You are on page 1of 4

REFLEKSI PEMENTASAN TEATER MUZIKALTARI

NAMA
OPSYEN

: SAIFUAN BIN ANGGUN


: PRASEKOLAH, SEMESTER 4

NO. MATRIK : 7241

Sebelum Pementasan

Pementasan MuzikalTari pada semester 4 ini bagi Subjek PRM3023E merupakan


salah satu daripada bahagian kerja kursus yang harus kami laksanakan bagi
mendapatkan penilaian markah. Sebelum pementasan ini, kami telah membentuk
sebuah Jawatankuasa pelaksana bagi melancarkan semua aspek pengurusan dan
tugas-tugas yang perlukan dijalankan. Saya telah dipilih sebagai setiausaha untuk
Pementasan Teater MuzikalTari pada kali ini. Bagi saya ini merupakan suatu medan
latihan kepada diri agar sentiasa menimba ilmu dan pengalaman tentang tugastugas yang perlu dilaksanakan dalam sesebuah organisasi. Bertindak sebagai
setiausaha, saya telah diminta untuk menyiapkan kertas kerja bagi mendapat
kelulusan daripada Pengarah IPG Keningau iaitu Puan. Rujinah Miki. Selain itu ,
surat-surat jemputan kepada setiap sekolah yang terpilih hendaklah disiapkan dan
dihantar. Saya bersama Zulfadhli dan Amdi telah menghantar surat-surat ini kesetiap
sekolah yang dipilih.
Terdapat tiga jenis Teater MuzikaTari yang akan dipersembahkan pada hari
pementasan yang telah ditetapkan. Maka itu, kami pelatih Kelas Prasekolah seramai
30 orang telah dibahagikan kepada 3 kumpulan yang akan melaksanakan
persembahan mengikut kumpulan masing-masing iaitu kumpulan DramaTari,
PuisiTari dan PentomenTari. Pensyarah pembimbing kami iaitu Mr.Albert telah
memberikan penerangan tentang setiap persembahan yang akan kami laksanakan
dari segi konsep dan kesesuaian teater MuzikalTari dengan tema prasekolah. Saya
telah terpilih sebagai ahli puisitari bersama dengan Sembilan lagi rakan yang lain.
Kerja ini merupakan suatu kerja yang memerlukan semangat berpasukan, oleh itu
saya telah mengingatkan kepada diri saya sendiri agar sentiasa memberikan
komitmen yang baik kepada kumpulan kerana saya sedar tanpa adanya kerjasama

yang baik dalam sesebuah kumpulan maka hasil sesuatu kerja tidak akan berkualiti.
Bak kata pepatah Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh . Untuk melancarkan lagi
kerja-kerja bagi tujuan pementasan puisitari ini, kami telah membahagikan tugas
kepada setiap ahli agar proses penyiapan kerja bertambah laju dan efektif. Saya
telah menerima tugas untuk membuat puisi mengikut jalan cerita yang telah kami
bincangkan untuk dipersembahkan nanti. Saya menerima tugas ini dengan hati yang
senang kerana pengalaman dan minat kepada puisi ketika disekolah menengah
serba sedikit turut membantu saya menyiapkan puisi dengan kadar yang agak cepat.
Selepas itu, kami semua telah mengumpul duit untuk membeli peralatan dan barang
yang diperlukan bagi tujuan pementasan. Tugas untuk menyiapkan proops dan
kostum yang akan kami gunakan untuk persembahan nanti adalah satu kerja yang
amat memerlukan kerjasama kumpulan. Bukan sahaja rumit tetapi memerlukan
kesabaran yang amat tinggi kerana proses menyiapkan proops bukanlah suatu
perkara yang mudah. Saya begitu berterima kasih kepada rakan sekumpulan saya
kerana komitmen yang mereka berikan turut memberikan kesedaran kepada saya
agar sentiasa memberikan komitmen yang terbaik agar ahli kumpulan akan berasa
adil dan senang hati apabila bekerja bersama-sama. Di samping menyiapkan semua
peralatan dan proops yang diperlukan kami turut memulakan latihan. Pada
awalnya, kami berasa agak kekok dan malu-malu untuk menunjukkan bakat masingmasing namun atas dasar kerjasama lama-kelamaan perasaan malu-malu itu mula
hilang dan kami berasa lebih selesa untuk berlatih. Dalam pementasan puisitari ini
saya akan berperanan sebagai pemuisi bersama dengan 2 orang lagi rakan iaitu
Shafina dan Nurlyana. Untuk mendapatkan keseragaman diantara puisi dan pelakon
cerita ternyata bukanlah sesuatu yang mudah dan saya berani mengatakan bahawa
puisitari adalah lebih susah

berbanding yang lain. Walaubagaimanapun dengan

semangat berpasukan yang begitu berkobar-kobar turut memberikan motivasi


kepada saya agar lebih bersemangat untuk berlatih walau kami terpaksa berkorban
masa, tenaga dan wang ringgit. Ini bukanlah alasan bagi kami untuk tidak
memberikan yang terbaik kerana semua

