You are on page 1of 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU ,KAMPUS SULTAN MIZAN, 22200, BESUT,

TERENGGANU.

LAPORAN PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU KANAK-KANAK

PENSYARAH :
EN. MOHD ASRI BIN

ANJURAN BERSAMA:
UNIT PPISMP AMBILAN JUN 2011 PENDIDIKAN SENI VISUAL DAN PENDIDIKAN
JASMANI

TARIKH :
23 .4. 2012

TEMPAT :
DEWAN BENDAHARA ,IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
\

LAPORAN PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU KANAK-KANAK


PENGENALAN
Teknologi Maklumat dan komunikasi merupakan salah satu medium yang digunakan
dalam subjek Pendidikan Jasmani, Pertandingan nyanyian lagu kanak-kanak merupakan
salah satu cara yang digunakan bagi pemarkahan kerja kursus projek (KKP) subjek ini,
Antara pelajar yang terlibat dalam pertandingan ini ialah pelajar yang mengikuti mata
pelajaran TMK dalam Pendidikan Jasmani, antaranya, unit pendidikan seni visual 1, 2 dan 3
serta unit pendidikan jasmani 1 dan 2. Pertandingan nyanyian lagu kanak-kanak ini
merupakan sebuah pertandingan yang kali pertama diadakan dan dianjurkan oleh pelajar
PPISMP semester dua tahun 2012. Tujuan pertandingan ini diadakan bagi memberi peluang
kepada pelajar untuk menjana idea-idea kreatif serta meningkatkan kemahiran dalam
pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Sehubungan dengan itu, pertandingan ini
juga dijalankan bertujuan untuk meningkatkan lagi hubungan silaturahim antara pelajarpelajar dan pensyarah yang terlibat.

LAPORAN SEBELUM PERTANDINGAN


Sebelum pertandingan ini dilaksanakan, Perancangan yang rapi telah
dijalankan, Aktiviti ini dirancang untuk diadakan secara besar-besaran. Semua
pelajar unit pendidikan seni visual dan pendidikan jasmani telah dipanggil berkumpul
di jabatan Pendidikan Jasmani bagi melantik ahli jawatankuasa induk dan ahli
jawatankuasa kerja pertandingan ini, Mohamed danial bin Mohamed khair telah
dipilih sebagai pengerusi pertandingan ini. setelah selesai pelantikan ahli
jawatankuasa tersebut, pengerusi yang dipilih terus memulakan tugas dengan
membuat perbincangan bersama semua pelajar yang terlibat dalam aktivti tersebut,
antara perkara yang dibincangkan ialah tarikh pertandingan, masa, tempat,
makanan, hadiah, juri, dan sebagainya, selepas semua bersetuju dengan
perancangan tersebut, semua pelajar bersurai dan pengerusi telah mengarahkan
ahli jawatankuasa yang terlibat tunggu sebentar untuk membuat perbincan yang
lebih rapi sebelum membuat taklimat pertandingan nyanyian lagu kanak-kanak.
Selepas beberapa hari, semua pelajar unik pendidikan seni visual dan pj telah
dipanggil dan berkumpul sekali lagi untuk sesi taklimat. Pengerusi majlis memulakan
taklimat dengan menyatakan tarikh, tarikh untuk menghantar video, masa, tempat,
menetapkan bayaran iaitu RM 5 ringgit setiap seorang, menyatakan secara kasar
kemana duit tersebut akan digunakan, pertama, setiap seorang akan diberikan
cenderahati, makanan dan selebihnya untuk pengurusan, juri yang akan dijemput
ialah En. Sulizi, En. Sukreri dan En.khir, dan hadiah yang akan dimohon oleh pihak
IPG dan JPP. Selesai sahaja sesi taklimat, beberapa hari kemudian pengerusi telah
berjumpa dengan Timbalan Pengarah IPG kampus sultan mizan untuk mendapatkan
kelulusan aktiviti tersebut, syukur kerana aktivti tersebut diluluskan dan lebih
gembira permohonan untuk mendapatkan Hamper turut dibenarkan, Namun begitu,
selepas beberapa hari kemudian terdapat masalah yang timbul kepada tarikh aktiviti
tersebut, iaitu pada 24.4.2012, hal ini kerana tarikh tersebut terpaksa ditunda kerana

