You are on page 1of 16

SEKOLAH KEBANGSAAN (DUA) TENGKU BENDAHARA

AZMAN
LORONG SABAH, PANDAMARAN
42000 PELABUHAN KLANG, SELANGOR

MODUL
PROGRAM MAJU DIRI
TAHAP 2
2015

DISEDIAKAN OLEH:

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SK (2) TENGKU BENDAHARA AZMAN

PROGRAM MAJU DIRI 2015

1.0

TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk membawa murid-murid terutama murid


Tahap 2 untuk bersedia kea rah strategi pembelajaran terarah UPSR agar
lebih bersemangat dan bermotivasi untuk menghadapi peperiksaan tahun
ini. Kertas kerja ini bertujuan memohon kelulusan pihak pentadbiran S.K. (2)
Tengku Bendahara Azman untuk menganjurkan satu program khas bagi
memberi motivasi kepada murid-murid di samping meningkatkan semangat
untuk belajar dan mencapai kejayaan dalam sahsiah dan akademik 2015.
2.0 PENGENALAN
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan ujian penilaian yang
dikendalikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kepada murid-murid
yang belajar di Tahap 2 sahaja. Bagi memastikan kejayaan dari aspek ini
tercapai dengan jayanya maka Program Maju Diri (PMD) perlu diadakan bagi
memastikan murid-murid bersedia ke arah pembelajaran kendiri dan terarah
UPSR.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Afektif:
Menjadikan Program Maju Diri (PMD) ini sebagai batu loncatan kepada
murid untuk memberikan kesedaran pelajaran sangat penting untuk
digunakan bagi menyelesaikan masalah dalam hidup serta dapat
menjamin kelangsungan hidup.
3.2 Kognitif:
Memantapkan jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) supaya
murid dapat menghadapi peperiksaan dan kehidupan sebagai murid
cemerlang dengan tenang dan bersemangat.
3.3 Psikomotor:
Memastikan murid sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa sihat
dan bersedia melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti yang

disediakan.
4.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM
Tarikh
: 13 hingga 15 Januari 2015
Hari
: Selasa hingga Khamis
Tempat Program
: Dewan SK (2) Tengku Bendahara Azman

5.0 STRATEGI PERLAKSANAAN


5.1 Bina kertas kerja
5.2 Perbincangan bersama Jawatan Kuasa Kerja
5.3 Perlaksanaan program
5.4 Post Mortem dan Penyediaan laporan
5.5 Hantar laporan ke pejabat.
6.0

KAEDAH PELAKSANAAN

6.1 Latihan Dalam Kumpulan (LDK)


6.2 Aktiviti Hands On
6.3 Pembentangan

7.0 SENARAI GURU TERLIBAT


7.1 Guru Besar SK (2) Tengku Bendahara Azman
7.2 Semua Guru SK (2) Tengku Bendahara Azman
7.3 Semua fasilitator

8.0 KUMPULAN SASARAN/ PESERTA


8.1 Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6

9.0 TENTATIF PROGRAM

HARI/
MASA

12.40
1.10

1.10
1.40

1.40
2.10

2.10
2.40

2.40
3.10

KHAMI
S

JUMAA
T

4.00
4.30

4.30
5.00

5.00
5.30

5.30
6.00

6.00
6.30

PER

PEMBENTUKAN KUMPULAN
ICE BREAKING

(MODUL SEMUT GILA)

RABU

3.30
4.00

ISNIN

SELAS
A

3.10
3.30

SI BUTA SAYANG
(AKTIVITI LDK)

TERBANG JAUH

(AGIH KUMPULAN, MENCIPTA BENDERA, LOGO, LAGU


KUMPULAN DAN SESI PEMBENTANGAN)
PERMAINAN
PEKA

SESI MOTIVASI DAN


TAYANGAN VIDEO

ENGINEERING GAMES
(PARACHUTING EGGS)

BULAN-BULAN
KELAHIRAN

10.0 JAWATANKUASA INDUK

JAWATANKUASA INDUK
PROGRAM MAJU DIRI TAHAP DUA 2015
PENGERUSI
HJ MOHSIN B. MOHD AMIN
GURU BESAR
NAIB PENGERUSI 1
PN.NORHASHIMAH BT ADNAN
GPK HAL EHWAL MURID
NAIB PENGERUSI 2
PN. SURAYA BT GHAZALI
GPK KURIKULUM
NAIB PENGERUSI 3
EN. TAN ENG MOO
GPK KOKURIKULUM
SETIAUSAHA
PN. NOOR HAYATI BT HARUN
GURU BIMBINGAN & KAUNSELING
AHLI JAWATANKUASA
AJK BIMBINGAN & KAUNSELING
DAN
SEMUA GURU TAHAP DUA

