You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) LEPAR HILIR 3

26300 KUANTAN
PAHANG
TEL : 09-5495144 / FAKS : 09-5494188

Ruj. Kami : CBA 4080.100-16/2/4


Tarikh : 18 JANUARI 2018
01 JAMADILAWWAL 1439H

Ibubapa / Penjaga,

Tuan,

TEMPAHAN BAJU KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN 2018

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Kejohanan Padang dan
Balapan Peringkat Sekolah mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 03 MAC 2018


Hari: Ahad
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Padang Sekolah SK Felda Lepar Hilir 3

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah akan menempah baju sukan khas yang akan dipakai
sempena kejohanan tersebut. Bersama-sama ini disertakan lampiran jawapan untuk tempahan
baju. Sila kembalikan lampiran jawapan beserta bayaran kepada Guru Kelas masing-masing
sebelum 31 JANUARI 2018. Tempahan selepas tarikh itu tidak akan diterima.

5. Kerjasama dan sokongan dari pihak tuan sangat diharapkan untuk menjayakan program
tersebut.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

...........................................
(PN. ZURAIDA BINTI ABDULLAH)
Guru Besar,
SK FELDA Lepar Hilir 3

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya ………………………………………………………….. * ibu bapa / penjaga kepada

………………………………………………………………… murid tahun ………………..

* berminat / tidak berminat untuk membuat tempahan baju sukan Kejohanan Padang

dan Balapan 2018 yang berharga RM 15 sehelai.


( *potong yang tidak berkenaan

You might also like