepas faktor pralahir ialah selepas lahir. Faktor selepas lahir ini juga boleh dikenali sebagai postnatal. Ia juga merupakan faktor persekitaran yang boleh menyebabakan perkembangan kanak-kanak. Antara faktor selepas lahir ialah : i. Pemakanan Makanan seseorang bayi perlu dijaga sejak peringkat awal lagi. Susu ibu amat baik bagi seseorang bayi. Seterusnya bagi menjamin perkembangan jasmani dan mental yang sihat, makanan yang berzat dan seimbang adalah diperlukan. Makanan bukan sahaja membantu pertumbuhan dan

pekembangan seseorang individu, malahan ia juga dapat melindungi seseorang individu dari pelbagai penyakit.

ii.

Keluarga Keluarga mempunyai hubungan yang rapat dengan seseorang individu. Ibu bapa bukan sahaja terikat oleh pertalian darah dengan seseorang individu tetapi ia juga mempunyai pertalian sosial dan emosi. Sejak lahir, kanak-kanak dilindungi, diasuh dan dididik oleh kedua-dua ibu bapanya. Saiz sesebuah keluarga boleh mempengaruhi pembentukan sahsiah seorang kanak-kanak. Contohnya, seorang kanak-kanak dari keluarga yang kecil biasanya akan mendapat layanan dan perhatian yag sempurna daripada ibu bapanya. Kemungkinan segala yang diminta oleh kanak-kanak itu akan diberi oleh ibu bapanya. Ini boleh menyebabkan kanak-kanak bersikap angkuh dan terlalu bergantung kepada ibu bapa. Sifat kepimpinan yang ditonjolkan oleh kedua-dua ibu bapa akan mempengaruhi sikap anak-anak mereka. Ibu atau bapa yang autokratik sentiasa tidak membenarkan anak-anak mengemukakan pendapat atau cadangan. Ini akan menyebabkan anak-anak itu menjadi pasif, takut dan menarik diri. Anak-anak seperti ini membesar menjadi individu yang kurang berkeyakinan dan amat bergantung pada orang lain untuk membuat keputusan. Sebaliknya, ibu bapa yang mengamalkan prinsip demokrasi akan mengasuh anak-anak belajar menerima dan memberi, bertolak ansur, berbincang dan mematuhi pendapat majoriti dalam satu-satu tindakan membuat keputusan.

14

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

iii.

Rakan Sebaya Rakan sebaya merupakan sekumpulan individu yang mempunyai tingkat umur yang sama atau lebih kurang sama dengan individu yang berkenaan. Pengaruh rakan sebaya adalah dari pelbagai aspek iaitu dari segi afektif, sosial, kognitif dan psikomotor. Dari segi sosial, seorang kanak-kanak akan belajar untuk bersosialisasi. Dia akan mempelajari perkara-perkara yang boleh di terima dan yang tidak boleh di terima oleh ahli-ahli kumpulan sebayanya. Dari segi kognitif pula, pemikiran seorang kanak-kanak akan berkembang kerana terlibat dalam perbincangan dan perbahasan dengan rakan-rakan sebayanya. Begitu juga pengaruh akhlak rakan sebaya terhadap seseorang individu. Segala sikap, minat, bahasa dan falsafah hidup seseorang tetap dipengaruhi oleh rakan sebaya.

iv.

Sekolah Kedudukan sesebuah sekolah, sama ada di luar bandar atau di bandar boleh mempengaruhi perkembangan mental, sosial dan jasmani seseorang. Kekurangan kemudahan di sekolah-sekolh luar bandar akan menjejaskan perkembangan seseorang individu dari pelbagai aspek. Saiz sesebuah sekolah juga mendatangkan kesan yang berlainan. Kemesraan serta kejeleketan di antara pelajar-pelajar adalah kurang berbanding dengan sesebuah sekolah yang kecil yang mana pelajar-pelajarnya dapat

berkomunikasi dan berinteraksi dengan lebih kerap. Pembelajaran pelajarpelajar juga dipengaruhi oleh sekolah yang mereka hadiri. Sekolah yang hanya menekankan hal-hal akademik akan menghasilkan individu yang kurang berminat dalam permainan atau sukan.

v.

Sebaran Am Semua jenis sebaran am seperti radio, televisyen, akhbar, majalah, buku, wayang gambar akan mempengaruhi perkembangan mental, pandangan dan sikap seseorang terhadap isu-isu ekonomi, sosial dan politik. Sebagai contoh, progarm TV Pendidikan seperti Along Bijak banyak membantu kanak-kanak mempelajari konsep-konsep nombor, abjad, bahasa dan matematik.

15

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

vi.

Tempat Tinggal Tempat tinggal sseorang individu akan mempengaruhi perkembangannya. Contohnya, di kawasan bandar, penduduk-penduduk adalah kurang mesra di antara satu sama lain berbanding dengan penduduk-penduduk di luar bandar. Nilai-nilai seperti tolong-menolong, bertimbang rasa, kemesraan dan

sebagainya adalah kurang ketara di kalangan penduduk di bandar. Pendudukpenduduk di bandar adalah bersifat lebih materialistik berbanding dengan penduduk-penduduk di luar bandar. Dengan itu, kanak-kanak akan membesar menjadi individu-individu yang juga selalu mengharapkan bayaran atau ganjaran bagi sesuatu tugasan.

vii.

Pusat Ibadat Pusat-pusat ibadat seperti masjid, gereja dan kuil yang terdapat di satu-satu tempat juga mempengaruhi falsafah hidup dan gaya hidup seseorang individu. Pusat-pusat tersebut juga akan membentuk individu-individu yang menghayati nilai-nilai murni seperti seperti belas kasihan, kesyukuran, suka menolong orang lain, amanah, bertimbang rasa dan bertoleransi.

viii.

Persekitaran Dunia Ahli-ahli politikdan pemimpin-pemimpin, ekonomi, sosial dan bidang-bidang lain di seluruh dunia boleh mempengaruhi penduduk di satu-satu tempat iaitu dari segi idea, budaya, ekonomi, politik dan ideologi. Pandangan atau falsafah hidup penduduk berkenaan juga turut dipengaruhi.

16

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

3.0 PERKEMBANGAN

FIZIKAL

PERINGKAT KANAK-KANAK

17

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

3.1 Teori Perkembangan Fizikal

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia (Woolfolk & Margetts, 2007). Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan atau permainan. Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan juga pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek fizikal seseorang itu. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar badan adalah lebih tinggi dan lebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang kecil. Warna kulit, warna mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip. Umur panjang atau pendeknya juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran, tetapi pengaruh baka juga memainkan peranan penting. Kajian mendapati kanak-kanak yang kembar seiras mempunyai persamaan dalam tahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu.

18

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

3.2 Peringkat-Peringkat Perkembangan Fizikal Peringkat perkembangan kanak-kanak adalah hasil daripada pengaruh prosesproses biologi, kognitif dan sosio-emosi (Santrock, 2008). Di dalam perkembangan fizikal, terdapat beberapa peringkat perkembangan fizikal kanak-kanak yang perlu dilalui. Ia melalui peringkat-peringkat seperti peringkat bayi, peringkat awal kanakkanak, peringkat kanak-kanak dan peringkat awal remaja. 1. Peringkat bayi iaitu dari lahir hingga 2 tahun, perkembangan bayi berlaku pada kadar yang pesat. Berat badan bertambah lebih kurang 10kg dan ketinggian bayi bertambah sebanyak 40cm. Saiz dan kompleksiti otak bertambah. Bayi mula menunjukkan autonomi dan kekuatan melalui pergerakkan seperti memusingkan badan, merangkak dan berjalan. Ini adalah hasil perkembangan psikomotor yang melibatkan otot-otot kasar (leher, kaki, tangan dan kaki). Pergerakan tersebut mempengaruhi interaksi bayi dengan ibu bapa dan persekitarannya. Dalam masa yang sama, perkembangan otototot halus (jari tangan) yang membolehkan bayi mencapai, menggengam dan mengkoordinasi antara mata dan tangan mula kelihatan. Di akhir tahun kedua, bayi sudah boleh melakukan aktiviti yang kompleks yang melibatkan beberapa langkah seperti memegang pensil krayon dan melukis.

