You are on page 1of 13

......................................................

(Nama kelab / persatuan / UBU)


Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Batu
Batu 33, Jalan Ayer Hitam, Rujukan Tuan :
Bukit Batu, Rujukan Kami : SMKBB(M)J/8/SMK/016(1)
81020 Kulai. JOHOR Tarikh : ........................................

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Batu,
Batu 33, Jalan Ayer Hitam,
Bukit Batu 81020 Kulai.
JOHOR.

Tuan,

SURAT PERMOHONAN PENGESAHAN PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN:

....................................................................................
(Nama kelab / persatuan / UBU)

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Penubuhan .................................... Sekolah Menengah Kebangsaan


Bukit Batu telah diadakan pada .................................... jam ........................ di ........................................ Mesyuarat telah
memutus dan mengesahkan dengan sebulat suara Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan, Senarai Aktiviti
Utama, dan Senarai Ahli Jawatankuasa yang akan melaksanakan tugas masing-masing sehinggalah ke tarikh Mesyuarat
Agung yang pertama yang akan diadakan secepat mungkin.

3. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa ......................................Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit
Batu dengan penuh harapan memohon sudilah apa kiranya tuan mengesahkan penubuhan ........................................
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Batu ini dan mendaftarkannya sebagai sebuah * Pasukan Pakaian Seragam/
Persatuan Akademik / Kelab Bukan Akademik/ Kelab Sukan dan Permainan dalam bidang kokurikulum di sekolah ini
berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan
Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.

4. Bersama-sama ini disertakan Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan, Senarai Ahli Jawatankuasa
dan Senarai Aktiviti Utama yang telah diputuskan dan dipersetujui secara konsensus dalam mesyuarat penubuhan yang
dinyatakan di atas untuk pertimbangan dan pengesahan pihak tuan selaras dengan Subperaturan 5(1) dan 5(3) Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No.
21, Perundangan (A): P.U.(A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998.

5. Jasa baik tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

………………………….....
(.............................................................................)
Ketua Guru Penasihat
...................................................................

s.k. 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum


AKTA PENUBUHAN PASUKAN / PERSATUAN DAN KELAB

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT BATU, KULAI


JEA 8015 / TEL : 07-.........................................

Perlembagaan Persatuan / Kelab : ....................................................


Tarikh Berkuatkuasa : .....................................................

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta
Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A):
P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan)
...................................................................Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Batu yang selepas ini disebut
sebagai ”persatuan” sahaja.

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT

1.1 Nama Persatuan: ..............................................................


Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Batu

1.2 Alamat: Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Batu,


Batu 33, Jalan Ayer Hitam, Bukit Batu,
81020 Kulai. JOHOR.

PERATURAN 2 MATLAMAT

2.1 Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara
seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

PERATURAN 3 OBJEKTIF

3.1 Supaya ahli dapat menganggotai ............................................. dengan lebih terpimpin dalam
menimba ilmu pengetahuan .................................................... dan memupuk semangat
bertanggungjawab dan disiplin diri.

3.2 Ahli-ahli ......................................................... akan seberapa daya berusaha untuk mencapai


tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan
yang diikutinya.

PERATURAN 4 KEAHLIAN

4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.

4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan
mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.
PERATURAN 5 GURU PENASIHAT

5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu
aktiviti.

5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA

6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat
hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan
jawatankepadaGuru Penasihat.

6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-

6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Naib Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolong Setiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Penolong Bendahari
6.6.7 Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)
6.6.8 Pemeriksa Kira-Kira(2 orang)

PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1 Pengerusi

7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua


mesyuarat
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan
diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

7.2 Naib Pengerusi

7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.
7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.
7.3 Setiausaha

7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.


7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli.
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

7.4 Penolong Setiausaha

7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.


7.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

7.5 Bendahari

7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan


7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.
7.5.3 Menyediakan Penyata Kira-kira Bulanan dan Tahunan serta menandatanganinya.
7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli
jawatankuasa.
7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat
Agung.
7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

7.6 Penolong Bendahari

7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.


