You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN SAJAK BAHASA


INGGERIS
SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN
TAHUN 2023

ANJURAN:

PANITIA BAHASA INGGERIS


1.0 PENDAHULUAN

Unit Pentadbiran Kurikulum dan Panitia Bahasa Inggeris akan mengadakan


aktiviti bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim Sekolah Kebangsaan Permatang
Buloh bagi tahun 2023. Sambutan Kemerdekaan kali ke-65 bertemakan ‘Keluarga
Malaysia, Teguh Bersama’. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan melibatkan semua murid
iaitu dari Pra Sekolah hingga Tahun 6. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap
mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Semoga aktiviti
yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid selain
sebagai pemangkin untuk memupuk semangat patriotik serta menjalinkan hubungan
mesra dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan
Permatang Buloh.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan


adalah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan
guru-guru Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh serta meningkatkan kesedaran
warga sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan Negara dan
perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Selain itu,
pertandingan dianjurkan dalam peringkat sekolah supaya dapat mencungkil bakat
terpendam murid-murid SK Permatang Buloh secara menyeluruh. Selain itu, para
guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik
SK Permatang Buloh di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang
dianjurkan antara sekolah dan daerah.

3.0 OBJEKTIF

i. Menyemai semangat patriotisme di kalangan murid dan guru.


ii. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada
negara.
iii. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam
rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
iv. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan
yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin.
vi. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas
nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
vii. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk
mengekalkan kemerdekaan ini.
viii. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih
atas jasa-jasa mereka.

ix. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan
menghayati tema sambutan kemerdekaan.
x. Mencungkil bakat murid.
xi. Menguji pengetahuan am dikalangan murid.
xii. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara murid.
xiii. Mengetahui dan menilai kepekaan murid terhadap perkembangan isu semasa.
xiv. Membantu murid meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan audio
dan video.
xv. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat
tradisional daripada luput ditelan zaman.

4.0 PENGANJURAN

Unit Pentadbiran Kurikulum dan Panitia Bahasa Inggeris bersama guru-guru Sekolah
Kebangsaan Permatang Buloh.

5.0 SASARAN

Semua murid pra sekolah , tahun 1 hingga 6.

6.0 TARIKH

Sempena Bulan Kemerdekaan dari 1 Ogos 2023 hingga 16 September 2023 (Hari
Malaysia). Tarikh penyertaan pertandingan bermula dari 1 Ogos hingga 15
September 2023.

7.0 STRATEGI

Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan


murid secara menyeluruh berlandaskan SOP yang ditetapkan. Justeru satu jadual
pelaksanaan akan dirangka melibatkan semua kelas bagi memastikan pelaksanaan
program tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan
dijalankan dengan bantuan dan kerjasama guru-guru.
8.0 CADANGAN AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Bil Aktiviti Perincian Cadangan Tarikh Catatan


1. Pertandingan Deklamasi Tahap 1 13 Ogos 2023 Panita
Sajak & Syair & Tahap 2 Bahasa
Inggeris

9.0 JAWATANKUASA KERJA

PENASIHAT : EN. HARMIZI BIN MOHAMED (GURU BESAR)

SETIAUSAHA 1 : PN SALAWATY BIN ABDUL SHUKOR (PEN. KANAN PENTADBIRAN)

SETIAUSAHA 2 : EN ABDUL WAHAB BIN SALMAN (PEN. KANAN KOKURIKULUM)

PENGACARA MAJLIS HADIAH & SIJIL

PN. ANI SHIMA OTHMAN PN NURUSSANA HARUN

PERSIAPAN TEMPAT / PENTAS

EN. AHMAD ROSLAN

KAWALAN MURID SIARAYA

SEMUA GURU EN. KHAIRIL AZHAR ABDUL HALIM

DOKUMENTASI

PUAN NURUL SYAHIDA CHE SAB

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bilangan Anggaran
Bil Aktiviti Kos
hadiah Perbelanjaan
Hadiah Hadiah Penyertaan Terbaik (5 Pemenang)
Pertandingan Sajak
Kemerdekaan Fail RM6 RM 6 x 5 RM 30
Bahasa Inggeris
1. Kotak pensel rm4 RM 4 x 5 RM 20
(Tahap 2)
Pensel warna rm8 RM 8 x 5 RM 40

Set pensil rm10 RM 10 x 5 RM 50

Pembalut RM2 RM 2 x 5 RM 10

Jumlah RM 150.00
11.0 ATUR CARA MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

8 Ogos 2023 (ISNIN)

Masa Aturcara Majlis

7.40 – 9.40 pagi - Bacaan doa


- Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
- Ucapan Guru Besar
- Perasmian Pelancaran Bulan Kemerdekaan
Nyanyian Lagu Tema

12.0 ATUR CARA MAJLIS PENUTUP/SAMBUTAN KEMERDEKAAN

13 SEPTEMBER 2023 (SEPTEMBER)

Masa Aturcara Majlis

7.40 pagi - Bacaan doa


- Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
- Ucapan Guru Besar
- Pertandingan Pakaian Beragam
9.40 pagi - Rehat Tahap 1
10.10 pagi - Rehat Tahap 2
10.30 pagi - Majlis Penyampaian Hadiah
- Nyanyian Lagu Tema”
12.00 pagi - Bersurai

13.0 PENUTUP

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh


ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan
pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang
postif. Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi
budaya “Cintai Sekolahku” di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Permatang
Buloh dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa program itu nanti di
samping memupuk budaya semangat patriotisme dan cinta akan Malaysia.

Disediakan Oleh. Disemak oleh,

………………………………………….. …………………………………
(PUAN NURUSSANA HARUN) (KHAIRIL AZHAR ABDUL HALIM)
Penyelaras HIP , Ketua Panitia Bahasa Inggeris
Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh

Tarikh : 5 Ogos 2023 Tarikh : 5 Ogos 2023

You might also like