selepas beberapa hari sesi taklimat pertandingan nyanyian lagu kanak-kanak telah
dilakukan, pelajar dari unit TESL membuat pengumuman akan menganjur minggu
LINGUA ODESEY, yang bermula pada 22 hingga 26.4.2012, tarikh tersebut telah
bertembung dengan tarikh yang dipilih untuk pertandingan lagu kanak-kanak, oleh
kerana aktiviti yang dianjurkan oleh pelajar TESL tidak dapat ditunda, maka
pertandingan lagu kanak-kanak terpaksa ditunda, setelah membuat perbincangan
semula, tarikh baru yang ditetapkan adalah pada 17.4.2012 bersamaan pada hari
rabu. Semua yang terlibat telah dipanggil seketika selepas perhimpunan dan
bersetuju untuk mengadakan pertandingan pada hari tersebut. Hampir sahaja tiba
hari tersebut, satu peristiwa yang tidak dingini telah berlaku, dimana, seorang
pensyarah kesayangan kita iaitu Allahyarham En. ismail telah meninggal dunia pada
16.4.2012. Atas dasar tersebut, timbalan pengarah telah mengarahkan aktiviti ini
ditunda bagi menghormati pemergian allahyarham tersebut, atas dasar tersebut
juga, aktiviti lingua odesey yang dirancang oleh pelajar TESL terpaksa ditunda
kepada semester hadapan. Ini telah memberi peluang kepada kami untuk memilih
tarikh yang ditunda kepada semester hadapan tersebut, setelah dibincang semula
semua telah sebulat suara bersama En. Asri untuk memilih tarikh 23. 4. 2012
sebagai tarikh rasmi pertandingan nyanyian lagu kanak-kanak. Begitu banyak
cabaran yang terpaksa dihadapi bagi menjayakan pertadingan ini. Namun atas
semangat dan kerjasama semua pihak, perancangan yang rapi Berjaya diatur bagi
memastikan kejayaan pertandingan ini.