2. Peringkat awal kanak-kanak pula iaiatu diantara umur

2 tahun hingga 6

tahun, kadar pertumbuhan fizikalnya adalah perlahan jika dibandingkan dengan pertumbuhan pada tahun pertama kanak-kanak tersebut. Ketinggian kanak-kanak pada peringkat ini 2 kali ketinggiannya semasa lahir dan berat badannya mungkin 4 kali ganda. Selain itu, otot-otot besar sudah berkembang tetapi otot-otot halus belum berkembang dengan sempurna. Kajian telah menunjukkan kadar perkembangan kanak-kanak perempuan pada peringkat ini lebih cepat daripada perkembangan kanak-kanak lelaki. Perubahan dalam kebolehan psikomotor ini mengikut aturan, misalnya seorang kanak-kanak boleh berlari terlebih dahulu sebelum dia boleh belajar bergerak

menggunakan kasut roda. Jadual 3.2 di bawah menunjukkan beberapa pencapaian aktiviti psikomotor kanak-kanak yang boleh digunakan sebagai petunjuk bahawa perkembangan kanak-kanak seperti yang dijangka.
19

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

Umur (tahun) 2

Perkembangan Psikomotor Menaiki tangga dengan bantuan. Memegang objek besar seperti bola dan memanipulasi objek kecil seperti krayon.

Melambung bola. Menunggang basikal 3 roda. Membutangkan bajunya dengan sendiri. Melompat dan berlari. Menaiki dan menurun tangga tanpa bantuan. Menggunakan kasut roda. Menulis huruf-huruf dan perkataan yang mudah.

Jadual 3.2

Contoh aktiviti psikomotor awal kanak-kanak

3. Peringkat kanak-kanak iaitu 7 hingga 12 tahun pula, pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti. Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada umur 8 hingga 10 tahun dan mencapai tahap kemuncak pada 12 tahun. Ketinggian kanak-kanak lelaki mula bertambah apabila mereka berumur antara 10 hingga 12 tahun dan mencapai tahap kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun. Pada umumnya, kanak-kanak menjadi lebih kurus. Pada umur 11 tahun, apabila kanak-kanak menghampiri akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti atau tugas yang diberi kepada mereka. Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk kanak-knak menulis dengan kemas, belajar bermain alat-alat muzik, menjahit, mengait dan sebagainya. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung kepada permainan lasak misalnya di pandang.

20

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

4. Selepas peringkat kanak-kanak, beralih pula pada peringkat awal remaja iaitu dari umur 12 tahun hingga 15 tahun. Pada peringkat ini, perkembangannya adalah cepat dan pesat, sama seperti kadar perkembangan semasa bayi. Perubahan fizikal seperti ketinggian, saiz dan bentuk badan mula kearah dewasa. Perubahan saiz bagi remaja perempuan berlaku dengan cepat bermula satu atau dua tahun sebelum mencapai akil baligh. Selain iti, mereka juga mula sensetif terhadap paras rupa dan perubahan fizikal yang dialami. Tambahan pula, mereka oleh berfikir secara abstrak, logikal dan sistematik.

Secara kesimpulannya, kita dapat ketahui bahawa perkembangan fizikal mempunyai peringkat-peringkat tertentu dan setiap peringkat itu kita dapat ketahui perubahan fizikal mereka. Dapat dirumuskan disini bahawa terdapat 4 peringkat fizikal kanakkanak seperti yang di tunjukkan pada rajah 3.2.1 dibawah.

BAYI (lahir hingga 2 tahun) AWAL KANAK-KANAK (2-6 tahun)

KANAK-KANAK
(7-12 tahun) AWAL REMAJA (12-15 tahun)

Rajah 3.2

Peringkat Fizikal Kanak-Kanak

21

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

3.3 Hasil Dapatan Kajian 3.3.1 Profil Kanak-Kanak

PROFIL KANAK-KANAK 6 TAHUN

Nama Umur Jantina Bangsa Agama Tarikh Lahir Tempat Lahir Makanan Kegemaran Minuman Kegemaran Hobi Bil. adik-beradik Nama Ayah Pekerjaan Ayah Nama Ibu Pekerjaan Ibu

: Nur Shahirah Binti Basir : 6 Tahun : Permpuan : Melayu : Islam : 4 Oktober 2004 : Hospital Besar Melaka : Keropok : Milo Ais : Menyanyi : 5 orang ( Anak ke-3 ) : Basir Bin Ahmad : Peniaga : Aminah Binti Jusoh : Suri Rumah

22

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

PROFIL KANAK-KANAK 6 TAHUN

Nama Umur Jantina Bangsa Agama Tarikh Lahir Tempat Lahir Makanan Kegemaran Minuman Kegemaran Hobi Bil. adik-beradik Nama Ayah Pekerjaan Ayah Nama Ibu Pekerjaan Ibu

: Nur Amira Binti Azmir : 6 Tahun : Perempuan : Melayu : Islam : 25 September 2004 : Hospital Kem Terendak, Melaka : Nasi Ayam : Jus Oren : Membaca : 4 Orang ( Anak ke-2 ) : Azmir Bin Ahmad : Askar : Nor Asimah Binti Daud : Suri Rumah

23

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

PROFIL KANAK-KANAK 6 TAHUN

Nama Umur Jantina Bangsa Agama Tarikh Lahir Tempat Lahir Makanan Kegemaran Minuman Kegemaran Hobi Bil. adik-beradik Nama Ayah Pekerjaan Ayah Nama Ibu Pekerjaan Ibu

: Muhammad Haikal Bin Sapuan : 6 Tahun : Perempuan : Melayu : Islam : Kedah : 6 Jun 2004 : Ayam Percik : Air Teh Ais : Memancing : 2 orang ( Anak ke-2) : Sapuan Bin Latiff : Kerani : Sarifah Binti Abdul Hamid : Berniaga

24

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

PROFIL KANAK-KANAK 9 TAHUN

Nama Umur Jantina Bangsa Agama Tarikh Lahir Tempat Lahir Tempat Tinggal Makanan Kegemaran Minuman Kegemaran Hobi Bil. adik-beradik Nama Ayah Pekerjaan Ayah Nama Ibu Pekerjaan Ibu

: Nor Huda Hanani Binti Mohd Zaid : 9 tahun : Perempuan : Melayu : Islam : 2 Mac 2001 : Sabah : Kampung Paya Rumput : Buah-buahan : Karot susu : Berkebun : 6 orang ( Anak ke-4 ) : Mohd Zaid Bin Awang : Guru : Nor Akerah Binti Mohd : Guru

25

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

PROFIL KANAK-KANAK 9 TAHUN

Nama Umur Jantina Bangsa Agama Tarikh Lahir Tempat Lahir Tempat Tinggal Makanan Kegemaran Minuman Kegemaran Hobi Bil. adik-beradik Nama Ayah Pekerjaan ayah Nama Ibu Pekerjaan Ibu

