You are on page 1of 21

SEMAKAN PENGHANTARAN

BUKU REKOD MENGAJAR


BIL / TANDATANGAN BIL / TANDATANGAN
TARIKH TARIKH
MINGGU PENYEMAK MINGGU PENYEMAK
I 25
2 26
3 27
4 28
5 29
6 30
7 3I
8 32
9 33
I0 34
II 35
I2 36
I3 37
I4 38
I5 39
I6 40
I7 4I
I8 42
I9 43
20 44
2I 45
22 46
23 47
24 48

Catatan :
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
VISI
SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik
Negara Sejahtera

MISI
SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang
Berkualiti Untuk Membangunkan
Potensi Individu Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara
SURAT AKU JANJI
Saya, ,
No. Kad Pengenalan :
beralamat di
dengan sesungguhnya
berjanji bahawa saya akan mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,
Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling serta peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan dan
dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang perkhidmatan saya dengan kerajaan. Maka
dengan itu saya berjanji sebagaimana yang dikehendaki di bawah Peraturan 4. Peraturan-peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bahawa saya :

i) akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan;

ii) akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan
bertanggungjawab;

iii) tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya;

iv) tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi bercanggah dengan
tugas awam saya;

v) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya telah
membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi sehingga menjejaskan kegunaan
saya sebagai pegawai awam;

vi) tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai awam bagi faedah diri saya sendiri;

vii) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan dan mencemarkan nama perkhidmatan
awam;

viii) tidak akan membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan
tuntutan saya atau pegawai lain berhubung dengan perkhidmatan awam dan;

ix) tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah.

Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya boleh
dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) 1993.

… .....……………………… … ……………………
( (Tandatangan Pegawai) (Jawatan Pegawai)
D Di hadapan saya :

………………………………….
(Tandatangan Ketua Jabatan)

…..…………………………………………………..
(Nama dan No. Kad Pengenalan Ketua Jabatan)

………………………………….. ………………………………….
(Tarikh) (Cop Rasmi Jabatan)
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA

KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
VISI

“Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik Negara Sejahtera”

MISI

“Melestarikan Sistem
Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA 2013 - 2025
MALAYSIA

OBJEKTIF PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 – 2025


Pelan ini telah dirangka bagi menghadapi cabaran abad ke-21 berasaskan dasar dan laporan terdahulu yang sangat besar
pengaruhnya. Pelan ini memberi tumpuan kepada cara membangun dan meneruskan perkembangan, serta menambah baik sistem
pendidikan secara berterusan. Bagi tujuan itu, Pelan ini dirangka berasaskan tiga objektif yang khusus seperti berikut :

1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan,
peningkatan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid, serta
memaksimumkan keberkesanan sistem;

2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga 2025; dan

3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk system pendidikan, termasuk perubahan utama dalam
Kementerian, yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong
transformasi perkhidmatan awam.

LIMA ASPIRASI BAGI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

ASPIRASI UNTUK SETIAP MURID

Setiap murid akan mempunyai …..

…..sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


STRATEGI PELAN PEMBANGUNAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
PENDIDIKAN 2013 - 2025 MALAYSIA

11 ANJAKAN UNTUK TRANSFORMASI SISTEM


KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA

Transformasi pendidikan akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun


KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA

STANDARD KEMAHIRAN

Menguasai subjek Mahir dan


iaitu kandungan berketrampilan dalam
kurikulum pedagogi

Menggunakan CIRI-CIRI Memahami


teknologi perkembangan murid
terkini GURU ABAD
dan menyayangi
21 mereka

Memiliki
kemahiran Memahami
kaunseling psikologi
pembelajaran
Masuk ke kelas tepat Jika pengajaran dalam makmal atau bengkel,
pada waktu pastikan murid beratur di luar makmal dan
bengkel

1. Pastikan semua murid berdiri


sebelum ucapan salam. Pemantapan disiplin murid dan penghayatan
2. Murid menadah tangan dan nilai murni
membaca doa.

1. Program 2 minit bersih.


2. Arahkan murid membersih Memastikan kebersihan lantai, cermin nako,
kelas jika kebersihan tidak kipas, siling, dinding, papan kenyataan, sudut
memuaskan. mata pelajaran, JK bilik darjah, jadual waktu,
3. Arahkan murid duduk giliran bertugas, langsir digantung dengan
setelah puas hati dengan kemas dan kebersihan diri murid.
kebersihan.

