You are on page 1of 13

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KEPONG,

JALAN LANG PERUT PUTIH 9,


TAMAN KEPONG BARU TAMBAHAN,
52100, KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
KEJOHANAN MINI SUKAN
PERINGKAT SEKOLAH
SK SERI KEPONG
2021

TARIKH :
17 DAN 18 NOVEMBER 2021 ( RABU)
24 DAN 25 NOVEMBER 2021(KHAMIS)

MASA :
8.00 PAGI - 10.00 PAGI

TEMPAT :
PADANG SK SERI KEPONG

ANJURAN :
UNIT KOKURIKULUM
SK SERI KEPONG
1.0 PENGENALAN

Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Seri Kepong, Kuala Lumpur akan mengadakan
mini sukan untuk memberi peluang kepada murid-murid sekolah merasai suasana
gembira dan keseronokan semasa melakukan aktiviti sukan. Pihak sekolah juga dapat
mencungkil bakat-bakat yang terpendam di kalangan murid-murid sekolah.

Selain daripada murid, pelaksanaan sukan ini juga guru-guru dapat melatih serta
mengenalpasti bakat murid sebagai persediaan untuk tahun hadapan.. Adalah menjadi
harapan pihak sekolah, sukan tahunan ini menambah input kepada guru-guru dan
seterusnya faedah itu dapat dikembalikan kepada murid-murid. Secara tidak langsung,
program ini dapat membuka mata guru terhadap bakat-bakat yang dimiliki oleh murid.

2.0 RASIONAL
Sebagai sebuah sekolah mementingkan kejayaan akademik dan kokurikulum, adalah
menjadi harapan pihak sekolah iaitu murid-murid yang dihasilkan oleh sekolah berjaya
di dalam kedua-dua bidang. Ini selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran yang
menekankan penghasilan murid-murid yang cemerlang dalam semua aspek.

Mewujudkan insan yang sihat dan cerdas serta meningkatkan disiplin dalam diri setiap
individu. Secara tidak langsung, gejala-gejala kurang sihat seperti melepak dan
penyalahgunaan dadah akan dapat dibendung. Ini kerana aktiviti murid telah diisi
sepenuhnya dengan penglibatan dalam beberapa aktiviti yang berfaedah seperti
bersukan selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan
insan yang syumul dan serba boleh.
3.0 TUJUAN
3.1 Memberi pendedahan kepada murid dalam pengelolaan dan pelaksanaan
program seperti kejohanan sukan dan permainan di sekolah.
3.2 Melahirkan murid yang mampu merancang, mengelola, memimpin,
mengawal, mentadbir dan melaksanakan sesuatu program.
3.3 Menambahkan pengetahuan murid dalam pelaksanaan kejohanan sukan dan
permainan dalam tempoh pandemik.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Memberi peluang kepada semua murid di sekolah ini untuk mengambil
bahagian dalam aktiviti sukan dan permainan sebagai satu wadah
pendidikan.
4.2 Menyediakan ruang dan peluang kepada murid yang berbakat untuk
menonjolkan kebolehan diri masing-masingdalam bidang sukan.
4.3 Memberikan kesedaran kepada murid tentang pentingnya sukan untuk
kesihatan dan kecergasan dari semua aspek termasuk fizikal atau mental dan
menggalakkan gaya hidup sihat.
4.4 Memberikan pendedahan dan pengalaman kepada murid terhadap suasana
sebenar sebelum mereka menyertai kejohanan di peringkat MSSWPKL
Sentul, MSSWPKL atau MSSM pada masa hadapan.