: Mohd Danial Hakim Bin Kamarul Zaman : 9 tahun : Lelaki : Melayu : Islam : 29 April 2001 : Kelantan : Taman Paya Rumput : Nasi Ayam : Air Masak : Bermain Bola Sepak : 3 Orang ( Anak ke-3 ) : Kamarul Zaman Bin Hamid : Petronas : Normah Binti Che Yu : Suri Rumah

26

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

PROFIL KANAK-KANAK 9 TAHUN

Nama Umur Jantina Bangsa Agama Tarikh Lahir Tempat Lahir Tempat Tinggal Makanan Kegemaran Minuman Kegemaran Hobi Bil. adik-beradik Nama Ayah Pekerjaan ayah Nama Ibu Pekerjaan Ibu

: Mohd Mirza Bin Mokhtar : 9 tahun : Lelaki : Melayu : Islam : 18 Mac 2001 : Melaka : Taman Keris Mas : Pizza : Teh O Ais : Bermain Bola Sepak : 6 Orang ( Anak ke-6 ) : Mokhtar Bin Ahmad : Petronas : Maznah Binti Yusuf : Suri Rumah

27

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

PROFIL KANAK-KANAK 11 TAHUN

Nama Umur Jantina Bangsa Agama Tarikh Lahir Tempat Lahir Tempat Tinggal Makanan Kegemaran Minuman Kegemaran Hobi Bil. adik-beradik Nama Ayah Pekerjaan ayah Nama Ibu Pekerjaan Ibu

: Nurul Syaffizah Binti Sabudin : 11 tahun : Perempuan : Melayu : Islam : 20 Februari 1999 : Melaka : Taman Terendak Permai : Nasi Ayam : Oren Jus : Berbasikal : 4 Orang ( Anak ke-3 ) : Sabudin : Polis Bantuan : Jamaliah : Suri Rumah

28

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

PROFIL KANAK-KANAK 11 TAHUN

Nama Umur Jantina Bangsa Agama Tarikh Lahir Tempat Lahir Tempat Tinggal Makanan Kegemaran Minuman Kegemaran Hobi Bil. adik-beradik Nama Ayah Pekerjaan ayah Nama Ibu Pekerjaan Ibu

: Muhammad Azeem Bin Mohd Fadil : 11 tahun : Lelaki : Melayu : Islam : 7 Ogos 1999 : Seremban : Taman Terendak Permai : Spagetti : Jus Nenas : Berbasikal : 4 Orang ( Anak ke-3 ) : Mohd Fadil : -Tiada: Norain Binti Ismail : Suri Rumah

29

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

PROFIL KANAK-KANAK 11 TAHUN

Nama Umur Jantina Bangsa Agama Tarikh Lahir Tempat Lahir Tempat Tinggal Makanan Kegemaran Minuman Kegemaran Hobi Bil. adik-beradik Nama Ayah Pekerjaan ayah Nama Ibu Pekerjaan Ibu

: Muhammad Hafiz Bin Muhammmad : 11 tahun : Lelaki : Melayu : Islam : 22 Februari 1999 : Negeri Sembilan : Taman Terendak Permai : Nasi Ayam : Milo Ais : Berbasikal, Lontar peluru : 4 Orang ( Anak ke-2 ) : Zainol Bin Azhar : Juruteknik : Zuraidah : Suri Rumah

30

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

3.3.2 Analisis Data Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak

NAMA PELAJAR

L/P

TINGGI (cm)

BERAT (kg)

SAIZ KEPALA (cm)

SAIZ BADAN (cm)

Nur Shahirah Binti Basir Nur Amira Binti Azmir Muhammad Haikal Bin Sapuan

P P L

104 118 108

15 20 19

48 52 50

49 56 54

PURATA

110

18

50

53

Jadual 3.1

Data Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak Umur 6 Tahun

NAMA PELAJAR

L/P

TINGGI (cm)

BERAT (kg)

SAIZ KEPALA (cm)

SAIZ BADAN (cm)

Nor Huda Hanani Binti Mohd Zaid Mohd Danial Hakim Bin Kamarul Zaman Mohd Mirza Bin Mokhtar

P L

130 126

25 23

54 52

61 59

119

21

50

56

PURATA

125

23

52

59

Jadual 3.2

Data perkembangan Fizikal Kanak-Kanak Umur 9 Tahun

31

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

NAMA PELAJAR

L/P

TINGGI (cm)

BERAT (kg)

SAIZ KEPALA (cm)

SAIZ BADAN (cm)

Nurul Syaffizah Binti Sabudin Muhammad Azeem Bin Mohd Fadil Muhammad Hafiz Bin Muhammmad

P L L

142 138 147

37 30 50

53 52 55

70 61 79

PURATA

142

39

53

70

Jadual 3.3

Data perkembangan Fizikal Kanak-Kanak Umur 11 Tahun

PURATA
TINGGI (cm) BERAT (kg) SAIZ KEPALA (cm) SAIZ BADAN (cm)

UMUR DAN PERINGKAT

6 Tahun (Peringkat 1) 9 Tahun (Peringkat 2) 11 Tahun (Peringkat 3)

110 125 142

18 23 39

50 52 53

53 59 70

Jadual 3.4

Perbandingan Purata Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak

32

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

3.3.3 Perbincangan Hasil Kajian Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak Sebelum saya membincangkan hasil kajian perkembangan fizikal kanak-kanak, saya akan mencerikan sedikit sebanyak tentang perolehan data kajian. Saya telah membuat kajian di Sekolah Kebangsaan Sungai Udang, Melaka bersama-sama dua orang lagi rakan sekelas saya iaitu Nor Hidayahne dan Nor Sharnida. Pemilihan kanak-kanak di sekolah ini telah dilakukan secara rawak bagi kanak-kanak berumur 6 tahun, 9 tahun dan 11 tahun. Untuk memenuhi kriteria soalan tugasan, data perkembangan fizikal kanakkanak telah diambil. Maklumat-maklumat perkembangan fizikal kanak-kanak yang dipilih adalah seperti tinggi, berat, saiz kepala dan saiz badan kanak-kanak tersebut. Tinggi, saiz kepala dan saiz badan kanak-kanak di ambil dalam unit sentimeter (cm) manakala berat kanak-kanak diambil dalam unit kilogram (kg). Semua maklumat tersebut telah dicatatkan dan dikumpul seperti pada jadual 3.1, 3.2, dan 3.3. Kemudian perbezaan antara kanak-kanak di setiap peringkat umur dan purata antara setiap peringkat umur diambil bagi membandingkan bentuk perkembangan yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut seperti pada jadual 3.4.

Melalui data perkembangan fizikal kanak-kanak yang berumur 6 tahun (rujuk pada jadual 3.1), didapati bahawa perbandingan fizikal Nur Amira Binti Azmir seperti tinggi, berat, saiz kepala dan saiz badan dia melebihi daripada rakan sebayanya yang lain. Ini mungkin disebabkan perkembangan fizikalnya yang cepat dan aktif berbanding rakan-rakannya yang lain. Faktor lain yang menyumbang kepada perkembangan fizikal yang cepat ini ialah dia merupakan kanak-kanak perempuan. Merujuk kepada peringkat-peringkat perkembangan fizikal iaitu pada peringkat awal kanak-kanak, kajian telah menunujukan bahawa kadar perkembangan kanak-kanak perempuan pada peringkat ini adalah lebih cepat berbanding lelaki.