LAPORAN SEMASA AKTIVITI

Setelah tibanya tarikh pertandingan tersebut, iaitu 23.4.2012, semua ahli-ahli


jawatankuasa yang terlibat telah mula menjalankan kerja masing-masing, bermula
dari persiapan tempat hingga kepada persediaan teknikal. Dan Berjaya diselesaikan
tepat pada 7 malam. Detik yang dinanti-nanti telah tiba, tepat sahaja jam 9 malam,
semua peserta telah memenuhi dewan, semua hadir dengan gaya yang tersendiri
untuk kumpulan masing, dapat dilihat wajah ceria dan senyuman gembira semua
peserta, ada peserta yang mengambil peluang untuk bergambar ketika menantikan
ketibaan tetamu khas dan para juri, namun, disebalik keriangan tersebut, terdapat
masalah yang dihadapi oleh pihak penganjur, antara seorang juri tidak dapat hadir
atas sebab yang tidak diketahui, walaupun telah dingatkan oleh pengerusi kepada
juri tersebut sebelum bermulanya pertandingan ini, pihak penganjur telah berusaha
untuk mengubungi beliau, namun tetap tidak dapat dihubungi, masalah ini telah
membuat aktiviti ini tegendala seketika, setelah berbincang dengan En. Mohd Asri,
juri yang tidak hadir tersebut perlu dibiarkan, dan digantikan kepada pensyarah lain,
terima kasih kepada en. jef kerana telah memberi kerjasama dengan mengantikan
juri yang tidak hadir tersebut, setelah selesai masalah berkaitan pihak juri, tepat jam
9.25 malam, tetamu khas iaitu en sebagai wakil timbalan pengarah masuk ke dalam
dewan dan pertandingan dimulakan seperti yang dirancang, pertandingan berjalan
dengan lancer dimulakan dengan bacaan doa oleh aminor riduan dari unit psv,
seterusnya, tayangan video diari dan pengenalan kumpulan, dan diteruskan dengan
ucapan perasmian oleh wakil timbalan pengarah en., syukur kerana ucapan yang
diberikan banyak membankitkan semangat pihak penganjur untuk terus menjayakan
pertandingan ini. Selepas selesai ucapan perasmian, pertandingan nyanyian lagu
kanak-kanak diteruskan dengan persembahan pertama oleh kumpulan scalabu de
slippery dan diteruskan sehingga kumpulan ke-9, iaitu kumpulan for ever young,
pada ketika ini, ruang rehat telah diberikan kepada para juri untuk mendapatkan
sedikit kesegaran mereka kembali, disamping itu juga, semua yang berada di dalam
dewan dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Nurul Amrinazatul Nadirah
binti Awang dari unit PSV dan Amir Ikmal bin zuhaimi dari untit PJ, setelah selesai
persebahan mereka, dan para juri telah bersedia, pertandingan dimulakan semula
dengan persembahan dari kumpulan 10 hingga ke yang terakhir, iaitu kumpulan 18.
Setelah selesai sahaja semua persembahan, ahli jawatankuasa kehakiman
menjalankan tugas dengan mengambil semu keputusan dari pihak juri dan membuat
pengiraan markah, disamping menunggu keputusan tersebut diumumkan
persembahan nyanyian oleh Nurul Amrinazatul Nadirah binti Awang dari unit PSV
dan Amir Ikmal bin zuhaimi dari untit PJ dihidangkan untuk menunggu keputusan
pertandingan, pada ketika itu, masalah telah timbul semasa proses pengiraan
markah sedang dijalankan, hal ini kerana masa yang diambil adalah lama dan para
peserta dan tetamu terpaksa menuggu lama keputusan tersebut, ini telah
membuatkan proses pengiraan markah menjadi kelam kabut. Walaubagaimanapun,
setelah semua pihak bersabar menggu, keputusan penuh telah berada di tangan
pengerusi majlis, pertandingan diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada
setiap seorang yang diwakili oleh setiap ketua kumpulan dan seterusnya
penyampaian cenderahati kepada para juri yang hadir dan memberikan kerjasama,

setelah selesai penyampaian cenderahati, tibalah masa yang dinanti-nantikan untuk


menobatkan juara setiap kategori yang dipertandingankan, pemenang bagi kategori
video terbaik jatuh kepada kumpulan scalabu de slippery, seterusnya, bagi kategori
persembahan terbaik, jatuh kepada kumpulan ultrakids dan bagi kategori
keseluruhan, tempat pertama jatuh kepada kumpulan pertama, iaitu ultrakids, tempat
kedua tajuh kepada kumpulan scalabu de slippery dan ketiga jatuh kepada
kumpulan teachers generation, namun begitu, terdapat kesilapan teknikal yang
berlaku pada markah bagi tempat ketiga, dan kumpulan yang dipanggil ketika
pengumuan
tempat
ketiga
tersebut
ialah
kumpulan
happy
dance,
walaubagaimanapun, masalah ini telah diselesaikan sejurus selepas pertandingan,
kedua-dua belah pihak telah berbincang dan menyelesaikan masalah tersebut
dengan baik, namun begitu, keputusan bukanlah yang utama, apa yang penting
adalah apa yang telah dipelajari melalui pertandingan ini, itulah perkara yang
pertama yang paling penting.

LAPORAN SELEPAS AKTIVITI

Selepas sahaja habis pertandingan ini, perarakan keluar tetamu khas diumumkan,
dan secara rasminya pertandingan nyanyian lagu kanak-kanak telah tamat dan
Berjaya dijalankan sepunuhnya, namun begitu, semua perserta diminta untuk tungga
seketika untuk membersihkan dewan yang telah digunakan, semua telah memberi
kerjasama yang baik dengan membersihkan dan menyusun kembali kerusi kepada
tempat asalnya, selain itu, barang-barang yang digunakan seperti monitor dan
system bunyi dipulangkan kembali, sehinnga keadaan dewan menjadi bersih, semua
peserta pulang ke asrama masing-masing. Dan akhirnya selesai pertandingan
nyanyian lagu kanak-kanak yang pertama kalinya diadakan. Semua peserta dapat
menarik nafas lega dan gembira kerana Berjaya melakukan tugas mereka
sepenuhnya.

