You are on page 1of 10

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIBU JAYA SIBU

Tarikh 14 JANUARI 2023


Tempat : Bilik Serbaguna, SMK Sibu Jaya

Aktiviti : Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid PPKI Tahun 2022


1. Meraikan para murid berkeperluan khas yang berjaya
mengharungi dan hampir menamatkan zaman persekolahan di
SMK Sibu Jaya, Sibu
2. Memupuk emosi murid-murid agar berazam ingin maju,
berkeinginan bersaing secara sihat menuju kejayaan dan
setanding dengan orang yang telah berjaya.
3. Membantu membina budaya sekolah yang cemerlang dengan
aktiviti yang bersifat positif.
Objektif
4. Mengembangkan bakat murid dari segi kepimpinan, keyakinan
terhadap diri sendiri, individu yang berpengetahuan, berkebolehan
dan berkemahiran.
5. Mengeratkan kerjasama antara ibu bapa atau penjaga dengan
pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru.
6. Membina dan memupuk semangat berdisiplin, bekerjasama,
berketrampilan, bersatu padu dan muhibbah antara rakan.

Bilangan (orang)
Murid :
Ibu bapa : 8
Kehadiran
Guru & PPM :

(Senarai nama kehadiran boleh rujuk di bahagian lampiran)

Majlis Graduasi dan Jamuan Akhir Tahun PPKI telah diadakan pada
hari Sabtu iaitu pada 14 Januari 2023. Majlis ini diadakan untuk
menghargai usaha dan komitmen murid-murid berkeperluan khas
sepanjang berada di SMK Sibu Jaya dalam mencurahkan segala
Laporan keringat dan keupayaan yang ada demi memenuhi tuntutan pendidikan
pelaksanaan di Malaysia. Berikut ialah laporan sepanjang pelaksanaan aktiviti :
aktiviti
Masa : 08.00 pagi
Ketibaan tetamu jemputan VIP iaitu Encik Danggang anak Ugik, para
tetamu, guru-guru, ibu bapa dan murid.
Pendaftaran ibu bapa Ketibaan tetamu VIP

Masa : 08.05 - 08.25 pagi

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu “NegaraKu” dan diikuti dengan


nyanyian lagu sekolah. Selepas itu bacaan doa telah dipimpin oleh
adik Mohd. Zulfadzlie bin Kamarudy daripada kelas 5 PKKS Tanaman
Alamanda.

Selesai bacaan doa, majlis diteruskan dengan ucapan daripada


Penolong Kanan Pendidika Khas Integrasi iaitu Cikgu Noor Zamzura
binti Salleh. Seterusnya ialah ucapan daripada Tuan Pengetua iaitu
Cikgu Jeffery anak Stephen Mikai. Ucapan yang terakhir ialah daripada
Yang DiPertua PIBG sekolah iaitu Encik Danggang anak Ugik
sekaligus merasmikan majlis tersebut.

Nyanyian lagu “NegaraKu” dan Ucapan daripada PK PPKI


lagu sekolah.

Ucapan Pengetua Ucapan YDP PIBG.

Masa : 08.25 - 08.35 pagi

Persembahan pembukaan dipersembahkan oleh kumpulan Poco-poco


Ceria yang telah dipimpin oleh Cikgu Bandan,Cikgu Louisa dan Cikgu
Sarong. Tarian ini telah mendapat Johan dalam pertandingan Karnival
Pusat Dalam Komuniti Peringkat Negeri Sarawak 2022 pada 09
Disember 2022 di Stadium Tertutup, Sibu.
Persembahan tarian poco-poco

Masa : 08.35 - 08.55 pagi

Selesai persembahan pembukaan, majlis dteruskan dengan


penyampaian hadiah bagi kategori berikut :

1. Penyampaian pingat dan sijil kemenangan Kokurikulum murid


sepanjang tahun 2022 (Senarai nama penerima hadiah boleh
rujuk di bahagian lampiran)

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh PK Kokurikulum


sekolah iaitu Cikgu Kelly anak Medan dengan diiringi oleh Cikgu
Mandah.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan nyanyian daripada Victor


Tio anak Willy Jeo daripada kelas 2 PKKS Tanaman Alamanda dengan
tajuk lagu nya adalah Old Town Road.
Persembahan nyanyian

Masa : 08.55 – 09.10 pagi

Kemudian, majlis disambung dengan penyampaian hadiah untuk


kedudukan terbaik kelas (Senarai nama penerima hadiah boleh rujuk
di bahagian lampiran). Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh
Puan Munai dengan diiringi oleh Cikgu Mandah.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan istimewa tarian ngajat oleh


guru-guru PPKI iaitu cikgu Bandan dan Cikgu Mandah.

