You are on page 1of 17

Structural Family Therapy Sejarah Hidup Pelopor - Salvador Minuchin Salvador Minuchin dilahirkan pada 13 Oktober 1921 di San

Salvador, San Juan , Argentina. Beliau merupakan anak sulung daripada 3 adik beradik. Keluarga beliau merupakan pendatang dari Rusia yang berhijrah ke Argentina. Bapa beliau adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya tetapi akhirnya mengalami kepapaan akibat daripada kemelesetan ekonomi. Beliau memulakan tugas sebagai seorang doktor di dalam pasukan tentera Israil pada tahun 1948. Setelah dua tahun bertugas di dalam pasukan tentera, beliau berhijrah ke Amerika dengan tujuan menyambung belajar di Chicago. Di pertengahan jalan, beliau telah berjumpa dengan Nathan Ackerman , seorang psikoanalisis di New York. Beliau tinggal di New York dan menjalani latihan sebagai pakar psikiatri kanakkanak. Setahun kemudian ( 1951), beliau berkahwin dengan Patricia Pittluck yang merupakan seorang ahli psikologi. Pada tahun 1954, beliau memulakan latihan di dalam bidang psikoanalisis di Willian Alonson White Institute di New York. Pada 1960, beliau mula berkhidmat di Wiltwyck School, di New York yang menempatkan pelajar-pelajar yang mengalami masalah tingkahlaku. Pada tahun 1965, beliau dilantik menjadi Pengarah di Philadelphia Child Guidance Centre. Dalam masa yang sama ,beliau juga diberi kepercayaan sebagai Pengarah Psikiatri di Children s Hospital of Philadelphia dan menjadi seorang tenaga pengajar di University Of Pensylvania sebagai Profesor di dalam bidang psikiatri kanak-kanak .Minuchin telah meletakkan jawatan di Philadhelphia Child Guidance Clinic pada tahun 1976. Di bawah pimpinan Minuchin, Philadelphia Child Guidance Clinic telah menjadi sebuah pusat terapi keluarga yang popular bermula pada awal tahun 1980. Di pusat ini, beliau telah membangunkan Structural Family Therapy bersama rakan-rakan yang lain seperti Jay Haley, Harry Aponte, Charles Fishman dan lain-lain. Beliau kemudian membuka klinik sendiri dan menjadikannya sebagai pusat untuk menjalankan kajian-kajian bersama George Simon dan Wai Yung Lee.Pusat itu telah
1

diberi nama sebagai Minuchin Centre for The Family. Mereka telah mempraktikkan dan mengajar terapi keluarga sehingga tahun 1996. Pada tahun yang sama, beliau mengambil keputusan untuk bersara dan tinggal di Boston bersama isterinya. Walaubagaimanapun, Minuchin masih aktif bergiat di dalam mempopularkan Structural Family Therapy melalui seminar dan aktiviti yang dianjurkan di samping meneruskan kerjaya sebagai seorang penulis dalam bidang terapi keluarga. Antara penulisan Salvador Minuchin adalah Families and Family Therapy,Family Healing;Strategies for Hope and Understanding,Family Therapy Techniques, Mastering Family Therapy, Assessing Family and Couples dan Working With Family of The Poor. Pengenalan Structural Family Therapy Structural Family Therapy adalah model rawatan yang dibangunkan di Philadelphia Child Guidance Clinic, New York. Model yang dibangunkan oleh Salvador Minuchin ini memberi penekanan terhadap struktur keluarga. Menurut Minuchin Family Structure memberi maksud the way in which family is organized according to roles, rules, power and hierarchy. Minuchin menjelaskan bahawa sesebuah keluarga itu berinteraksi melalui peranan, peraturan, hierarki dan kuasa tertentu yang terbentuk di dalam keluarga. Konsep Teori Structural Family Therapy Antara konsep penting yang ditekankan di dalam Structural Family Therapy adalah di mana teori ini memberi fokus kepada peranan di dalam perhubungan di dalam mengekalkan dan menyelesaikan masalah. Disamping itu, antara fokus yang penting perlu dimainkan oleh terapi adalah melihat dan menganalisa bagaimana cara ahli keluarga berinterkasi di antara satu sama lain. Di dalam terapi ini , ahli terapi memainkan peranan sebagai agen pengubah; membantu keluarga mengubah struktur supaya keluarga dapat berfungsi dengan baik dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Structural Family Therapy mengandaikan bahawa proses terapi perlu memberi fokus kepada interaksi yang berlaku di dalam keluarga dan memahami struktur
2

