You are on page 1of 8

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA
1.0 PENGENALAN/PRAKATA
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 TARIKH PELAKSANAAN (Tarikh/Masa/Tempat)
2.2 JAWATANKUASA PELAKSANA
2.3 OBJEKTIF
2.4 KAEDAH PELAKSANAAN
2.5 BAHAN-BAHAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN (Jenis dan
Perbelanjaan Lengkap)
3.0 HURAIAN PENILAIAN TUGASAN/AKTIVITI
4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI
5.0 KEMAJUAN/MASALAH
6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
7.0 PENUTUP
8.0 LAMPIRAN

1
1.0 PENGENALAN

Mata pelajaran Jawi diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam semenjak KBSR
sehingga KSSR. Semenjak tempoh itu, tahap penguasaan murid dalam Pelajaran Jawi
belum mencapai tahap yang membanggakan. Justeru, langkah Program j-QAF
melaksanakan Kem Cemerlang Jawi bermula tahun 2015 akan mampu memperkasakan
Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.

Kem Cemerlang Jawi merupakan aktiviti pembelajaran yang mesti dilalui oleh murid-
murid yang lemah. Ia patut diajar dengan menggunakan metodologi dan teknik yang
berkesan supaya mereka dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis
dengan sempurna.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 TARIKH PELAKSANAAN (Tarikh/Masa/Tempat)


Anjuran : Panitia Pendidikan Islam SK Bukit Jalil
Tarikh : 20 Februari 2016 (Sabtu) & 27 Februari 2016 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi – 1.30 petang
Tempat : SK Bukit Jalil

2.2 JAWATANKUASA PELAKSANA

AHLI JAWATANKUASA INDUK


Penasihat : Pn Jamilah bt Iberahim
Pengerusi : Pn Norzila bt Otoh
Naib Pengerusi : Pn Salmiah bt Mohd Isa
: Pn Niza bt Abdul Wahab
: Pn Kasratul Najah bt Nazuri
Penyelaras : Pn Nurul Hidayah bt Sulong
: Pn Rosnita bt Rajikan

2
Setiausaha : Pn Nor Safinah bt Harun
Bendahari : Pn Tresyelia @ Fazirah bt Raibon

AHLI JAWATANKUASA KERJA


Penyelaras Bahan Pendaftaran
Pn Muhainizam bt Mohammad Pn Hasnah
En Budiman Pn Shobiroh bt Haji Hamid
Pn Sazliana bt Yin Pn Nor Safinah bt Harun
Pn Fazirah bt Raibon
Pengurusan Makanan dan Minuman Pn Suliyati bt Othman
Pn Salawati bt Suratin
Pn Rosliza bt Ismail Persiapan Tempat
Pn Nik Norhasikin bt Nik Abdullah En Muhammad Saihan b Mat Said

Disiplin / Keselamatan Jurugambar


En Syed Abdul Hadi bin Said Muhammad Pn Rosnita bt Rajikan
Pn Nurul Hidayah bt Sulong

Fasilitator Dokumentasi
Semua GPI dan GBA SKBJ Pn Sharina bt Hashim
Pn Hafiza bt Ahmad Cik Noor Azlinda bt Abdullah
Cik Ilyanakhisma bt Ismail
En Shahril Faizul b Shafiee
Pn Noor Azuwati bt Ahmad
Pn Noordiana bt Abd Rahman
Pn Norhayati bt Jusoh
Pn Norshazreen Azwin bt Azilah
Pn Shamsinar bt Saharin
Pn Siti Hajar bt Md Yusof
Pn Siti Munawwarah bt Zainudin
En Zairul Riduan b Abdul Wahab

3
2.3 OBJEKTIF

Murid dapat :

i. Mengenal, membaca dan menulis huruf Jawi tunggal dan bersambung;


ii. Membaca dan menulis suku kata terbuka dan tertutup; dan
iii. Membaca dan menulis ayat pendek.

2.4 KAEDAH PELAKSANAAN

 Semua sekolah terlibat dengan pelaksanaan KCJ dan mesti melaksanakan ujian
diagnostik bermula pada 3 Februari 2016 (serentak seluruh Malaysia).
 Ujian diagnostik KCJ perlu dibuat kepada SEMUA murid Islam tahun 2 hingga
tahun 6.
 Soalan Ujian Diagnostik KCJ boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM.
 Masa yang diperuntukkan untuk ujian diagnostik adalah selama satu jam.
 Murid yang mendapat markah di bawah 60% akan menjadi peserta KCJ di peringkat
sekolah masing-masing.
 Tiada peruntukan khas yang diturunkan oleh BPI ke sekolah dan sekolah boleh
menggunakan peruntukan lain untuk pelaksanaan KCJ ( Contohnya : PIBG, PCG
Pendidikan Islam dan Moral @ sumbangan-sumbangan lain.
 Kem Cemerlang Jawi WAJIB dilaksanakan 2 kali setahun
- dengan agihan 1 kali semester pertama (Februari – Mac) dan 1 kali semester
kedua (Ogos – September).
 Tempoh pelaksanaan KCJ adalah 12 jam bagi setiap kem pada setiap semester.
 Pelaksanaan KCJ hanya pada hari cuti persekolahan seperti Cuti Sabtu, Ahad atau
Cuti Am.
 Murid yang telah mengikut KCJ perlu diberi Ujian Pos KCJ.
 Laporan Ujian Pos perlu dihantar sebelum atau pada 25 Mac 2016.

