You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI

Bil. 3 / 2022
SMK PANGKOR, JLN PASIR BOGAK, 32300 PANGKOR, PERAK.

TARIKH : 06.10.2022
HARI : KHAMIS
MASA : 1.45 PETANG
TEMPAT : BILIK GURU KANAN

AGENDA:

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI


2.0 UCAPAN GURU KANAN KEMANUSIAAN
3.0 PERBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT BIL.2/2022
4.0 PERKARA BERBANGKIT
5.0 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
6.0 KEWANGAN PANITIA
7.0 HAL-HAL LAIN

Kehadiran :

1. Mohamad Sabri Bin Mansor (GK Kemanusiaan)


2. Munirah Binti Ali (KP Geografi)
3. Nor Fazura Binti Mohd Kauli

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI


1.1 Puan Munirah Ali selaku pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-
guru geografi atas kehadiran pada mesyuarat panitia kali ketiga 2022.
1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada guru kanan kemanusiaan
yang sudi hadir pada mesyuarat kali ini.

2.0 UCAPAN GURU KANAN KEMANUSIAAN


2.1 En. Sabri memaklumkan akan diadakan Ujian Akhir Sesi Akademik. Soalan
akan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
2.2 En. Sabri juga memaklumkan bahawa soalan Ujian Akhir Sesi Akademik
hanya merangkumi soalan dari tahun semasa murid.
Tindakan: Semua guru Geografi

1
3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 2/2022

3.1 Setiausaha Panitia membentangkan minit mesyuarat panitia geografi bil 2/2022.
3.2 Minit mesyuarat disahkan oleh Pn. Munirah dan disokong oleh En. Sabri.
Tindakan : Untuk Makluman
4.0 PERKARA BERBANGKIT

4.1 Tiada perkara berbangkit

5.0 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

5.1 Ketua Panitia mengingatkan guru-guru untuk mencatat tahap pencapaian


murid di dalam rekod transit.

5.2 Guru-guru diminta untuk mencetak dan menyerahkan hardcopy rekod prestasi
murid pelaporan bagi subjek Geografi kepada GK iaitu En. Mohamad Sabri .

Tindakan: Smua guru Geografi

6.0 KEWANGAN PANITIA


6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa baki wang panitia sehingga suku tahun
pertama (Jan – Mac) ialah RM 4429.27. Bagi suku tahun kedua (April – Jun)
ialah RM 2592.54. Manakala baki untuk suku tahun ketiga (Julai – Nov) ialah
RM 1537.99.
6.2 Guru-guru yang ingin membeli alat ABM/BBM boleh memaklumkan kepada
ketua panitia untuk membuat pembelian.

Tindakan : Untuk Makluman


7.0 HAL-HAL LAIN
7.1 Peperiksaan Pusat untuk Tingkatan 3.
7.2 Penyerahan slip PBD dan Slip Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022 akan
diserahkan pada hari Jumaat (7 Oktober 2022). Guru kelas perlu mencetak
salinan slip PBD dan PPT murid kelas masing-masinh
Tindakan: Untuk Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

2
Disediakan oleh:

……………………………………
(NOR FAZURA BINTI MOHD KAULI)
Setiausaha Panitia Geografi,
SMK Pangkor.

Disemakan oleh:

………………………………………
(MUNIRAH BINTI ALI)
Ketua Panitia Geografi
SMK Pangkor.

You might also like