33

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

Walau bagaimanapun, perkembangan fizikal Muhammad Haikal Bin Sapuan adalah lebih cepat berbanding Nur Shahirah Binti Basir. Hal ini juga terjadi

disebabkan faktor baka daripada ibu bapa Mohd Ridhuan sendiri iaitu bapanya mempunyai perkembangan fizikal yang sangat cepat. Bagi perkembangan Nur Shahirah Binti Basir pula, perkembangannya kurang baik kerana faktor persekitaran yang mempengaruhinya. Dia juga gemar memakan makanan yang kurang berkhasiat seperti keropok dan ini telah menyebabkan faktor perkembangannya kurang cepat berbanding dengan kanak-kanak yang makan makanan yang berkhasiat.

Bagi perkembangan fizikal kanak-kanak yang berumur 9 tahun, maklumat yang saya perolehi (rujuk pada jadual 3.2), didapati bahawa Nor Huda Hanani mempunyai perkembangan fizikal yang sangat berbeza daripada rakan-rakannya yang juga berumur 9 tahun. Dia mempunyai berat badan 25kg dan saiz badan 61cm sedangkan rakannya iaitu Mohd Danial Hakim dan Mohd Mirza kurang daripadanya. Di antara faktor yang menggalakkan perkembangan ini ialah keadaan persekitaran keluarga kanak-kanak tersebut. Disebabkan Nor Huda Hanani berasal dari keluarga yang mempunyai pendidikan iaitu ibu dan bapanya seorang guru, dia mungkin dididik untuk menjaga kesihatan serta mengambil makanan yang berkhasiat dan berzat. Selain itu, dia juga gemar berkebun pada masa lapang dan ini kuat membuktikan bahawa Nor Huda Hanani mempunyai kecergasaan dan stamina yang baik yang membolehkan perkembangan fizikalnya berlaku dengan stabil berbanding kanakkanak lain. Bagi Mohd Mirza pula, perkembangan fizikalnya berlaku dengan lambat kerana faktor baka yang mempengaruhinya iaitu ayahnya seorang yang kecil. Selain itu, perkembangan fizikal seorang kanak-kanak lelaki pada peringkat ini adalah

kurang berbanding dengan kanak-kanak perempuan.

34

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

Perkembangan fizikal seterusnya pula ialah murid yang berumur 11 tahun. Di dalam kajian yang saya perolehi (rujuk jadual 3.3), didapati bahawa Muhammad Azeem mempunyai berat dan saiz badan yang sangat kecil berbanding rakan yang sebaya dengannya. Beratnya hanya 30kg manakala berat Muhammad Hafiz 50kg dan berat Nurul Syaffizah ialah 37kg. Perkembangan fizikal Muhammad Azeem agak perlahan kerana faktor persekitaran yang membuatkannya dia jadi begitu. Dia berasal dari keluarga yang susah. Ayahnya tidak bekerja dan apabila saya menanyakan tentang ayahnya, dia langsung tidak mahu menceritakan masalah yang dialami. Ibunya pula hanya seorang suri rumah yang harus menjaga adiknya yang masih kecil. Hanya abangnya sahaja yang menaggung keluarganya. Mungkin tekanan-tekanan yang dialaminya itu menyebabkan perkembangannya agak perlahan. Bagi Muhammad Hafiz pula, dia mengalami perkembangan fizikal yang agak cepat kerana faktor keluarganya dan tempat tinggalnya yang berada. Berat badannya sangat berbeza jika dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain. Apa sahaja kemahuannya, pasti ibu dan bapanya akan turuti. Selain itu, beliau juga dipengaruhi faktor kebakaan daripada sebelah ibunya yang mempunyai keluarga yang berat badan yang sangat tinggi. Secara kesimpulannya, ketinggian, berat, saiz kepala dan saiz badan seseorang kanak-kanak akan meningkat mengikut perringkatnya. Selain itu, jika terdapat perkembangan fizikal seseorang kanak-kanak berbeza dengan rakannya yang lain, ini mungkin disebabkan pelbagai faktor yang telah mempengaruhinya. Perbezaan dan peningkatan perkembangan fizikal kanak-kanak ditunjukkan pada graf di sebelah.

35

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

3.3.4 Graf Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak

PURATA KETINGGIAN (cm)


160 140 120 100 80 60 40 20 0 6 Tahun 9 Tahun 11 Tahun PURATA KETINGGIAN (cm)

Graf 3.1

Purata Ketinggian Kanak-Kanak

Merujuk pada graf di atas, hasil daripada purata ketinggian ketiga-tiga tahap kanakkanak yang dikaji iaitu kanak-kanak 6 Tahun, 9 Tahun dan 11 tahun, di dapati bahawa perbezaan purata ketinggian daripada kanak-kanak 6 tahun ke 9 tahun amat sedikit iaitu hanya 15cm sahaja. Menurut peringkat perkembangan fizikal kanakkanak iaitu pada awal kanak-kanak, kadar perkembangan fizikal pada tahap ini amat perlahan jika dibandingkan dengan perkembangan pada tahun pertama kanak-kanak tersebut. Bagi perbezaan purata ketinggian kanak-kanak 9 tahun ke 11 tahun pula amat pesat dan tinggi sedikit iaitu sebanyak 17cm. Kadar perkembangan pada peringkat ini adalah sama seperti kadar perkembangan semasa bayi. Selain itu, ini juga mungkin disebabkan perubahan saiz bagi remaja perempuan berlaku dengan cepat bermula satu atau dua tahun sebelum mencapai akil baligh.
36

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

PURATA BERAT BADAN (kg)


45 40 35 30 25 20 15 10 5 0 6 Tahun 9 Tahun 11 Tahun PURATA BERAT BADAN

Graf 3.2

Purata Berat Badan Kanak-Kanak

Bagi graf 3.2 pula, didapati bahawa peningkatan berat badan kanak-kanak dari umur 6 tahun ke 9 tahun agak perlahan kerana faktor pemakanan mereka yang kurang seimbang dan kurang berzat. Hal ini kerana, kanak-kanak pada tahap ini amat suka makan makanan yang kurang berkhasiat dan mereka akan memberontak jika tidak dapat sesuatu yang diinginkan. Berlainan pula bagi peningkatan berat badan kanakkanak dari umur 9 tahun hingga 11 tahun. Peningkatannya amat ketara dan cepat kerana pada usia ini, mereka sudah dapat berfikir untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat. Selain itu, faktor persekitran juga menjadi salah satu sebab peningkatan berat badan seseorang kanak-kanak. Jika seseorang kanak-kanak dilahirkan dalam persekitaran keluarga yang berada, peningkatan berat badan akan semakin tinggi dan baik kerana mendapat makanan yang mempunyai pelbagai khasiat. Berlainan pula jika seseorang kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan tahap keluarga yang kurang berpendidikan, pemakanan yang seimbang kurang dititikberatkan.
37

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

PURATA SAIZ KEPALA (cm)


53.5 53 52.5 52 51.5 51 50.5 50 49.5 49 48.5 6 Tahun 9 Tahun 11 Tahun PURATA SAIZ KEPALA (cm)

Graf 3.3

Purata Saiz Kepala Kanak-Kanak

Pada graf 3.3 iaitu purata saiz kepala kanak-kanak, saya mendapati bahawa purata saiz kepala kanak-kanak telah meningkat dari umur kanak-kanak 6 tahun sehinggalah pada umur 11 tahun. Saiz kepala ini menerangkan ukur lilit kepala seseorang individu. Melalui penelitian juga, didapati saiz kepala seseorang kanakkanak tidak mengalami perubahan yang ketara bagi setiap peringkat umur. Ini dibuktikan melalui kajian yang telah dilakukan iaitu purata saiz kepala kanak-kanak 6 tahun, 9 tahun serta 11 tahun iaitu 50cm, 52cmd an 53 cm sahaja. Jika dilihat daripada faktor pemakanan pula, kebiasaannya pada peringkat ini kanak-kanak memerlukan makanan yang banyak serta berkhasiat untuk membantu pertumbuhan mereka. Cuba kita lihat pada faktor yang lain pula seperti faktor baka. Kebanyakan perkembangan fizikal kanak-kanak adalah disebabkan faktor baka atau keturunan mereka sendiri.