Dilaporkan Oleh,

(Mohamed Danial Bin Mohamed Khair)


Pengerusi
Pertandingan Nyanyian Lagu Kanak-Kanak

Tarikh ; 30, april, 2012

SENARAI AHLI JAWATANKUASA INDUK DAN SENARAI TUGAS

Ahli Jawantankuasa Induk

Penaung 1

: En. Kamarudin bin Hashim


(Timbalan Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan)

Penasihat

: En. Mohd Asri Bin Ismail


(Pensyarah Pendidikan Jasmani)

Pengerusi

: Mohamed Danial Bin Mohamed Khair (PSV)

Naib Pengerusi

: Muhammad Ariffuddin Bin Sukiat (PJ)

Setiausaha

: Yong Ching Kim (PSV)

Naib Setiausaha

: Nurdiana Baiduri Bt. Abd. Halim (PSV)

Bendahari

: Sunia Yapp Yiying (PJ)

Naib Bendahari

: Muhammad Shafiq B. Badrul Hisham (PSV)

Ahli Jawatankuasa Kerja

AJK Sistem bunyi

AJK Kebersihan

AJK Makanan : 1.

AJK Pencahayaan

AJK Hadiah

:1.

Muhamad Harman Faiz bin Hassin (ketua)

2.

Muhamad Hanif bin Ismail

3.

Mohd Hasrulnizam bin Hassan

4.

Muhammad Hussaini bin Salleh

:1.

Mohamad Hilmi bin Md Zaion (ketua)

2.

Mohd Hafizuddin bin Abd. Ghani

3.

Nurdiana Akmal binti Ferdaus

4.

Syahindah binti Reoslan

5.

Muhammad Irfan bin Mat Aris

Wan Nur Zaleha Binti Wan Zaidi (Ketua)


2.

Muhammad Tajuddin Bin Abdul Manap

3.

Nurul Amirah Binti Hazizi

4.

Noratiqah Hanim Binti Mohd Roslin

5.

Aida Sakira Binti Mamat

: 1.

Hanif Bin Mamat (Ketua)

2.

Amir Ikhmal Bin Zuhaimi

3.

Muhammad Fabil Bin Abu Hassan

4.

Muhammad Ikhwan Bin Sabies

5.

Muhammad Idris Bin Jusoh

: 1.

Syazwanie binti Mohamed (ketua)

AJK Dokumentasi

AJK Publisiti

AJK Perhiasan

AJK Kehakiman

2.

Mohamad Afifey bin Kodir

3.

Nurul Amrinazatul Nadirah Binti Awang

4.

Roshaila binti Yusuf

5.

Siti Fatihah binti Abdullah

: 1.

Nurain Bashirah binti Mohd Khalid (ketua)

2.

Adibah binti Ismail

3.

Hanis binti Ismail

4.

Darran Wong Ja Peng

5.

Mohd Zur Aliff b Rozmee

: 1.

Ahmad Syadiduddin bin Zamrudin (ketua)

2.

Mohd Hafizuddin bin Abd. Ghani

3.

Mohamed Danial bin Mohamed khair

4.

Mohamad Hilmi bin Md Zaion

5.

Mohamad Harman Faiz bin Hassin

: 1.

Muhammad Izzat Syahir Bin Jusoh (ketua)

2.

Muadz Bin Ahmad Shathari

3.

Muhammad Nazif Bin Che Rusli

4.

Wan Muhammad Aiman Azri Bin Wan Yusoff

5.

Nur Ain Fatihah Binti Md Bahawi

6.