11.0

SUMBER KEWANGAN DAN ANGGARAN BELANJAWAN

11.1
BIL
1

Sumber Kewangan
SUMBER
PERUNTUKAN PCG KAUNSELING
JUMLAH

JUMLAH
RM 210.00
RM 210.00

11.2 Anggaran Perbelanjaan


BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11

PERKARA
Kain putih
Gula-gula
Batang Mop
Kertas A4
Marker Pen Permanent 4
Warna
Masking Tape
Kertas Mahjong
Tali
Telur
Hamper (Kumpulan)

KUANTITI
10 meter
1 balang
10 batang
1 Rim
10

JUMLAH
RM40.00
RM10.00
RM10.00
RM10.00
RM35.00

10
30 helai
20 Meter
10 biji
1

RM25.00
RM10.00
RM16.00
RM 4.00
RM50.00
RM210.00

Disediakan oleh :
diluluskan oleh :

Disemak oleh:

Noor Hidayu bt Buliami


b Mohd Amin
Pengarah Program
Motivasi Pelajar 2015
Bendahara Azman

Noor Hayati bt Harun


Guru Kaunseling

Disahkan dan

Haji Mohsin
Guru Besar
SK (2) Tengku

MODUL 1 - SEMUT GILA


Masa : 1 jam 15 minit
Sesi

: Ice Breaking (1.30 3.10 petang)

Objektif :
1. Memberi peluang kepada guru dan murid untuk mengenali antara satu sama lain.
2. Membina keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan murid lain.
3. Peka dan fokus dalam melaksanakan aktiviti
Alatan :
Gula-gula (mengikut bilangan murid), kotak (di belakang ditulis GULA-GULA INI BERACUN),
plastik, wisel.

PELAKSANAAN:
1. Fasilitator memasukkan gula-gula mengikut bilangan peserta ke dalam plastik
dan meletakkan ke
dalam kotak tisu.
2. Apabila wisel dibunyikan setiap peserta diminta mengambil sebiji gula-gula.
(peserta akan berebut untuk mendapatkan gula-gula)
3. Fasilitator membuat kesimpulan mengapa mesti berebut sedangkan bilangan
gula-gula cukup untuk setiap orang.
Apabila berebut, plastik koyak, kotak rosak dan kerusi hampir patah.
4. Kemudian, peserta dikehendaki memilih pasangan mereka, dan fasilitator
meminta mereka
menyuapkan gula-gula tersebut kepada pasangan mereka.
5.
beracun.

Setelah itu, fasilitator menunjukkan kotak itu yg tercatat Gula-gula ini

6.
Fasilitator membuat kesimpulan mengapa sanggup memberi racun kepada
sahabat mereka?
7.

Fasilitator menggambarkan seperti berikut:

Kotak: Harapan Pelajar


Plastik=Hati Mak Ayah
Kerusi= Masa depan Pelajar
Gula-Gula= keseronokkan bermain sehingga mengabaikan pelajaran

Fasilitatator membuat kesimpulan bahawa jangan hanya terlalu mengejar


keseronokan sehingga abaikan perkara lain.

MODUL 2 SESI SUAI KENAL & PEMBENTUKAN


KUMPULAN
Masa : 2 jam 25 minit
Sesi

: SESI KEDUA (3.30 6.30 Petang)

Objektif :
1. Memberi keyakinan kepada murid-murid agar berani meyampaikan idea di
hadapan rakan yang lain.
2. Memupuk semangat kerjasama dikalangan ahli kumpulan.
3. Memupuk perasaan perasaan percaya di antara ahli-ahli kumpulan.
4. Meyemai sifat tolenransi di antara ahli kumpulan.
5. Membentuk talian komunikasi yang berkesan sesama ahli kumpulan.
Peralatan:
1. Kain putih (2 x 2)
2. Marker pen Permanent ( 4 warna bagi setiap ahli kumpulan: merah, hitam,
biru dan hijau)
3. Kertas Mahjong (3 helai untuk setiap kumpulan)
4. Batang Mop (kayu) sebatang setiap kumpulan
Tenaga Kerja:
Fasilitator Setiap Kumpulan
Pelaksanaan:
1. Murid-murid akan dibahagikan kepada kumpulan masing-masing di mana
seorang guru akan ditugaskan menjadi fasilitator bagi setiap kumpulan.
2. Setiap kumpulan akan diberi masa 30 minit untuk menyiapkan:
a. Nama kumpulan serta melantik Ketua Kumpulan dan Penolong Ketua
Kumpulan.
b. Bendera kumpulan dilukis di atas kain yang diberi dengan
menggunakan pen marker.
Bendera kumpulan mengandungi logo kumpulan, nama kumpulan dan
motto kumpulan.
c. Motto dan logo sekolah TBA2 masing-masing ditulis/dilukis di atas kertas
berdasarkan daya kreativiti masing-masing.
d. Lagu kumpulan dicipta dan ditulis di atas kertas mahjong.

e. Setiap kumpulan akan membuat penerangan dan taklimat mengenai


bendera, logo dan motto kumpulan masing-masing serta
mendendangkan lagu kumpulan di hadapan kumpulan yang lain.