Program 2 minit kebajikan / Peranan :


disiplin / motivasi murid (berubah a. Kaunselor – menetapkan tema dan
mengikut keperluan semasa) – panduan motivasi.
konsep penyanyang b. PK HEM, guru disiplin dan guru kelas –
isu disiplin dan kebajikan

Set Induksi Menggunakan pengetahuan sedia, pengalaman


harian atau kaedah yang menarik perhatian
murid.
1. Aktiviti berpusatkan murid
2. Guru sebagai pemudah cara
Aktiviti Pengajaran dan 3. Kepelbagaian kaedah PdP :
Pembelajaran a. Perbincangan g. Simulasi
b. Inkuiri penemuan h. Eksperimen
c. Main Peranan i. Tunjuk Cara
d. Pembelajaran Masteri j. CAL
Pemulihan e. Pembelajaran Koperatif k. dan lain-lain
f. Akhbar Dalam Darjah (ADD)

Penilaian Penilaian secara berterusan


an sepanjang masa PdP sama ada secara lisan,
bertulis atau pemerhatian.
Mengesan kelemahan murid.
Pengukuhan
Pemulihan dibuat secara serta merta.

PENUTUP
PENUTUP
Rumusan PdP, peringatan pelajaran akan datang.
Pastikan murid berdiri tegak sebelum ucapan
terima kasih dan keluar kelas tepat pada masanya.
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan

insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan

dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab

dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara.


 PENGETUA DAN GURU BESAR YANG BERKESAN

 SEKOLAH YANG BERKESAN

 GURU YANG PROFESIONAL

 KURIKULUM YANG RELEVAN

 SISTEM PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

 PEMBINAAN INFRASTRUKTUR SOKONGAN


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 PEMBINAAN INSTITUSI PERANCANGAN DAN


PENYELIDIKAN

 PEMBINAAN SISTEM INSTITUSI PERLAKSANAAN DAN


PEMANTAUAN YANG BERKESAN SISTEM
PENTADBIRAN

 PEMBANGUNAN STAF YANG KOMPREHENSIF

 PEMBINAAN HUBUNGAN LUAR DAN MASYARAKAT


PERUNTUKAN WAKTU MINIMUM SEMINGGU SEKOLAH RENDAH (MINIT)

SEKOLAH KEBANGSAAN
MATA PELAJARAN TAHAP 1 TAHAP 2
1 2 3 4 5 6
MATA PELAJARAN TERAS
BAHASA MALAYSIA 360 360 360 300 300 300
BAHASA INGGERIS 300 300 300 300 300 300
BAHASA CINA / BAHASA TAMIL - - - - - -
MATEMATIK 180 180 180 180 180 180
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI / SAINS 60 60 60 120 120 120
PENDIDIKAN ISLAM / PENDIDIKAN MORAL 180 180 180 180 180 180
PENDIDIKAN JASMANI 60 60 60 60 60 60
PENDIDIKAN KESIHATAN 30 30 30 30 30 30
DUNIA SENI VISUAL / PENDIDIKAN SENI VISUAL 60 60 60 60 60 60
DUNIA MUZIK / PENDIDIKAN MUZIK 30 30 30 30 30 30
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI / TEKNOLOGI MAKLUMAT
- - - 60 60 60
& KOMUNIKASI
SEJARAH - - - 60 60 60
MATA PELAJARAN ELEKTIF
BAHASA ARAB / BAHASA CINA SEKOLAH KEBANGSAAN /
BAHASA TAMIL SEKOLAH KEBANGSAAN / BAHASA IBAN / 90 90 90 90 90 90
BAHASA KADAZANDUSUN / BAHASA SEMAI
PERHIMPUNAN 30 30 30 30 30 30
JUMLAH 1380 1380 1380 1500 1500 1500

Nota : Peruntukan masa adalah tertakluk kepada budi bicara guru besar
PENGGAL PERSEKOLAHAN DAN CUTI AM

PENGGAL CUTI PERTENGAHAN PENGGAL MULA AKHIR

HARI PERSEKOLAHAN 01.01.2018 15.03.2018

1 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL I 16.03.2018 24.03.2018

HARI PERSEKOLAHAN 25.03.2018 07.06.2018

CUTI PERTENGAHAN TAHUN 08.06.2018 23.06.2018

HARI PERSEKOLAHAN 24.06.2018 16.08.2018

2 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL II 17.08.2018 25.08.2018