Nur Hayati bt Ab. Hamed

: 1.

Syahidah Binti Ali (Ketua)

2.

Nurul Amiliani Binti Azmi

3.

Lim Koh Kheng

4.

Lisa Wong

5.

Siti Nur Bahiah Binti Samsudin

AJK Surat Jemputan: 1.

Low Ying Yee (Ketua)


2.

Heu Wai Yee

3.

Lee Hoi Sun

4.

Nurul Azmira Binti Azmi

5.

Siti Suhaila Binti Mat Hassan

AJK Peralatan dan Tempat: 1.

Pengacara Majlis :

Amir Nurakmal Bin Ajahar (Ketua)


2.

Muhammad Asyraf Bin Syaari

3.

Muhammad Huzair Al Hakim Bin Zaini

4.

Muhammad Hidhir Bin Abdul Ghani

5.

Ling Ching Chuan

1.

Nurul Amiliani Binti Azmi

2.

Muhammad Fabil Bin Abu Hassan

TENTATIF PROGRAM
Masa

Aktiviti

8.45 malam

- pendaftaran peserta

9.00 malam

- Menyambut ketibaan tetamu


- Bacaan doa
- Tayangan video pengenalan kumpulan
- Ucapan perasmian oleh pengarah IPGKSM
- Persembahan pertandingan nyanyian lagu kanak-kanak
- persembahan nyanyian
oleh : Nurul Amrinazatul Nadirah binti Awang
Penyampaian hadiah
Penutup

9.10 malam
9.25 malam
9.30 malam
11.30 malam
11.45 malam
12.00 malam

PENYERTAAN
- Pelajar-pelajar PPISMP semester dua yang mempunyai subjek Pendidikan
Jasmani TMK, antaranya :

o
o
o
o
o

Pendidikan seni visual 1


Pendidikan seni visual 2
Pendidikan seni visual 3
Pendidikan jasmani 1
Pendidikan jasmani 2

- Kesemua peserta yang terlibat ialah 105 orang


- Kesemua peserta dibahagikan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan

PERBELANJAAN KEWANGAN

SUMBER KEWANGAN
Yuran Penyertaan (RM5) x 105 orang

- RM525.00

JUMLAH SUMBER - RM525.00


PERBELANJAAN
PERBELANJAAN
Hamper

KUANTITI
5

*(Mohon hamper disumbangkan oleh


pihak IPG)

HARGA SEUNIT (RM)


50 (Pertama)

JUMLAH
(RM)
100.00

30 (kedua)
20 (ketiga)
30 (video terbaik)
30 (pergerakan terbaik)

Cenderamata (mug)
Cenderamata tetamu khas
Makanan

105 unit

RM 2.00

210.00

2.00

10.00

130 orang

-Roti (1.00)

130.00

-Roti
*(Mohon Makanan disumbang oleh pihak
IPG)
Persiapan Backdrop
Iklan, Brosur & Surat Jemputan

35.00

100 helai

0.10

10.00

JUMLAH BESAR

RM 495.00

*Mohon pihak IPG dapat memberi sedikit sumbangan sebanyak RM 160 seikhlasnya, bagi
perbelanjaan 5 buah hamper bagi pemenang tempat pertama,
kedua, ketiga, video terbaik dan pergerakan terbaik. Dan memohon pihak IPG dapat
memberi sumbangan untuk Makanan dengan harga sebanyak RM 130.00

PENUTUP

Dengan terlaksananya Pertandingan Nyanyian Lagu Kanak-kanak 2012 IPG Kampus


Sultan Mizan ini, semua pelajar yang terlibat telah dapat lebih mahir dalam bidang Teknologi
Maklumat Dan Komunikasi. Selain itu, pertandingan ini juga telah mengeratkan hubungan
silaturrahim dan muhibbah antara pensyarah dan pelajar yang terlibat di samping dapat
mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan pensyarah
dan pelajar yang terlibat sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja dan
mencapai telah objektif Pertandingan Nyanyian Lagu Kanak-kanak pada tahun 2012.

You might also like