38

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

PURATA SAIZ BADAN (cm)


80 70 60 50 40 30 20 10 0 6 Tahun 9 Tahun 11 Tahun PURATA SAIZ BADAN (cm)

Graf 3.4

Purata Saiz Badan Kanak-Kanak

Graf 3.4 di atas menunjukkan purata saiz badan kanak-kanak yang telah dikaji oleh saya. Jika diteliti, graf ini meningkat dengan baik sekali bermula dengan kanak-kanak yang berumur 6 tahun iaitu sebanyak 53cm manakala pada umur 9 tahun, purata saiz badan meningkat sebanyak 6 cm. Pada umur 11 tahun pula, purata saiz badan telah meningkat iaitu sebanyak 70 cm. Secara amnya, purata saiz badan ini bayak dipengaruhi oleh faktor persekitaran, faktor baka dan faktor pemakanan seseorang kanak-kanak. Untuk mendapatkan perkembangan saiz badan yang baik, kanak-kanak haruslah mengambil makanan yang penuh dengan khabohaidrat, protein dan zat besi. Selain itu, pengambilan vaitamin juga baik untuk perkembangan ini. Bagi faktor persekitaran pula, kebanyakkan kanak-kanak yang telah dikaji tinggal dikawasan taman perumahan yang merupakan baik untuk perkembangan saiz badan seseorang kanak-kanak. Mereka dapat beriadah pada setiap hari di taman-taman permainan yang berdekatan dengan taman perumahan mereka.
39

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

3.3.5 Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak Secara umumnya, pencapaian perkembangan fizikal kanak-kanak yang mempunyai tahap perkembangan yang tinggi dalam pelbagai bidang akan lebih cemerlang berbanding dengan kanak-kanak yang mempunyai tahap perkembangan fizikal yang rendah. Ini berlaku sebaliknya kepada kanak- kanak yang terencat dari segi perkembangan fizikal mereka. Kita dapat melihat dari segi perkembangan fizikal mereka. Mereka mungkin tidak sempurna dari segi bilangan anggota badan atau terbantut dari segi ketinggian. Ini akan menyebabakan mereka terasing daripada rakan-rakan yang lain. Oleh itu perkembangan fizikal amat penting dalam menjadikan kesempurnaan seseorang itu. Bagi kanak-kanak yang mempunyai tahap perkembangan fizikal yang cepat dan pantas. Contohnya kanak-kanak itu lebih tinggi dan cepat membesar, mereka akan lebih cenderung untuk melakukan aktiviti sukan di sekolah rendah. Mereka akan menggunakan kelebihan ketinggian atau saiz badan mereka untuk menyertai sebarang kegiatan sukan. Mereka akan lebih menonjol dalam aktiviti tersebut misalnya seorang kanak-kanak yang tinggi, secara tidak langsung kanak- kanak tersebut akan menempatkan diri dalam sukan lompat tinggi kerana dia mempunyai kelebihan dari segi ketinggian. Bagi kanak-kanak yang cepat membesar dari segi saiz badan pula, mereka akan mempunyai banyak tenaga dalam melakukan aktiviti. Ini terbukti daripada kajian yang saya jalankan iaitu kanak-kanak yang mempunyai tubuh yang besar iaitu Muhammad Hafiz lebih cenderung mewakili sesuatu kejohanan dalam sukan lontar peluru kerana dia mempunyai banyak tenaga yang disimpan dalam tubuh mereka. Daripada pemerhatian dan kajian yang saya lakukan, saya dapat lihat perbezaan fizikal dikalangan pelajar memberi impak dalam semua aspek. Kanakkanak yang sempurna dari segi perkembangan fizikalnya lebih menonjol berbanding rakan-rakannya yang lain. Perbezaan ini adalah kesan daripada pengaruh faktor perwarisan dan persekitaran seperti nutrisi, status sosio-ekonomi, dan penjagaan. Dua faktor penyumbang yang penting kepada ketinggian ialah etnik dan nutrisi.

40

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

Masalah seperti malnutrisi dan jangkitan penyakit yang kronik boleh membantutkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Pertumbuhan yang lambat boleh mendatangkan masalah kepada kanak-kanak dari segi sosial dan psikologi seperti rendah diri, kecewa dan masalah persahabatan. Oleh itu guru perlulah sentiasa bersedia dengan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan tahap perkembangan pelajarnya. Ini adalah kerana dengan bantuan guru ini,

perkembangan pelajr dapat berjalan dengan lancar dan dapat memastikan tiada masalah perkembangan fizikal di antara pelajarnya.

41

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

4.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF PERINGKAT KANAK-KANAK

42

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

4.1 Teori Perkembangan Kognitif

Jean Piaget (1896-1980) telah menjelaskan tentang kaedah manusia mempersepsi ilmu dan membina hipotesis. Beliau juga menjelaskan bagaimana minda manusia membentuk skemata dan melaksanakan proses akomodasi dan asimilasi dalam membina ilmu. Piaget mengenalpasti 4 faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu: 1. Kematangan Biologi: Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka/ genetik. 2. Interaksi Individu dengan Persekitaran: Salah satu proses yang dilalui oleh manusia untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. 3. Pengalaman Sosial: Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang2 di sekelilingnya. 4. Keseimbangan: Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi yang baru dialami. Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka dan proses ini dikenali sebagai Proses Mencapai Keseimbangan. Setiap kali individu memperoleh sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun

pengalaman2 tersebut dalam minda dan membentuk satu sistem yang dipanggil Skema. Proses penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil Organisasi. Skema2 ini akan digunakan oleh individu apabila mereka berdepan dengan sesuatu situasi yang memerlukan penyelesaian. Pembentukan skema bermula sebaik sahaja individu dilahirkan. Contoh: Kanak-kanak membina skema dan mengkategori bahawa kenderaan yang mempunyai dua tayar sebagai basikal.

43

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berhadapan dengan situasi yang baru. Contohnya: Kanak-kanak telah mengenal bahawa kenderaan bertayar dua hanya basikal, namun apabila terlihat kenderaan bertayar dua yang lain, ibunya menerangkan bahawa ini motosikal. Kanak-kanak akan menjadi buntu, kerana skema yang asal menyatakan, hanya basikal bertayar dua. Namun, proses ini adalah proses yang mana semua individu akan laluinya dan mereka perlu mengubahsuai skema yang lama supaya mereka dapat mengadaptasi dengan situasi yang baru. Asimilasi pula berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman-pengalaman ini dengan skema yang telah sedia ada. Contohnya: Setelah kanak-kanak tersebut melihat bahawa motosikal juga bertayar dua, dia akan mengasimilasikan skema yang baru ini dengan skema yang sedia ada. Melalui pengalaman dan bimbingan, kanak-kanak akan cuba memadankan pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada. Manakala, akomodasi pula merupakan proses yang berlaku apabila individu dapat menukar skema yang lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema yang baru. Dalam contoh di atas: Kanak-kanak tadi dapat mengakomodasi di mana dapat mengkategorikan motosikal sebagai sebuah kenderaan bertayar dua. Menurut mengakomodasi Piaget adalah lagi, proses yang mengorganisasi, digunakan untuk mengasimilasi individu dan

proses

mencapai

keseimbangan. Secara kesimpulannya, jika kita menggunakan skema baru untuk situasi/ pengalaman yang baru dan ia berjaya, maka keseimbangan akan berlaku, tetapi sekiranya tidak memberi penyesuaian terhadap diri kita, maka keseimbangan tidak berlaku namun kita akan terus membina skema2 baru untuk disesuaikan dengan situasi yg baru tersebut.

