You are on page 1of 12

Pengurusan Badan Beruniform: Teori, Proses dan Amali

1. TAJUK :
PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM : TEORI, PROSES DAN AMALI
2. PENDAHULUAN
Di rantau Asia Tenggara, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai keunikan
dalam penubuhan dan pelaksanaan Pasukan Badan Beruniform di sekolah. Kebanyakan
negara hanya mempunyai beberapa pasukan Badan Beruniform di sekolah, sebagai
contohnya Indonesia yang hanya mempunyai satu pasukan Badan Beruniform iaitu Pramuka
( Pengakap )
Di Malaysia, terdapat pelbagai pasukan Badan Beruniform yang ditubuhkan dan dijalankan
di sekolah- sekolah samada sekolah menengah atau rendah. Murid-murid samada sekolah
menengah atau rendah dikehendaki menyertai aktiviti kokurikulum antaranya Pasukan
Badan Beruniform, selain itu murid-murid juga menyertai salah satu aktiviti persatuan dan
kelab serta sukan/permainan yang terdapat di sekolah. Salah satu cara untuk mencapai
matlamat-matlamat pendidikan adalah melalui gerak kerja kokurikulum merupakan. Menurut
laporan jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran pada tahun 1979 dengan jelas
menyatakan bahawa gerak kerja kokurikulum ini adalah penting un tuk menyemai, memupuk
dan menanam perasaan kekitaan ataupun esprit de corps di anatara pelajar-pelajar berbagai
keturunan yang mempunyai latarbelakang dan cara hidup yang berlainan. Ia juga bertujuan
melatih pelajar-pelajar supaya bersikap bertanggungjawab, kegiatan ini juga boleh mewlatih
mereka berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai.
( Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1989 )
3. DEFINISI KOKURIKULUM
Kokurikulum adalah kegiatan kumpulan seperti mana yang termaktub
dalam Warta Kerajaan No. 5652 Jilid 11/Bil.27 (Tambahan No. 2) bertarikh 28hb
Disember 1967, (Peraturan Kursus Pengajian Sekolah 1956).
Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan
murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. (Peraturan 2 dalam Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, dalam Warta Kerajaan Jilid
42/No.11 (Tambahan No. 41), Perundangan (A)/P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998)
Kokurikulum adalah kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang diajarkan dalam
bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan
pelajar di sekolah (misalnya kegiatan dalam persatuan-persatuan, kegiatan sukan, dan
lain-lain ( Kamus Dewan,Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka (2002)
Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang
terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat
menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik darjah. ( Buku
Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Dewan Bahasa dan Pustaka,
1992).
Kokurikulum adalah bidang pengajian luar bilik darjah atau yang tidak
formal. ( Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984 ).
Kokurikulum adalah wadah pembinaan jasmani, emosi dan rohani dengan
menawarkan pelbagai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan, berteraskan
konsep pendidikan dan pembangunan insan yang bersepadu dan menyeluruh.
Pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang mengandungi unsur-unsur intelek,
disiplin kendiri, kepimpinan, keusahawanan, kreativiti dan inovasi, kecintaan kepada
alam semula jadi, kewarganegaraan dan kesetiaan kepada bangsa dan negara,
kebudayaan, integrasi nasional, dan sebagainya akan membantu pelajar menentukan
hala tuju kehidupan masa depannya.( Ramlan Abd. Wahab,2002)
Kokurikulum adalah aktiviti pembelajaran tidak formal yang berteraskan keperluan
pelajar mengalami sendiri aktiviti-aktiviti kependidikan dalam keadaan
sebenar. ( Ramlan Abd. Wahab,2002)
Badan Beruniform merupakan satu kumpulan yang terdiri daripada gabungan keahlian dan
mempunyai dasar-dasar tertentu untuk diikuti dan dipatuhi. Badan Beruniform di sekolah
merupakan salah satu pasukan yang WAJIB disertai oleh murid-murid sekolah, ini adalah
berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997 menyatakan dengan jelas mengenai
penyertaan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum.