tugasan yang diberikan ini adalah

tanggungjawab kami sebagai pelatih guru. Dengan pelbagai tugasan yang lain turut
bertindih, pelbagai program yang lain serta masa untuk berlatih yang begitu terhad
membuatkan kami sekumpulan berasa sedikit tertekan lebih-lebih lagi apabila
penggunaan dewan hanya dibenarkan sehingga jam 11.00 malam. Namun kami

tetap berfikiran positif dan meneruskan latihan di kelas walaupun hanya dihadkan
sehingga jam 12.00 malam
Menjelang tarikh pementasan yang semakin dekat iaitu 9 Oktober, latihan kami
bertambah rancak dan setiap masa yang terluang akan dikorbankan dengan
melakukan latihan. Saya serta ahli kumpulan sedar bahawa diantara ketiga-tiga
kumpulan ini, kumpulan kami Puisitari masih lagi tercari-cari rentak dan banyak
aspek yang perlu kami perbaiki. Sehinggakan sehari sebelum pementasan kami
telah berlatih dihadapan perpustakaan IPG sehingga jam 2.30 pagi semata-mata
untuk memantapkan persembahan kumpulan puisitari. Saya merasakan begitu
bertuah berada dalam kumpulan ini kerana begitu mementingkan kerja berpasukan.

Semasa Pementasan
Maka tibanya saat yang ditunggu-tunggu selama 3 bulan, bertempat didewan Tan Sri
Suffian Koroh pada jam 8.00 malam para tetamu dan penonton mulai membanjari
tempat duduk didewan. Penontoh bukan sahaj terdiri daripada pelatih IPG malahan
turut dihadiri oleh guru-guru disekitar keningau serta Timbalan Pengarah IPG iaitu
Tuan Baharom Mohd Nor. Pada awalnya perasaan gemuruh dan gementar
membuatkan saya berasa risau kerana sudah agak lama saya tidak berpuisi di
khalayak ramai. Saya duduk mendiamkan diri dan mengambil motivasi diri agar
melakukan yang terbaik dan tidak mensia-siakan latihan yang telah dilakukan
dengan

bersungguh-sungguh

selama

ini.

Kumpulan

PuisiTari

merupakan

persembahan yang pertama yang akan dipersembahkan. Sebaiknya kami


memulakan persembahan, satu tepukan gemuruh telah diberikan oleh para hadirian
membuatkan berasa lebih bersemangat untuk bersajak dengan lebih lantang. Setiap
babak kami lakukan dengan bersungguh-sungguh dan tidak lagi menghiraukan
orang lain, apa yang ada dalam minda saya hanyalah terus bersajak mengikut
seperti yang telah kami rancang. Tepukan demi tepukan kami terima daripada
penonton menandakan kami Berjaya membuatkan para penontoh berasa seronok
menonton persembahan kami. Ternyata usaha dan penat lelah kami selama ini telah
dikotakan dengan persembahan yang bertenaga pada malam tersebut.
Persembahan yang begitu menarik diteruskan trut dipersembahkan oleh
kumpulan 2 lagi kumpulan seterusnya iaitu DramaTari dan PentomenTari. Gelagat

dan babak yang menyeronokkan untuk ditonton telah Berjaya mencuit hati para
penonton. Saya turut berasa gembira dengan kejayaan persembahan rakan-rakan
yang lain. Kejayaan ini sebenarnya hak milik kami bersama.

Selepas Pementasan
Setelah berakhirnya pementasan tersebut, sekali lagi kami berkumpul bersama
dengan Mr. Albert. Kita boleh anggap ia sebagai post mortem kepada pementasan
muzikalTari pada kali ini. Setiap perkara yang kita rancang dan laksanakan tidak
semestinya akan berjalan dengan selancarnya dan pasti kan cacat celanya. Begitu
juga perancangan kami, terdapat sedikit kelemahan yang telah dikenalpasti seperti
pengurusan masa dan teknikal diatas pentas perlu diperbaiki

pada masa akan

dating. Seterusnya, daripada ucapan yang diberikan oleh Sir Albert juga telah
memberikan suatu kepuasaan kepada kami semua kerana telah Berjaya
melaksanakan pementasan ini dengan begitu gemilang. Setiap penonton, pensyarah
dan Tuan Baharom sendiri turut menyatakan pujian dan rasa puas hati terhadap
persembahan kami. Di sudut hati saya, ternyata usaha kami selama ini tidak sia-sia
kerana dengan segala berkat dan komitmen yang telah diberikan telah terbayar
dengan persembahan yang jauh daripada sangkaan kami. Ini merupakan suatu
medan latihan kepada kami sebagai bakal guru prasekolah agar fleksibel dan kreatif
dalam melaksanakan tugasan
Perkara

terakhir

sebelum

kami

bersurai

adalah

mengemas

dewan

dan

meninggalkan dewan dalam keadaaan yang bersih. Seperti biasanya kelas


Prasekolah mempunyai ahli kelas yang sentiasa bersatu hati dan bekerjasama untuk
membersihkan dewan.

You might also like