5.0 PERLAKSANAAN
Tarikh : 17,18, 24 dan 25 November 2021
Hari : Rabu dan Khamis
Masa : 8.00 pagi hingga 10.00 petang
Tempat : Padang SK Seri Kepong, Kuala Lumpur

6.0 SASARAN
6.1 Semua murid Prasekolah, PPKI dan Murid Tahun 1 hingga 6 SK Seri
Kepong.

7.0 JAWATANKUASA INDUK MINI SUKAN

JAWATANKUASA INDUK
MINI SUKAN SK SERI KEPONG

PENASIHAT
En Azlan bin Haji Desa

PENGERUSI
Pn Salinda binti Samot

NAIB PENGERUSI 1
En Nazri bin Abdullah

NAIB PENGERUSI 2
Pn Saraswaty a/p Kunju

NAIB PENGERUSI 3
En Mohamad Faizal bin Mohamad Roselee

SETIAUSAHA KOKURIKULUM
Cik Madhihah binti Nordin

SETIAUSAHA SUKAN
En Mohd Zaki bin Hasbullah

AJK

Pn Siti Zaflina binti Mamat


Pn Murni Nur Munirah binti Mahamud
Cik Punitha a/p Malasamy
Pn Noor Fairuz binti Kusri
Pn Samsiah binti Minggu
Pn Hasliza binti Abdullah

8.0 JADUAL PROGRAM ( ATURCARA MAJLIS )


8.1 Aturcara / Tentatif Program ( Acara Balapan)
Tarikh : 17 November 2021 (Kumpulan A)
24 November 2021 ( Kumpulan B)
Hari : Rabu

7.30 pagi – Kehadiran murid


8.00 pagi – Taklimat tentang perjalanan program.
8.30 pagi – Acara larian 50 meter ( P ) Prasekolah
– Acara larian 50 meter ( L ) Prasekolah
– Acara larian 50 meter ( P ) PPKI
– Acara larian 50 meter ( L ) PPKI
– Acara larian 50 meter ( P ) Tahun 1
– Acara larian 50 meter ( L ) Tahun 1
– Acara larian 50 meter ( P ) Tahun 2
– Acara larian 50 meter ( L ) Tahun 2
– Acara larian 80 meter ( P ) Tahun 3
– Acara larian 80 meter ( L ) Tahun 3
– Acara larian 100 meter ( P ) Tahun 4
– Acara larian 100 meter ( L ) Tahun 4
– Acara larian 100 meter ( P ) Tahun 5
– Acara larian 100 meter ( L ) Tahun 5
– Acara larian 100 meter ( P ) Tahun 6
– Acara larian 100 meter ( L ) Tahun 6
10.00 pagi – Penyampaian Hadiah / Sijil
10.30 pagi – Makan

8.2 Aturcara / Tentatif Program ( Sukaneka )


Tarikh : 18 November 2021 (Kumpulan A)
25 November 2021 ( Kumpulan B)
Hari : Khamis

7.30 pagi – Kehadiran murid


8.00 pagi – Taklimat tentang perjalanan program.
8.30 pagi – Acara sukaneka dijalankan serentak
– Permainan Tuju Sasaran (L)
– Permainan Boling Padang (L)
– Permainan Batu Seremban (P)
– Permainan Congkak ( P)
10.00 pagi – Penyampaian Hadiah / Sijil
10.30 pagi – Bersurai
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA BUTIRAN ANGGARAN JUMLAH
RM
1. Larian 50 m Murid Prasekolah RM 5.00 x 6 orang
Tahun 1 RM 5.00 x 6 orang
Tahun 2 RM 5.00 x 6 orang
Saguhati RM 3.00 X 6 orang RM 108.00

2.
Larian 80 m Tahun 3 RM 5.00 x 6 orang
Saguhati RM 3.00 x 2 orang RM 36.00

3. Larian 100 m Tahun 4 RM 5.00 x 6 orang


Tahun 5 RM 5.00 x 6 orang
Tahun 6 RM 5.00 x 6 orang
Saguhati RM 3.00 x 6 orang RM 108.00