Definisi badan beruniform pula adalah satu kumpulan yang terdiri daripada gabungan
keahlian dan mempunyai dasar-dasar tertentu untuk diikuti dan dipatuhi.
4. PASUKAN BADAN BERUNIFORM DI SEKOLAH
Jenis pasukan badan beruniform yang ada di sekolah boleh dibahagikan kepada tiga
iaitu :
i. pasukan badan beruniform agensi kerajaan
ii. pasukan badan beruniform agensi bukan kerajaan
iii. pasukan badan beruniform Kementerian Pelajaran Malaysia
iv. pasukan badan beruniform yang diluluskan oleh pendaftar
Pasukan badan beruniform agensi kerajaan terdiri daripada pasukan-pasukan yang ditubuhkan di
sekolah dan mempunyai badan induk yang merupakan agensi kerajaan. Pasukan Badan Beruniform
ini hanya ditubuhkan di sekolah menengah sahaja kerana sebahagian besarnya mempunyai syarat had
umur untuk menyertainya. Pasukan-pasukan tersebut terdiri daripada :
i. Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Darat ( PKBM Darat )
ii. Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Laut ( PKBM Laut )
iii. Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Udara ( PKBM Udara)
iv. Paukan Kor Kadet Polis
v. Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat
vi. Pasukan Kadet Pertahanan Awam
vii. Pasukan Kadet Koreksional
Pasukan Badan Beruniform agensi bukan kerajaan pula merupakan pasukan badan beruniform
yang mempunyai badan induknya yang merupakan pertubuhan agensi bukan kerajaan ( NGO ),
pasukan- pasukan ini terdiri daripada :
i. Persekutuan Pengakap Malaysia
ii. Bulan Sabit Merah Malaysia
iii. Persatuan Pandu Puteri
iv. Pergerakan Puteri Islam
v. Persatuan St. John Ambulans
Pasukan Badan Beruniform ini ditubuhkan di sekolah menengah dan juga di sekolah
rendah.
Sementara Pasukan Badan Beruniform Kementerian Pelajaran Malaysia pula adalah
pasukan badan beruniform yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
sendiri. Pasukan tersebut terdiri daripada Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KRS )
yang ditubuhkan untuk murid-murid sekolah menengah dan Tunas Kadet Remaja
Sekolah ( TKRS ) ditubuhkan untuk murid-murid sekolah rendah.
Selain daripada tiga kategori di atas terdapat juga pasukan badan beruniform yang
dikategorikan sebagai pasukan yang diluluskan oleh pendaftar. Antaranya adalah
pasukan pancaragam yang ditubuhkan di sekolah serta Seni Bela Diri seperti
Taekwondo, Wushu, Judo, Seni Silat, Karate, Silamban dll. ( Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2009, Subperaturan 3(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai P.U. (A) 531/97)
PERUNTUKAN MASA UNTUK AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH:
Peruntukan masa untuk menjalankan aktiviti kokurikulum termasuk aktiviti pasukan badan
beruniform di sekolah seperti dalam Warta Kerajaan No. 5652 Jil. 11/Bil. 27 bertarikh 28
Disember 1967 adalah seperti jadual yang tertera di bawah :
6.1 Sekolah Menengah
Tingkatan Aliran Peruntukan Masa
Peralihan, 1,2, 3 & 6

180 minit seminggu
4 & 5 Sastera 180 minit seminggu
SRT 180 minit seminggu
Perdagangan 180 minit seminggu
Sains 140 minit seminggu
Pertanian 140 minit seminggu
Teknik 100 minit seminggu
6.2 Sekolah Rendah
Tahun Peruntukan Masa
3 dan 4 60 minit seminggu
5 dan 6 120 minit seminggu
7. PENUBUHAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM DI SEKOLAH
Sekolah-sekolah yang ingin menubuhkan pasukan badan beruniform samada pasukan
badan beruniform agensi kerajaan atau bukan kerajaan atau pasukan badan
beruniform Kadet Remaja Sekolah perlulah mengikut prosedur-prosedur dan
peraturan yang telah ditetapkan. Prosedur tetap penubuhan samada persatuan atau
kelab atau pasukan badan beruniform di sekolah adalah mengikut kaedah seperti
berikut :