organisasi keluarga tersebut . Masalah individu boleh dikurangkan dengan mengubah struktur di dalam keluarga tersebut . Structural Family Therapy melihat bahawa masalah yang timbul di dalam keluarga sebagai produk kegagalan di dalam struktur keluarga. Konsep konsep dalam Structural Family Therapy Structural Family Therapy telah memperkenalkan beberapa konsep-konsep penting di dalam terapi keluarga. Konsep-konsep tersebut adalah:

Family Structure Family Competency (kebolehan) Boundaries ( sempadan) Subsystems ( sistem2 kecil) Hierarchy Alliances (gabungan), Coalitions (pakatan)and Triangles

Family structure Minuchin (1974), menyatakan struktur keluarga adalah satu set fungsi fungsi yang dimainkan oleh ahli keluarga, yang memandu cara berinteraksi sesama ahli. Keluarga adalah sistem yang beroperasi melalui cara-cara tertentu, kaedah yang diamalkan secara berulang-ulang akan menjadi pegangan sesebuah keluarga. Family competency Family Competency memberi maksud kebolehan dan keupayaan sesebuah keluarga bertindak dalam menyelesaikan masalah. Minuchin (1993),menjelaskan bahawa masalah terjadi bukan berpunca dari kegagalan fungsi di dalam sesebuah keluarga, tetapi kerana keluarga gagal menemukan cara yang terbaik untuk mengendalikan masalah. Di dalam proses terapi, tanggungjawab terapis adalah untuk meyakinkan

keluarga supaya mereka menonjolkan kebolahan dan keupayaan supaya dapat menggunakan alternatif terbaik yang sedia ada. Subsystem Subsistem atau sistem kecil adalah sistem yang wujud di dalam sesebuah keluarga. Terdapat tiga (3) subsistem yang utama di dalam keluarga iaitu: spousal subsystem (pasangan) terdiri dari suami dan isteri. Parental subsystem ( subsistem ibu bapa) terdiri dari suami isteri yang memegang peranan sebagai ibu bapa. Manakala anakanak merupakan subsistem adik-beradik ( sibling subsystem) . Subsistem adik beradik memainkan peranan untuk saling bertolak ansur dan bekerjasama antara satu sama lain. Apabila sesebuah keluarga itu mempunyai ahli seperti nenek dan datuk, mereka tergolong di dalam extended subsystem. Di dalam subsistem, setiap individu memainkan peranan yang berbeza di dalam subsistem yang tertentu. Masalah akan muncul apabila individu tidak memainkan peranan yang sepatutnya di dalam subsistem tertentu. Boundaries Boundaries (batasan atau sempadan ) ialah peraturan yang menetapkan batasan di antara subsistem dengan subsistem yang lain. Structural Family Therapy menegaskan bahawa perlunya individu memainkan memahami sempadan yang berbeza di dalam situasi yang berlainan. Terdapat beberapa jenis batasan yang dinyatakan di dalam Structural Family Therapy seperti:
a) Clear Boundaries (jelas) : sempadan yang jelas di mana setiap ahli keluarga

faham dan berjaya memainkan peranan yang sepatutnya di dalam subsistem, dan mampu berkomunikasi dengan baik dengan subsistem yang lain.
b) Enmeshed boundaries ( mesra@rapat): menunjukkan hubungan yang sangat