HARI PERSEKOLAHAN 26.08.2018 22.11.2018

CUTI AKHIR TAHUN 23.11.2018 31.12.2018

CUTI AM
(Ditulis mengikut turutan tarikh)

Tahun Baru Cina 16 & 17 Februari 2018 (Jumaat & Sabtu)

Hari Pekerja 01 Mei 2018 (Selasa)

Ha
Hari Wesak 29 Mei 2018 (Selasa)

Nuzul Al-Quran 02 Jun 2018 (Sabtu)

Hari Raya Puasa 15 & 16 Jun 2018 (Jumaat & Sabtu)

Hari Raya Korban 22 & 23 Ogos 2018 (Rabu & Khamis)

Hari Kebangsaan 31 Ogos 2018 (Jumaat)

Hari Keputeraan SPBYDP Agong 09 September 2018 (Ahad)

Hari
Awal Muharram (Maal Hijrah) 11 September 2018 (Selasa)

Hari Malaysia 16 September 2018 (Ahad)

Deepavali 06 November 2018 (Selasa)

Hari Keputeraan Al-Sultan Kelantan 11 & 12 November 2018 (Ahad & Isnin)

Hari Malaysia
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W 20 November 2018 (Selasa)

Hari Krismas 25 Disember 2018 (Selasa)


SENARAI TUGAS GURU

BAHAGIAN A :

TUGAS 1 : KURIKULUM

Mata Pelajaran Kelas Minit Seminggu Bil. Murid

TUGAS 2 : TUGAS-TUGAS KHAS / PENTADBIRAN

TUGAS 3 : HAL EHWAL MURID

TUGAS 4 : KOKURIKULUM
JADUAL WAKTU

DARJAH / GURU : ………………………………………………


7.45 – 8.15 – 8.45 – 9.15 – 9.45 – 10.15 – 10.45 – 11.15 – 11.45 – 12.15 – 12.45 – 1.15 –
WAKTU 8.15 8.45 9.15 9.45 10.15 10.45 11.15 11.45 12.15 12.45 1.15 1.45

AHAD

ISNIN

SELASA

RABU

KHAMIS

ANALISA

PERKARA KALI MASA PERKARA KALI MASA PERKARA KALI MASA


TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

Kami guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan
warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya
usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan
perseorangan, dan Prinsip-prinsip Rukun Negara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi
pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman-berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa
hadapan.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-
penuhnya, maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan
profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya :

I. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR


1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi,
sosial, keturunan atau agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran
yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan, dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada
pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus
ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA


1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah
tangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai
anak mereka sebagai sulit dan tidak akan rnembocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang
diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan
pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA


1. Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau
negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi
warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan
menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan, dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang
warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan
masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-
hari dengan baik.

IV. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN


1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang
guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan
mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu dalam profesion perguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

Catatan : Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah
institusi pendidikan peringkat rendah, menengah, dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran,
organisasi, dan penyeliaan pendidikan.
TUGAS-TUGAS GURU

GURU BESAR : Bertanggungjawab dalam semua hal pengurusan, pentadbiran, dan perjalanan sekolah
: Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib sekolah.
: Bertanggungjawab dalam semua hal pengurusan kewangan sekolah.
: Pengerusi Jawatankuasa penyelaras sekolah.

GURU PENOLONG : Membantu Guru Besar dalam semua hal pengurusan, pentadbiran, dan perjalanan sekolah.
KANAN : Ahli Jawatankuasa Tatatertib sekolah.
: Bertanggungjawab dalam semua hal pengurusan dan pentadbiran sekolah semasa ketiadaan Guru Besar
: Naib Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras sekolah.
: (Rujuk lampiran Tugas-tugas khas Guru Penolong Kanan)

PENYELARAS : Merancang dan mengawasi semua hal kegiatan kokurikulum sekolah seperti : Pasukan pakaian seragam.
KOKURIKULUM Pasukan-pasukan koir, rekoder, Kebudayaan. Lawatan-lawatan murid anjuran sekolah dan Iain-Iain.
Bersama-sama dengan setiausaha sukan selaku Setiausaha Jawatankuasa Kokurikulum merancang,
menyelaras, dan menyelia semua aktiviti sukan dan permainan supaya ianya berjalan dengan licin dan
teratur.
: Bersama-sama dengan setiausaha sukan memastikan semua alatan permainan dan Pendidikan Jasmani
mencukupi. Cara menyimpan alatan-alatan ini juga perlu diambil perhatian supaya ianya digunakan
dengan baik.
: Menubuh dan mengadakan pasukan-pasukan tertentu bagi persediaan sekolah untuk mengambil
bahagian di dalam aktiviti-aktiviti yang sesuai sama ada di dalam mahupun di luar kawasan sekolah.
: Menyimpan rekod lengkap segala jenis kutipan, jika ada, bersabit dengan perjalanan aktiviti-aktiviti
tersebut.
: Ahli Jawatankuasa Penyelaras Sekolah.