7.1 Mesyuarat penaja.
7.2 Surat permohonan penubuhan dari Jawatankuasa Penaja Persatuan melalui Guru
Pemimpin/Penasihat Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Kelab
Sukan/Permainan kepada Pengetua/Guru Besar
7.3 Surat Kelulusan Penubuhan Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan
Kelab Sukan/Permainan dari Pengetua/Guru Besar kepada Jawatankuasa
Penaja Persatuan melalui Guru Pemimpin/Penasihat.
7.4 Surat permohonan pengesahan penubuhan dan pendaftaran Pasukan Badan
Beruniform, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan dari Setiausaha
Persatuan melalui Guru Penasihat/Pemimpin kepada Pengetua/Guru Besar.
7.5 Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan
7.6 Senarai Ahli Jawatankuasa Persatuan
7.7 Senarai Aktiviti Utama Persatuan
6.8 Surat pengesahan penubuhan dan pendaftaran Pasukan Badan Beruniform,
Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan dari Pengetua/Guru Besar
kepada Setiausaha Persatuan melalui Guru Penasihat/Pemimpin.
7.9 Surat Perlantikan dari Pengetua/Guru Besar kepada Guru Pemimpin/ Penasihat
Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/ Permainan.
7.10 Senarai Tanggungjawab Guru Pemimpin/Penasihat.
7.11 Surat penerimaan perlantikan sebagai Guru Penasihat/Pemimpin Pasukan Badan
Beruniform Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan.
7.12 Surat Penurunan Kuasa daripada Pengetua/Guru Besar kepada Ahli
Jawatankuasa Persatuan melalui Guru Penasihat/Pemimpin.
7.13 Senarai Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Persatuan .
( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009 )
Walaubagaimanapun penubuhan pasukan badan beruniform yang melibatkan agensi
luar mempunyai beberapa aliran permohonan yang perlu di patuhi khasnya yang
melibatkan pasukan badan beruniform yang badan induknya merupakan agensi
kerajaan. Berikut adalah beberapa contoh carta aliran penubuhan beberapa pasukan
badan beruniform :
8. PENILAIAN KOKURIKULUM
Penilaian aktiviti kokurikulum murid dalam setiap jenis aktiviti yang disertai adalah
beradasarkan kepada empat aspek iaitu: kehadiran, jawatan disandang, penglibatan
dan pencapaian. Penilaian ini amat penting bagi murid-murid khasnya bagi mereka
yang akan memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ). Sebanyak 10%
markah diambil kira untuk kemasukan ke IPTA. ( Sidang Pengarang, 2008 )
Penilaian kegiatan kokurikulum murid boleh merangsangkan murid untuk bergiat
lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Semua murid mempunyai peluang yang sama
untuk memperolehi markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara. Murid-murid
yang bercita melanjutkan pelajaran ke IPTA, penglibatan yang cemerlang dalam
aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita mereka.
Aspek-aspek yang diambil kira mempunyai pemberatan markah seperti berikut :
i. Kehadiran - 50 %
ii. Jawatan disandang - 10%
iii. Penglibatan - 20 %
iv. Pencapaian - 20 %

9. SURAT PEKELILING IKTISAS
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan banyak surat-surat pekeliling
ikhtisas ( SPI ) bagi tujuan member hebahan, garis panduan dan peraturan serta
prosedur dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum termasuk aktiviti pasukan badan
beruniform di sekolah. Di bawah disenaraikan nomor rujukan surat pekeliling ikhtisas
yang jelas menerangkan tujuan dan maksudnya :
SPI Bil 2/1971 - Rukunegara
SPI Bil 8/1971 - Permainan Catur di Sekolah-Sekolah Menengah
SPI Bil 10/1976 - Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan SRP/LCE (termasuk
Sabah/ Sarawak Junior Certificate Examination) bagi Murid-Murid Tingkatan III Garis
Panduan.