4
2.5 BAHAN-BAHAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN
 Buku Panduan Pelaksanaan KCJ
 Modul Bacaan, Syafawi dan Tulisan Murid
 Laporan Prestasi Pencapaian Murid
 Kertas A4
 Mikrofon
 LCD Projektor

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA RM / BILANGAN

1. Makanan dan minuman RM 3 X 406 orang RM 1,218


murid

JUMLAH KESELURUHAN RM 1,218

SUMBER PERBELANJAAN

BIL PERKARA SUMBER

1. Makanan dan minuman PANITIA PENDIDIKAN


ISLAM
DAN PANITIA BAHASA
ARAB

5
3.0 HURAIAN PENILAIAN TUGASAN/AKTIVITI

Tajuk Program : Kem Cemerlang Jawi Fasa 1


Tarikh Pelaksanaan : 20 Februari 2016 (Sabtu) & 27 Februari 2016 (Sabtu)
Aktiviti yang dijalankan :
 Taklimat ringkas bersama fasilitator.
 Murid dibahagikan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.
 Sesi pengajaran dan pembelajaran asas Jawi dijalankan di dalam kelas.
 Setiap kumpulan mempunyai 10 – 15 orang murid dengan bimbingan seorang
fasilitator.

Tentatif Program
7.30 pagi – 8.00 pagi
Aturcara program dimulakan dengan kehadiran dan pendaftaran peserta KCJ di surau.

8.00 pagi – 10.00 pagi


Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan dibimbing oleh
seorang fasilitator. Murid bergerak bersama fasilitator ke kelas yang telah ditetapkan.
Murid dibimbing untuk membaca huruf tunggal, kaedah memadankan huruf dan kaedah
menyambung huruf dengan betul menggunakan modul yang telah dibekalkan.

10.00 pagi – 10.30 pagi


Murid diberikan masa untuk berehat dengan makanan yang telah disediakan oleh pihak
Panitia Pendidikan Islam SK Bukit Jalil.

10.30 pagi – 1.30 petang


Aturcara diteruskan lagi dengan aktiviti membaca suku kata terbuka untuk setiap murid
dan seterusnya murid dikehendaki menulis dalam buku modul yang telah disediakan.

1.30 petang
Bersurai

6
4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI

 Dapat dilaksanakan dengan kehadiran murid yang memberangsangkan dan


menggalakkan.
 Kem Cemerlang Jawi ini sangat berkesan kepada murid-murid yang lemah
kemahiran Jawi.

5.0 KEMAJUAN/MASALAH

5.1 Kemajuan
 Dapat meningkatkan tahap penguasaan Jawi murid yang masih lemah terutamanya
kemahiran asas dalam mengenal huruf tunggal Jawi dan menyambung huruf.
 Guru-guru dapat membantu dan membimbing murid yang lemah dengan lebih dekat
menggunakan modul Jawi yang lebih produktif serta praktikal untuk mereka.

5.2 Masalah
 Kekangan kurang guru agama menyebabkan guru opsyen akademik yang lain
terpaksa mengajar Jawi semasa aktiviti dalam kelas.
 Ada beberapa murid yang tidak dapat menyertai Kem Cemerlang Jawi atas pelbagai
alasan. Antaranya, tiada pengangkutan untuk datang ke sekolah, urusan keluarga dan
sebagainya.

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

 Mengadakan kuiz Jawi pada slot akhir Kem Cemerlang Jawi.


 Mengadakan stesen permainan Jawi bagi menarik perhatian murid dalam
pembelajaran Jawi.
 Guru opsyen akademik yang lain hanya sebagai pembantu kepada guru agama.

7
7.0 PENUTUP
Semoga program ini mencapai objektif yang digariskan dan mendapat sokongan serta
kerjasama dari semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dalam
menjayakan program ini. Semoga dengan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah
ini memberi impak yang positif kepada semua peserta.

Disediakan oleh, Tarikh : 01 Mac 2016

(CIK NOOR AZLINDA BINTI ABDULLAH)


AJK Dokumentasi KCJ
Sesi 2016

Disahkan oleh, Tarikh : 01


Mac 2016

(PN NORZILA BINTI OTOH)


GPK Tadbir & Kurikulum
SK Bukit Jalil

You might also like