7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

7.7 Ahli Jawatankuasa

7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa

7.8 Pemeriksa Kira-Kira

7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan


bertangungjawab keatasnya.
7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

7.9 Ahli Biasa

7.9.1 Mesti menghadirkan diri dalam mesyuarat agung apabila dipanggil.


7.9.2 Mematuhi arahan/ peraturan dari pihak AJK/ Guru Penasihat.
7.9.3 Mesti membayar yuran khas yang ditetapkan dan diluluskan.
7.9.4 Menghadiri perjumpaan setiap kali aktiviti diadakan.
7.9.5 Menyumbang tenaga dan bekerjasama untuk melaksanakan semua aktiviti yang
diputuskan dalam mesyuarat.

PERATURAN 8 MESYUARAT

8.1 Mesyuarat agung untuk melantik AJK akan diadakan pada awal penggal pertama sesi
persekolahan selewat-lewatnya minggu akhir bulan Februari.

8.2 Mesyuarat agung luarbiasa boleh diadakan jika difikirkan perlu oleh AJK.

8.3 Korum mesyuarat agung mestilah TIDAK KURANG 2/3 daripada bilangan ahli yang berdaftar
dan 2/3 daripada bilangan AJKnya.

8.4 Mesyuarat AJK mesti diadakan sekurang-kurangnya 2 kali sepenggal.

8.5 Guru Penasihat mestilah dijemput setiap kali mesyuarat agung dan mesyuarat AJK diadakan
dengan dipengerusikan oleh pengerusi /naib pengerusi atau naib pengerusi / naib presiden.

8.6 Mesyuarat agung boleh melantik PENGERUSI SEMENTARA dan mempengerusikan mesyuarat
di kalangan ahli biasa dan bekas AJK.

8.7 Notis dan jemputan memanggil mesyuarat agung hendaklah dikeluarkanTujuh (7) hari sebelum
mesyuarat diadakan.

PERATURAN 9 KEWANGAN

9.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui peruntukan daripada sekolah.

9.2 Yuran khas dari ahli yang dibenarkan melalui langkah-langkah berikut:-
9.2.1 Mesyuarat AJK mencadangkan jumlah yuran patut dikutip dari ahli.
9.2.2 Menghantar surat permohonan menetapkan jumlah yuran ahli kepada Pengetua melalui
Guru Penasihat.
9.2.3 Ditetapkan dengan kelulusan / dipersetujui oleh Pengetua – ............................... bagi
setiap unit / bidang

9.3 Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.

9.4 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan
derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

9.5 Derma / sumbangan dari PIBG, para dermawan / penganjur.

9.6 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah, sekiranya
mendapat kebenaran Pengetua.

9.7 Wang tunai boleh disimpan dalam tangan Bendahari / peti tunai atau Guru Penasihat TIDAK
melebihi RM 30.00 ( tiga puluh ).
PERATURAN 10 KEHADIRAN/PENYERTAAN

10.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan
sepanjang tahun.

10.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk
sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil
sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 11 AKTIVITI

11.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.

11.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.

PERATURAN 12 PERATURAN-PERATURAN

12.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

12.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

12.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 13 TINDAKAN DISIPLIN

13.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan
yang ditetapkan.

13.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

13.2.1 Amaran lisan


13.2.2 Amaran bertulis

13.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru
Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 14 PINDAAN PERLEMBAGAAN

14.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

14.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat
atau pentadbir sekolah secara bertulis.

14.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

14.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Pengetua.
PERATURAN 15 PEMBUBARAN PERSATUAN

15.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan
dan Falsafah Pendidikan Negara.

15.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

PERATURAN 16 HAL-HAL LAIN

16.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

16.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

16.3 Setiap ahli mempunyai hak yang sama dalam urusan persatuan / kelab.

16.4 Ahli yang dpecat boleh merayu secara rasmi kepada Pengetua melalui guru penasihat.

16.5 Mana-mana AJK yang ingin meletakkan jawatan hendaklah memohon dengan surat rasmi
kepadaPengetua melalui guru penasihat.

16.6 Mana-mana ahli yang ingin BERHENTI dari menjadi ahli, hendaklah memohon dengan surat
rasmi kepada Pengetua melalui guru penasihat.

...………………………....... ....………………........................ ............…….……………….....


( ) ( ) ( )
Setiausaha Pengerusi Ketua Guru Penasihat

PENGESAHAN PENDAFTARAN.