rapat dan mesra diantara individu dengan subsistem yang lain dan kurang perlaksanaan autonomi terhadap anak-anak. Sesuai di dalam hubungan ibu bapa dan bayi

c) Disengaged Boundaries ( tidak terlibat): Mereka yang tergolong di dalam

subsistem ini diandaikan bersifat individualistik dan kurang berkomunikasi di antara satu sama lain. Keluarga seperti ini tidak melibatkan diri di dalam masyarakat dan tidak membincangkan masalah dengan orang lain. Extremely Disengaged bermaksud menjauhkan diri dari terlibat dan mengambil tahu tentang orang lain walaupun anak sendiri. Illustrasi yang menggambarkan jenis-jenis boundaries. a)Enmeshed Boundary . Overinvolvement (terlampau)

b)Clear boundary ----------------------Normal Range

c)Disengagement Boundary _____________________ Lack of Involvement (kurang keterlibatan) Hierarchy Hierarki menunjukkan tahap-tahap yang membezakan kedudukan antara satu individu dengan individu yang lain. Sebagai contoh, hierarki ibu bapa dan anak jelas apabila ibu dan bapa menjadi sumber rujukan yang utama kepada anak untuk membuat sebarang keputusan. Kewujudan hierarki menunjukkan setiap individu memiliki kuasa dan tahap

yang tersendiri di dalam sesebuah keluarga. Setiap keluarga mempunyai susunan hierarki yang tertentu dan berbeza mengikut situasi. Terdapat beberapa ilustrasi yang menunjukkan hierarki yang wujud di dalam sesebuah keluarga.

a) Parents and Child Hierarchy with a Clear Boundary :

-----------C

M= mother F= father C= children

b) Father in charge of preparing supper :

F ------------M C

c) Older son in charge of other siblings when mom is away : 6

OS M --------------CC d) Mother in charge

M --------------F C

e) Single mother assumes responsibilities for all children

M ----------------OS CC

Alliances, coalition, triangles Alliances Alliances diertikan apabila terjadi gabungan sesama ahli keluarga untuk menyelesaikan masalah . Contoh: Ibu dan bapa saling bekerjasama untuk membesarkan anak-anak. Coalition
7

Coalition bermaksud pakatan di antara dua (2) individu atau lebih untuk menentang ahli keluarga yang lain.Sebagai contoh, apabila berlaku pergaduhan di antara dua (2 ) adik beradik, adik beradik yang tidak terlibat akan turut melibatkan diri membantu individu yang lemah untuk menyeimbangkan keadaan. Triangles - Bentuk pakatan yang melibatkan 2 individu/ keluarga bagi menentang orang ke-tiga / keluarga yang lain. Di dalam segitiga, kadangkala terjadi situasi dimana melibatkan keluarga dari generasi yang berbeza. Situasi ini dinamakan CrossGeneratinal Coalitions. Perkembangan Keluarga Keluarga Normal Sesebuah keluarga itu dilihat sebagai keluarga yang berfungsi secara normal apabila mereka mampu mengubah struktur di dalam keluarga mengikut keperluan dan suasana yang berlainan. Contohnya: pasangan yang baru berkahwin harus menyesuaikan diri dengan peranan dan tanggungjawab sebagai pasangan dengan saling lengkap melengkapi dan bertolak-ansur antara satu sama lain. Apabila sesebuah keluarga itu menerima kelahiran bayi. Kelahiran bayi akan membawa kepada pembentukkan subsistem ibu-bapa, di mana subsistem yang baru akan terjadi. Subsistem ini perlu saling bekerjasama di dalam membantu antara satu sama lain dalam penjagaan anak.Pasangan perlu mengubah batasan diri mereka untuk menerima bayi yang baru lahir menjadi subsistem ibu bapa. Bayi memerlukan kasih sayang yang dan batasan kemesraan dari ibu bapa . Anak yang masih kecil akan bergantung Sebagai sepenuhnya kepada ibu-bapa. Apabila anak itu menjadi seorang remaja, ibu bapa perlu memberi sedikit kebebasan agar menjadikan mereka pandai berdikari. perubahan yang berlaku kesimpulan, keluarga yang normal akan mengubah struktur untuk menepati perubahan