44

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

4.2 Proses Perkembangan Kognitif

Piaget (1950) membahagikan proses kognitif kepada dua peringkat, iaitu peringkat pra simbolik dan peringkat simbolik. Peringkat pra simbolik termasuklah kegiatan deria dan motor yang mudah dan proses pengamatan dan kemahiran yang lebih rumit. Peringkat simbolik pula mengambil masa yang panjang dan dibahagikan kepada empat jangka masa, iaitu : 1. Perkembangan fungsi simbolik Jangka masa ini, kanak-kanak cuba memahami perbezaan besar atau panjangnya sesuatu bentuk atau benda.

2. Perkembangan pemikiran intuitif Dalam jangka masa ini kanak-kanak cuba memahami perbezaan besar atau panjangnya sesuatu bentuk atau benda.

3. Kebolehan organisasi kendalian konkrit kepada kelas-kelas dan siri dengan manipulasi sebenar. Dalam jangka masa ini kanak-kanak semakin matang dan dapat membezakan dan menyusun sesuatu benda mengikut susunan yang betul seperti daripada kecil kepada besar.

4. Kebolehan kendalian formal Jangka masa ini melihat bagaimana kanak-kanak dapat berfikir lebih daripada dua atau tiga andaian terhadap sesuatu masalah yang ditemui.

45

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

4.3 Peringkat Perkembangan Kognitif

Selain huraian kematangan intelek seperti yang diterangkan di sebelah, Piaget juga membuat kajian tentang rangkaian perkembangan intelek dan struktur kognitif dengan cara membuat pemerhatian terhadap kanak-kanak. Piaget (1973) membahagikan perkembangan tersebut dan anggaran umur untuk satu-satu peringkat seperti berikut :

1. Peringkat Sensori Motor(0-2 tahun)

Peringkat ini merupakan permulaan dalam perkembangan kognitif yang mana bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang persekitarannya. Skema-skema yang terbentuk adalah hasil interaksi fizikal bayi dan persekitaran. Contoh: menggunakan mulut untuk merasa objek dan mengkoordinasi mata dan tangan untuk mencapai objek.

Peringkat

sensori

motor

adalah

peingkat

yang

mana

kanak-kanak

mengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk skema bagi membolehkan mereka meneroka dan mengetahui persekitaran mereka.

Pada peringkat akhir sensori motor, kanak-kanak akan melakukan imitasi (proses peniruan) terhadap tingkahlaku yang dilihat atau diperhatikan. Contohnya: meniru perlakuan melambaikan tangan.

46

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

2. Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)

Pada peringkat ini kanak-kanak akan cuba menggambarkan dan merancang pergerakan/ aktiviti dengan menggunakan minda mereka.

Peringkat pra operasi adalah apabila kanak-kanak dapat mewakili sesuatu dengan simbol mental. Simbol yang digunakan termasuk bahasa, isyarat, gambar dan sebagainya.

Antara kebolehan lain yang diperoleh pada peringkat ini ialah permainan membayangkan (pretend play). Seperti mengambil watak kartun/ karakter popular seperti spiderman, power rangers, barbie serta meniru perlakuan doktor, guru dan lain-lain. Mereka juga memberi kualiti atau ciri benda hidup kepada benda bukan hidup seperti hujan turun kerana menangis.

Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini menunjukkan sikap egosentrik yang bermaksud, mereka melihat dan memahmi persekitaran melalui persperktif sendiri. Pada peringkat ini, kanak-kanak selalu menyangka orang lain mempunyai perasaan, reaksi dan perspektif yang sama dengan mereka. Contoh: Seorang kanak-kanak yang suka melihat siri kartun, beranggapan semua orang lain juga mempunyai minat yang sama dengannya.

3. Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun)

Kanak-kanak dalam peringkat ini berkebolehan berfikir secara logik walaupun pemikiran masih terikat dengan situasi yang konkrit.

Pada peringkat ini, kanak-kanak juga menguasai proses pengelasan. Dalam kemahiran ini, kanak-kanak dapat mengklasifikasikan objek ke dalam set atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri. Contohnya, pengelasan mengikut ciri, warna, saiz dan lain-lain.

Pemikiran egosentrik pula telah menjadi pemikiran secara decenterd atau objektif. Pemikiran ini membolehkan kanak-kanak memahami persepsi dan pandangan orang lain yang berlainan daripada persepsi mereka. Mereka sudah boleh mula bersosial dan menerima pandangan rakan-rakan semasa bermain atau membuat aktiviti bersama.
47

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

4. Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas)

Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh melakukan proses mental ke atas idea2 dan membuat jangkaan atau andaian berdasarkan fata dan pemikiran mereka tidak lagi terikat kepada bahan-bahan konkrit.

Antara ciri-ciri pemikiran secara formal yang dilalui seperi berfikir secara abstrak, sistematik dan bboleh membuat hipotesis.

Selain daripada ciri-ciri di atas, egosentrik remaja muncul dan lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri. Mereka susah untuk menerima pendapat orang lain dan mempunyai perasaan mereka sentiasa diperhatikan oleh orang sekeliling.

Secara rumusannya, peringkat perkembangan kognitif boleh di aplikasikan di dalam rajah 4.3 di bawah.

Peringkat Sensori Motor (0 - 2 tahun)

Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)

Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun)

Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas)

Rajah 4.3

Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

48

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

4.4 Hasil Dapatan Kajian

Kognitif merujuk pada intelek atau pemikiran individu (Spodek dan rakanrakan 1987). Perkembangan kognitif memfokuskan kepada kanak-kanak belajar cara memproses maklumat. Dengan kata lain ia adalah suatu proses

memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak. Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu. Perkembangan kemahiran adalah berasaskan kepada perubahan struktur mental kanak-kanak. Ia melibatkan bahasa, imaginasi, mental, fikiran, penaakulan, penyelesaian masalah dan memori. Kebolehan kanak-kanak mengkoordinasi berbagai-bagai cara memikir bagi menyelesaikan sesuatu masalah, adalah salah satu cara yang boleh kita gunakan bagi mengukur perkembangan intelek mereka. Menurut Jean Piaget (1930), perkembangan kognitif berlaku melalui skema. Skema adalah bentuk asas pengetahuan manusia. Kanak-kanak mula membentuk skema dari saat kelahiran. Untuk melihat perkembangan kognitif 9 orang kanak-kanak dari Sekolah Kebangsaan sungai Udang Melaka tersebut, beberapa jenis Piagets Conservation Tasks telah dijalankan oleh saya serta 2 orang lagi rakan. A ntara Uji Kaji Piaget tersebut ialah uji kaji Isi padu air, bilangan duit syiling dan berat jisim kertas. Saya mengambil data perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut daripada uji kaji ini. Seterusnya perbezaan antara setiap kanak-kanak di setiap peringkat umur di kaji untuk mengetahui bentuk dan sebab perbezaan perkembangan kognitif itu berlaku.

