You are on page 1of 12

5 Pesawat

Perang Paling
Popular Dalam
Sejarah
5. Pesawat Pejuang Bf 109 (German)
Pesawat Bayerische Flugzeugwerke 109 juga dikenali sebagai Me 109 (sempena
perekanya Willy Messerschmitt) merupakan pesawat bertempur Nazi German yang
paling penting dari segi perkhidmatan dan juga pengeluarannya. Pesawat Bf 109B
yang dilengkapi dengan enjin Jumo dan 4 mesingan 0.3 inci (7.92 mm) ini mula
diperkenalkan pada 1937 dan diuji kebolehannya pada Perang Saudara Sepanyol.
Ia berjaya mengatasi pesawat I-16 dan I-15 milik Kesatuan Soviet kerana
menggunakan sistem radio Luftwaffe yang canggih untuk penyampaian maklumat
ketika di udara. Pada waktu itu, enjin suntikan minyak Daimler-Benz DB601 dengan
1000 kuasa kuda telah diperkenalkan dan dipasang pada pesawat Bf 109E. Pesawat
ini dilengkapi dengan 2 meriam 0.8 inci (20 mm) pada sayapnya dan 2 mesingan
pada bahagian enjinnya.
Bf 109E merupakan pesawat utama pihak German di dalam Penaklukan Poland
pada tahun 1939 dan Pertempuran Britain (1940-41). Ia mempunyai kelajuan
maksimum 570km/jam dengan ketinggian maksimum 11,000 kaki di udara. Pesawat
ini mengatasi hampir kesemua jentera tempur Tentera Bersekutu pada ketinggian
rendah dan sederhana, akan tetapi dikalahkan oleh pesawat Spitfire tentera British
pada ketinggian 15,000 kaki ke atas.
4. P-51 Mustang (Amerika Syarikat)
Pesawat P-51 yang juga digelar Mustang ini merupakan pesawat tempur
yang mempunyai tempat duduk tunggal dengan enjin tunggal yang direka
dan dihasilkan oleh syarikat penerbang Amerika Utara kepada Tentera
Udara Diraja British (RAF). Ia kemudiannya diambil dan digunakan oleh
Tentera Udara Amerika Syarikat (USAAF).
P-51 Mustang ini dianggap sebagai pesawat pejuang berenjin omboh terbaik
di Perang Dunia ke-2 dan telah dihasilkan dengan banyaknya. Dianggarkan
lebih kurang 1,500 pesawat Mustang yang dilengkapi enjin Merlin ini telah
digunakan oleh RAF untuk tugasan waktu siang di Eropah. Pesawat ini telah
dilesenkan untuk dibina di Australia sehingga ke penghujung perang.
Beberapa unit P-51 telah dihantar ke negara China.
Model pesawat ini yang paling banyak dihasilkan ialah P-51D. Ia dipadankan
dengan cermin tahan lasak Plexiglas di kesemua versi pesawatnya dan
mempunyai kelajuan maksimum sebanyak 700km/jam serta ketinggian
maksimum 42,000 kaki di udara. Ia juga disertakan dengan 6 mesingan
bersaiz 0.5 inci (12.7mm) pada bahagian sayapnya.
3. Dassault-Breguet Mirage (Perancis)
Mirage ialah nama yang diberikan kepada setiap pesawat tempur
yang dihasilkan oleh syarikat aeronautik Dassault-Breguet di Perancis.
Ia merupakan pesawat tahan lasak dan mampu milik yang banyak
digunakan oleh negara-negara dengan pertahanan udara yang kecil
sejak 1960. Pesawat Mirage yang pertama dibangunkan
menggunakan enjin tunggal dan sayap delta ialah Mirage III yang
kemudiannya telah ditambah baik.
Terdapat beberapa versi Mirage yang dihasilkan di antaranya ialah
pesawat pemintas asas, pesawat pengebom dan juga pesawat
peninjau. pada tahun 1960-an, pesawat Mirage III merupakan
pesawat tempur tentera udara Israel yang banyak digunakan dan
disaksikan kebolehannya pada Perang Enam Hari pada 1967.
Negara lain yang menggunakan perkhidmatan pesawat tempur
Mirage III ini termasuk Brazil, Lubnan, Afrika Selatan, Argentina,
Pakistan, Sepanyol, Australia dan juga Switzerland.
2. Mitsubishi Zero (Empayar Jepun)
The Zero, yang juga dikenali sebagai Mitsubishi A6M atau Navy
Type O, adalah sejenis pesawat ekasayap rendah dengan satu
tempat duduk yang digunakan oleh pihak Jepun ketika Perang
Dunia Kedua. Kapal terbang ini direka oleh Horikoshi Jiro dan
merupakan kapal terbang pejuang berpenumpang pertama
yang mampu menumpaskan musuh di darat. Ia direka dengan
spesifikasi yang ditulis pada tahun 1937, diuji buat kali pertama
pada tahun 1939 dan mula dibina serta beroperasi di China pada
tahun 1940.
Walaupun Angkatan Tentera Bersekutu menggelarnya "Zeke", ia
sering dipanggil "Zero" kerana istilah yang diambil bersempena
namanya dalam bahasa Jepun iaitu Reisen Kanjikisen (Kapal
Terbang Pejuang Berpenumpang Kelas Sifar). Tahun ia mula
dibina iaitu 1940 juga merupakan ulang tahun ke-2,600
Maharaja Jepun yang terkenal, Jimmu, diangkat menaiki takhta.
1. A-10 Thunderbolt II (Amerika Syarikat)
Kapal terbang A-10A Thunderbolt II keluaran Fairchild
merupakan sebuah pesawat enjin kembar dengan dua tempat
duduk yang mula diterbangkan pada tahun 1972. Pada
pertengahan tahun 70-an, ia mula menjadi pesawat penyerang
utama bagi Tentera Udara Amerika Syarikat.
Persenjataan utamanya adalah penembak tujuh laras 30mm
yang dipasang di muncung pesawat yang dikatakan sebagai
'pemusnah kereta kebal' paling efektif. A-10 Thunderbolt II
pernah berkhidmat dalam Perang Teluk, Perang Iraq, Perang
Afghanistan dan juga Perang menentang ISIL.

Rujukan:
1. britannica
2. aircraftaces

You might also like