Pembahagian Masa :
Pembahagian kumpulan

20 minit

Sesi suai kenal

15 minit

Membuat bendera, motto dan lagu

20 minit

Pembentangan oleh setiap kumpulan (5 minit)

Sesi soal jawab (3 minit)

30 minit

Penggulungan

:
:

10 minit

3. Ketua Fasilitator akan membuat sesi penggulungan.

50 minit

MODUL 3 SI BUTA SAYANG


Modul 3
Masa

:
:

SI BUTA SAYANG
1 jam (1.40 3.10 Petang)

Objektif :
1. Memupuk ciri-ciri pemimpin dalam diri murid
2. Menyemai rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap ahli-ahli yang dipimpin
Alatan :
Kain tutup mata
Langkah-langkah:
1. Lantik seorang ketua dan seorang pemerhati (Fasilitator).
2. Tutup mata ahli-ahli lain dalam kumpulan (kecuali ketua).
3. Ketua kumpulan diarahkan untuk membawa ahli-ahlinya yang buta ke suatu destinasi
yang tertentu.
4. Hanya arahan verbal sahaja dibenarkan. Cara memimpin terpulang kepada
kebijaksanaan ketua.
5. Apabila balik, ketua diminta menutup mata juga dan seorang ketua baru dilantik
untuk memimpin ahli-ahli balik.
6. Pemerhati dikehendaki memerhatikan apa yang berlaku dan akan membuat laporan
apabila diminta.
Perbincangan : Pengalaman setiap ahli dalam aktiviti ini.
Pengajaran :
1. Penting untuk mematuhi arahan ketua.
2. Arahan pemimpin hendaklah jelas, tepat dan mudah difahami.
3. Seorang pemimpin yang berkesan harus jujur, ikhlas dan amanah tanpa mengambil
kesempatan kelemahan orang yang dipimpin.
4. Seorang pemimpin perlu bertanggungjawab dan prihatin terhadap ahli-ahli yang
dipimpinnya.

5. Kepimpinan kita sentiasa diperhatikan oleh orang lain.


6. Adalah penting untuk pemimpin mendapatkan maklumat lengkap dahulu sebelum
membuat keputusan untuk bergerak.

MODUL 4 PERMAINAN PEKA


Modul 4

AKTIVITI DALAM KUMPULAN (LDK)

Masa

1 jam (3.30 4.30 Petang)

Objektif:
1.
2.
3.
4.

Mengetahui dengan terperinci masalah/situasi yang diberikan


Menggunakan alternatif lain untuk menyelesaikan masalah
Tidak terlalu ghairah untuk menyelesaikan masalah
Membuat perancangan yang teliti sebelum bertindak

Alatan:
Satu set soalan (Lampiran 1)
Tenaga Kerja :
Semua fasilitator (guru)
Pelaksanaan:
1. Murid diminta masuk ke dalam dewan dan duduk mengikut kumpulan masing-masing.
2. Murid disusun supaya mereka berada dalam keadaan untuk mengambil peperiksaan.
3. Edarkan kertas soalan dan minta supaya murid tidak bercakap atau berbincang di antara satu
sama lain.
4. Murid diminta untuk menyelesaikan setiap soalan dalam masa 10 minit.
5. Penerangan akan diberikan oleh seorang koordinator.

LAMPIRAN 1
SILA GUNAKAN PENSEL UNTUK MENJAWAB SOALAN DI BAWAH.
Arahan am:
Setiap soalan diperuntukkan 3 markah. Anda diberikan masa 15 minit sahaja untuk menjawab semua
soalan.
No.
Soalan
1
2
3

Soalan
Eja nama anda secara terbalik
Berapa bilangan gigi anda sekarang?
Cari hasil tambah di antara 4, 444 dan
5,555

Senaraikan 3 warna kegemaran anda

5
6

Berapakah tinggi anda?


Nyatakan nama guru kesayangan kamu.
Nyatakan haiwan peliharaan yang menjadi
agen penyiasat dalam cerita Phineas and
Ferb.
Tuliskan lima Rukun Islam (bagi murid

9
10
11
12

Jawapan

Islam)
Tuliskan lima Rukun Negara (bagi murid
bukan Islam)
Dapatkan tandatangan dua orang guru
anda.
Untuk semua soalan, anda dikehendaki
menjawab soalan 5, 8 dan 11 sahaja
Setelah selesai menjawab soalan-soalan
5, 8 dan 11 jerit ....Horey!!!!
Lengkapkan peribahasa Inggeris di bawah:

i.
ii.
iii.