49

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

4.4.1 Uji Kaji Perkembangan Kognitif

1. Uji Kaji Isi Padu Air

Di dalam uji kaji ini, 300 mililiter air diisi dan disukat dalam dua buah bikar yang sama saiz. Air yang diisi ke dalam 2 bikar yang sama saiz tersebut ditunjukkan kepada murid dan di tanya soalan adakah isi padu air sama. Kemudian, air dari salah satu bikar dituang ke dalam bikar yang lebih besar dan satu bikar lagi dibiarkan seperti pada gambar dibawah. Murid-murid tersebut di kehendaki menilai isi padu air di dalam kedua-dua bikar tersebut sama ada isi padu air tersebut berubah atau tidak setelah diisi ke dalam bikar yang berlainan saiz dan kanak-kanak itu di tanya bikar yang mana mempunyai lebih banyak air.

50

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

NAMA PELAJAR

UMUR

KEPUTUSAN UJI KAJI ISI PADU AIR 1 (sebelum objek diubah) 2 (selepas objek diubah) x x x x

Nur Shahirah Binti Basir Nur Amira Binti Azmir Muhammad Haikal Bin Sapuan Nor Huda Hanani Binti Mohd Zaid Mohd Danial Hakim Bin Kamarul Zaman Mohd Mirza Bin Mokhtar Nurul Syaffizah Binti Sabudin Muhammad Azeem Bin Mohd Fadil Muhammad Hafiz Bin Muhammmad 11 9 6

Jawapan adalah sama Jawapan adalah tidak sama

Jadual 4.1

Keputusan Uji Kaji isi Padu Air

51

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

2. Uji Kaji Bilangan Duit Syiling

Di dalam uji kaji bilangan duit syiling ini, dua baris duit syiling telah disusun dengan teratur dalam dua baris seperti yang ditunjukakan pada gambar dibawah dan ditunjukkan kepada kanak-kanak tersebut. Kemudian, kanak-kanak itu di tanya adakah bilangan duit syiling di dalam setiap baris adalah sama atau tidak.

Setelah murid memberi jawapan, seterusnya saya memanjangkan salah satu baris duit syiling tersebut seperti yang ditunjukan pada gambar di bawah. Seterusnya kanak-kanak tersebut di tanya soalan yang sama.

52

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

NAMA PELAJAR

UMUR

KEPUTUSAN UJI KAJI BILANGAN DUIT SYILING 1 (sebelum objek diubah) 2 (selepas objek diubah) x x x x x

Nur Shahirah Binti Basir Nur Amira Binti Azmir Muhammad Haikal Bin Sapuan Nor Huda Hanani Binti Mohd Zaid Mohd Danial Hakim Bin Kamarul Zaman Mohd Mirza Bin Mokhtar Nurul Syaffizah Binti Sabudin Muhammad Azeem Bin Mohd Fadil Muhammad Hafiz Bin Muhammmad 11 9 6

Jawapan adalah sama Jawapan adalah tidak sama

Jadual 4.2

Keputusan Uji Kaji Bilangan Duit Syiling

53

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

3. Uji Kaji Berat Kertas

Di dalam kajian ini, kanak-kanak ditunjukkan dua helai kertas yang sama saiz . Pada permulaan uji kaji ini, saya meminta mereka memegang 1 helai kertas pada tangan kanan dan sehelai lagi pada tangan kiri seperti yang ditunjukan pada gambar dibawah. Selepas itu, soalan akan ditanyakan pada murid adakah kedua-dua helai kertas itu sama.

Seterusnya, salah satu kertas itu di konyokkan kemudian saya meminta mereka memegang kertas itu seperti pada gambar di bawah. Soalan yang sama di tanya kepada murid adakah berat kedua-dua helai kertas itu sama.

54

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

NAMA PELAJAR

UMUR

KEPUTUSAN UJI KAJI BERAT KERTAS 1 (sebelum objek diubah) 2 (selepas objek diubah) x x x x x x

Nur Shahirah Binti Basir Nur Amira Binti Azmir Muhammad Haikal Bin Sapuan Nor Huda Hanani Binti Mohd Zaid Mohd Danial Hakim Bin Kamarul Zaman Mohd Mirza Bin Mokhtar Nurul Syaffizah Binti Sabudin Muhammad Azeem Bin Mohd Fadil Muhammad Hafiz Bin Muhammmad 11 9 6

Jawapan adalah sama Jawapan adalah tidak sama

Jadual 4.3

Keputusan Uji Kaji Berat Kertas

55

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

4.4.2 Perbincangan Hasil Keputusan Uji Kaji

Hasil keputusan setiap ujuan yang telah dijalankan oleh saya boleh dirujuk pada jadual 4.1, 4.2, dan 4.3. Ujian teori Piaget ini dilakukan untuk membuktikan kanak-kanak itu tergolong dalam peringkat yang sepatutnya. Kanak-kanak pada umur 6 tahun tergolong dalam peringkat pra operasi. Ini dapat dibuktikan dalam uji kaji isi padu air. Saya dapat lihat mereka lebih menumpukan perhatian kepada keadaan air di dalam bikar daripada kualiti yang kurang nyata seperti bentuk bikar. Jadi kanak-kanak tersebut memberitahu bahawa sukatan air tersebut telah berubah setelah air dituang dari suatu bikar ke bikar yang lebih besar daripada bikar asal.

Antara sebab kanak-kanak pra operasi gagal menyelesaikan masalah uji kaji isi padu air kerana kanak-kanak pada peringkat ini berfikir secara logik satu hala apa yang dilihat dan masih tidak mampu berfikir secara berbalik. Selain itu, kanak-kanak pada peringkat ini juga tidak menunjukkan pemahaman konsep pemuliharaan. Sebagai contoh, pada kajian ini, mereka masih memberikan jawapan bahawa bekas bikar yang lebih kecil mempunyai kuantiti air yang lebih banyak manakala bikar yang lebih besar mempunyai kuantiti air yang lebih sedikit. Di samping itu, mereka juga menunjukkan egosentrik yang berteraskan penglihatan dan pemahaman diri sendiri. Dengan uji kaji isi padu air tadi, mereka telah melihat dengan matanya sendiri bahawa air dalam bikar kecil mempunyai isi padu air yang lebih maka dia akan berpegang kepada kenyataan ini walaupun ini tidak benar. Mereka belum memahami menerusi pemikiran egosentriknya.

56

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

Selain uji kaji isi padu air, saya juga melakukan uji kaji bilangan duit syiling dan uji kaji berat kertas. Kanak-kanak umur 6 tahun tetap tidak dapat menyelesaikan masalah dalam semua uji kaji itu. Contohnya seperti uji kaji duit syiling, apabila satu baris duit syiling dipanjangkan mereka akan menjawab baris yang dipanjangkan itu mempunyai lebih duit syiling daripada baris di atas. Eksperimen ini menunjukkan pemikiran kanak-kanak tersebut lebih menumpukan kepada keadaan fizikal iaitu panjang baris daripada konsep yang lebih abstrak iaitu bilangan atau nombor. Mereka tidak dapat melaksanakan transformasi, melihat pemanjangan baris sebagai baris baru dan bukan proses pemanjangan baris yang lama. Mereka turut tidak dapat melakukan proses balik semula secara mental iaitu membalikkan proses kepada asal. Dari segi daya ingatan juga mereka kurang daripada peringkat-peringkat lain. Walau bagaimanapun, saya sangat tertarik untuk mengkaji tentang kanakkanak yang berumur 9 tahun iaitu Nor Huda Hanani Binti Mohd Zaid. Ini kerana, pada ketiga-tiga ujian yang dilakukan ke atasnya, semua jawapan yang diberi adalah betul. Walaupun masih lagi dalam peringkat operasi konkrit, dia dapat menjawapnya dengan betul berbanding dengan rakan sebayanya yang lain. Ini mungkin kerana faktor keluarganya yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi. Ini kerana ibu dan bapanya adalah seorang guru dan ini mungkin disebabkan didikan oleh ibu dan bapanya. Tambahan pula, dia juga mengambil makanan yang berkhasiat berbanding rakannya yang lain. Perkembangan otaknya dapat berfikir lebih jauh dari rakan yang lain. Pada peringkat umur 9 tahun pula kanak-kanak sedang melalui peringkat operasi konkrit. Kanak-kanak dalam peringkat ini berkebolehan berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit. Tahap ini dikenali sebagai konkrit kerana kanak-kanak hanya boleh melakukan operasi-operasi pada imej dan objek-objek yang nyata sahaja dan bukan perkara-perkara abstrak seperti konsep ketuhanan, keadilan dan sebagainya. Mereka sepatutnya memahami proses transformasi, keterbalikan dan menaakul. Kanak-kanak yang saya kaji memang sudah boleh memahami proses ini. Tetapi ada setengah yang masih tidak mamapu menjawab soalan uji kaji saya kerana teragak-agak untuk memberikan jawapan dan ada yang mengikut jawapan dari kawan yang lain.