4 Pertandingan Tahap 1 RM 5.00 X 9 orang


Tuju Tahap 2 RM 5.00 X 9 orang RM 90.00
Sasaran( L )
5 Pertandingan Tahap 1 RM 5.00 X 9 orang
Boling Padang
Tahap 2 RM 5.00 X 9 orang RM 90.00
(L)
6 Pertandingan Tahap 1 RM 5.00 X 9 orang
Batu Seremban
Tahap 2 RM 5.00 X 9 orang RM 90.00
(P)
7 Pertandingan Tahap 1 RM 5.00 X 9 orang
Baling Tin (P)
RM 45.00
8 Pertandingan Tahap 2 RM 5.00 X 9 orang
Timbang Bulu
RM 45.00
Tangkis. (P)
8 Sukaneka PPKI RM 5.00 X 5 orang
Prasekolah RM 5.00 X 5 orang RM 50.00
8 Makan murid Semua murid RM 5.00 X 123 orang RM 615.00
9 Lain-lain Air mineral RM 10.00X 5 kotak RM 50.00
Perbelanjaan Kertas A4 RM 12.00 X 5 RM 75.00
JUMLAH RM 1402.00
Ringgit Malaysia : Satu Ribu Empat Ratus Dua Ringgit
10.0 SUMBER KEWANGAN
10.1 Bantuan Sukan Sekolah (BSS) - RM 560.00
10.2 BBTP – Sukan Tahunan - RM 891.25

11.0 BIDANG TUGAS


BIL NAMA GURU BIDANG TUGAS
01 1. MOHD MIZAM B MAT AIL PERSIAPAN TEMPAT/PADANG DAN
2. AHMAD KHUZAIRI B SAID PERALATAN
@NAWANG 1. Memastikan tempat, padang dan
3. MOHD NASERI B ZAWAWI peralatan disediakan sebelum
4. MUHAMMAD SOBRI B HAJI
bermula mini sukan.
RAMLI
2. Memastikan semua peralatan
disimpan setelah digunakan.
3. Menyiapkan garisan padang dan
tempat untuk larian dan sukaneka.

02 1. NOOR FAIRUZ BT KUSRI HADIAH DAN CENDERAMATA


2. NORASIKIN BT AZMI 1. Menyemak bilangan hadiah serta
3. PUNITHA A/P MALASAMY memastikan ianya cukup dan betul
4. NOR IZAZI ISMAH BT RAZALI 2. Mendapatkan senarai nama
pemenang daripada pencatat.
3. Menyampaikan hadiah dengan betul
mengikut pengumuman daripada
juruacara.

03 1. MARIA BT ABU BAKAR MAKANAN DAN MINUMAN MURID


2. SITI ZAFLINA BT MAMAT 1. Makanan murid hendaklah diagihkan
3. NOR HASLIZA BT ABDULLAH mencukupi mengikut kumpulan.
4. SEMUA GURU KELAS 2. Mengira kuantiti makanan yang
5. SEMUA PPM
hendak diagihkan
3. Memastikan semua murid yang
mengambil bahagian mendapat
makanan

04 1. NUR HAKIMAH BT NORDIN BUKU PROGRAM DAN DOKUMENTASI


2. NUR IJIANI BT HISHAM 1. Menyediakan buku program dengan
sebaik mungkin dan siap sebelum
tarikh mini sukan.
2. Mengedarkan buku program kepada
semua guru dan staf.
3. Mendokumentasikan segala maklumat
mini sukan dan serahkan kepada
Setiausaha sukan
lewatnya 2 minggu selepas tarikh
sukan tahunan

05. 1. AINI FARIDATUL AZHAN BT JURUACARA


AMRAN 1. Mengendalikan majlis dengan tertib
dan lancar
2. Mengumumkan nama-nama
pemenang.
3. Mengendalikan majlis dan
menceriakan suasana.

06 1. YOGESWARY A/P PERTOLONGAN CEMAS


SUBRAMANIAM 1. Membantu pihak berkenaan ( jika ada)
2. AHLI PENGAKAP untuk memberi bantuan kepada
peserta yang sakit
2. Menyediakan first aid kit untuk
tindakan kecemasan

1. SAMSIAH BT MINGGU
07 2. GAYATHRI A/P JURUGAMBAR
SUBRAMANIAM 1. Mengambil gambar yang sesuai
sebelum, semasa dan selepas mini
sukan.

