You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

MERENTAS DESA SK TAPU


2022

1.0 PENDAHULUAN

Merentas Desa merupakan satu acara wajib dijalankan di sekolah. Merentas desa ini
merupakan
acara tahunan di sekolah rendah malahan merupakan sukan yang amat mudah dan boleh
disertai oleh semua murid. Ia juga memberikan peluang kepada murid-murid untuk terlibat
dalam sukan semasa hayat mereka di bangku persekolahan.

2.0 TARIKH/HARI/MASA/TEMPAT PERTANDINGAN

Tarikh : 25 Mei 2022


Hari : Rabu
Masa : 7.30 pagi – 10.30 pagi
Tempat : SK Tapu
Penganjur : SK Tapu
Urusetia Pelaksanaan : Unit Ko Kurikulum SK Tapu

3.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN

Kejohanan Lari Merentas Desa ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama. antaranya
adalah untuk :

1. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas desa sebagai acara tahunan.
2. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang
cergas.
3. Memupuk semangat kerjasama dikalangan warga Sekolah Kebangsaan Tapu dalam
mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk menjayakannya.
4. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang dalam kalangan
murid-murid dan PIBG.

4.0 MATLAMAT
1. Menjadi asas untuk melahirkan atlit-atlit berpotensi yang bakal dipilih mewakili
2. sekolah bertanding di peringkat Zon , Daerah , Negeri dan Kebangsaan.
3. Melahirkan murid-murid yang mempunyai pengetahuan asas tentang sukan
olahraga,permainan dan sukaneka.
4. Menyemai budaya minat bersukan diperingkat sekolah.

5. 0 RASIONAL
1. Dapat melahirkan generasi yang berketerampilan serta mempunyai jati diri yang tinggi.
2. Memberikan ruang yang jelas dan hala tuju penglibatan mereka dalam mengharumkan
nama rumah sukan dalam acara yang disertai.
3. Melahirkan warganegara Malaysia yang cintakan kecemerlangan dalam apa jua
4. bidang-akademik dan kokurikulum
5. Selari dengan dasar ‘Satu Murid Satu Sukan’, oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

6. 0 KUMPULAN SASARAN

1. Pertandingan ini diwajibkan kepada semua murid daripada tahun 1 sehingga murid tahun 6
Sekolah Kebangsaan Tapu kecuali bagi murid- murid yang mendapat kebenaran pengecualian
daripada Guru Besar atau murid-murid yang mendapat pengesahan sakit atau tidak boleh
menyertai pertandingan ini daripada doktor.
2. Semua peserta mestilah cukup sihat. Setiap guru PJK mestilah memastikan kesihatan murid
masing-masing sebelum aktiviti merentas desa bermula.

7. 0 KATEGORI PERTANDINGAN

BIL KATEGORI PEMENANG


1 TAHAP 1 (Tahun 3 dan 4 ) 20 Pemenang
(10 Lelaki /10 Perempuan)
2 TAHAP 2 ( Tahun 5 dan 6 ) 20 Pemenang
(10 Lelaki / 10 Perempuan)
3 Pertandingan Mewarna ( Tahun 1 dan 2 ) 6 pemenang
( 3 Tahun 1 / 3 Tahun 2 )

8.0 TREK LARIAN

Rujuk Lampiran

9.0 BELANJAWAN

BIL BUTIRAN JUMLAH


1 Hadiah (medal) RM 240.00
RM 7.00 x 40 unit
2 Pertandingan Mewarna RM 30.00
(Tahun 1 dan 2 )
RM 5 x 6
3 Mskan dan minum peserta RM 352.50
141 x RM 2.50
4 Sijil Pemenang dan Sijil Penyertaan RM 50.00
RM 50 x 1 rim
Jumlah RM 712.50

10.0 ATURCARA PERTANDINGAN

MASA TENTATIF TINDAKAN


7.30 am Murid berkumpul Semua murid
8.00 am Warm up / Streching Peserta merentas desa
8.15 am Taklimat kepada pegawai oleh penyelaras YM Tengku Mohd Fadli
program
Taklimat kepada peserta ole penyelaras
program
Bacaan doa Ustaz Roslan bin Abu
Bakar
8.30 am Pergerakan pegawai kejohanan ke lokasi yang Pegawai kejohanan
ditetapkan
8.45 am Acara dimulakan dan dilepaskan setiap 10 Pelepas dan marsyal
minit mengikut kategori kejohanan
Pertandingan mewarna dimulakan
10.00 am Peserta terakhir dijangkan tiba Ketua hakim, pencatat
masa , Pencatat
pemenang
10.15 am Rehat
10.45 am Murid masuk ke kelas masing-masing

Disediakan Oleh: Disahkan oleh

……………………………………………………. ………………………………………………
(SARTINAH BT SALLEH ) (ZARINA BT MOHD YUSOFF)
Setiausaha Ko Kurikulum Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Tapu Sekolah Kebangsaan Tapu
Hulu Terengganu
Terengganu

Disemak Oleh :

……………………………… ………………………
(ROSLEE AB.JAMAL BIN MOHD )
Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum
Sekolah Kebangsaan Tapu

You might also like