Keluarga tidak normal

Structural Family therapy mengandaikan bahawa sesebuah keluarga dikatakan tidak normal apabila keluarga tersebut tidak mampu untuk mengubah struktur yang sedia ada kepada struktur yang lebih sesuai untuk mengendalikan krisis yang timbul. Apabila keluarga tidak dapat mewujudkan struktur yang sesuai, simptom-simptom ( masalah) akan wujud di dalam keluarga. Selain itu, symptom ini juga akan terjadi apabila wujud gabungan dan pakatan pada masa yang tidak sesuai. Perkara ini akan menimbulkan masalah di dalam keluarga. Inilah yang menjadikan keluarga itu dianggap tidak normal. Matlamat Matlamat utama Structural Family Therapy adalah untuk membangunkan struktur yang baru sesebuah keluarga yang sesuai dengan keadaan dan situasi yang dihadapi oleh keluarga. Structural Family Therapy mengandaikan bahawa setiap keluarga mempunyai kemampuan untuk berubah. Adalah menjadi tanggungjawab ahli terapi adalah untuk membantu mereka mengenalpasti struktur yang sesuai dengan suasana yang sedang dilalui. Selain itu, Structural Family Therapy adalah modul yang berorientasikan proses di mana membuat keputusan adalah produk daripada struktur yang sistematik. Antara lain, matlamat Structural Family Therapy adalah untuk membantu

perkembangan sistem keluarga dengan menggalakkan perkembangan individu. Perkembangan individu dapat dilaksanakan dengan salah satu cara di mana ahli terapi akan berjumpa dengan ahli keluarga secara individu untuk membantu dan memahami individu dan membantunya mengembangkan potensi yang sedia ada. Antara lain, matlamat terapi ini adalah untuk membina struktur hierarki yang berkesan dengan membantu ibu bapa berfungsi sebagai subsistem yang efektif. Selain itu, matlamat Structural Family Therapy juga untuk membantu menyelesaikan masalah / krisis yang timbul yang memerlukan penyelesaian yang segera. Sebagai contoh , kes anorexia nervosa, diabetic dan lain-lain, dimana situasi ini akan mengancam nyawa ahli keluarga. Selain itu, terdapat beberapa situasi yang memerlukan matlamat yang spesifik untuk dilaksanakan sebagai contoh: apabila berhadapan dengan enmeshed family, matlamat
9

yang diletakkan adalah untuk membezakan individu dengan subsistem dengan mengukuhkan batasan antara mereka. Keluarga perlu jelas dan patuh kepada batasan batasan yang diwujudkan. Manakala matlamat dengan disengaged boundaries adalah membantu keluarga untuk memperbaiki interkasi dengan mewujudkan batasan yang bersesuaian. Proses terapi Di dalam terapi keluarga berstruktur, terdapat beberapa proses bagi melengkapkan sesi terapi. Proses-proses tersebut adalah : 1. Memahami Masalah Ahli terapi perlu memahami masalah sebenar yang wujud di dalam sesebuah keluarga. Ahli terapi kemudiannya menentukan isu-isu yang wajar untuk diteroka dan mencari jalan penyelesaian bersama. Di dalam proses memahami masalah, ahli terapi perlu menyertai keluarga , memasuki realiti dan menjadi sebahagian daripada struktur keluarga tersebut. 2. Pengumpulan data Pengumpulan data diperolehi daripada pemerhatian sepanjang sesi dan juga temubual yang dijalankan. Antara langkah-langkah yang dicadangkan adalah:
a) Bertanya soalan bagaimana cara keluarga mengambil tindakan untuk

menyelesaikan masalah b) Mengumpul maklumat yang diperolehi c) Menghasilkan peta fungsi keluarga d) Membangunkan struktur yang sesuai.

