You are on page 1of 2

LAPORAN SAMBUTAN HARI GURU, HARI

GAWAI, HARI RAYA AIDILFITRI


SK MELUGU
PERINGKAT Sekolah
PROGRAM Sambutan Hari Guru, Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri
TARIKH 16 Jun 2022
HARI / MASA RABU
MASA 1400 - 1700
TEMPAT Dewan Terbuka SK Melugu
PELIBATAN
Guru 28 orang
AKP 8 orang
Murid asrama 51 orang
Pekerja Swasta 10 orang
Jumlah = 97 orang
OBJEKIF 1. Mengeratkan silaturahim di antara guru, anggota kumpulan sokongan, para
pelajar asrama dan pekerja swasta sekolah.
2. Memupuk semangat kerjasama dan bersatu padu di antara warga sekolah
dengan menggabungkan sambutan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri.
3. Semua guru merasai kemeriahan hari guru bagi semua guru di Sekolah
Kebangsaan Melugu

AKTIVITI
1. Nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku
2. Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SK Melugu
3. Ucapan oleh YDP PIBG
4. Ucapan oleh En Azrein bin Julaihi
5. Jamuan
6. Cabutan tiket bertuah - hamper 41 unit
7. Permainan Dart Bonanza
8. Penutup

RUMUSAN Secara keseluruhan majlis sambutan ini berjalan dengan lancar. Kerjasama
yang diberikan oleh guru-guru, pelajar, dan warga sekolah sangat
memberangsangkan. Sebanyak 41 hamper telah diterima oleh semua guru akp
dan pekerja swasta. Kaedah Cabutan Roda Digital digunakan untuk mencari
nama yang bertuah berdasarkan nombor yang tertera pada pusingan roda.
Permainan Dart Bonanza juga menarik perhatian ramai. Cikgu Permai telah
membawa pulang hadiah berupa Kipas Berdiri. Meskipun kekangan masa dan
wang majlis tetap berlangsung dengan meriah dan jayanya. Syabas dan
tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam melaksanakan program ini dan diharap
semangat kekitaan dan perpaduan dalam kalangan warga SK Melugu dapat
diperkukuhkan lagi pada masa yang akan datang.
Disediakan oleh; Disemak oleh; Disahkan oleh;

….…………………………….. ….…………………………….. ….……………………………..


(NORBAIZURA BT KIPRAWI)
Setiausaha Kokurikulum
SK Melugu

You might also like