You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SAHABAT II,

PETI SURAT 61700,


91125, LAHAD DATU, SABAH

KERTAS KERJA

PROGRAM RESTU ILMU 2019

Anjuran :

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SEKOLAH KEBANGSAAN SAHABAT II
KERTAS KERJA PROGRAM RESTU ILMU 2019

1. TAJUK

Program Restu Ilmu Tahun 2019.

2. DISEDIAKAN

Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Sahabat II.

3. TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon peruntukan kewangan dan punca kuasa untuk
melaksanakan Program Restu Ilmu Tahun 2019.

4. PENDAHULUAN

Program Restu Ilmu merupakan langkah dan persediaan akhir pihak sekolah bagi murid-
murid tahun 6 terhadap persediaan UPSR bagi tahun 2019. Program ini dijalankan untuk
memberikan restu guru-guru dan ibu bapa murid serta bimbingan dan motivasi yang
mampu menjadi sumber kekuatan kepada mereka untuk menghadapi peperiksaan di
samping sokongan berterusan yang mendorong semangat calon dari segi mental dan
fizikal.

Justeru, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Kecemerlangan


UPSR akan melaksanakan Program Restu Ilmu bagi murid-murid tahun 6 dan melibatkan
semua murid bagi memberi sokongan penuh terhadap peperiksaan yang bakal ditempuhi.
Aktiviti yang akan dilaksanakan dalam program ini akan melibatkan semua murid dan ibu
bapa calon UPSR serta semua warga sekolah bagi memberi sokongan penuh kepada
calon-calon UPSR.

5. MATLAMAT

Memupuk nilai budi serta sikap menghargai guru dan ibu bapa dalam kalangan calon
UPSR.

6. OBJEKTIF

6.1 Memohon restu ilmu guru-guru dan ibu bapa serta memperoleh keberkatan ilmu
sebagai bekalan paling berharga untuk menghadapi UPSR.

1
6.2 Menyemai perasaan menghargai, bersyukur dan berterima kasih kepada guru-
guru, ibu bapa dan pihak sekolah.
6.3 Membina hubungan erat antara sesama murid, guru, ibu bapa supaya berlapang
dada menjelang peperiksaan UPSR.

7. TARIKH DAN JANGKA MASA PROGRAM


7.1 Tarikh : 03 Sept 2019 (Khamis).
7.2 Tempat : Dewan Terbuka, SK Sahabat II, Lahad Datu.
7.3 Jangka Masa : 07.50 pagi – 12.00 t/hari.

8. KUMPULAN SASAR
8.1 Calon UPSR SK Sahabat II (53 Orang)
8.2 Semua murid SK Sahabat II.

9. PENGISIAN PROGRAM
9.1 Slot Muhasabah Diri.
9.2 Ucapan wakil guru Tahun 6.
9.3 Ucapan Guru Besar.
9.4 Pemberian Pulut Kuning.
9.5 Sesi Bersalaman.

10. AHLI JAWATANKUASA :

Ahli Jawatankuasa Induk

Pengerusi : En. Jais Bin Scotle (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : Pn. Tina Binti Sanusi (Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi I : Pn. Aidah Binti Abdulatip (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi II : Pn. Fatimah Bt N. K Mohd Yunus (Penolong Kanan Kokurikulum)

Penyelaras : En. Suryadi Bin Lagga (Guru Bimbingan & Kaunseling)

Setiausaha : Pn. Satiyah Binti Sirah @ Sira (Penyelaras Tahun 6)

Bendahari : Pn. Azmira Syafika Bt Mohd Azman (Penyelaras Tahun 6)

Ahli Jawatankuasa Pelaksana

2
AJK Buku Program : Pn. Satiyah Binti Sirah @ Sira
AJK Publisiti & Multimedia : Pn. Siti Umaira Binti Suib
AJK Persegaran : En. Felix Joseph Liwasa
AJK Protokol & Cenderamata : Pn. Azmira Syafika Bt Mohd Azman
AJK Perhubungan : En. Suryadi Bin Lagga
AJK Kerohanian : Ust. Mohd Azmal Humazaimie Bin K. Zamal

11. IMPLIKASI KEWANGAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA HARGA SUMBER


(RM) SEUNIT
(RM)

1 Pulut 53 5.00 265.00 PCG

2 Serunding Daging & 53 5.00 265.00 PCG


Minuman Murid

JUMLAH 10.00 530.00

12. JADUAL TENTATIF PROGRAM

Lampiran A.

13. PENUTUP :

Diharapkan program ini dapat membantu murid dalam membentuk jati diri yang
cemerlang dan membantu mengembangkan potensi mereka supaya mempunyai
persediaan mental dan ketahanan fizikal sebelum menghadapi peperiksaan UPSR pada
September nanti. Di samping dapat memberi pengalaman berguna dan meningkatkan
motivasi mereka.

Disediakan Oleh: Dsemak Oleh:

3
(SURYADI BIN LAGGA) (TINA BINTI SANUSI)
Guru Bimbingan dan Kaunseling, Penolong Kanan Pentadbiran,
Diluluskan Oleh:

(JAIS BIN SCOTLE)


Guru Besar,
SK Sahabat II,
Lahad Datu.

4
Lampiran A
JADUAL TENTATIF
PROGRAM RESTU ILMU
03 September 2019
MASA AKTIVITI TINDAKAN CATATAN
06.50 – 07.50 pagi
- PdP Seperti Biasa - Semua Semua Guru PdP Murid
Murid kecuali Tahun 6 Tahap 1
Sehingga 9.50
- Solat hajat Tahun 6 Panitia PI pagi sahaja
bersama ibu bapa di Surau

07.50 – 09.50 pagi Slot Muhasabah Diri - Penceramah Jemputan Murid Tahap 2
Dewan Terbuka Sahaja
AJK Protokol dan
Cenderamata Ibu bapa Calon
UPSR

09.50 – 10.00 Pagi Pemberian Cenderamata AJK Protokol dan Murid Tahap 2
Cenderamata Sahaja
• Penceramah Jemputan
Ibu bapa Calon
UPSR

10.00 – 10.30 Pagi REHAT


10.30 – 12.00 T/hari
Majlis Restu Ilmu AJK Persegaran Semua Murid &
AJK Kerohanian Guru
• Ucapan Wakil Murid AJK Protokol dan
Tahun 6 Cenderamata Ibu Bapa Calon
AJK Publisiti & UPSR
• Ucapan Guru Besar
Multimedia
AJK Buku Program VIP Jemputan
• Ucapan VIP / YDP

• Bacaan Ikrar

• Pemberian Alat Tulis,


Bunga Telur dan Sesi
Bersalaman

12.00 T/hari - Bersurai dan Murid


Dibenarkan Pulang
(Tahun 1-5 sahaja)

- Tahun 6 bersama ibu bapa ke


dewan peperiksaan untuk
menandatangani slip
peperiksaan.

You might also like