1. MURNI NUR MUNIRAH BT


08 MAHAMUD KEBERSIHAN
2. SEMUA GURU 1. Memastikan kawasan sekitar padang
sekolah dalam keadaan bersih
semasa dan selepas kejohanan
1. NAZIHAH BT ABDUL HALIM
09 2. SEMUA GURU DISIPLIN MURID
1. Mengawasi peserta dalam keadaan
terkawal dan mengikut peraturan
sekolah
2. Meminta bantuan pengawas untuk
menjaga keadaan

BIDANG TUGAS ACARA BALAPAN

BIL NAMA GURU BIDANG TUGAS


PELEPAS
01 1. AHMAD KHUZAIRI B SAID 1. Pelepas hendaklah mempunyai
@NAWANG kawalan sepenuhnya terhadap
2. MUHAMMAD SOBRI B HAJI peserta-peserta yang sedang dalam
RAMLI keadaan sedia
2. Sebelum permulaan dimulakan,
pelepas hendaklah memastikan
hakim-hakim dan pegawai-pegawai
bersedia dengan tugas masing-
masing
3. Pelepas berdiri di tempat yang boleh
dilihat sepenuhnya oleh semua
peserta sebelum dilepaskan
4. Penolong pelepas hendaklah
memastikan semua peserta
bertanding dalam saringan dan larian
yang betul

02 1. MOHD MIZAM B MAT AIL HAKIM PENAMAT


2. NOR IZAZI ISMAH BT RAZALI 1. Bertanggungjawab menentukan
3. MOHD NASERI B ZAWAWI kedudukan peserta di garisan
4. NUR HAKIMAH BT NORDIN penamat
2. Menyediakan kad nombor pemenang
3. Ketua Hakim perlu memastikan
semua hakim menjalankan tugas
dengan amanah
4. Memastikan semua keputusan
diperolehi dengan suasana tenang
tanpa ada gangguan pihak luar
5. Membuat keputusan dengan tegas
dan muktamad

03 1. NUR IJIANI BT HISHAM PENYELARAS PESERTA TAHAP 1 DAN 2


2. MURNI NUR MUNIRAH BT 1. Memastikan semua peserta yang
MAHAMUD mengambil bahagian dalam keadaan
3. NOR HASLIZA BT ABDULLAH teratur mengikut acara dan kategori
yang dipertandingkan sebelum
permulaan
2. Melepaskan peserta ke tapak
permulaan dalam keadaan teratur
3. Mengawal peserta ketika permulaan
04 1. SAMSIAH BT MINGGU PENYELARAS PESERTA PRASEKOLAH
2. SITI AISYAH BINTI ROSLI 1. Memastikan semua peserta yang
mengambil bahagian mengikut acara
bersedia sebelum permulaan
2. Melepaskan peserta ke tapak
permulaan dalam keadaan teratur
3. Mengawal peserta ketika permulaan

05 1. NORASIKIN BT AZMI PENYELARAS PESERTA PPKI


2. NORAZLIN BINTI ADNAN 1. Memastikan semua peserta yang
3. NURSHAHIDA BINTI NOORLY mengambil bahagian mengikut acara
4. MOHAMAD SAIFUL BIN bersedia sebelum permulaan
MOHD SAMSUDIN 2. Melepaskan peserta ke tapak
5. SITI SAPURA BINTI ROSDI
permulaan dalam keadaan teratur
3. Mengawal peserta ketika permulaan

05 1. MARIA BT ABU BAKAR PENCATAT KEPUTUSAN


2. YOGESWARY A/P 1. Mendapatkan keputusan bagi setiap
SUBRAMANIAM acara dan kategori yang
3. NAZIHAH BT ABDUL HALIM dipertandingkan
2. Mencatat keputusan bagi setiap acara
dan ketegori dalam borang yang
disediakan
3. Menyampaikan keputusan yang
diterima kepada penerima hadiah dan
pengacara

06 1. PUNITHA A/P MALASAMY PENJAGA MASA


2. NOOR FAIRUZ BT KUSRI 1. Memastikan semua peserta diambil
3. GAYATHRI A/P masa larian.
SUBRAMANIAM 2. Memberikan catatan masa kepada
4. AINI FARIDATUL AZHAN BT pencatat keputusan.
AMRAN
07 1. SITI ZAFLINA BT MAMAT STATISTIK
1. Memungut keputusan bagi setiap
acara dan mencatatnya ke dalam
borang yang disediakan.
2. Menyampaikan keputusan kepada
jawatankuasa hadiah.
BIDANG TUGAS ACARA SUKANEKA DAN PERMAIANAN DALAMAN

