You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

LEMBAH PANTAI,
59990 KUALA LUMPUR.

KERTAS CADANGAN
PROGRAM KHIDMAT BAKTI
DI PUSAT JAGAAN SIDDHARTHAN
PADA
8 JULAI 2017 (SABTU)
DAN
23 SEPTEMBER 2017 (SABTU)

ANJURAN
PEMBIMBING RAKAN SISWA PENDIDIK (PRSd)
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
DENGAN KERJASAMA
IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

1
1.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini bertujuan untuk mendapatkan sokongan dan kelulusan
daripada pihak IPG Kampus Bahasa Melayu untuk mengadakan Program Khidmat
Bakti bersama penghuni di Pusat Jagaan Siddharthan yang terletak di 32, Jalan
SS 3/46, Taman Universiti, 47300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Tujuan
program ini adalah untuk memberi peluang kepada PRSd menabur bakti dalam
aktiviti kemasyarakatan dengan kaedah bimbingan dalam akademik di samping
memberikan peluang kepada ahli PRSd mempraktikkan kemahiran PRSd.

2.0 MATLAMAT
Program Khidmat Bakti ini dianjurkan untuk :
a) Memperoleh pengalaman bimbingan melalui perkongsian ilmu pengetahuan
dengan penghuni Pusat Jagaan Siddharthan.
b) Memberi sumbangan kepada penghuni Pusat Jagaan Siddharthan melalui
kaedah bimbingan dalam akademik.
c) Melahirkan ahli PRSd yang mempunyai nilai PRSd dalam pembentukan
sahsiah guru positif
d) Meningkatkan kemahiran interpersonal PRSd melalui komunikasi dengan
penghuni

3.0 CADANGAN

3.1 Anjuran
Anjuran Pembimbing Rakan Siswa Pendidik (PRSd), Unit Psikologi dan
Kaunseling, IPG Kampus Bahasa Melayu dengan kerjasama IPG Kampus
Bahasa Antarabangsa.
3.2 Sasaran
Warga Pembimbing Rakan Siswa IPG Kampus Bahasa Melayu dan IPG
Kampus Bahasa Antarabangsa.

2
3.3 Tarikh dan Tempat
Tarikh : 18 Februari 2017 (Sabtu) dan 29 April 2017 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi hingga 1.30 tengah hari
Tempat : Pusat Jagaan Siddharthan
32, Jalan SS 3/46, Taman Universiti, 47300 Petaling
Jaya, Selangor, Malaysia

3.4 Cadangan Aktiviti


Ice Breaking
Matematik (Operasi Asas)
Bahasa Melayu (Bina Ayat)
Bahasa Inggeris

4.0 TENTATIF PROGRAM


7.30 pagi Berkumpul di Lobi Menara
8.00 pagi Bertolak
8.30 pagi Ketibaan di Pusat Jagaan Siddharthan
8.40 pagi Pendaftaran
8.45 pagi Ice Breaking
9.15 pagi Slot 1: Matematik (Operasi Asas)
10.15pagi LDK 1
10.45 pagi Slot 2: Bahasa Melayu (Bina Ayat- SALAK)
11.45 pagi LDK 2
12.15 petang Slot 3: Bahasa Inggeris
1.15 petang Penyampaian cenderamata kepada pihak Pusat
Jagaan Siddharthan
Pemberian hadiah kepada anak-anak yatim
1.30 petang Sesi Fotografi
Bertolak balik

3
5.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

Bahan Kuantiti Harga Seunit Jumlah


Pensel 17 kotak RM 2.40 RM 40.80
Kertas A4 1 pek RM 10.00 Rm 10.00
Pelekat 1 RM 3.00 RM 3.00
Riben 1 RM 5.00 RM 5.00
Jumlah RM 58.80

Makanan Jumlah seorang Jumlah peserta Jumlah


Sarapan RM 3.00 20 orang RM 60.00

Semua kos peserta ditanggung oleh institut masing-masing.

Implikasi Kelas : Program ini tidak menganggu waktu kuliah kerana program
dijalankan pada hari Sabtu.

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Penasihat : Dr. Hajah Maridah binti Haji Alias
Penyelaras : Cik Chai Siew Lee
Pengerusi : Wong Vui Shin
Naib Pengerusi : Choo Zhuon Seng
Setiausaha :
Bendahari :
Peralatan dan siaraya :
:
Pengangkutan :
Ice Breaking :
Aktiviti LDK :
:
:
Pengajar : Lim Ming Wei - S4 (Matematik)
: Nur Azizah Rosma -S2 (Bahasa Melayu)

4
: Pavitra A/P Gunentharan (Bahasa Inggeris)
Penyediaan Sijil
dan hadiah : Chrisilla Tikmin
Dokumentasi :
Perhubungan : Wee Kee Quan
7.0 SYOR

Adalah diharapkan pihak IPG Kampus Bahasa Melayu dapat meluluskan kertas
cadangan ini dengan memberi sumbangan kewangan dan membekalkan
perkhidmatan bas ulang-alik.

5
Ulasan oleh Pegawai Unit Psikologi dan Kaunseling :

___________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Ulasan oleh Pegawai Unit Kewangan :

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

Ulasan oleh Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu :

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

You might also like