You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PANUDAHAN,

PETI SURAT 319, 89058 KUDAT,


SABAH

Kertas Kerja 1M1S


Merentas Desa

Anjuran:
Unit Kokurikulum

Disediakan oleh;

……………………
FEDOH OMPIDUK
Penyelaras Kejohanan Merentas Desa,
SK.Panudahan Kudat
1.0 PENDAHULUAN
Merentas desa merupakan satu acara yang digalakkan untuk dianjurkan di setiap sekolah.
Merentas desa ini merupakan acara tahunan di sekolah rendah malahan merupakan sukan yang amat
mudah dan boleh disertai oleh semua murid. Ia juga memberikan peluang kepada murid-murid untuk
terlibat dalam sukan semasa hayat mereka dibangku persekolahan.
2.0 TARIKH/HARI/TEMPAT PERTANDINGAN
Tarikh : 27 Mei 2021
Hari :Jumaat
Masa :7.30 pagi
Tempat :SK.Panudahan,Kudat
Penganjur :Unit Kokurikulum
Urusetia Pelaksanaan:Unit Sukan

3.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN

Kejohanan Larian Merentas Desa ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama, antaranya adalah
untuk,

i. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas desa sebagai acara tahunan.
ii. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang
cergas.
iii. Memupuk semangat kerjasama dikalangan warga Sekolah Kebangsaan
Panudahan ,Kudat dalam mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak
untuk menjayakannya.
iv. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang dalam kalangan
murid dan PIBG.
v. Menjadi pentas pemilihan untuk wakil sekolah ke Kejohanan Merentas Desa peringkat
Daerah seterusnya ke peringkat Negeri atau Kebangsaan.
4.0 KUMPULAN SASARAN

i. Pertandingan ini diwajibkan kepada semua murid daripada tahun 1 hingga tahun 6
kecuali murid-murid yang tidak mendapat kebenaran daripada pihak ibubapa atau murid
yang telah disahkan tidak sihat oleh pihak Jabatan Kesihatan.

ii. Terbuka juga kepada PIBG.


5.0 KATEGORI PERTANDINGAN

BIL KATEGORI BILANGAN PEMENANG


1 PEREMPUAN TAHUN 1 5 PEMENANG
2 LELAKI TAHUN 1 5 PEMENANG
3 PEREMPUAN TAHAP 1 (THN.2 & 3) 10 PEMENANG
4 LELAKI TAHAP 1 (THN.2 & 3) 10 PEMENANG
5 PEREMPUAN TAHAP 2 (THN.4,5 & 6) 10 PEMENANG
6 LELAKI TAHAP 2 (THN.4,5 & 6) 10 PEMENANG
7 PEREMPUAN PIBG 10 PEMENANG
8 LELAKI PIBG 10 PEMENANG

6.0 TREK LARIAN

Semua peserta dikehendaki berlari mengikut trek yang ditentukan oleh pihak penganjur mengikut kategori
yang telah ditetapkanoleh Jawatankuasa Pengelola. Peserta yang berlari mengikut trek yang salah akan
dikira batal.

7.0 ATURCARA PERTANDINGAN

MASA TENTATIF TINDAKAN


7.00 pagi Pendaftaran kehadiran oleh guru-guru kelas di Tapak Guru Kelas
Perhimpunan
7.20 pagi Senaman/warm up/stretching Cgu. Fedoh & Cgu.Mary
Beberapa murid Tahun 6
7.50 pagi Taklimat kepada peserta oleh Penyelaras Cgu.Fedoh
8.10 pagi Acara dimulakan dan dilepaskan setiap 10 minit Pelepas, peronda
mengikut kategori. kejohanan, perolongan
cemas
9.10 pagi Peserta pertama dijangka tiba Ketua Hakim, Pencatat
masa, Pencatat Pemenang
9.40 pagi Rehat Guru Bertugas
10.00 pagi Ucapan Guru Besar dan Penyampaian hadiah Juruacara Majlis
11.00 pagi Majlis dijangka selesai dan murid-murid pulang ke Guru Bertugas
rumah masing-masing

8.0 JAWATANKUASA INDUK


Penaung : En. Palajuman Mongangkim (Guru Besar)
Pengerusi : En.Jose Mangatis (S/U Kokum)
Naib Pengerusi I : Pn.Joren Majohn (Pk.Pantadbiran)
Naib Pengerusi II : Cik Theresa Stephen (Pk.Hem)
Penyelaras : En.Fedoh Ompiduk
Setiausaha : En. Albert Gumpasang ( S/U Kokum)
Bendahari : En. Minson Piransang
AJK Pelaksana :

Buku Program : En. Mohd. Khairul


Fotografi & Dokumentasi : En. Mohd.Harith
Backdrop : Cik Veniessa
Pengacara Majlis : En. Zulfikri
PA Sistem : En.Phelemon
Jamuan : Cik Musriah
Kebersihan : Pekerja Pembersihan sekolah
Kecemasan : Pn. Mary & Pn.Norlin
Keselamatan,disiplin dan
Kawalan lalulintas : En.Fedoh, Ustaz Syuaib, En. Saiful, En. Geof & Pengawal Keselamatan

9.0 Sumber Kewangan & Anggaran Perbelanjaan:


Sumber Kewangan : Kokurikulum (BSS)
Jumlah peruntukan :

BIL BUTIRAN KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH


(RM) (RM)
1 Hadiah 70 orang 4.00 280.00
2 Sijil 1 rim 50.00 50.00
3 Minuman peserta & pegawai 5 kotak 12.00 60.00
(mineral cup)
4 Banner Kejohanan 1 80 80.00
5 Gelang getah 3 bungkus 5.00 15.00
(3 jenis warna)
6 Marker pen 5 batang 4.00 20.00
7 Manila Kad 5 keping 1.00 5.00
8 Ubat-ubatan 50.00 50.00
9 Pengangkutan peserta ke Kejohanan 10 orang 10.00 100.00
merentas desa peringkat daerah
10 Makan minum peserta ke kejohanan 10 orang 4.00 40.00
merentas desa peringkat daerah
11 Perbelanjaan luar jangka 52.00
Jumlah 752.00

10.0 Penutup

Penganjuran Larian Merentas Desa peringkat Sekolah Kebangsaan Panudahan ini memerlukan
kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh
dalam usaha membentuk imej sekolah yang positif. Program ini diharapkan dapat mempertingkat dan
mengukuhkan lagi budaya ingin bersaing dikalangan murid seterusnya diperingkat yang lebih tinggi.
Disamping itu, dengan adanya acara atau aktiviti seperti ini dapat memupuk semangat saling hormat
menghormati antara satu sama lain khasnya kepada ibubapa, guru dan komuniti sekitar.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh, Disahkan oleh,

…………………….. ………………………………… ……………………………


(FEDOH OMPIDUK) (JOSE BIN MANGATIS) (PALAJUMAN MONGANGKIM)
Penyelaras Kejohanan PK.KOKURIKULUM GURU BESAR
SK. Panudahan,Kudat. SK. Panudahan,Kudat. SK.Panudahan, Kudat.

You might also like