Tarikh diluluskan dan berkuatkuasa pada 1 Januari 2017

Diluluskan oleh; Disaksikan oleh;

………………………….............. …………………………….
( MOHD NOR AZAM BIN SHUIB) ( MOHD NOR BIN BEDRAN )
Pengetua SMK Bukit Batu Kulai, GPK. Kokurikulum SMK Bukit Batu Kulai,
b.p Pegawai Pendaftar JPN Johor & KPM. b.p Pengetua SMK Bukit Batu Kulai
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PASUKAN / PERSATUAN DAN KELAB

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT BATU, KULAI


JEA 8015 / TEL : 07-……………………….
Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(b) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan
1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan Mo. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh
21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Senarai Ahli Jawatankuasa
……………………………………………………..Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Batu yang selepas ini disebut sebagai
”persatuan” sahaja.

1. Pengerusi …………………………………………………….
(No.Kad Pengenalan:………………………………)

2. Naib Pengerusi 1 …………………………………………………….


(No.Kad Pengenalan: ……………………………..)

3. Naib Pengerusi 2 …………………………………………………….


(No.Kad Pengenalan :……………………………..)

4. Setiausaha ……………………………………………………..
(No.Kad Pengenalan:………………………………)

5. Penolong Setiausaha 1 ……………………………………………………..


(No.Kad Pengenalan:………………………………)

6. Penolong Setiausaha 2 ………………………………………………………


(No.Kad Pengenalan:………………………………)

5. Bendahari ………………………………………………………
(No.Kad Pengenalan:………………………………)

6. Penolong Bendahari 1 .............................................................................


(No.Kad Pengenalan:............................................)

7. Penolong Bendahari 2 ………………………………………………………


(No.Kad Pengenalan:...........................................)

8. Ahli Jawatankuasa

TINGKATAN 5 .............................................................................
(No.Kad Pengenalan:..........................................)

.............................................................................
(No.Kad Pengenalan:…………………………….)

TINGKATAN 4 ………………………………………………………
(No.Kad Pengenalan:…………………………….)

………………………………………………………
(No.Kad Pengenalan :……………………………)
TINGKATAN 3 …………………………………………………….
(No.Kad Pengenalan: ………………………….)

……………………………………………………
(No.Kad Pengenalan:.......................................)

TINGKATAN 2 ……………………………………………………
(No.Kad Pengenalan: ………………………….)

.........................................................................
(No.Kad Pengenalan:…………………………..)

TINGKATAN 1 ……………………………………………………
(No.Kad Pengenalan:…………………………..)

……………………………………………………
(No.Kad Pengenalan : …………………………)

8. Pemeriksa Kira-Kira .........................................................................


(No.Kad Pengenalan:…………………………..)

……………………………………………………
(No.Kad Pengenalan:…………………………..)

Perakuan: Kami dengan ini mengaku bahawa Senarai Ahli Jawatankuasa di atas adalah mematuhi Subseksyen
6.1.1 dalam Artikel Enam dan perlantikan mereka mematuhi Subseksyen 6.1.2 dalam artikel yang sama
seperti dalam Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Persatuan.

........................................................... ...............................................................
( ) ( )
Pengerusi Setiausaha

Tarikh: ……………………………… Tarikh: ………………………………..

Pengesahan: Saya dengan ini mengesahkan bahawa Senarai Ahli Jawatankuasa di atas dan perlantikan mereka
adalah mengikut Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan
………………………………………… Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Batu.

..........................................
( )
Guru Penasihat

Tarikh: ...................................................
SENARAI AKTIVITI UTAMA PASUKAN / PERSATUAN DAN KELAB

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT BATU, KULAI.


JEA 8015 / TEL : 07-…………………………….

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(c) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta
Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A):
P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Senarai Aktiviti
Utama………………………………………..Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Batu yang selepas ini disebut
sebagai ”persatuan” sahaja.

BIL AKTIVITI MASA


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

Perakuan: Kami dengan ini mengaku bahawa aktiviti dan program yang disenaraikan di atas adalah aktiviti
dan program sebenar yang akan dianjur dan dikelolakan oleh persatuan ini.

