You are on page 1of 12

KERTAS KERJA

________________________________________________________________

”PROGRAM EKSPLORASI BAHASA”


BULAN BAHASA
________________________________________________________________

TARIKH :
18 FEBRUARI 2014

TEMPAT :
TAPAK PERHIMPUNAN
SRITI DARUL FURQAN, BANGI

ANJURAN :
PANITIA BAHASA MELAYU
PANITIA BAHASA INGGERIS
PANITIA BAHASA ARAB
PANITIA BAHASA MANDARIN
SRITI DARUL FURQAN, BANGI
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk menjalankan satu Projek Inovasi
yang melibatkan warga sekolah bagi membantu murid dalam menguasai subjek-
subjek KSSR khususnya subjek bahasa.

2.0 PENGENALAN

Sistem Bahasa merupakan sebahagian komponen yang terdapat dalam sukatan


KSSR. Sebagai contoh, setiap komponen ini perlu dikuasai oleh murid. Sistem
Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa
Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa
kata dan peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksisi
manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang
terdapat dalam mata pelajaran lain.

Corak dan budaya pembelajaran di dalam bilik darjah menjadi kebiasaan bagi
murid dan suasana ini kurang merangsang minat dan kehendak naluri mereka.
Pada peringkat 7 hingga 12 tahun, kanak-kanak bertindak aktif dan naluri suka
bermain. Namun cabaran untuk mendidik golongan ini memerlukan kreativiti dan
teknik yang menarik.

Program “Eksplorasi Bahasa” Bulan Bahasa ini merupakan aktiviti yang menjadi
platform kepada pencapaian kendiri murid selari dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sifat kepimpinan juga dapat dipupuk
dalam aktiviti berkumpulan dengan melihat kerjasama yang diberikan setiap
murid bagi menjayakan aktiviti yang dijalankan. Selain itu, ia juga memberi
peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan bakat dan kebolehan mereka
dalam berbahasa.
3.0 JUSTIFIKASI

Sistem bahasa merupakan tunjang dalam Bahasa Melayu. Penguasaan sistem


bahasa yang baik mampu meningkatkan kefasihan dan kemampuan untuk
menuturkan bahasa Melayu dengan betul. Pembelajaran secara menarik
berbentuk permainan dapat meningkatkan minat untuk mempelajari dan
menguasai bahasa Melayu sekaligus merubah situasi belajar iaitu belajar kerana
minat dan bukan kerana terpaksa.

4.0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk:-

 Mendapatkan strategi-strategi mengajar yang boleh menolong serta

menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pelajaran khasnya

dalam mata pelajaran Bahasa Melayu;

 Membaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan/PKSR berasaskan

kepada sasaran yang ditetapkan iaitu minima 80% kelulusan dan minima

20% yang memperoleh keputusan cemerlang;

 Menunjukkan semangat kerjasama antara guru mata pelajaran Bahasa

Melayu;

 Mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti serta menghayati

pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;

 Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam

pelbagai situasi;
 Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah,

mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;

 Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan bukan sastera dengan

menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk

memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;

 Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya

pembelajaran berterusan;

 Memperkembang ingatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan

penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis;

 Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan

berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses

penulisan yang sesuai dan betul.

 Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa,

dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan

menulis;

 Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan

karya bukan sastera;

 Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat

patriotik, dan semangat kewarganegaraan.

5.0 TARIKH, MASA & TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 10 Julai 2023 – 31 Julai 2023 (Setiap hari


Selasa)
Masa : 7.20 pagi – 7.30 pagi
Tempat Program : Tapak Perhimpunan & Dewan SRITI

6.0 PESERTA/ SASARAN

 Murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6

7.0 KAEDAH PELAKSANAAN


 Pertandingan
 Persembahan
 Aktiviti Bahasa

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung:
Ustaz Muhammad Al-Addreen Bin Akhiruddin
(Guru Besar SRITI Darul Furqan)

Penasihat:
Ustaz Abdullah Bin Razali
(GPK Kurikulum)

Pengerusi :
Ustazah Norhamira Atiqah Binti Hamidon
(Ketua Panitia Bahasa Melayu)

Penyelaras Program :
Ustaz Abdullah Bin Razali
Setiausaha :
Ustazah Umi Kalsom Binti Mohmad

Naib Setiausaha :
Ustazah Qhuraishah Binti Zulkifle

Bendahari :
Ustazah Nur Hidayah Binti Redzwan

AJK :

Hadiah dan Cenderahati


Puan Nurfarahiyah

Hakim
Ustaz Mohd Firdaus Bin Sahiddin(GPK HEM )
Ustazah Siti Fairuz Binti Mohammad(GPK Koko)
Ustazah Siti Nor Faizah Binti Rambely

Urusetia / Fasilitator
Semua guru Bahasa Melayu

Persiapan Tempat Majlis Pelancaran & Penutup


Guru-guru panitia.