3. Merangka Hypothesis

10

Berdasarkan pemerhatian,data dan maklumat yang dikumpul, ahli terapi melakukan hipotesis mengenai struktur keluarga, jenis, masalah dan hierarki keluarga.
4. Penetapan Matlamat

Seterusnya, ahli terapi akan menentukan matlamat. Matlamat yang dibina adalah untuk membina struktur yang sepatutnya bagi mengurangkan gejala-gejala disfungsi. Seterusnya, ahli terapi membawa ahli keluarga kepada perubahan struktur dan menetapkan sempadan-sempadan yang sesuai dimainkan di dalam keluarga. 5. Intervening Campurtangan dilakukan oleh terapis bertujuan struktur komunikasi ahli

keluarga bertujuan membina semula peranan ahli keluarga, penyusunan sempadan, mencari resolusi, mewujudkan struktur hierarki, dan meningkatkan tahap fleksibiliti dalam interaksi di kalangan ahli keluarga Teknik teknik Terapi 1. Diagnosing Diagnosis dilakukan pada peringkat awal di dalam proses terapi. Setelah ahli terapi mendapat maklumat yang cukup, ahli terapi akan membuat penilaian, analisa dan seterusnya membuat diagnosis terhadap simptom-simptom yang didapati di dalam keluarga tersebut. Apabila telah terbentuk diagnosis, terapis akan menjelaskan kepada ahli keluarga tersebut dan seterusnya membentuk matlamat bersama. Ahli terapis haruslah menjadi seorang yang proaktif. 2. Joining Joining merupakan proses gandingan diantara terapis dan ahli keluarga yang membawa kepada pembentukan hubungan yang mesra. Perhubungan ini akan membuahkan kepercayaan keluarga kepada ahli terapi mereka. Di dalam teknik ini, terapi akan berusaha untuk meletakkan diri mereka ke dalam ahli keluarga.
11

Walaupun joining dilakukan pada permulaan terapi, namun teknik ini adalah satu teknik yang berterusan dan harus di kekalkan oleh ahli terapi. Terdapat empat (4) cara yang dilakukan di dalam teknik joining. Berikut adalah cara-cara melakukan teknik joining : a) Tracking Teknik ini dilaksanakan dengan memberi soalan terbuka kepada klien. Selepas klien memberi maklumbalas, ahli terapi memberi maklumbalas tentang apa yang dia dengar. Dengan ini, ahli terapi dapat menjejaki maklumat yang diberi oleh klien. Sebagai contoh , terapis ingin tahu sejak bila masalah suami isteri berlaku; samada selepas perkahwinan atau selepas mendapat anak.Terapis akan cuba menjejaki perasaan emosi klien sehingga terapis dapat mengenalpasti punca dan bila bermulanya masalah mereka. b)Mimesis Ahli terapi akan cuba menyesuaikan diri dengan keluarga dengan mengikut dan menuruti cara ahli keluarga itu berkomunikasi. Jika keluarga itu berkomunikasi dengan bercakap secara sopan dan perlahan, ahli terapi harus melakukan cara yang sama. Begitu juga sebaliknnya.
c) Confirmation of a family member

Terapi akan berusaha unutk memenangi hati dan menyentuh hati ahli keluarga. Terapi harus seringkali melakukan refleksi perasaan supaya ahli keluarga menyedari bahawa mereka dihargai diambil berat oleh ahli terapi