.................................................. ........................................................
( ) ( )
Pengerusi Setiausaha

Tarikh: ……………………………… Tarikh: ………………………………

Pengesahan: Saya dengan ini mengesahkan bahawa Senarai Aktiviti Utama di atas adalah sesuai dengan
tujuan dan matlamat penubuhan …………………………….Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit
Batu.

............................................................
( )
Guru Penasihat

Tarikh:
LAPORAN MESYUARAT AGONG SESI 2019

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT BATU, KULAI.


JEA 8015 / TEL : -

Tarikh/ Hari : 2/1/2019 / Rabu

Masa : 8.30-10.20 pagi

Tempat : Aero Hanggar

Pengerusi : Puan Kaleywani a/p Gobaloo Krisnain

Kehadiran(Bilangan) : 56 orang pelajar

Nama Yang Hadir : Rujuk lampiran senarai nama pelajar yang hadir

Nama Yang Tidak Hadir :-

Turut Hadir (Jika ada) : Ketua Guru Penasihat

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Aiman Haikal bin Ab.Rasid mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli Kelab Sejarah dan
Rukun Negara Ucapan terima kasih juga atas kerjasama yang telah diberikan oleh ahli-ahli kelab tahun
lepas. Semoga pada tahun 2019 ini akan membuka peluang kepada semua ahli menimba sebanyak ilmu
yang dapat dimanfaatkan oleh keseluruhan ahli.
Tindakan : Makluman

2 AGENDA MESYUARAT AGUNG SESI 2017

2.1 Pelantikan AJK 2019.

1. Pengerusi : Aiman Haikal bin Ab. Rasid

2. NaibPengerusi 1 : Nuraliaa Atiqah bt Azli

3. NaibPengerusi 2 : Nur Antasha bt Khasful

4. Setiausaha : Nuraina Afiqah bt Hashim

5. Penolong Setiausaha 1 : Nurfitriah bt Ab. Rahman

6. Penolong Setiausaha 2 : Nur Umairah binti Nimhar

5. Bendahari : Nayle Nabihah Qistina bt Mohd Arif

6. Penolong Bendahari 1 : Chai Jia Ling


7. Penolong Bendahari 2 : Nurul Jannah bt Abdullah

8. Ahli Jawatankuasa

TINGKATAN 5
Halimatus Saadiah bt Iskandar Miza
Morni bt Yazid

TINGKATAN 4
Nur Ali Syamira
Mohammad Sami

TINGKATAN 3
Go Yee Ting
Chin Yu Xuan

TINGKATAN 2
Izzat Izzudin bin Zulkifli

TINGKATAN 1
Muhamad Zuhaikal Zulkifli
Khairul Anuar
9. Pemeriksa Kira-Kira
Siti Arina Mardiah bt Aliman
Nurul Jannah bt Abdullah

2.2 menerangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2019. Maklumat aktiviti adalah seperti
berikut:

1. Mesyuarat Agung Kali 1 sesi 2019


2. Pengenalan prinsip rukun negara
3. Lafaz ikrar rukun negara
4. Pengenalan jata negara (susun suai gambar jata negara)
5. Pertandingan lagu patriotik
6. Penghasilan buku skrap tokoh dan pemimpin
7. Kuiz rukun negara
8. Permainan tradicional ( congkak dan catur cina)
9. Melukis poster prinsip rukun negara
10. Tayangan tentang nyayian dan tarian kaum
11. Buku skrap tentang perayaan masing- masing
12. Mengenali lambang negara

Tindakan :Makluman
3 HAL-HAL LAIN

3.1 Semua ahli Kelab Sejarah dan Rukun Negara diingatkan agar mengambil bahagian secara aktif dalam
latihan-latihan yang diadakan.

3.2 Semua ahli Kelab Sejarah dan Rukun Negara juga diingatkan agar membawa buku ko-kurikulum pada
setiap kali perjumpaan yang diadakan.

3.3 Semua ahli diminta membayar yuran tahunan sebanyak RM 2.00 kepada wakil setiap tingkatan masing-
masing.

Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.20pagi

Diminitkan Oleh: Disemak Oleh:

………………………………… …………………………..........
( ) ( )
Setiausaha Ketua Guru Penasihat
................................................, ............................................................,
SMK Bukit Batu SMK Bukit Batu

You might also like