Siaraya
Ustazah Sharifah Nur Asilah Fatin Bin Syed Mohd Judah

Dokumentasi
Ustazah Qhuraishah Binti Zulkifle

Buku Aturcara
Ustazah Umi Kalsom Binti Mohmad

9.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran 1

10.0 ANGGARAN BELANJAWAN

PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH

Kad manila 6 RM0.60 RM3.60

Kad Mounting 6 RM3.00 RM18.00

2 RM1.70 RM3.40
Gunting

1 RM2.00 RM2.00
Gam

1 rim RM10.00 RM10.00


Kertas A4

70 helai RM0.80 RM56.00


Laminate

50 helai RM1.00 RM50.00


Kertas Glossy

10 RM3.00 RM30.00
Pen Marker

3 meter RM3.00 RM9.00


Plastik Pembalut

2 RM5.50 RM11.00
Pelekat Kertas
(Tack)
JUMLAH RM 197.00

11.0 PENUTUP

Diharapkan program Hari Bahasa Melayu ”Eksplorasi Bahasa’ ini sedikit


sebanyak dapat membantu murid-murid untuk mengingati semula pembelajaran
yang telah dipelajari dengan aktiviti yang berkonsepkan permainan dan
persembahan. Selain itu, diharapkan juga program ini dapat memberikan satu
impak yang positif kepada murid-murid dan seterusnya kepada pencapaian
prestasi sekolah.

Disediakan Oleh:

_________________________
(ABDULLAH BIN RAZALI)
Penyelaras ”Eksplorasi Bahasa “,
Bulan Bahasa
SRITI Darul Furqan, Bangi.

Disemak Oleh:

____________________
(NORHAMIRA ATIQAH BINTI HAMIDON)
Ketua Panitia Bahasa Melayu,
SRITI Darul Furqan, Bangi.
Disahkan Oleh,

_____________________
( )
Guru Besar,
SRITI Darul Furqan, Bangi.
.

TENTATIF PROGRAM
PROGRAM ”EKPLORASI BAHASA” BULAN BAHASA MELAYU
SRITI DARUL FURQAN, BANGI

HARI/TARIKH CADANGAN AKTIVITI FASILITATOR

ISNIN Majlis Pelancaran Program 


(10 JULAI 2023) ’Eksplorasi Bahasa’ 
 Ucapan Ketua Panitia 
 Ucapan dan Perasmian 
oleh Guru Besar  Semua Guru
 Persembahan Murid Bahasa Melayu
Nyanyian Lagu ’Cintai
Bahasa Kebangsaan’.

SELASA Tahap 1 
(11 JULAI 2023)  Menyatakan Penjodoh 
Bilangan bagi objek
yang ditunjukkan
Tahap 2
 Menyenaraikan judul
buku cerita yang pernah 
dibaca

SELASA  Melafazkan pantun dua


kerat dan empat kerat 
( 11 JULAI 2023 ) 

SELASA Tahap 1 dan Tahap 2 


(11 JULAI 2023)  Teka Silang Kata 

RABU Sehari Bersama Kamus 


(12 JULAI 2023 )  Murid mencari makna 
perkataan yang
diberikan oleh guru.
contoh : Sinonim
RABU Menyatakan Maksud Simpulan 
( 12 JULAI 2023 ) Bahasa 

KHAMIS Tahap 1 
( 13 JULAI 2023 )  Permainan Bahasa 
Tahap 2
 Mendeklamasikan sajak

Tahap 1 dan Tahap 2


( )  Aktiviti bercerita yang  Semua guru
berunsurkan tauladan Bahasa Melayu

Tahap 1 
()  Melengkapkan 
perkataan
Tahap 2
 Membentuk ayat yang
gramatis berdasarkan
perkataan yang diberi

Majlis Penutup dan 


Penyampaian Hadiah  Semua guru
Bahasa Melayu

*Aktiviti yang tertera adalah cadangan, sekiranya ada sebarang cadangan


aktiviti lain yang lebih sesuai boleh juga dilaksanakan dan sangat dialu-
alukan.

You might also like