BIL NAMA GURU BIDANG TUGAS

01. 1. SAMSIAH BT MINGGU SUKANEKA PRASEKOLAH


2. SITI AISYAH BINTI ROSLI 1. Memastikan tempat dan peralatan
disediakan dengan baik.
2. Memastikan kaedah menentukan
pemenang.
3. Menyimpan semula peralatan setelah
digunakan.

02 1. NAZIHAH BT ABDUL HALIM SUKANEKA PPKI


2. GAYATHRI A/P 1. Memastikan tempat dan peralatan
SUBRAMANIAM disediakan dengan baik.
3. NORAZLIN BINTI ADNAN
4. NURSHAHIDA BINTI NOORLY 2. Memastikan kaedah menentukan
5. SITI SAPURA BINTI ROSDI pemenang.
3. Menyimpan semula peralatan setelah
digunakan.

03. 1. MUHAMMAD SOBRI B HAJI PERTANDINGAN TUJU SASARAN( L)


RAMLI 1. Memastikan tempat dan peralatan
2. MOHD NASERI B ZAWAWI disediakan dengan baik.
3. MOHD MIZAM B MAT AIL 2. Memastikan kaedah menentukan
pemenang.
3. Menyimpan semula peralatan setelah
digunakan.

04. 1. AHMAD KHUZAIRI B SAID PERTANDINGAN BOLING PADANG (L)


@NAWANG 1. Memastikan tempat dan peralatan
2. YOGESWARY A/P disediakan dengan baik.
SUBRAMANIAM 2. Memastikan kaedah menentukan
3. MOHAMAD SAIFUL BIN
pemenang.
MOHD SAMSUDIN
3. Menyimpan semula peralatan setelah
digunakan.
1. AINI FARIDATUL AZHAN BT PERTANDINGAN BALING TIN TAHAP 1
AMRAN (P)
2. NOR HASLIZA BT ABDULLAH 1. Memastikan tempat dan peralatan
3. MARIA BT ABU BAKAR disediakan dengan baik.
2. Memastikan kaedah menentukan
pemenang.
3. Menyimpan semula peralatan setelah
digunakan.

05. 1. NUR HAKIMAH BT NORDIN PERTANDINGAN TIMBANG BULU


2. SITI ZAFLINA BT MAMAT TANGKIS TAHAP 2 (P)
3. NOOR FAIRUZ BT KUSRI 1. Memastikan tempat dan peralatan
disediakan dengan baik.
2. Memastikan kaedah menentukan
pemenang.
3. Menyimpan semula peralatan setelah
digunakan.

06 1. MADHIHAH BT NORDIN PERTANDINGAN BATU SEREMBAN (P)


2. NOR IZAZI ISMAH BT RAZALI 1. Memastikan tempat dan peralatan
3. PUNITHA A/P MALASAMY disediakan dengan baik.
2. Memastikan kaedah menentukan
pemenang.
3. Menyimpan semula peralatan setelah
digunakan.

11.0 PENUTUP

Pihak sekolah berharap agar segala perancangan yang disediakan akan berjalan
dengan lancar dan jayanya. Segala bantuan dan sokongan semua pihak amatlah
dihargai. Begitu juga dengan pihak pentadbir sekolah yang memberikan kerjasama
yang baik untuk menjayakan program ini. Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar
program ini memberi manfaat kepada peserta dan dapat digunakan di sekolah bagi
meningkatkan kecemerlangan murid-murid khususnya dalam bidang kokurikulum.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Diluluskan oleh,

…………………………….. ….……………………. ………………………..


(MOHD ZAKI B HASBULLAH) (SALINDA BT SAMOT) (AZLAN B HAJI DESA)
SETIAUSAHA SUKAN PK KOKURIKULUM GURU BESAR
SK SERI KEPONG SK SERI KEPONG SK SERI KEPONG

You might also like