You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG TOMANGGONG, W.D.

T 22,
90200 KINABATANGAN, SABAH

KERTAS KERJA
PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT SEKOLAH

‘GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA’

TARIKH : 17 MEI 2022


HARI : SELASA
MASA : 8.00 Pagi – 12.00 TENGAHARI
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK LADANG TOMANGGONG
KERTAS KERJA CADANGAN
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2022
================================================

1.Latar belakang

Tarikh penerimaan cadangan-cadangan Laporan jawatankuasa Pelajaran (Laporan


Razak) sebagai dasar pelajaran Negara oleh Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah
Melayu (Legislatif Council Malaya ) pada 16 Mei 1956 telah diabadikan sebagai tarikh
sambutan perayaan Hari Guru. Semenjak tahun 1972 sambutan Hari Guru disambut pada
tarikh 16 Mei setiap tahun bagi mengiktiraf jasa dan kecemerlangan guru yang menjadi
pemangkin kearah kehebatan negara. Disamping itu kecekapan guru pula akan dapat
memastikan pembangunan modal insan yang cemerlang dan disegani mampu
melonjakkan imej negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2022. Ini
bersesuaian dengan tema sambutan pada tahun ini ‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’.

2. Objektif

1.Menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan guru dalam mendidik anak-anak
ke arah menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, fizikal , rohani dan emosi.

2.Melahirkan kerjasama dan hubungan yang erat antara warga pendidik , ibubapa dan
pelajar di sekolah ini kearah menjadikan institusi sekolah sebagai pusat
kecemerlangan.

3.Memperhebatkan lagi usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan kearah meningkatkan


kesejahteraan hidup di masa hadapan bukan sahaja dari segi kebendaan bahkan juga
dari segi moral dan keagamaan.

3. Tarikh Pelaksanaan

Tarikh : 17 Mei 2022


Hari : Selasa
Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengahari

4. Penglibatan :
1. Semua guru dan Kakitangan Sekolah
2. Semua Pelajar - Pra Sekolah hingga Tahun 6
5. AJK Pengelola

Penaung : En Haje Bin Pisel ( Guru Besar )


Pengerusi : En Helmi Bin Khaizuran ( GPK Ko Kurikulum )
N. Pengerusi : En. Sabperi Bin Adanan ( GPK HEM )
Setiausaha : En. Arief Irman Bin Zakaria
Bendahari : En. Fakhree Hazreen Bin Azmi
AJK : En. Selutan Brnadus
Pn. Cheryl Shelsie
En. Rahimi bin Raflee
Pn. Elvatasha
En. Aziem Khalil
En. Yusuf

6. Senarai AJK

Jemputan : En. Arief Irman Bin Zakaria

Persiapan Dewan
Dan Alatan. : En. Aziem Khalil

Hadiah : En. Yusuf

PA System : En. Fakhree Hazreen Bin Azmi

Juruacara : Pn. Elvatasha

Dokumentasi : En. Rahimi bin Raflee

Jamuan : Pn. Cheryl Shelsie


7. Aturcara Majlis

Masa Aktiviti

8.00 Pagi Ucapan Pengerusi Majlis


Bacaan Doa
8.30 Pagi Ucapan Guru Besar
Perutusan Hari Guru
- Menteri Pendidikan Malaysia (GPK Pentadbiran)
-Pengarah Pendidikan JPN Sabah (GPK Kokum)
8.45 Pagi
Bacaan Ikrar Guru daripada Guru besar
Nyanyian lagu Hari Guru
Acara potong kek
10.00 Pagi Acara Sukaneka :

Passing Tepung
- Guru dan murid tahap 2

Musang Berjanggut
- Guru dan murid tahap 1

Cari gula-gula dalam tepung


- Guru dan murid tahap 2

Makan Epal Gantung


- Guru-guru sahaja

11.15 Pagi Penyampaian hadiah

Anugerah
1. Guru Paling Penyayang
2. Guru Paling Tegas
3. Guru Paling Berdedikasi
4. Guru Paling Aktif
5. Guru Paling Ceria
6. Guru Paling Bergaya
7. Guru Paling Kreatif
8. Guru Idola

Sukaneka
-Explorace
-Musang Berjanggut
-Cari gula-gula dalam Tepung
-Makan Epal Gantung
12.00 Tengahari Jamuan Hari Guru
12.30 Tengahari Majlis Bersurai
8. Anggaran Kos

1. Hadiah sukaneka bagi murid dan guru RM 155.00


2. Peralatan dan bahan sukaneka RM 75.00
3. Jamuan RM 200.00
Jumlah = RM 430.00

9. Sumber Kewangan

1. PIBG
2. Dana Kelab Guru

10. Penutup

Dengan berkat limpah taufiq dan hidayahNya, kita sama-sama berkesempatan


menyambut hari Guru bagi tahun ini. Perjalanan masa yang pantas, seolah-olah
menafikan bahawa kita telah menyambut hari penuh bermakna ini kepada para pendidik
dan pelajar setahun yang lalu. Ucapan Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua
lapisan warga pendidik yang menjadi tonggak dan harapan bangsa serta negara dalam
usaha melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan masyarakat.
Jadikan tarikh ini sebagai hari yang bermakna dan detik penting menyemat iltizam baru
serta kesungguhan untuk merealisasikan hasrat dan cita-cita murni kita. Selamat
Menyambut Hari Guru.
(MOHD ARIEF IRMAN BIN ZAKARIA) (SABPERI AMAT ADANAN)
Setiausaha, Penolong Kanan

Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Hal ehwal Murid

SK Ladang Tomanggong SK Ladang Tomanggong

(HAJE BIN PISEL)


Guru Besar

SK Ladang Tomanggong

You might also like