SPI Bil. 7/1977 - Pengelolaan Walkathon Di Sekolah-Sekolah
SPI Bil. 8/1978 - Kawad Kecemasan Kebakaran Di Sekolah
SPI Bil. 2/1981 - Ketetapan Masa Di Sekolah-Sekolah
SPI Bil. 3/1982 - Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan SRP dan SRP/LCE
(Sarawak) bagi Murid-murid Tingkatan III Garis Panduan
SPI Bil. 7/1983 - Garis Panduan Mengenai Pungutan Derma Melibatkan Murid-Murid
Sekolah.
SPI Bil. 3/1984 - Garis Panduan Mengenai Aktiviti-Aktiviti Kebudayaan Di Sekolah-Sekolah.
SPI Bil 2/1986 - Rekod Kedatangan dan Laporan Gerak Kerja Kokurikulum Pelajar.
SPI Bil 3/1986 - Penyelarasan Pelaksanaan Kurikulum Pengenalan Kepada Komputer Dan
Kegiatan Kelab Komputer Sekolah
SPI Bil. 5/1986 - Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Komputer Sekolah.
SPI Bil. 1/1988 - Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Perekacipta Sekolah.
SPI Bil.3/1988 - Program Skim Lencana Anti Dadah Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah
Menengah (SLAD).
SPI Bil. 6/1988 - Panduan Tajaan Oleh Syarikat/Badan Perniagaan Di Sekolah.
SPI Bil. 7/1988 - Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Atau Kejohanan Sukan Anjuran
Persatuan Atau Badan Induk Sukan.
SPI Bil. 8/1988 - Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah.
SPI Bil 10/1988 - Senaman Beramai-ramai.
SPI Bil 1/1989 - Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan Di Sekolah.
SPI Bil 10/1989 - Aturcara Majlis Rasmi Sekolah.
SPI Bil. 3/1991 - Mengundang Orang-orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah/Institusi
Pendidikan.
SPI Bil. 4/1992 - Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Persatuan Silat Sekolah.
SPI Bil. 6/1994 - Usaha Menanam Semangat Patriotisme Di Kalangan Pelajar Dan Senaman
Ringkas Dalam Bilik Darjah.
SPI Bil. 1/1995 - Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan
Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan Di Dalam Dan Di Luar Kawasan Sekolah.
SPI Bil. 4/1995 - Pelaksanan Kadet Remaja Sekolah (KRS).
SPI Bil. 8/1995 - Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran
Persatuan Badan Induk Sukan
SPI Bil 9/1995 - Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan UPSR Bagi Murid-Murid
Tahun 6.
SPI Bil. 2/1997 - Pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri Sebagai Pasukan Pakaian Seragam
Sekolah
PUP Bil 2/1997 - Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab/Persatuan (PS.77280)
Taekwando/Seni Mempertahankan Diri.
SPI Bil. 3/1997 - Program Dan Aktiviti Sekolah Yang Melibatkan Dasar Dan/Atau Pungutan
Wang.
SPI Bil. 5/1998 - Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan Di Bawah Akta Pendidikan
1996.
SPI Bil 24/1998 - Penglibatan Guru dan Murid dalam aktiviti Pasukan Pakaian Seragam
anjuran agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.
SPI Bil. 1/1999 - Garis Panduan Pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Di
Sekolah.
SPI Bil. 7/1999 - Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah Di Sekolah Menengah.
SPI Bil. 8/2000 - Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi
Maklumat Sekolah.
SPI Bil. 9/2000 - Panduan Keselamatan Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan
Kesihatan Serta Kegiatan kokurikulum Dan Sukan Di Dalam Dan Di Luar Kawasan Sekolah.
SPI Bil. 9/2000 - Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran
Tambahan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan Di
Dalam Dan Di Luar Kawasan Sekolah.
