You are on page 1of 5

BULAN BAHASA

MINGGU PANITIA BAHASA MELAYU

YBrs PN. NORLIZA BINTI BAHARUN,


GURU BESAR,
SK KUALA KUBU BHARU SATU.

KERTAS KERJA MINGGU PANITIA BAHASA MELAYU


“MENJUNJUNG BAHASA, MEMAYUNG BUDAYA”
________________________________________________________________________

2. PENGENALAN/ LATAR BELAKANG PROGRAM

Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
tunggal. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu pula telah
diwartakan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Akta Pendidikan menetapkan
kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dalam semua sistem
pendidikan negara baik di peringkat sekolah mahupun pengajian tinggi. Oleh itu, adalah
menjadi tanggungjawab semua rakyat Malaysia untuk memainkan peranan dalam
memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, baik formal mahupun tidak
formal. Dalam erti kata lain, sekolah berperanan sebagai institusi yang melahirkan
generasi pelapis.
Sehubungan itu, Panitia Bahasa Melayu SK Kuala Kubu Bharu Satu
menganjurkan program Minggu Panitia Bahasa Melayu bagi sesi 2023/ 2024. Program
ini juga turut memberi sumbangan kepada murid-murid dalam bidang koakademik
selain mencungkil bakat murid dalam memanfaatkan kecerdasan pelbagai murid.
Program ini juga dapat mempertingkat pengetahuan dan penguasaan Bahasa Melayu
khususnya aspek budaya sesuatu bahasa terutama dari segi kesantunan bahasa. Secara
tidak langsung, kehadiran murid akan tekal dan masa dapat digunakan dengan sebaik
mungkin.

3. RASIONAL PROGRAM
Sekolah menjadi wahana dalam usaha mendaulatkan dan memperkasakan Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lantaran itu, pelbagai aktiviti perlu dijalankan bagi
menarik penyertaan warga sekolah khasnya murid-murid agar lebih mahir
berkomunikasi dan seterusnya melahirkan semangat cinta akan bahasa kebangsaan.
4. OBJEKTIF PROGRAM
4.1 Mendedahkan keunikan Bahasa Melayu dari pelbagai aspek.
4.2 Meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya di sebalik kewujudan
Bahasa Melayu.
4.3 Menimbulkan minat dalam kalangan murid untuk menguasai Bahasa
Melayu.
4.4 Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap
positif dan semangat patriotik bertunjangkan Bahasa Melayu.
4.5 Merangsang minda murid-murid untuk berfikir dengan lebih kreatif dan
progresif.

5. KUMPULAN SASARAN
Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6, SK Kuala Kubu Bharu Satu.

6. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh Pelaksanaan Aktiviti : 17 Julai 2023
Tarikh Penyampaian Hadiah : 11 Ogos 2023
Tempat : Aktiviti - Bilik Darjah Tahun 1 – 6
Perasmian & Penutupan - Dataran Al-Khawarizmi,
Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu Satu.

7. JAWATANKUASA KERJA/AKTIVITI PROGRAM

7.1 Jawatankuasa Induk:


7.1.1 Pengerusi : Pn. Norliza binti Baharun
(Guru Besar SKKKB1)
7.1.2 Timbalan Pengerusi : Pn. Nursanty Binti Hassan Berseri
(GPK Pentadbiran SKKKB1)
7.1.3 Timbalan Naib Pengerusi : Pn. Suhaili Fitrillah Binti Zakaria
(GPK Hal Ehwal Murid SKKKB1)
7.1.4 Timbalan Naib Pengerusi 2 : En. Zamhariz bin Hj Din
(GPK Kokurikulum SKKKB1)
7.1.5 Ketua Panitia : Pn. Nor Sharnida binti Daud
7.2 Jawatankuasa Kerja:
7.2.1 Persiapan Tempat/ Gimik : Pn. Norzalela binti Hasan
Pn. Asyura binti Mohd Azmi
7.2.2 PA Sistem : En. Mohd Nazri bin Ibrahim
7.2.3 Brosur/ Buku Program : Pn. Nurul Huda binti Mhd Bani
7.2.4 Disiplin / Kawalan Murid : Pn. Zuraida binti Zakaria
7.2.5 Cenderamata/ Hadiah : Pn. Rafiza Binti Saad
Pn. Nur Zulaikha binti Azlan
7.2.6 Jurufoto / Dokumentasi : Pn. Haryanti binti Hamli
7.2.7 Juruacara : Pn. Nor Sharnida binti Daud
7.2.8 Penyelaras Pertandingan : Semua guru mata pelajaran Bahasa Melayu

7.3 Aktiviti – Aktiviti:

Bil. Aktiviti Tahun


1 Celik Kata Tahun 1
2 Jejak Kata Tahun 2
3 Eksplorasi Kata Tahun 3
4 Celik Peribahasa Tahun 4
5 Kamus Penjodoh Tahun 5
6 Kembara Tinta Bahasa Tahun 6
7 Buku Kecilku Pemulihan

8. IMPLIKASI KEWANGAN
8.1 Sumber kewangan – Peruntukan Panitia Bahasa Melayu

Bil. Perkara Harga Kuantiti Jumlah


(RM) (RM)
1 Tempat pertama 10.00 12 120.00
2 Tempat kedua 8.00 12 96.00
3 Tempat ketiga 6.00 12 72.00
4 Tempat keempat 4.00 12 48.00
Jumlah RM 336.00
9. PENUTUP
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Dasar Memperkasakan Bahasa
Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) pada semua tahap
pembelajaran murid-murid. Dalam usaha ke arah matlamat tersebut, Panitia Bahasa
Melayu telah mengambil inisiatif bagi meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan
pendedahan murid-murid kepada bahasa kebangsaan ini.

Oleh itu, besarlah harapan agar program ini dapat memupuk minat murid untuk
menggunakan Bahasa Melayu dalam aktiviti pembelajaran seharian dengan betul di
sekolah atau di luar sekolah. Di samping itu, murid juga telah diterapkan supaya
mencintai ilmu dengan menjadikan kemahiran berbahasa sebagai satu budaya hidup
penuh kesantunan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………………. ……………………………………….

(NOR SHARNIDA BINTI DAUD) (NURSANTY BINTI HASSAN


KETUA PANITIA BAHASA BERSERI)
MELAYU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SK KUALA KUBU BHARU SATU SK KUALA KUBU BHARU SATU

TARIKH: TARIKH:
KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan kertas cadangan……………………………………………………………

ATAU

Tidak meluluskan Kertas Cadangan……………………………………………………

Ulasan:
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………....

(NORLIZA BINTI BAHARUN)


GURU BESAR
SK KUALA KUBU BHARU SATU.

You might also like