You are on page 1of 39

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) TAMAN KELADI

தாமான் கெளாடி தமிழ் ப் பள் ளி

TEMPAT:

TARIKH:
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL TAMAN KELADI
MAJLIS SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN ‘NORMA BAHRU’ KALI KE-64
TAHUN 2021
1.0 PENDAHULUAN
Bulan Kebangsaan yang disambut pada setiap tahun mempunyai peranan
yang sangat penting dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang
berdaulat.Generasi muda yang bakal menjadi pewaris negara perlu memahami
dan menghayati sejarah perjuangan mencapai kemerdekaan dalam erti kata
yang sebenar.Sekolah antara agensi utama kerajaan mendidik dan membina
murid yang mempunyai semangat patriotisma yang tinggi. Sambutan bulan
Kebangsaan kali ke-64 ini berbeza dengan tahun sebelum ini. Walaupun
negara kita yang masih dilanda wabak Covid19, namun, keadaan tersebut tidak
dapat melunturkan rasa kasih dan sayang terhadap negara tercinta. Jasa dan
pengorbanan para pemimpin dan pejuang tanah air terdahulu harus dijadikan
contoh kepada generasi muda masa kini.Tema Hari Kebangsaan pada tahun ini
adalah “Malaysia Prihatin”. Pemilihan tema adalah selari dengan keadaan
semasa negara yang memerangi pandemik Covid19. Pihak sekolah SJK(T)
Taman Keladi telah menganjurkan Program Sambutan Bulan Kebangsaan Kali
Ke-64 secara norma bahru untuk menarik minat murid sekolah kita mengenali
seterusnya menghayati nilai-nilai yang sepatutnya diamalkan bagi bangsa
merdeka.

2.0 MATLAMAT
Matlamat utama Program Sambutan Bulan Kebangsaan Kali Ke-64 secara
norma bahru peringkat sekolah adalah bertujuan untuk menyemai rasa
cintakan bangsa dan negara. Selain itu, sambutan ini juga bertujuan untuk
memperingati sejarah negara dan tokoh-tokoh gemilang yang berusaha
mempertahankan tanah air di samping menanam semangat patriotik dalam
kalangan murid-murid dan guru-guru SJK(T) Taman Keladi,Sungai
Petani,Kedah.
3.0 OBJEKTIF
Berikut adalah objektif yang ingin kami capai:
➢ Menyemai rasa sayang dan cintakan negara dikalangan murid-murid dan
guru-guru.
➢ Mengenali dan menghargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan.
➢ Memupuk semangat dan rasa tanggungjawab terhadap negara.
➢ Menerapkan semangat kekitaan dan perpaduan bangsa,kaum,etnik dan
budaya.

4.0 RASIONAL
Rasional program Sambutan Bulan Kemerdekaan ini dijalankan adalah
seiring dengan aspirasi negara dalam memupuk semangat patriotik dan
cintakan negara dikalangan rakyat Malaysia. Selain itu, program seperti ini
mampu membantu murid-murid menambah pengetahuan tentang sejarah
negara dan warisan yang perlu dipelihara melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti
yang telah dirancang sepanjang Sambutan Bulan Kebangsaan Kali Ke-64.

5.0 NAMA PROGRAM


Program Sambutan Bulan Kebangsaan Kali Ke-64.

6.0 TEMPOH PELAKSANAAN


Sepanjang 15 Ogos 2021 – 15 September 2021.

7.0 TEMPAT
Kediaman masing-masing

8.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid Prasekolah, Tahun 1 - 6 , semua guru dan kakitangan sekolah

9.0 STRATEGIK
Program Sambutan Bulan Kebangsaan Kali Ke-64 adalah suatu program
yang melibatkan semua murid dan guru secara menyeluruh. Oleh hal yang
demikian, satu jadual pelaksanaan telah dirangka untuk membantu guru-
guru dan murid-murid menjalankan aktiviti secara norma bahru mengikut
masa, tempoh dan kaedah yang ditetapkan.