..................................
..................................
..................................

i.
ii.
iii.
iv.
v.

....................................................
....................................................
....................................................
....................................................
....................................................

i.
ii.

....................................................
....................................................

Time and tide ...............................

MODUL 5 ENGINEERING GAMES


Modul 5

AKTIVITI DALAM KUMPULAN (LDK)

Tajuk

Parachuting Eggs dan Menara Tegar

Masa

1 jam (3.30 4.30 Petang)

Objektif :
1. Membentuk pemikiran kreatif dan kritis di kalangan murid.
2. Melahirkan semangat setiakawan dan kerjasama yang utuh di kalangan ahli
kumpulan.
3. Mengaplikasikan pengetahuan yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.
PARACHUTING EGGS
Alatan:
Kertas mahjong (3 helai), tali (1 meter), pita pelekat, telur (1 biji)
Pelaksanaan:
1. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 3 helai kertas mahjong, satu meter tali dan pita
pelekat.
2. Ketua fasilitator mengarahkan agar setiap kumpulan membuat satu rekaan yang
boleh menurunkan telur setinggi 20 kaki tanpa pecah.
3. Pemenang dinilai berdasarkan kepada ketahanan parachute tersebut dan kreativiti
para peserta.
4. Masa diberikan selama 30 minit.

MENARA TEGAR
Alatan:
Straw, surat khabar lama, kotak (1 bagi setiap kumpulan), masking tape
Pelaksanaan:
1. Setiap kumpulan dibekalkan dengan senaskah surat khabar lama, sebuah kotak,
straw dan masking tape.
2. Setiap kumpulan dikehendaki membina satu struktur yang paling kukuh dan paling
tinggi dalam masa 10 minit.
3. Pemenang ditentukan berdasarkan binaan yang paling teguh dan paling tinggi
dengan mengunakan bahan-bahan yang telah dibekalkan.

MODUL 6 TERBANG JAUH

Modul 6

AKTIVITI DALAM KUMPULAN (LDK)

Tajuk

TERBANG JAUH

Masa

1 jam 30 minit (1.30 3.10 Petang)

Aktiviti

: Modul kapal terbang

Objektif

: 1.
2.

Alatan

:-

Menerangkan pelbagai cara untuk mencapai sesuatu matlamat


Menggalakkan pemikiran kreatif pelajar-pelajar dalam menghasilkan sesuatu
model.
Kertas
Lagu Westlife I have a dream

Masa

: 45 minit

Prosedur

: 1.
2.

Pelajar menulis 5 impian mereka pada sehelai kertas.


pelajar-pelajar diberikan masa 10 minit untuk mereka bentuk kapal
terbang secara individu mengikut pemikiran kreatif setiap pelajar.

2.

Fasilitator akan meminta pelajar-pelajar untuk melancarkan kapal


Terbang masing-masing, tetapi hendaklah tidak melepasi tali putih.

3.

Pelajar yang paling berjaya mendaratkan kapal terbang paling jauh


diumumkan sebagai pemenang.

Perbincangan : 1.
Terdapat 99 cara untuk mencapai matlamat, jadi terserah kepada pelajar
bagi menentukan kaedah yang bersesuaian dengan diri mereka supaya
berjaya.
2.

Orang yang pandai mencari jalan, manakala orang yang bodoh mencari
alasan.

MODUL 7 MOTIVASI DIRI

Modul 7

AKTIVITI DALAM KUMPULAN (LDK)

Tajuk

MOTIVASI

Masa

2 jam 30 minit (3.30 6.30 Petang)

Alatan :
Video motivasi Nick Vujijic dan Basketball Girl
Lagu D Masiv Jangan Menyerah
Objektif:
1. Jangan melihat kekurangan diri sebagai halangan untuk berjaya
2. Meneroka kelebihan diri yang ada pada mereka
3. Menanam kepentingan menjadi orang yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat
dan negara.
Pelaksanaan:
1. Murid menonton video Nick Vujijic dan Basketball Girl.
2. Di dalam kumpulan LDK, Fasilitator bersoal jawab dengan murid tentang apa yang telah mereka
peroleh daripada video yang telah ditonton sebentar tadi.
3. Fasilitator membuat kesimpulan bahawa tiada impian yang tidak akan tertunai jika diiringi dengan
usaha yang tidak mengenal erti jemu.
4. Murid juga patut bersyukur dengan nikmat kesihatan yang dikecapi mereka dan mereka perlu
merebut peluang yang ada untuk terus berjaya.
5. Fasilitator menyedarkan murid tentang kepentingan menjadi orang yang berguna kepada diri
sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan bangsa.

You might also like