SPI Bil. 12/2000 - Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan.
SPI Bil. 13/2000 - Pendaftaran Kegiatan Seni Bela Diri Di Sekolah-Sekolah.
SPI Bil. 14/2000 - Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah.
SPI Bil. 17/2000 - Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-Sekolah.
SPI Bil. 18/2000 - Penggalakan Aktiviti Fotografi Di Kalangan Murid Sekolah.
SPI Bil. 20/2000 - Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam Di Sekolah-Sekolah.
SPI Bil. 5/2002 - Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan
SPI Bil. 9/2004 - Panduan Penglibatan Murid-Murid Sekolah Dalam
Program Atau Aktiviti Anjuran Agensi-Agensi Selain Daripada Agensi Di Bawah
Kementerian Pelajaran Malaysia
10. PASUKAN-PASUKAN BADAN BERUNIFORM DI INSTITUSI PENGAJIAN
TINGGI
Di institutsi pengajian tinggi terdapat beberapa pasukan badan beruniform yang
ditubuhkan untuk kegiatan atau aktiviti kokurikulum, disamping melatih siswa-siswi
agar lebih berdisiplin, mengikut peraturan, mempunyai jati diri dan semangat cintakan
negara ( patrotik ). Kebanyakan pasukan ini ditubuhkan di Institut Pengajian Tinggi
Awam, antara pasukan yang ditubuhkan adalah PALAPES, SUKSIS. SISPA. BSSM
dan KESATRIA.
PALAPES atau Pasukan Latihan Pegawai Simpanan yang dulunya dikenali
sebagai ROTU (Reserve Officer Training Unit) adalah satu program kerjasama di
antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk
mahasiswa-mahasiswi di Institutsi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Sejarah awal PALAPES
bermula dengan penubuhan penubuhan Batalion Pertama Infantri Askar Wataniah Cawangan
Universiti Malaya pada 3 April 1965.
Dalam memenuhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia, selain untuk melahirkan
pegawai simpanan, PALAPES juga menyokong usaha kerajaan dan IPTA untuk
membentuk kualiti seorang warganegara yang sempurna, berdisiplin dan mempunyai
ciri-ciri mempertahankan kepentingan negara. Program PALAPES kini merangkumi
setiap cabang perkhidmatan dalam ATM iaitu PALAPES Tentera Darat, Tentera Laut
dan Tentera Udara. Setiap pasukan PALAPES mempunyai Markas Latihan cawangan
masing-masing. Pada masa kini, PALAPES telah ditubuhkan di 12 buah IPTA.
Seorang pegawai kadet akan dilatih dalam tempoh 3 tahun secara sambilan; di mana
latihan biasa yang meliputi subjek-subjek berkaitan ketenteraan akan diadakan pada
setiap hujung minggu. (wikipedia.org )
Penubuhan SUKSIS atau Kor-Sukarelawan Siswa Polis adalah diilhamkan oleh YAB Dato '
Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Penubuhannya di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia
diharap dapat membantu melahirkan graduan yang cemerlang yang mematuhi kecekapan
sendiri yang berdaya maju, disiplin dan dilengkapi dengan nilai-nilai murni, dan tinggi harga
diri. SUKSIS adalah nama singkatan untuk Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi atau Police
Undergraduate Voluntary Corp.
Pasukan ini merupakan organisasi sukarelawan polis bagi mahasiswa dan
mahasiswi yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi di
Malaysia. Pendedahan akan tugas dan kewajipan polis untuk siswa-siswi yang dipilih
ke pasukan ini merupakan objektif utama SUKSIS. Selain itu anggota juga
didedahkan peranan dan betapa penting tugasan sebagai pegawai polis. Universiti
Utara Malaysia merupakan universiti pertama di Malaysia yang menubuhkan
pasukan ini. Tempoh latihan yang ditetapkan ialah tiga tahun. ( Wikipedia.org.)
