You are on page 1of 6

______________________________________________________ SEKOLAH KEBANGSAAN (2) TENGKU BENDAHARA AZMAN KERTAS KERJA EXPLORE RACE SCIENCE AND MATHS PERSATUAN

SAINS DAN MATEMATIK SAINS DAN MATEMATIK MELESTARIKAN KEHIDUPAN 11 OKTOBER 2013

1.0 PENDAHULUAN Program ini dianjurkan oleh Persatuan Sains dan Matematik, Sekolah Kebangsaan (2) Tengku Bendahara Azman dengan bertemakan Sains dan Matematik Melestarikan Kehidupan. Ia merupakan satu program menguji kemahiran murid dalam menyelesaikan masalah Sains dan Matematik. Program ini bertujuan untuk menarik minat dan membuka ruang kepada semua murid untuk menghayati dan memahami mata pelajaran Sains dan Matematik. Program program ini telah dirancang agar ia mampu memberi perangsang kepada murid Sekolah Kebangsaan Bandar supaya menanam minat dan sayangkan mata pelajaran Sains dan Teknologi serta Matematik dan juga dapat melahirkan murid yang berketrampilan, kreatif dan inovatif.

2.0 MATLAMAT 2.1 Membuka peluang meneroka alam Sains dan Matematik di luar bilik darjah melalui pertandingan dan permainan. 2.2 Melatih murid murid mencari informasi berguna semasa terlibat di dalam aktiviti yang dianjurkan. 2.3 Untuk melahirkan murid murid yang kompeten dalam bidang sains dan teknologi, inovatif dan kreatif selaras dengan hasrat PIPP, teras kedua iaitu melahirkan modal insan yang berdaya saing tinggi. 2.4 Melahirkan murid murid yang bersatu padu melalui pertandingan atau permainan secara berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum selaras dengan hasrat negara iaitu konsep 1 Malaysia.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM 3.1 Untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik. 3.2 Membuka minda murid bahawa Sains dan Matematik adalah fenomena yang berlaku di sekeliling mereka dalam kehidupan. 3.3 Menyedarkan murid bahawa Sains dan Matematik adalah mata pelajaran yang menyeronokkan di samping mencabar minda. 3.4 Menarik minat murid supaya memberi lebih tumpuan semasa PdP di dalam bilik darjah. 3.5 Untuk meningkatkan pencapaian akademik bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dan seterusnya mencapai target yang telah ditetapkan. 4.0 KUMPULAN SASARAN Semua pelajar Tahun 6 dan guru-guru yang terlibat 5.0 TARIKH PELAKSANAAN Tarikh Hari Masa Tempat : 11 Oktober 2013 : Jumaat : 3.30 hingga 6.30 petang : Sekolah Kebangsaan (2) Tengku Bendahara Azman, Pelabuhan
Klang

6.0 JADUAL PELAKSANAAN

TARIKH

11/10/2013 (JUMAAT)

AKTIVITI Taklimat Pelaksanaan Aktiviti Explore Race Science and Math (guru-guru) Taklimat Pelaksanaan Aktiviti Explore Race Science and Math (Murid-murid) Pertandingan Explore Race

MASA 2.30 3.10 petang

TINDAKAN Pn. Noor Hidayu Buliami

3.30 petang 3.45 petang 3.45 petang 6.15 petang

Pn. Noor Hidayu Buliami Guru-guru Tahun 6 (Jadual Jumaat)

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Duit yang digunakan adalah daripada duit peruntukan kelab, persatuan dan badan beruniform. BIL AKTIVITI / BAHAN ITEM Tempat 1 sahaja: 1 kumpulan (5 orang) Tempat 1 sahaja: 1 kumpulan (5 orang) Tempat 1 sahaja: 1 kumpulan (5 orang) Tempat 1 sahaja: 1 kumpulan (5 orang) KOS SEUNIT (RM) RM40.00 JUMLAH KOS (RM) RM40.00

Hamper Johan

Hamper Naib Johan

RM30.00

RM30.00

Hamper Tempat Ketiga

RM20.00

RM20.00

Hamper Saguhati JUMLAH KESELURUHAN

RM15.00 4 UNIT

RM15.00 RM105.00

8.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN DAN BAHAN YANG DIPERLUKAN


BIL AKTIVITI / BAHAN ITEM YANG DIPERLUKAN Stesen 1: Tapak Perhimpunan Kecil Kertas A4, selotape, marker pen Stesen 2: Makmal Sains Baru Kertas Soalan Stesen 3: Makmal Sains Baru Kertas soalan, batu, silinder KOS SEUNIT (RM) GURU TERLIBAT

Pengelasan Tumbuhan Berdasarkan Jenis Akar dan Urat Daun

Mencari Panjang, Lebar dan Luas Meja

Mengira Isipadu air dan Isipadu Batu dengan tepat

penyukat, air, bikar, pewarna makanan. Stesen 4: Makmal Sains Baru 4 Kira Ukur Lilit Bola dan Pinggan. Kertas soalan, bola, pinggan, tali, pembaris meter Stesen 5 : Pondok Bacaan (hadapan Makmal Komputer TBA2) Kertas soalan, bekas, telur, tukul Stesen 6: Pondok Bacaan 6 Membaca kompas Kompas, Kertas Soalan Stesen 7: Makmal Sains Lama Patung Manusia Stesen 8 : Makmal Sains Lama Model gigi manusia, Kertas Soalan Stesen 9 : Kantin Sekolah Kertas soalan

Pengelasan telur mentah atau telur masak

Memasang organ dalaman manusia

Melabelkan nama gigi dan menjawab soalan berkaitan gigi

Mencari hasil darab no plat 2 buah kereta

9.0 JAWATANKUASA PROGRAM

PENGERUSI TN HJ MOHSIN BIN MOHD AMIN (GURU BESAR) TIMBALAN PENGERUSI EN TAN ENG MOO (GPK KO-Ku) NAIB PENGERUSI 1 PN SURAYA BINTI GHAZALI (GPK 1) NAIB PENGERUSI 2 PN HJH ARBAIYAH BINTI MOHD YUSOFF (GPK HEM) PENYELARAS PN NOOR HIDAYU BINTI BULIAMI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA 1. PN. HASNIZA BINTI ABU HASAN 2. EN. ABDUL HALIM BIN ABDUL HAMID 3. PN. NOORAIDA BINTI CHE DAUD 4. PN. ALEENA BINTI ABDULLAH 5. PN. NOOR HAYATI BINTI HARUN 6. PN. NOOR LAILA BINTI ABDULLAH 7.

10.0

PENUTUP

Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digariskan. Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

Disahkan dan diluluskan oleh,

............................................................ (NOOR HIDAYU BINTI BULIAMI) Pengerusi Persatuan Sains dan Matematik

................................................ (PN NURLIA BT MOHAMAD) Guru Besar Sek. Keb. 2 Tengku Bendahara Azman

You might also like