10.0 ANJURAN
Kelab Rukun Negara , Panitia Sejarah , Panitia Seni Visual dan Unit
Kokurikulum.
11.0 JAWATANKUASA INDUK DAN AKTIVITI BULAN KEBANGSAAN
Rujuk Lampiran 1

12.0 CADANGAN AKTIVITI DAN JADUAL PELAKSANAAN


Rujuk Lampiran 2

13.0 PENDAPATAN & PERBELANJAAN


Bil PENDAPATAN RM PERBELANJAAN RM
1 Kelab Rukun Negara Hadiah pertandingan 424.00
2 Unit kokurikulum Banting Dan Bendera 150.00
3 Panitia Sejarah
JUMLAH JUMLAH
KESELURUHAN KESELURUHAN 574.00

14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA PERBELANJAAN (RM)


1. Hadiah Prasekolah
a. Hadiah pertama (2x RM10) 20.00
b. Hadiah kedua (2 x RM8) 16.00
c. Hadiah ketiga (2 x RM 5) 10.00

2. Hadiah Tahap 1
a. Hadiah pertama (6 x RM15) 90.00
b. Hadiah kedua (6 x RM10) 60.00
c. Hadiah ketiga (6 x RM 8) 48.00

3. Hadiah Tahap 2
a. Hadiah pertama (4 x RM20) 80.00
b. Hadiah kedua (4 x RM15) 60.00
c. Hadiah ketiga (4 x RM10) 40.00

4. Sijil Penyertaan (semua murid yang


-
menyertai pertandingan) digital
5. Banting dan bendera 150.00
JUMLAH KESELURUHAN 574.00
15.0 PENUTUP
Penganjuran Program Sambutan Bulan Kebangsaan Kali Ke-64 secara

norma bahru diharapkan dapat memberi manfaat kepada murid-murid dan

guru-guru khususnya dalam meningkatkan semangat patriotisma walaupun

keadaan negara yang sedang dilanda wabak Covid-19. Setiap aktiviti yang

dirancang juga harap dapat dilaksanakan dengan baik. Semoga semua

perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan pihak tuan.

Disediakan oleh : Disahkan oleh : Disemak oleh :

YUGASNI A/P MAGASWARI A/P AMUNIYAMMAL A/P


SAMANTHAN BALAKRISHNAN SUPRAMANIAM
Setiausaha Penolong Kanan Kokurikulum GURU BESAR
Program Sambutan Bulan SJK(T) Taman Keladi SJK(T) Taman Keladi
Kebangsaan 2021
LAMPIRAN 1 - JAWATANKUASA INDUK DAN PENGELOLA

JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : Amuniyammal A/P Subramaniam (Guru Besar)
Pengerusi : Magaswari A/P Balakrishnan (PKKK)
Naib Pengerusi I : Pereama Latha A/P Thangavelu (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : Kalipakiam A/P Subramaniam (PK HEM)
Setiausaha Program : Yugasni A/P Samanthan
Bendahari Program : Subaseni A/P Muniandy

JAWATANKUASA PENGELOLA

TEKNIKAL GOOGLE MEET & PENYELARAS PERTANDINGAN


JEMPUTAN MURID DAN GURU R.Barathy ( K )
S.Sarala ( guru & murid ) S.Yugasni ( Prasekolah )
M.Subaseni ( Tahun 1 )
LAGU PATRIOTIK P.Usha ( Tahun 2 )
M.Saraspathi ( K ) R.Navanitham ( Tahun 3 )
S.Yugasni G.Gouri ( Tahun 4 )
A.Raghuniswaran ( Tahun 5 )
BUKU PROGRAM (FLIP BOOK) S.Parimala ( Tahun 6 )
R.Raja ( K )
Nurzaireen AJK HADIAH & SIJIL
Afifah L.Sargunawathy ( K )
R.Navanitham
PENGACARA MAJLIS E.Susila
G.Gouri
INFO SEMINIT TENTANG
BACAAN DOA & RUKUN NEGARA SEJARAH & TOKOH (VIDEO)
P.Usha R.Barathy ( Ketua Panitia Sej )

PELANCARAN & PENUTUPAN BULAN DOKUMENTASI


KEBANGSAAN S.Yugasni ( K )
K.Rajeswari ( K ) S.Catherine
A.Loges
S.Leela HIASAN BANTING DAN
A.Raghuniswaran BENDERA KAWASAN SEKOLAH
M.Subaseni V.Anitha ( K )
B.Kamala
Pekerja sekolah
LAMPIRAN 2 – CADANGAN AKTIVITI DAN JADUAL PELAKSANAAN