PENYELARAS : Bertanggungjawab mengemaskinikan rekod penyimpanan bahan-bahan Pusat Sumber/KBSR dalam buku
PUSAT SUMBER stok yang sesuai supaya mudah dikesan.
KBSR SEKOLAH :
.
Menyediakan satu format tertentu dalam penyeliaan bahan-bahan mengajar oleh guru supaya dapat
(PSS/KBSR) disimpan serta dipinjam oleh guru dengan mudah lagi sistematis.
: Bertanggungjawab menjayakan konsep Pusat Sumber/KBSR supaya ia dapat hidup dan berkembang
dengan mempelbagaikan aktiviti-aktivitinya; iaitu menambahkan lagi kepada yang sedia ada atau ubah
suaikannya supaya ia akan jadi lebih menarik dan berkesan.
: Dengan lain perkataan, aktiviti-aktiviti ini akan menjadi agen kepada pengajaran dan pembelajaran di
sekolah ini.
: Bertanggungjawab dalam hal perancangan, perjalanan dan perkembangan Pusat Sumber/ KBSR sekolah
supaya ianya digunakan secara berterusan dan bersungguh-sungguh oleh murid-murid dan juga guru-guru.
: Ahli Jawatankuasa Penyelaras Sekolah.

PENYELARAS : Bertanggungjawab mendapatkan kerjasama dari guru-guru mengenal pasti kelemahan murid- murid yang
KELAS akan diberi pelajaran pemulihan dan 3M.
PEMULIHAN : Dengan bantuan dari guru-guru kelas, merancang dan menjalankan projek-projek Pemulihan untuk
mengurangkan dan membasmikan kelemahan dalam 3M.
: Bersama-sama melibatkan diri bagi menjayakan konsep gabung jalinan PSS, KBSR, dan Pemulihan di dalam
aktiviti-aktiviti Pusat Sumber/KBSR Sekolah.
: Ahli Jawatankuasa Penyelaras Sekolah.

GURU DISIPLIN : Bertanggungjawab mengawasi disiplin semua murid (sidang pagi dan petang) dengan dibantu oleh
pengawas-pengawas sekolah.
: Bertanggungjawab sebagai Guru Pengawas sekolah.
: Juga bertanggungjawab sebagai Guru Pengawas kepada Pengawas Pusat Sumber/KBSR Sekolah.
: Setiausaha Jawatankuasa Pusat Sumber/KBSR Sekolah.
: Setiausaha kepada Badan Pengawas Sekolah.
: Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber/KBSR Sekolah.
PERINTAH-PERINTAH AM BAB C (CUTI)

BAHAGIAN DUA - KELAS B.


I. PEGAWAI-PEGAWAI DALAM PERKHIDMATAN PELAJARAN YANG MENJALANKAN TUGAS-TUGAS DI
SEKOLAH

Cuti Yang Diberi Kerana Perkhidmatan.

49. Guru-guru tidak berkelayakan mendapat cuti rehat seperti yang dibekalkan di bawah Tiada cuti
49
Perintah Am 7 hingga Perintah Am 12. rehat (56)

50. (a) Sebagai ganti cuti rehat, guru-guru adalah berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah Cuti penggal
dengan syarat bahawa Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas- sekolah boleh
tugas selain daripada tugas-tugas mengajar biasa semasa percutian penggal sekolah bagi dipanggil
masa yang tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti penggal sekolah satu-satu tahun itu. bertugas (56)
(b) Semua tempoh percutian penggal sekolah yang bergaji penuh akan diambil kira sebagai
perkhidmatan yang di bawah taksiran Perintah Am.

51. (a) Kuasa Tertentu boleh meluluskan cuti separuh gqji kepada guru-guru bagi perkhidmatan yang Cuti separuh
melayakkan atas kadar 30 hari bagi tiap-tiap satu tahun tetapi tidak melebihi 180 hari. Cuti gaji (57)
separuh gaji hanya boleh diberi atas sebab-sebab berikut sahaja.
i. Sebab-sebab kesihatan guru itu sendiri dengan perakuan sebuah Lembaga Perubatan
(Bab) F.
ii. Sebab-sebab kesihatan anak saudara yang rapat kepada guru itu; dan
iii. Kerana membuat lawatan sambil belajar di seberang laut yang telah diluluskan oleh Ketua
Setiausaha Kementerian Pelajaran.