SISPA adalah nama singkatan daripada Siswa Siswi Pertahanan Awam. Pasukan ini adalah
di bawah badan induknya Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Penubuhannya sebagai salah
satu kursus kokurikulum atau pasukan badan beruniform adalah bertujuan untuk
memperkasakan soft skill di kalangan pelajar serta dapat memberi nilai tambahan kepada
pelajar dari segi soft skill. Di samping penekanan kepada pencapaian akedemik yang
cemerlang, kemahiran semangat kerja berpasukan, memupuk nilai jati diri dan cintakan
kepada tanah air.yang dapat diterapkan melalui badan beruniform SISPA. Pasukan ini juga
ada ditubuhkan di Institut Pengajian Tinggi Swasta.
Kursus kokurikulum Kor SISPA adalah selama 4 semester. Bagi memenuhi keperluan
silibus serta memahirkan mereka dari segi kemahiran, latihan luar/ medan ia diadakan
pada setiap semester. Anggota Kor SISPA yang akan mengikuti kokurikulum
Pertahanan Awam selama 4 semester. Sijil asas akan diberikan oleh Jabatan kepada
mahasiswa yang menamatkan semester 2 dengan jayanya. Semester ketiga, Kor
SISPA didedahkan dengan pelajaran Pertahanan Awam yang merangkumi semua
silibus Pertahanan Awam dan akan mendapat Sijil Latihan Kemahiran, Penyelamat,
Medik dan Melawan Kebakaran. Semester terakhir ( semester 4 ) SISPA yang berjaya
akan mendapat Sijil Tamat SISPA. Mahasiswa-Mahasiwi yang telah tamat 4 semester
dengan jayanya akan meneruskan untuk menjadi anggota Pertahanan Awam di Unit
SISPA. Mereka yang bergiat aktif dalam mengikuti aktiviti-aktiviti SISPA dan
menjalani Kursus Bakal Pegawai dengan jayanya dan akan dicadangkan untuk
memegang pangkat Leftenan Muda. ( laman web Jabatan Pertahanan Awam)
Bulan Sabit Merah Malaysia merupakan pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun
1948. Kerajaan Malaysia mengiktirafkan penubuhannya pada tahun 1957 . Persatuan
Palang Merah Antarabangsa pula mengiktirafkannya pada tahun 1963. Bulan Sabit Merah
Malaysia (BSMM) sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
( PBSM )ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di
Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950 ia ditubuhkan di Pulau Pinang ( negeri yang mula-
mula menubuhkannya di Semenanjung Malaysia ) kemudian ia mula berkembang ke negeri-
negeri lain pada tahu 1950 an. Pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia
dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat
pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963dan menjadi
ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos1963. Setelah penggabungan Semenanjung
Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada
September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan
Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan
Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan
Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di
Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.
Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit
Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang
Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh
Parlimen Malaysia pada 5 September 1975. Badan beruniform ini selain daripada
menjalankan aktiviti di sekolah-sekolah, ia juga merupakan satlah satu aktiviti
kokurikulum ( pasukan badan beruniform ) yang dijalankan di Institut Pengajian
Tinggi. Badan BeruniformBBSM di Institut Pengajian Tinggi mendukung matlamat
untuk menyebarkan ilmu pertolongan cemas kepada setiap individu. Pengetahuan
pertolongan cemas dapat memupuk semangat tolong menolong ke arah membentuk
masyarakat penyayang, di samping itu, menyediakan para bakal graduan yang
mempunyai pendidikan profesional keluar sebagai graduan yang serba
boleh. ( Laman web Bulan Sabit Merah Malaysia )
KESATRIA ditubuhkan akibat daripada dua demonstrasi mahasiswa IPT pada akhir
tahun 1975. Pada awalnya latihan Kesatria ini secara sukarela menyebabkan tidak
ramai menyertai. Keadaan ini tidak mencapai objektif penubuhannya. Pada tahun
1978 latihan kesatria dan juga aktiviti-aktiviti yang lain dijadikan aktiviti kokurikulum.