d). Accomodation

12

Ahli terapi akan berusaha membuat penyesuaian peribadi dengan ahli keluarga untuk mendapat kerjasama. Ahli terapi perlu sentiasa memahami budaya dan cara hidup ahli keluarga agar dia dapat menyesuaikan diri dengan baik. 3. Reframing Reframing bermaksud membuat pandangan dan memberi makna yang berbeza di dalam pengertian yang lebih positif ( Lily Mastura Harun dan Ramlan Hamzah, 2007) Sebagai contoh: Ahli keluarga mengatakan anak mereka teruk dan jahat; terapis membuat reframing bahawa anak itu tidak jahat, tetapi nakal.Ahli keluarga mengubah sikap mereka kpd persepsi baru iaitu anak nakal dan berfikir bagaimana dapat membantu anak mereka untuk berubah. 4.Unbalancing Unbalancing merupakan teknik di mana pakar terapi menyebelahi atau menyokong individu tertentu atau subsistem untuk menentang ahli keluarga yang lain .Ini kerana keluarga tersebut sangat tegar sehingga ahli keluarga tersebut tidak dapat mengubah walaupun melalui melalui perbincangan. Oleh itu pakar terapis akan menggunakan pengaruhnya untuk menyokong ahli keluarga yang tertentu supaya mereka dapat mengubah tingkah laku. 5.Restructuring Teknik ini melibatkan pertukaran struktur ( peranan) ahli keluarga. Matlamat teknik ini adalah ingin menjadikan keluarga itu lebih berfungsi dengan mengubahsuai hierarki dan pola interaksi agar masalah yang dihadapi dapat diatasi. 6.Enactment Perlaksanaan teknik ini biasanya melibatkan ahli keluarga yg mempunyai masalah tingkahlaku. Teknik ini melihat bagaimana melihat keluarga berinteraksi sesama sendiri dan memberi respon tentang apa yang sepatutnya dilakukan pada masa tersebut. Minuchin percaya bahawa ramai orang menghadapi masalah tingkah laku kerana sikap individu yang mempunyai tanggapan berbeza tentang sesuatu perkara yang berlaku.
13

Tanggapan yang tidak benar perlu dibetulkan agar masalah tidak akan timbul.Kaedah ini adalah untuk membantu ahli keluarga mengawal tingkahlaku mereka, dengan cara mereka harus mengkaji apa peranan mereka , bagaimana nak menyesuaikan diri dan bagaimana cara untuk bertindak. Contohnya: Ahli keluarga yang sering bertengkar di dalam isu meluangkan masa pada hari cuti minggu. 7.Boundary Marking Teknik ini ialah mewujudkan sempadan yang memisahkan individu atau subsistem dengan individu atau subsistem yang lain secara psikologi. Tugas ahli terapi adalah untuk membantu keluarga menentukan dan mengubah sempadan di dalam keluarga.Ahli terapi akan membantu keluarga samaada mengukuh atau melonggarkan sempadan,mengikut keperluan dan situasi di dalam keluarga. 8.Working with spontaneous interaction Teknik ini di aplikasikan dengan terapis memberi perhatian terhadap sesuatu tingkah laku tertentu. Melalui teknik ini ,ia dapat memperlihatkan tingkah laku asal dan dinamika interaksi sesebuah keluarga .Ahli terapi akan membantu ahli keluarga untuk mengenalpasti pola interaksi dan apakah perubahan yang perlu mereka lakukan untuk memperbaiki corak komunikasi dalam keluarga.Contohnya: Jika ada pertengkaran di antara suami isteri dimana isteri meninggikan suara kepada suaminya , maka kaunselor secara spontan menegur isteri. 9. Intensity Intensity adalah teknik untuk mengubah tingkah laku dengan menggunakan perasaan yang kuat, melakukan perkara dengan berulang-ulang atau memberi tekanan yang berpanjangan. Contohnya, Setiap kali suami isteri bergaduh , terapis akan mengarahkan mereka mencatat perkara yang tidak disukai terhadap pasangan. Ini menyebabkan kedua-duanya akan berfikir bahawa setiap perlakuan yang menjadi punca pergaduhan mereka adalah benda yang berulang-ulang. 10. Shaping
14