(b) Cuti separuh gaji di bawah (a) (iii) tidak boleh diberi melebihi had satu-satu penggal sekolah itu
tetapi cuti penggal sekolah yang jatuh sejurus sebelum atau selepas cuti separuh gaji
sedemikian boleh digunakan untuk menyambung cuti separuh gaji itu tertakluk kepada
kepentingan perkhidmatan.

(c) Cuti separuh gaji yang diberi di bawah (a) (i) dan (ii) yang meliputi kedua-dua tempoh penggal
sekolah dan cuti penggal sekolah hendaklah dikira sebagai cuti separuh gaji yang
bersambungan.

(d) Waiau apapun perbekalan di(a), Ketua Jabatan boleh meluluskan Cuti separuh gaji di bawah
(a) (ii) tidak melebihi 14 hari dalam satu-satu tahun.

52. Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti tanpa gaji mengikut perbekalan dalam perintah Am 14 dengan Cuti tanpa
syarat bahawa sebarang cuti tanpa gaji yang jatuh pada cuti penggal sekolah akan terus dianggap gaji
sebagai cuti tanpa gaji.

Kata-kata untuk renungan kita bersama

1. Jika kita semua menjalankan tugas kita dengan sempurna, tidak akan ada orang lain yang tidak menjalankan tugas.
Sebaliknya, jika kita menanti-nanti orang lain, maka tiada sesiapa pun yang mengorak langkah memulakannya.

2. Tugas seorang guru / pendidik ialah pekerjaan mental yang tidak dimulai waktu ia tiba di Pejabat/Sekolah dan tidak
berhenti waktu ia pulang.

3. Setiap orang mungkin melakukan kesalahan, tetapi hanya orang bodoh sahaja yang akan mengulanginya.

4. Membiarkan diri dengan kesilapan-kesilapan kecil akan menjerumuskan kepada kesilapan yang lebih besar lagi.
49
5. Kejayaan yang sebenar bukan terletak pada tidak pernah jatuh, tetapi terletak pada kesanggupan tegak kembali setiap
kali jatuh.

6. Kita tidak dapat mengambil hati orang kecuali kita sanggup memberi hati kita.

7. Pengawas yang lemah disiplin, cuai menjalankan tugas mereka ialah mereka yang lewat datang dan ingin balik cepat.

Tan Sri Ainuddin Wahid


Naib Canselor
Universiti Teknologi Malaysia.
BEBERAPA CATATAN DAN GARIS PANDUAN MENGENAI
BUKU RINGKASAN MENGAJAR/PERSEDIAAN MENGAJAR

PENDAHULUAN
Buku Ringkasan Mengajar atau Persediaan Mengajar ini adalah secara amnya menggambarkan perkembangan serta
proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Ianya bukan sahaja sebagai suatu catatan ringkas tetapi harus menepati
apa yang hendak diajar serta persediaan yang dirancang sebegitu sesuai dengan tahap pembelajaran dan menepati pula
Sukatan Pelajaran yang dibekalkan mengikut tahun/darjah-darjah berkenaan.

Seseorang guru yang mempunyai kesedaran dan bertanggungjawab akan menggunakan buku ini bagi persediaan mereka
apabila berhadapan dengan murid-murid di dalam bilik darjah. Ianya bukan sahaja dirancang dengan keadaan yang
bersambung-sambung terus-menerus seperti suatu proses yang berkembang dan mempunyai rekod-rekod pencapaian dan
prestasi bagi seseorang murid untuk setiap masa pembelajaran.

Buku ini juga boleh dijadikan ukuran yang positif bagi melihat perkembangan proses belajar-mengajar dan dapat
menggambarkan perkembangan tersebut secara menyeluruh.

