You are on page 1of 5

SJK(T) ST.

JOSEPH

KERTAS KERJA

KARNIVAL SAINS

2023

TEMPAT: SJK(T) ST.JOSEPH

TARIKH: 19.05.2023

PENYELARAS: PN. M. PUVANESWARY

1.0 Pengenalan
Program Karnival Sains dijalankan setiap tahun sebagai salah satu aktiviti panitia sejajar
dengan pertandingan ASTI. Murid tahap 2 mengambil bahagian dalam program ini
dengan bimbingan guru. Setiap kumpulan akan diberikan tajuk eksperimen. Murid akan
dilatih dengan pengaplikasian kemahiran-kemahiran Sains yang telah dipelajari dalam
kelas. Program ini juga dirancang dengan jaringan daripada beberapa sekolah
terutamanya SJKC Chi Man, SK Sentul 1 dan SMK Convent Sentul. Melalui program ini
murid mengasah bakat disamping meluaskan pandangan melalui kerjasama dengan
murid pelbagai aliran.

2.0 Objektif

Melalui program ini, diharapkan murid dapat meluaskan pengetahuan dalam bidang sains
inkuiri. Di samping itu, pelajar juga boleh mengenalpasti trait-trait dan ciri-ciri individu
termasuklah personaliti, minat, nilai, dan pencapaian individu iaitu mengenal potensi diri
dalam menentukan cita-cita.

Antara objektif khusus yang diharap dicapai sepanjang program ini adalah seperti
berikut:

i) Mengasah kemahiran Sains murid dalam mengendalikan eksperimen terutamanya


dalam bidang sains inkuiri.

ii)Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran sains sekaligus meningkatkan


prestasi pencapaian tahap penguasaan.

iii)Memupuk nilai-nilai murni seperti sikap bekerjasama, toleransi dan cekap membuat
keputusan semasa bekolaborasi dalam kumpulan demi mencapai matlamat.

3.0 Sasaran
Murid tahap 2 SJK(T) ST JOSEPH. Tajuk kumpulan seperti dalam lampiran 1.

4.0 Masa dan Tempat


Program ini dirancang dijalankan pada 19.05.2023. Program ini akan dijalankan di
dewan sekolah.

5.0 Fasilitator
Semua guru Sains.
6.0 Ajk Induk dan Pelaksana

Penasihat :Pn.M.Mani Arasi (GURU BESAR)


Pengerusi I :Pn.P.Naveretnam (GPK PENTADBIRAN)
Pengerusi II : Pn.S.Sheela Shammala (GPK KOKURIKULUM)
: Pn.R.Mani Magaha (GPK HEM)
Penyelaras : Pn.M. Puvaneswary (KP SAINS)
Penolong Penyelaras : Pn.G. Nirmala & Pn.S.Sheela Shammala
AJK : Semua Guru Kelas
Pn.M.Kogilavani
Pn. Ruhana
Pn.S.Ananthy

Fasilitator Thn 4 : Pn.G.Nirmala


Fasilitator Thn 5 : Pn.M.Puvaneswary
Fasilitator Thn 6 : Pn.Sheela Shammala
Jurugambar : Pn.Ruhana
Persiapan Tempat : Pn.S.Ananthy
Hadiah : Pn.M.Chandrakumari
Buku Program : Pn.K.Kavitha
Jemputan : Pn.M.Puvaneswary
Juruacara : Pn.K.Maheswary
Persiapan Dewan : Pn.M.Kogilavani
Sijil : Pn.S.Moganasundari
Pengurusan Murid : Pn.G.Nirmala
Pengurusan Pameran : En.P.Pugelentheran

7.0 Pelaksanaan

9.00 pagi - Murid Berkumpul & Taklimat


- Pameran Hasil Kerja Murid
9.10 pagi - Penilaian
9.55 pagi - Rehat
10.15 pagi - Penilaian
11.00 pagi - Murid berkumpul
11.10 pagi - Persembahan SK Sentul 1
11.20 pagi - Persembahan SJKC Chi Man

2
11.30 pagi - Majlis Penutupan Bermula
-Ucapan Aluan Guru Besar
-Ucapan Perasmian
-Persembahan SMK Convent Sentul
-Penyampaian sijil penghargaan dan penyertaan jaringan
-Penyampaian Hadiah
-Mewarna tahap 1
Tahun 1 (5 pemenang)
Tahun 2 (5 pemenang)
Tahun 3 (5 pemenang)
-Video 1 minit
Tahun 1 (5 pemenang)
Tahun 2 (5 pemenang)
Tahun 3 (5 pemenang)
-Word Search Science Tools
Tahun 3 (3 pemenang)
-Model of Tooth
Tahun 3 ( 1 Kumpulan - 5 orang)
-Chart of Life Cycle
Tahun 2 ( 5 pemenang)
-Landforms Models
Tahun 1 (5 pemenang)
- Slide Show Stem Carrier
Tahun 4 (5 pemenang)
- Digital Book of Animals
Tahun 5 (5 pemenang)
-Online Science Quiz
Tahun 6 (5 Pemenang)

12.15 Tengah hari - Bersurai

8.0 Anggaran Perbelanjaan


Segala perbelanjaan untuk Program Karnival Sains diuruskan dengan kewangan PCG.
Berikut ialah perincian anggaran perbelanjaan

Bil Pendapatan Jumlah (RM) Perkara Jumlah (RM)


1. Sumbangan ASTI 532.00 Hadiah 432.00
[(RM8 x 6) x 3] x 3
Penghargaan 50.00
Sijil 50.00
JUMLAH 532.00 JUMLAH 532.00
9.0 Penutup

Program ini diharapkan dapat membuka minda dan meluaskan pengetahuan pelajar dalam
mata pelajaran Sains . Selain itu, program ini juga diharapkan dapat menanam minat dalam
hati pelajar untuk mencuba bidang STEM mengikut kehendak Aspirasi Pendidikan Negara.
Semua fasilitator dan guru yang akan terlibat dalam menjayakan program ini amat dihargai
dan didahului dengan ucapan terima kasih. Diharapkan program-program Panitia Sains
diluaskan lagi dalam bidang kerjaya lain pada masa hadapan.

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

__________________________ _____________________
(PUVANESWARY MUNIANDY)
KETUA PANITIA SAINS 2023

You might also like