Shaping di dalam Sructural Family Therapy bermaksud membentuk tingkah laku. Ahli terapi membantu keluarga menjadi lebih berfungsi dengan memberi fokus kepada pembentukan tingkah laku yang positif.Contoh: Ibubapa digalakkan menunjukkan tingkah laku yang positif kepada anak-anaknya supaya terbentuk tingkah laku yang positif kepada anaknya. 11. Adding cognitive construction Teknik ini melibatkan ahli terapi memainkan peranan sebagai sumber maklumat dan panduan kepada klien dan keluarga. Terdapat beberapa teknik dicadangkan didalam untuk menjayakan teknik ini seperti: a) Advice and Inform

Memberi nasihat dan maklumat . Ia digunakan untuk menenangkan ahli-ahli keluarga atau memberi semangat kepada individu dan keluarga tentang tindakan tindakan tertentu.

b) Pragmatic fictions Pendapat untuk membantu merubah keluarga

c) Paradox (percanggahan )

Digunakan untuk memberi motivasi kepada ahli-ahli keluarga untuk mencari alternatif. Ahli ahli keluarga mungkin menentang ahli terapi dan menjadi lebih baik dan mereka akan meneroka sebab-sebab mengapa tingkah laku mereka seperti itu.

Penilaian Structural Family Therapy Salvador Minuchin telah berjaya membuktikan keberkesanan teori beliau melalui kajiankajian yang dijalankan dan di terbitkan sepanjang perkhidmatan beliau. Antara kajiankajian yang telah di terbitkan ialah kajian tentang psychosomatic illness; 20 kes diabetik, 53 kes anorexia dan 17 kes asma. Kesemua kes kes ini menunjukkan keberkesanan selepas menjalani terapi keluarga yang dikendalikan. ( Rosman,
15

Minuchin, Liebman & Baker, 1978). Sebanyak 88% kes diabetik berjaya sembuh, dan selebihnay 12% menunjukkan peningkatan positif dan semakin pulih. Disamping itu, di dapati 86% kes anorektik mencapai tahap pemakanan yang normal dan mencapai berat badan yang stabil . Peningkatan yang memberangsangkan juga di dapati berlaku apabila 82% pesakit asma berjaya mengurangkan kadar serangan asma melalui terapi yang telah dijalankan. Disamping itu, Structural Family Therapy dilihat sebagai satu cara yang berkesan di dalam membantu masalah kanak-kanak dan remaja. Selain itu,Structural Family Therapy juga dilihat sangat efektif di dalam menangani masalah ketagihan dadah. ( Stanton, Todd, and Associates, 1982) .Structural Family Therapy di buktikan efektif untuk digunakan untuk merawat golongan daripada tahap sosial ekonomi yang rendah. Ini telah dibuktikan oleh Salvador Minuchin sepanjang perkhidmatannya di Wiltwyck school. Terbaru, Structural Family Therapy berjaya diaplikasikan di dalam mewujudkan peranan keluarga di dalam penagih heroin. Antara kajian lain yang dijalankan telah menunjukkan bahawa Structural Family Therapy berkesan di dalam menjalankan latihan di dalam pengendalian tingkahlaku; mengurangkan komunikai yang negatif, konflik dan ADHD ( Attention Deficit Hyperactivity Disorder) Kesimpulan. Structural Family Therapy adalah model terapi yang menekankan kepada perlunya perubahan struktur di dalam keluarga. Di dalam Structural Family Therapy, terapist adalah bertindak sebagai agen perubahan Terapi ini mula di kembangkan di sekolah kanak-kanak delinkuen pada awal tahun 60-an.Perubahan perhubungan di dalam keluarga bergantung kepada modifikasi di dalam struktur famili; perubahan posisi, mewujudkan hubungan hierarki yang sempurna, kurangkan dan tambahkan jarak, mencari alternatif baru, dan mencari solusi konflik. Tugas ahli terapi adalah untuk membantu keluarga untuk membina semula struktur supaya keluarga dapat berfungsi dengan baik dan dapat mengatasi masalah dengan sebaiknya. Selain itu, Structural Family Therapy dilihat sebagai satu terapi yang sangat berkesan di dalam membantu keluarga yang bermasalah.
16

Rujukan Lampiran

17

You might also like