TUJUAN
Buku ini juga mempunyai beberapa tujuan dan objektif yang tertentu sebagai rujukan oleh beberapa golongan yang ingin
membuat pengesanan dan pemerhatian terhadap perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran seperti:-

GURU BESAR
1. Buku ini penting untuk dijadikan ukuran tentang pekerjaan dan taraf serta mutu pekerjaan seseorang guru di sekolahnya.
2. Untuk dijadikan bahan penilaian secara spontan bila mana keadaan wujud untuk seseorang Guru Besar hendak melihat
rekod pengajaran dan pencapaian murid-murid bagi darjah-darjah berkenaan.
3. Guru Besar juga boleh mengukur keupayaan seseorang guru di sekolahnya sama ada berjaya atau gagal di dalam
pekerjaannya sehari-hari dan membuat nasihat atau teguran jika didapati perlu.
4. Guru Besar juga akan membuat semakan dan rujukan setiap masa bagi menentukan buku ini digunakan dengan betul,
tepat, dan menepati pula tujuan ia dibekalkan kepada setiap orang guru.

NAZIR SEKOLAH/PENYELIA
Kepada mereka ini, Buku Persediaan Mengajar ini juga mempunyai erti yang sangat besar dan berguna bila mana mereka
membuat lawatan ke sekolah-sekolah sebagai bahan untuk rujukan, semakan dan juga bahan penilaian yang penting bagi
melihat keupayaan seseorang guru itu bertugas di bilik darjah, . Kemajuan atau kegagalan seseorang guru itu pada peringkat
awalnya dapat diukur melalui catatan-catatan dan persediaan yang dibuat menerusi buku ini.

Perbincangan-perbincangan, tindakan susulan dan nasihat akan dapat diberi oleh pihak-pihak berkenaan semasa
lawatannya ke sekolah-sekolah manakala mereka merujuk rekod pekerjaan guru menerusi buku ini.

GURU DARJAH

Setiap guru darjah, guru mata pelajaran ataupun guru ganti, dikehendaki memiliki sebuah buku ini bagi kegunaan mereka
kerana sebelum memasuki bilik darjah, seseorang guru itu seharusnya tahu apa yang hendak diajar dan bagaimana proses
pengajaran itu harus berlaku. Tindakan-tindakan berikut adalah sesuai dilakukan oleh seseorang guru terhadap buku ini.

1. Menyediakan ruangan-ruangan khas mengenai Sukatan Pelajaran bagi darjah dan mata pelajaran yang hendak diajar,
termasuk Jadual Waktu harian.
2. Menyusun dan merancang Pembahagian unit-unit, tajuk atau perkara yang hendak diajar itu untuk setahun yang
kemudiannya boleh dipecah-pecahkan pula kepada penggal, mingguan, dan harian.
3. Persediaan ini hendaklah dirancang dan disediakan secara berterusan pada minggu-minggu dan hari-hari tertentu pada
ruang- ruang yang telah disediakan.
4. Menyediakan rekod-rekod soalan atau latihan yang diberikan serta mencatatkan pencapaian hasil daripada latihan atau
ujian itu sama ada ujian bulanan, ataupun penggal dan akhir tahun persekolahan. Semua rekod ini hendaklah jelas dan
boleh menggambarkan hasil pekerjaan seseorang guru itu.
5. Kesemua ruangan atau bahagian-bahagian yang tertera di dalam buku ini hendaklah diisi dan dipenuhkan oleh seseorang
guru dengan cermat, sesuai, dan berkesan.

Oleh hal yang demikian, seseorang guru yang bertanggungjwab hendaklah sentiasa melengkapkan dan menulis buku ini
dengan penuh berhati-hati dan sentiasa ada bersama-samanya pada setiap masa persekolahan. Jadi seseorang guru tidaklah
boleh menganggap kerjanya untuk menyediakan buku ini sebagai suatu yang ringan ataupun boleh diabaikan.

AM

Buku Persediaan Mengajar ini hendaklah disimpan dengan baik dan selamat serta mudah pula apabila hendak disemak
atau dihalusi oleh pihak Guru Besar ataupun pihak-pihak lain yang berkenaan. Walaupun ada perkara- perkara yang dimasukkan
itu mungkin ringkas, tidak mencukupi atau berbeza di antara sebuah negeri dengan sebuah negeri atau di antara sebuah sekolah
dengan sebuah sekolah yang lain. Walau bagaimanapun, seseorang guru hendaklah sentiasa bersedia pada setiap masa bagi
melengkapkan dan menyempurnakan isi kandungan buku ini sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak pentadbiran sekolah.

Diharap Buku Ringkasan Mengajar/Buku Persediaan Mengajar ini akan sentiasa digunakan oleh guru dengan berkesan bagi
menunjukkan mutu kerja masing-masing di samping mencatatkan perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran bagi
setiap masa.

You might also like