Semua pelajar baru adalah diwajibkkan mengikuti salah satu ko-kurikulum untuk
selama 2,3 atau 4 semester mengikut keperluan kursus pengajian masing-masing.
Bakal garduandibentuk dan diberi pendedahan kepada ciri-ciri kepimpinan dan
disiplin yang meliputi aspek rohani, jasmani dan emosi hasil dari latihan
intensif. Kesatria mampu dikerah memberi khidmat sosial dalam pelbagai program
apabila diperlukan di peringkat dalaman mahupun luaran UiTM.
Aktivitinya menekankan aspek-aspek kemahiran Insaniah yang seimbang iaitu
disiplin dan keterampilan diri. Kedua-dua komponen ini akan diterapkan kepada
semua pelajar agar mampu menjadi generasi yang mempunyai tahap disiplin diri
yang tinggi, semangat daya saing dan daya juang yang kental dan semangat
cintakan negara yang berterusan di samping bersyukur kepada Allah S.W.T dan
berterima kasih kepada pemimpin. Ia merangkumi komponen disiplin, pengurusan
dan pembinaan diri dan etika sosial di dalam konteks Kesatria Negara yang
melaksanakan latihan ala ketenteraan.
Kursus lanjutannya adalah Kesatria Negara II yang merupakan lanjutan Kesatria
Negara I. Ia merangkumi tiga komponen utama iaitu disiplin, pembangunan fizikal
dan keterampilan diri di samping pembentukan kerohanian. Kursus ini akan memberi
pendedahan kepada mahasiswa-mahasiwi mengenai berketerampilan diri, aya
kepimpinan yang terpuji dan sahsiah yang seimbang dari segi mental, fizikal dan
spiritual selaras dengan tuntutan agama, bangsa dan negara.
Kesatria Negara III pula adalah kursus lanjutan daripada Kesatria Negara II yang
merangkumi tiga komponen utama iaitu disiplin, pembangunan fizikal dan
keterampilan diri di samping pembentukan kerohanian. Ianya khusus untuk bakal
graduan yang telah ditauliahkan sebagai Komander Kesatria yang mana akan
mendedahkan pelajar kepada amalan bagi mewujudkan graduan-graduan yang
berketerampilan, mempunyai daya kepimpinan, sahsiah yang seimbang dan
seterusnya mempunyai kemahiran insaniah (soft skills) yang boleh dipraktikkan
sepanjang masa. ( laman web UiTM )
11. KESIMPULAN
Aktiviti kokurikulum termasuklah pasukan badan beruniform merupakan
kesinambungan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ia dapat
memperkukuhkan pengetahuan yang telah dipelajari. Melalui aktiviti badan
beruniform sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi dapat melahirkan insane yang
mempunyai pelbagai pengetahuan, disamping perkembangan mental, minat, bakat,
jasmani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta social yang positif.
Untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, aktiviti kokurikulum
melalui pasukan badan beruniform dapat menyemai kesedaran terhadap agama,
kepercayaan kepada tuhan, menyeimbangkan perkembangan mental dan
perkembangan JERI. Disamping itu dapat mengukuhkan perhubungan dan pergaulan
dalam kalangan anggota samada di sekolah atau di IPT.
Melalui Badan Beruniform juga akan melahirkan pelajar dan bakal graduan yang
berdisiplin, mempunyai semangat juang, jati diri dan cintakan Negara. Selain itu ia
dapat membina dan meningkatkan minta dan bakat serta mewujudkan budaya sekolah
atau IPT tang menarik dan menggembirakan. Melaluinya juga dapat membina
kerjasama dan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat dan mewujudkan
sekolah berwatak.
Justeru itu, amatlah wajar kegiatan pasukan badan beruniform dimantapkan,
diperluaskan pelaksanaannya samada di sekolah mahupun di Institusi Pengajian
Tinggi untuk melahirkan generasi yang holistik, kearah mewujudkan masyarakat madani.
http://wanmohdariffin.blogspot.com/2011/07/pengurusan-badan-beruniform-teori.html

You might also like