Masa : 09.10 –.09.20 pagi

Majlis diteruskan dengan penyampaian terbaik subjek (Senarai nama


penerima hadiah boleh rujuk di bahagian lampiran), Anugerah Berdaya
Maju dan kehadiran 100%. Bagi Anugerah Berdaya Maju Murid PPKI
2022, hanya dua orang sahaja murid yang telah terpilih untuk
menerima anugerah ini atas peningkatan dalam peperiksaan sumatif 2.
Dua murid tersebut ialah Louis Boney anak Tonny dari k bagi murid
kefungsian rendah dan Fedenick Venmess Jackson bagi kategori
kefungsian sederhana. Bagi kehadiran 100% pula, hanya seorang juga
penerima anugerah tersebut iaitu adik Ahmad Tarmizi Farrokh Ting bin
Abdullah dari kelas 3 PKKS Tanaman Alamanda.
Masa : 09.20 – 09.30 pagi

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Ngajat & Kuntau oleh


murid - murid PPKI SMK Sibu Jaya.

Masa : 09.30 – 09.35 pagi

Seterusnya ialah majlis penyampaian bagi Anugerah Khidmat Bakti


(Senarai nama penerima hadiah boleh rujuk di bahagian lampiran). .
Anugerah ini diberikan kepada murid yang ringan tulang dan sering
membantu guru - guru, PPM dan rakan - rakan yang memerlukan
bantuan. Anugerah ini disampaikan oleh Puan Jentang anak Sugai
dengan diiringi oleh Cikgu Gilbert.
Masa : 09.35 – 09.45 pagi

Majlis dimeriahkan lagi dengan sesi cabutan bertuah. Cabutan bertuah


yang pertama telah dilakukan dan disampaikan oleh YDP PIBG, Encik
Danggang anak Ugik.

Masa : 09.45 – 09.55 pagi

Seterusnya ialah penyampaian sijil penghargaan untuk guru,


Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan guru ganti PPKI 2022. Acara
ini telah disempurnakan oleh YDP PIBG, Encik Danggang anak Ugik
dengan diiringi oleh Penolong Kanan HEM, Cikgu Wong Ngie Ing.

Masa : 09.55 – 10.05 pagi

Majlis dimeriahkan lagi dengan sesi cabutan bertuah yang kedua.


Cabutan bertuah telah dilakukan dan disampaikan oleh YDP PIBG,
Encik Danggang anak Ugik.
Masa : 10.05 – 10.15 pagi

Seterusnya Seterusnya ialah penyampaian sijil dan plak kepada


graduan PPKI 2022 (Senarai nama murid graduasi boleh rujuk di
bahagian lampiran). Acara ini telah disempurnakan YDP PIBG, Encik
Danggang anak Ugik dengan diiringi oleh Pengetua, Cikgu Jeffery
anak Stephen Mikai.

Masa : 10.15 pagi

Selesai penyampaian hadiah, majlis diteruskan dengan penyampaian


cenderahati buat Encik Danggang anak Ugik (YDP PIBG).
Cenderamati telah disampaikan oleh Pengetua, Cikgu Jeffery anak
Staphen Mikai dengan diiringi oleh Penolong kanan PPKi, Cikgu, Noor
Zamzura binti Salleh
Masa : 10.16-10.20 pagi

Majlis selesai dengan jayanya. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu


“Sarawak Ibu PertiwiKu”.

Masa : 10.25 - 10.30 pagi

Sesi bergambar bersama murid, ibu-bapa, guru-guru dan tetamu VIP.

Masa : 10.30 pagi

Selesai sesi bergambar, semua tetamu dijemput ke Bilik ERT untuk


jamuan makan.

Majlis bersurai pada pukul 10.50 pagi.

Implikasi
(Perincian seperti di dalam lampiran)
kewangan

Refleksi guru Seperti di dalam lampiran

Laporan disediakan oleh:

________________________ _______________________
(BANDAN ANAK UNYAT) (LOUISA DIMAH BANYE)
GURU PENDIDIKAN KHAS GURU PENDIDIKAN KHAS
SMK SIBU JAYA SMK SIBU JAYA
Disemak oleh,

____________________________
(NOOR ZAMZURA BINTI SALLEH)
PENYELARAS PPKI
SMK SIBU JAYA

Disahkan oleh,

_____________________________
(JEFFERY ANAK STEPHEN MIKAI)
PENGETUA
SMK SIBU JAYA

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIBU JAYA SIBU
LAMPIRAN

You might also like