TARIKH &
BIL AKTIVITI PENGLIBATAN GURU TERLIBAT TEMPOH
PELAKSANAAN
1 Perasmian Pelancaran Semua Murid K.Rajeswari
Bulan Kebangsaan & 24.8.2021
A.Loges
Guru (Selasa)
S.Leela
A.Raghu
8.00 pm-9.00 pm
M.Subaseni
2 Info Seminit Tentang Semua Murid R.Barathy
Hari Sabtu
Sejarah & Tokoh
(Setiap Minggu)
(Video)
3 Pertandingan Mewarna Prasekolah S.Yugasni 18.08.2021
Hingga
23.08.2021
4 Pertandingan Nanyian Prasekolah V.Anitha 25.08.2021
Lagu Patriotik S.Yugasni Hingga
30.08.2021
5 Pertandingan ’Selfie ’ Tahun 1 M.Subaseni
29.08.2021
Hari Kebangsaan
6 Pertandingan Membuat Tahun 2 P.Usha
20.08.2021
Jalur Gemilang
Hingga
menggunakan bahan
02.09.2021
buangan
7 Pertandingan Menghias Tahun 3 R.Navanitham
29.08.2021
ruang , bilik atau
Hingga
rumah sempena Hari
10.09.2021
Kebangsaan
8 Pertandingan Tahun 4 G.Gouri
Menghasilkan barang-
20.08.2021
barang atau bangunan
Hingga
bersejarah
13.09.2021
menggunakan bahan
buangan
9. Pertandingan Membaca Tahun 5 A.Raghuniswaran
22.08.2021
puisi, sajak atau
Hingga
bercerita tentang
28.08.2021
kemerdekaan.
10 Menghasilkan video Tahun 6 S.Parimala
17.08.2021
atau powerpoint slide
Hingga
bertemakan sejarah
05.09.2021
Malaysia.
11 Pertandingan Melukis & Semua Murid R.Raja
Mewarna Pada Pelitup 27.08.2021
Muka
12 Perasmian Penutupan Semua Murid AJK Perasmian
Bulan Kebangsaan & & 15.9.2021
Penutupan &
Penyampaian Hadiah Guru (Rabu)
Hadiah
JAWATANKUASA AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN

TUGAS / NAMA GURU DESKRIPSI TUGASAN


PENGERUSI • Menasihat dan memantau sepanjang
(GURU BESAR) Program Sambutan Hari Kebangsaan
TIMBALAN PENGERUSI • Memantau dan memastikan program
(PEN. KANAN KOKURIKULUM) berjalan seperti yang dirancang.
NAIB PENGERUSI 1 • Memantau dan memastikan pertandingan
(PEN.KANAN PENTADBIRAN) dirancang bagi setiap kelas dijalankan
dengan baik.
NAIB PENGERUSI 2 • Memantau penglibatan murid pada tahap
(PEN. KANAN HAL EHWAL MURID) maksimum dan segala program yang
dijalankan mengikut SOP yang terkini.
SETIAUSAHA PROGRAM • Menyediakan kertas kerja program.
S.Yugasni • Menyediakan ahli jawatankuasa program.
• Merancang program yang sesuai dengan
situasi wabak Covid19.
• Menyediakan laporan pada akhir
program.
• Memastikan dokumentasi diserah pada
masa yang ditetapkan.
• Memastikan aktiviti yang dirancang
dijalankan mengikut tempoh masa yang
telah ditetapkan.
• Merancang dan menyediakan tentative
Program Pelancaran dan Penutupan Bulan
Kebangsaan.
BENDAHARI PROGRAM • Menyediakan anggarab perbelanjaan
M.Subaseni program.
• Menyediakan laporan perbelanjaan
program.
• Memastikan setiap perbelanjaan
mempunyai resit yang sah.
PERASMIAN PELANCARAN BULAN • Berbincang tentang idea pelancaran dan
KEBANGSAAN membuat persediaan awal secara
K.Rajeswari ( K ) terperinci.
A.Loges • Memastikan dan membincangkan
S.Leela tentatif program bersama pengacara
A.Raghu majlis , SU dan PKKK.
M.Subaseni • Merancang pelancaran dan penutupan
serta memastikan perasmian berjalan
dengan lancar.
LAGU PATRIOTIK • Berbincang dengan PKKK tentang bilangan
M.Saraspathi ( K ) Lagu Patriotik ditayangkan.
S.Yugasni • Mencari video lagu-lagu Patriotik.
• Menyerahkan lagu tersebut kepada AJK
Teknikal Google Meet.
TEKNIKAL GOOGLE MEET & • Menyediakan satu link Google Meet dan
JEMPUTAN MURID DAN GURU menghantar link didalam semua
S.Sarala Telegram Kelas.
• Membuat kad jemputan secara maya
untuk semua guru dan murid sebelum
Perasmian Pelancaran (24.08.2021 ) dan
Penutupan (15.09.2021).
BUKU PROGRAM (FLIP BOOK) • Berbincang dengan PKKK dan SU program
R.Raja ( K ) tentang cara membuat Buku Program
Nurzaireen secara maya.
Afifah • Memastikan buku tersebut disediakan
dan dihantar kepada GB untuk membuat
semakan.
• Buku program ini dihantar melalui
telegram sebelum Perasmian Pelancaran
(24.08.2021 ) dan Penutupan
(15.09.2021).
PENGACARA MAJLIS • Menyediakan teks mengikut tentatif
G.Gouri program.
• Berbincang dengan penyelaras program
semasa ke semasa jika ada sebarang
perubahan.
• Memastikan kelancaran Program
Perasmian Pelancaran.
BACAAN DOA & RUKUN NEGARA • Memilih murid untuk membaca doa dan
P.Usha Rukun Negara.
• Melatih murid tersebut.
• Memastikan murid dipilih dapat
membaca doa dan Rukun Negara dengan
baik dan fasih.
• Memberikan nama murid dipilih kepada
Pengacara Majlis.
HIASAN BANTING DAN BENDERA • Memastikan hiasan bertema/bendera
KAWASAN SEKOLAH digantung/diurus sesuai dengan SOP
V.Anitha ( K ) terkini.
B.Kamala • Memastikan kawasan sekolah
Pekerja sekolah menampakkan tema Hari Kebangsaan.
PENYELARAS PERTANDINGAN • Memastikan semua AJK Pertandingan
R.Barathy ( K ) melaksanakan aktiviti dirancang
S.Yugasni ( Prasekolah ) mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
M.Subaseni ( Tahun 1 ) • Membimbing AJK Pertandingan
P.Usha ( Tahun 2 ) sepanjang aktiviti dijalankan.
R.Navanitham ( Tahun 3 ) • Menyediakan borang pemarkahan.
• Mengumpulkan hasil terbaik setiap
G.Gouri ( Tahun 4 )
pertandingan .
A.Raghuniswaran ( Tahun 5 )
• Menyediakan senarai nama pemenang
S.Parimala ( Tahun 6 ) setiap pertandingan dengan lengkap.
• Senarai nama pemenang perlu diberikan
kepada AJK Hadiah, AJK Dokumentasi
dan Pengacara Majlis sebelum Majlis
Penutupan Sambutan Hari Kebangsaan.
AJK HADIAH & SIJIL • Memastikan nama pemenang setiap
L.Sargunawathy ( K ) pertandingan mengikut kelas.
R.Navanitham • Menyediakan hadiah untuk semua
E.Susila pemenang pertandingan.
(selepas buka sekolah)
• Menyediakan sijil penyertaan secara
maya untuk semua murid yang terlibat.
• Sijil tersebut perlu dihantar kepada
murid melalui telegram dengan bantuan
guru kelas.
• Memastikan senarai nama pemenang
adalah sama dengan senarai yang ada
pada Pengacara majlis.
• Membuat Powerpoint slide untuk
mengumum nama pemenang setiap
pertandingan dengan kreatif.
• Slide ini akan ditayangkan semasa
membuat pengumuman nama-nama
pemenang.
INFO SEMINIT TENTANG SEJARAH & • Memilih video yang mempunyai info
TOKOH (VIDEO) ringkas tentang sejarah/ tokoh negara .
R.Barathy ( Ketua Panitia Sej ) • Menghantar video tersebut pada masa
yang sama dan hari yang ditetapkan
didalam Telegram kelas.
DOKUMENTASI • Memastikan 2 gambar aktiviti dan nama
S.Yugasni ( K ) pemenang setiap pertandingan.
S.Catherine • Mengutip semua bahan untuk
didokumentasikan dan buku Program
dibuat secara maya. (Flip Book)
TENTATIF PROGRAM
PELANCARAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2021