57

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

Akhir sekali, saya mengkaji perkembangan kognitif kanak-kanak yang berumur 11 tahun iaitu kanak-kanak yang sedang melalui peringkat operasi formal. Antara ciri-ciri pemikiran formal ialah berfikir secara abstrak seperti menyelesaikan masalah-masalah matematik di mana melibatkan perwakilan abstrak. Mereka juga boleh berfikir secara sistematik untuk memberi beberapa kemungkinan penyelesaian dan juga boleh membuat hipotesis serta mencari alternatif penyelesaian masalah. Mereka boleh menaakul secara induktif dan deduktif. Selain dari ciri-ciri tersebut, egosentrik remaja muncul dalam peringkat ini. Ia berlainan dengan egosentrik di peringkat pra operasi kerana di sini remaja lebih tertumpu pada idea dan pemikiran mereka sendiri. Mereka susah untuk menerima pandangan dan pendapat orang lain. Mereka juga mempunyai perasaan seperti perbuatan mereka sentiasa diperhatikan oleh orang sekeliling. Pada ketiga-tiga ujian uji kaji, ketiga-tiga kanak-kanak yang berumur 11 tahun dapat menjawab dengan betul. Hanya Muhammad Hafiz sahaja yang tidak mampu menjawab dengan betul pada ujian yang ketiga iaitu uji kaji berat kertas. Dia teragak-agak untuk menjawab pertanyaan saya dan dia seorang yang pemalu untuk memberikan jawapan. Ini telah membuatkan dia hilang tumpuan pada soalan yang telah ditanya.

58

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

4.4.3 Implikasi Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

Teori perkembangan kognitif Jean Piaget ini menekankan perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Menurut Piaget, perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak adalah mengikut siri urutan yang berperingkat-peringkat. Ini dapat dilihat di sekolah rendah akan tahap perkembangan kognitif mereka. Kanak- kanak perlu diajar bermula daripada umur mereka 2 tahun kerana proses mengingat mereka pada umur tersebut amat tinggi. Contohnya mereka lebih mudah menghafal berbanding umur manusia pada peringkat yang lebih dewasa. Sebagai contohnya, kajian-kajian di negara-negara maju telah membuktikan bahawa kanak-kanak yang mengikuti pendidikan prasekolah mempunyai kesan positif terhadap perkembangan kognitif dan afektif kanak-kanak peringkat Gred I dan Gred II. kanak-kanak yang mempunyai pengalaman pendidikan prasekolah lebih bersedia untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah. Ini adalah kerana minda mereka sudah bersedia untuk menerima pelajaran dan suasana pembelajaran tersebut. Kajian di Malaysia juga mendapati kanak-kanak yang mengikuti pendidikan prasekolah ada dari keluarga yang mempunyai latarbelakang sosio-ekonomi tinggi atau rendah memperolehi pencapaian yang tinggi semasa di darjah I dan darjah II. Kajian-kajian di atas menunjukkan betapa pentingnya pendidikan prasekolah sebagai asas kesinambungan pendidikan sekolah rendah. Ini dapat membuktikan kanakkanak perlu diasah minda mereka sejak kecil lagi kerana ini akan membantu perkembangan kognitif mereka. Kanakkanak yang mempunyai tahap

perkembangan kognitif yang tinggi biasanya lebih bijak dan pandai menyesuaikan diri dalam sesuatu keadaan atau persekitaran yang baru. Mereka akan mendapat keputusan yang lebih baik serta cemerlang dalam sebarang ujian yang dijalankan. Secara implikasinya, perkembangan fizikal dan kognitif perlulah selari dan serasi dalam melahirkan seorang individu yang cemerlang.

59

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

5.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

60

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

Perkembangan merupakan satu proses pertumbuhan dari semasa ke semasa, misalnya pertumbuhan fizikal dan kognitif. Perkembangan juga dilihat sebagai satu siri tahap yang perlu dilalui oleh semua orang. Oleh itu amatlah penting bagi para penjaga dan guru memerhati serta memberi tumpuan dari aspek perkembangan fizikal dan kognitif agar pross tumbesaran kanak-kanak itu sentasa mengikut jadual yang sepatutnya. Ini adalah kerana perkembangan kedua-dua aspek ini menentukan masa depan kanak-kanak tersebut. Perkembangan kedua-dua aspek ini saling berkaitan antara satu sama lain. Perkembangan kognitif memerlukan fizikal yang baik dan kelebihan kepada pelajar yang berfizikal sempurna untuk mengikuti proses pembelajaran. Selepas berada selama seminggu di Sekolah Kebangsaan Sungai Udang, Melaka untuk melakukan kajian, dapat saya perhatikan perbezaan fizikal dan kognitif pelajar disekolah ini. Ini adalah kerana pihak sekolah mengamalkan sistem pengasingan pelajar mengikut tahap kognitif pelajar. Ini merupakan usaha yang terbaik bagi membantu pelajar yang kurang dari segi kognitif mereka dan sekolah amat memandang serius kepada murid-murid ini dan kelas yang muridnya kurang dari segi kognitif akan diasingkan kedalam satu kelas yang kurang dari kelas-kelas lain. Dengan bilangan yang sedikit ini, para guru dapat memberi penumpuan yang lebih kepada anak murid mereka dan bimbingan sedemikian dapat membantu kanakkanak mempercepatkan perkembangan kognitif mereka. Akan tetapi tugas ini tidak haruslah diberikan kepada pihak sekolah sahaja. Ibu bapa juga merupakan role modal yang penting dalam memastikan perkembangan anak-anak mereka normal. Ibu bapa perlulah peka terhadap keperluan anak-anak mereka supaya mereka dapat dengan belajar dengan selesa dan secara tidak langsung dapat membantu proses penerimaan ilmu semasa proses pembelajaran.

61

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PISMP SEM 1 RBT / BI / BM (2)

Memetik daripada pendapat Jean Piaget yang menyatakan keupayaan kanakkanak banyak bergantung kepada bagaimana kanak-kanak bergerak balas terhadap perkara di persekitaran dan apakah kesan-kesan peristiwa tersebut terhadap perkembangan kanak-kanak. Pada pendapat saya, apa yang dimaksudkan dengan persekitaran di sini ialah para guru itu sendiri. Para guru haruslah menggunakan teknik pengajaran yang berkesan, sesuai dan menggembirakan untuk memastikan kanak-kanak berminat untuk belajar serta ceria sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Apabila timbul perasaan yang menyeronokkan di hati kanak-kanak, sudah tentu ia dapat mendorong kanak-kanak untuk belajar dengan lebih tekun lagi.

62

You might also like