You are on page 1of 4

Refleksi

Syukur tidak terhingga saya panjatkan ke hadrat ILLAHI, terlaksana dengan


jaya akhirnya aktiviti Penganjuran Permainan Tradisional Peringkat IPG Kampus
Keningau dengan jayanya.
Dalam penganjuran Permainan Tradisional pada kali ini, kami seramai 60
orang pelatih Guru PISMP Prasekolah dan PISMP B.Melayu telah dibahagikan
kepada 6 kumpulan permainan terpilih. Untuk menggerakkan penganjuran Karnival
ini kami telah membentuk jawatankuasa kerja melalui mesyuarat yang diadakan.
Semua jawatankuasa yang dilantik telah memainkan peranan masing-masing bagi
memastikan Karnival ini dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur dan berkesan.
Selain itu setiap kumpulan bertanggungjawab merangka undang-undang dan
peraturan serta menjelaskan bagaimana sesuatu permainan itu dimainkan. Program
ini dijalankan secara bersepadu iaitu gabungan beberapa jenis permainan dan
dijalankan mengikut stesen yang telah ditetapkan. Kami telah memilih Permainan
Tanda Gerama untuk aktiviti kumpulan kami.
Melalui penganjuran Permainan Tradisional

ini, input utama yang saya

perolehi ialah kesabaran. Sepanjang proses melaksanakan tugasan ini, perkara


pertama yang akan diuji ialah kesabaran, saya dapat menilai sejauh mana
kesabaran yang ada pada diri saya sepanjang usaha menyelesaikan tugasan ini.
Kerana saya sedia maklum tugasan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk
dilaksanakan kerana ia memerlukan pengorbanan dari segi masa dan tenaga. Tetapi
semua itu bukanlah menjadi alasan kepada saya dan rakan-rakan untuk tidak
melaksanakan tugasan amali ini kerana saya sedar ini merupakan latihan kepada
diri untuk menjadi seorang bakal guru yang serba boleh. Memandangkan tugasan ini
adalah berkumpulan, Justeru input yang saya perolehi melalui amali ini juga lebih
banyak dan amat baik untuk membantu saya membina kendiri yang lebih positif
terutama

sekali

ketika

melaksanakan

tugasan

berkumpulan.

Dalam

kerja

berkumpulan perkara pertama yang saya perlu lakukan ialah memberikan komitmen
yang sebaiknya terhadap tugasan bersama.
Daripada amali ini, bukan sahaja membina jati yang positif tetapi tugasan ini
juga turut memberikan penekanan kepada saya dan rakan sekumpulan cara berfikir

yang kreatif agar dapat menjana idea yang bernas bagi menghasil masakan nasi
ayam yang menarik dan sihat. Selain itu, untuk menghasilkan gerak kerja yang
mantap saya dan rakan-rakan sekumpulan sentiasa bekerjasama untuk melakukan
sebarang kerja. Bagi saya, faktor tolak ansur dan kerjasama yang erat diantara satu
sama lain merupakan kekuatan dalam kumpulan saya.
Tugas untuk menyediakan alatan permainan Tanda Gerama

amat

memerlukan kerjasama kerana kuantiti yang perlu disediakan adalah agak banyak.
Bermula daripada beberapa sebelum hari amali saya bersama rakan sekumpulan
sudah memulakan proses penyediaan alatan yang digunakan untuk permainan ini.
Untuk melicin lagi kerja ini, kami telah membahagikan setiap tugasan kepada setiap
ahli kumpulan.
Saya begitu berasa bertuah berada dalam kumpulan Permainan Tanda
Gerama ini kerana ahlinya begitu memberikan komitmen terbaik dan kami Berjaya
menyiapkan semua peralatan yang diperlukan. Saya begitu berterima kasih kepada
rakan sekumpulan saya kerana komitmen yang mereka berikan dan ini secara tidak
lansung turut memberikan kesedaran kepada saya agar sentiasa memberikan
komitmen yang terbaik agar ahli kumpulan akan berasa adil dan senang hati apabila
bekerja bersama-sama.
Walaupun penat, kami merasa sangat seronok mengendalikan karnival pada
kali ini. Kerjasama dan komitmen para peserta mampu bertahan ke akhir program.
Kami saling bekerjasama mengemas dan menyimpan barang-barang yang dibawa.
Sebelum bersurai, Tn. Jais Siarus melahirkan rasa gembira dan bangga dengan
kerjasama, komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua.

Kekuatan
Karnival ini berjalan dengan jayanya bersandarkan kepada faktor-faktor berikut ;
Program ini dibimbing oleh pensyarah yang cukup berpengalaman dan
komited dengan tanggungjawab.
Peserta memahami tujuan program ini dan memberikan kerjasama yang baik
serta memainkan peranan masing-masing.

Program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pensyarah dan


peserta.
Program ini dapat memupuk semangat kerjasama dan setiakawan di
kalangan para peserta.
Program ini dapat memberi pengalaman yang bermakna kepada para peserta
untuk diaplikasikan dalam Pendidikan Jasmani di sekolah.
Kelemahan
Program ini telah dirancang penuh rapi dan sistematik. Walau bagaimanapun,
apabila tiba peringkat perlaksaannya pasti terdapat kelemahan dan kekurangan.
Berikut adalah

kelemahan yang dapat saya nyatakan berdasarkan pemerhatian

saya.
Terdapat peserta yang mengambil sikap sambil lewa atau kurang peka
dengan taklimat yang disampaikan oleh pemberi taklimat.

Cadangan Penambahbaikan
Undang-undang dan peraturan yang dirangka untuk satu-satu permainan
mestilah bersifat realistik dan praktikal serta mampu dilaksanakan dengan
baik.

Kesimpulan
Pada pandangan saya refleksi adalah pengakuan secara jujur dengan
membuat renungan, muhasabah dan menganalisis apa yang telah dialami oleh
seseorang individu. Refleksi penting bagi mengenalpasti kekuatan dan kekurangan
sesuatu program dengan harapan kekuatan yang ada dapat dimurnikan lagi
manakala kelemahan yang berlaku tidak diulangi sebaliknya cuba diperbaiki pada
masa akan datang. Terima kasih sekalung budi kepada pensyarah penasihat Tn.
Jais Siarus di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar serta teguran membina kepada
kami dalam menjayakan karnival ini. Dengan kata-kata tersebut saya akhiri bicara
refleksi ini dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T.

Disediakan Oleh :

___________________
(Saifuan Bin Anggun)
(K/P 930811-12-6151)
PIMSP PRASEKOLAH
SEMESTER 5.

You might also like