MASA PROGRAM
07.45 PM KETIBAAN GURU, WARIS DAN MURID ATAS TALIAN(G.LINK)
08.00 PM UCAPAN ALUAN
08.05 PM NANYIAN LAGU NEGARAKU
BACAAN DOA
RUKUN NEGARA
08.15 PM UCAPAN GURU BESAR
08.20 PM PERASMIAN PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN
08.35 PM NYANYIAN LAGU PATRIOTIK
• KERANAMU MALAYSIA
• JALUR GEMILANG
08.40 PM TAYANGAN VIDEO – SENARAI PERTANDINGAN
08.50 PM NYANYIAN LAGU NEGERI KEDAH
09.00 PM BERSURAI
TENTATIF PROGRAM
PERASMIAN PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2021

MASA PROGRAM
07.45 PM KETIBAAN GURU, WARIS DAN MURID ATAS TALIAN(G.LINK)
UCAPAN ALUAN
NANYIAN LAGU NEGARAKU
BACAAN DOA
RUKUN NEGARA
UCAPAN GURU BESAR
PERASMIAN PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
NYANYIAN LAGU PATRIOTIK
• KERANAMU MALAYSIA
• JALUR GEMILANG
PENYAMPAIAN HADIAH (TAYANGAN VIDEO)
• PERTANDINGAN MEWARNA PRASEKOLAH
• PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK PRASEKOLAH
• PERTANDINGAN ’SELFIE’ HARI KEBANGSAAN
• PERTANDINGAN MEMBUAT JALUR GEMILANG
MENGGUNAKAN BAHAN BUANGAN
• PERTANDINGAN MENGHIAS RUANG , BILIK ATAU RUMAH
SEMPENA HARI KEBANGSAAN
• PERTANDINGAN MENGHASILKAN BARANG-BARANG ATAU
BANGUNAN BERSEJARAH MENGGUNAKAN BAHAN
BUANGAN
• PERTANDINGAN MEMBACA PUISI, SAJAK ATAU BERCERITA
TENTANG KEMERDEKAAN.
• PERTANDINGAN MENGHASILKAN VIDEO ATAU
POWERPOINT SLIDE BERTEMAKAN SEJARAH MALAYSIA.
• PERTANDINGAN MELUKIS & MEWARNA PADA PELITUP
MUKA
NYANYIAN LAGU NEGERI KEDAH
BERSURAI
LAPORAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH.

Sambutan Bulan Kebangsaan 2021 telah diadakan dari 15 Ogos 2021 hingga

15 September 2021. Sambutan ini telah disertai oleh semua warga SJK(T) Taman

Keladi. Sambutan bulan Kebangsaan kali ke-64 ini berbeza dengan tahun sebelum ini.

Bagi pesediaan awal, satu mesyuarat bersama guru-guru telah diadakan

pada 21.08.2021, Sabtu (11 pagi). Google link untuk mesyuarat ialah

https://tel.meet/twy-ibgu-uks?hs=5. Dalam mesyuarat ini, guru-guru diberi senarai

aktiviti program, ahli jawatankuasa dan perincian tugas serta tarikh melaksanakan

aktiviti yang dirancang secara dalam talian.

Sambutan pada tahun ini telah dimulakan dengan Pelancaran Bulan

Kebangsaan di peringkat sekolah secara dalam talian. Pelancaran Bulan Kebangsaan

di peringkat sekolah telah diadakan pada 24.08.2021, Selasa (8 malam) bertempat

kediaman masing-masing. Google link untuk Pelancaran Bulan Kebangsaan peringkat

sekolah ialah https://meet.google.com/zvh-ukdt-vhz . Buku program bagi

Pelancaran Bulan Kebangsaan peringkat sekolah telah disediakan dalam bentuk ’

’FlipBook’ ( https://online.flippingbook.com/view/802030625/ ). Kehadiran guru,

murid, Ajk PIBG dan waris telah didaftarkan melalui Google Form

https://forms.gle/kaLwxyd5SdF9Q1KD7 .

Devamalar A/P Raja, murid tahun 6 telah menjadi pengacara majlis bagi

program ini. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh adik Abirammi. Selepas

bacaan doa, lagu Negaraku dimainkan oleh cikgu Sarala. Seterusnya, Guru Besar

telah memberikan ucapan tentang Hari Kebangsaan. Beliau menyarankan agar murid-

murid patut setia kepada Negara dan berbangga dengan negara kita. Majlis diikuti

dengan agenda utama iaitu Perasmian Pelancaran Bulan Kebangsaan peringkat

sekolah dengan klip video.


Secara rasminya, majlis pelancaran ini dirasmikan oleh guru besar sekolah

kita. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan tayangan video kemerdekaan oleh cikgu

Rajes dan Cikgu Leela. Murid-murid telah menyanyi lagu-lagu Patriotik dengan penuh

semangat. Sebuah video mengenai senarai aktiviti dan tarikh pelaksanaan telah

ditayangkan. Murid -murid diberi penjelasan yang sangat jelas daripada Pn.

Magasvari, PKKK. Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan peringkat sekolah telah

diakhiri dengan lagu Negeri Kedah pada pukul 8.55 malam. Majlis ini telah dimuat

naik dalam YouTube sekolah (https://youtu.be/cEEXduYEB7c ).

Sepanjang bulan kebangsaan ini pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk semua

tahap murid. Antaranya ialah info kemerdekaan semasa PDPR, pertandingan

mewarna prasekolah, pertandingan nyanyian lagu patriotik prasekolah,pertandingan

’selfie’ hari kebangsaan, pertandingan membuat jalur gemilang menggunakan bahan

buangan, pertandingan menghias ruang , bilik atau rumah sempena hari kebangsaan

pertandingan menghasilkan barang-barang atau bangunan bersejarah menggunakan

bahan buangan, pertandingan membaca puisi, sajak atau bercerita tentang

kemerdekaan,pertandingan menghasilkan video atau powerpoint slide bertemakan

sejarah malaysia dan pertandingan mewarna pelitup muka.

Bagi Perasmian Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah

pula diadakan pada 15.09.2021, Rabu (7.45malam) bertempat kediaman masing-

masing. Google link untuk majlis Perasmian Penutupan Sambutan Bulan

Kebangsaan peringkat sekolah ialah https://forms.gle/kaLwxyd5SdF9Q1KD7.

Buku program bagi Perasmian Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan

peringkat sekolah telah disediakan dalam bentuk ’FlipBook’

(https://anyflip.com/bdfa/qxwh/) Kehadiran guru, murid, Ajk PIBG dan waris

telah didaftarkan melalui Google Form https://forms.gle/Ab8nztcw6Y5dGv8C9.

Pengacara majlis Perasmian Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat

sekolah ini ialah adik Devamalar A/P Raja.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh adik Manissha A/P Kunasilana dan

Rukun Negara oleh adik Lukkesh Varrman A/L Kunasilana. Seterusnya, ucapan guru

besar sekolah kita, Pn Amuniyammal A/P Supramaniam dan beliau juga dengan

rasminya merasmikan majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan

peringkat sekolah yang ke-64. Sebuah klip video perasmian telah ditayangkan

selepas ucapan guru besar (https://youtu.be/cEEXduYEB7c). Selepas itu, tiba

masanya untuk penyampaian hadiah bagi bagi semua pertandingan yang dijalankan

sepanjang bulan kebangsaan pada tahun ini. Pautan YouTube untuk melihat senarai

nama pemenang semua aktiviti sepanjang bulan Kebangsaan ialah https://youtu.be/-

PxHwlzxHqA . Semua pemenang diberi sijil dan hadiah. Majlis ini diakhiri dengan

nyanyian lagu Negeri Kedah pada pukul 9 malam.

Secara keseluruhannya, sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini telah

disambut dalam talian dengan semangat patriotik oleh warga sekolah. Sambutan ini

telah meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan kemerdekaan. Murid-

murid telah menyertai semua aktiviti ini dengan penuh semangat kemerdekaan.

Laporan disediakan oleh,

______________________

(YUGASNI A/P SAMANTHAN)

Setiausaha Program

You might also like