You are on page 1of 8

SKTPS2021

SK TANJUNG PISANG SELANGKING


SIMUNJAN

KERTAS KERJA

MERENTAS DESA
SK TANJUNG PISANG SELANGKING 2021

TARIKH:
9 APRIL 2021

MASA :
7.30 pagi - 11.30 pagi

TEMPAT:
Dataran Muhibbah SKTPS
SKTPS2021

1.0      PENDAHULUAN
            Merentas Desa merupakan satu acara wajib dijalankan di sekolah. Merentas
desa ini merupakan acara tahunan di sekolah rendah  malahan merupakan sukan yang
amat mudah dan boleh disertai oleh semua murid. Ia juga memberikan peluang kepada
murid-murid untuk terlibat dalam sukan semasa hayat mereka di bangku persekolahan.

2.0      TARIKH/HARI/MASA/TEMPAT PERTANDINGAN

Tarikh                                    : 9 April 2021


Hari                                        : Jumaat
Masa                                      : 7.30 pagi
Tempat                                  : Sekolah Kebangsaan Tanjung Pisang Selangking
Penganjur                              : Unit Kokurikulum
Urusetia Pelaksanaan          : Unit Sukan

3.0      OBJEKTIF PERTANDINGAN

Kejohanan Lari Merentas Desa ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama.
antaranya  adalah untuk :

1. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas desa  sebagai


acara tahunan.
2. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan
bagi  membentuk  individu yang cergas.
3. Memupuk semangat  kerjasama dikalangan warga Sekolah Kebangsaan
Stunggang Temelan dalam  mengendalikan acara yang memerlukan
kerjasama semua pihak untuk  menjayakannya.
4. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan  serta semangat berjuang
dalam  kalangan murid-murid dan PIBG.
   

4.0      KUMPULAN SASARAN
1. Pertandingan ini diwajibkan kepada semua murid daripada Prasekolah sehingga
    murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Tanjung Pisang Selangking kecuali bagi
murid- murid yang mendapat kebenaran  pengecualian daripada Guru Besar  atau
murid-murid yang mendapat  pengesahan sakit atau tidak boleh menyertai
pertandingan ini daripada doktor.

2.Semua peserta mestilah cukup sihat. Setiap guru PJK mestilah  memastikan


    kesihatan murid masing-masing sebelum aktiviti merentas desa bermula.
SKTPS2021

5.0      KATEGORI PERTANDINGAN

BIL KATEGORI BILANGAN PEMENANG


LELAKI C
(Tahun 1 dan 3 PEMENANG
Tahun 2)
1
PEREMPUAN
C (Tahun 1 dan 3 PEMENANG
Tahun 2)
LELAKI B
(Tahun 3 dan 3 PEMENANG
Tahun 4)
2
PEREMPUAN
B (Tahun 3 dan 3 PEMENANG
Tahun 4)
LELAKI A
(Tahun 5 dan 3 PEMENANG
Tahun 6)
3
PEREMPUAN
A (Tahun 5 dan 3 PEMENANG
Tahun 6)

6.0      TREK LARIAN
Semua murid dikehendaki berlari mengikut trek yang ditentukan mengikut  kategori
yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. Murid dan ibu bapa yang berlari
mengikut trek yang salah akan dikira batal.

7.0      PEMBATALAN PENYERTAAN PESERTA


1. Peserta tidak harus mendapat bantuan di sepanjang perlumbaan.
2. Para peserta yang didapati menganggu atau memintas peserta peserta lain
dengan  tujuan melengahkan kelajuan lawan mereka
3. Peserta yang tidak mengikut trek kejohanan merentas desa yang telah ditetapkan
4. Sebab-sebab lain yang dapat membawa kemudaratan kepada peserta
SKTPS2021

8.0    ATURCARA PERTANDINGAN:

MASA TENTATIF TINDAKAN


7.00 pagi Pendaftaran kehadiran oleh guru-guru kelas di Guru Kelas, Guru Sukan.
Tapak Perhimpunan
7.30 pagi Senaman/ warm up/ Stretching Isa Bin Kotot
Mohd Khairul Arifin bin
Senamrobik Raili

8.00 pagi Taklimat kepada Pegawai-pegawai oleh Pengerusi Teknik,


Penolong Pengerusi Teknik. Penolong Pengerusi
Taklimat kepada Peserta oleh Penyelaras di
teknik, Pegawai Check
tapak perhimpunan Point, Pencatat Masa,
Hakim Penamat.
8.10 pagi Pergerakan Pegawai-pegawai Check Point, Pegawai Check Point,
Pasukan Keselamatan dan Kawalan Lalu Pegawai Keselamatan
Lintas serta Pasukan Kecemasan ke check dan Lalulintas
point masing-masing.
8.30 pagi Acara dimulakan dan dilepaskan setiap 10 Pelepas, Peronda Mula,
minit mengikut Kategori. Peronda Semasa
Kejohanan, Peronda
Akhir, Pertolongan cemas
9.15 pagi Peserta pertama dijangka tiba Ketua Hakim, Pencatat
Masa, Pencatat
Pemenang.
10.00-1030 pagi Rehat Guru Bertugas Mingguan
10.45 pagi Penutupan (Ucapan Guru Besar dan Juruacara Majlis
Penyampaian Hadiah)
11.30 pagi Bersurai Semua Guru

9.0    PANDUAN TUGAS GURU 

PERSIAPAN TEMPAT
Menyediakan dan mengemaskan semula tempat  penamat pertandingan iaitu lorong
penamat, kerusi dan  meja pencatat mengikut kelas dan kategori peserta.

SETIAUSAHA DAN  PEN.SETIAUSAHA
- Menyediakan borang keputusan pertandingan,  Kad  pemenang dan kad
Check Point.
- Membuat laporan pertandingan dan menyerahkan  kepada  PK Kokurikulum
dalam masa seminggu selepas  pertandingan

HADIAH
- Menempah, memastikan hadiah mencukupi untuk setiap  acara.
- Membuat persiapan dan upacara penyampaian hadiah apabila aktiviti tamat.
SKTPS2021

PELEPAS
- Melepaskan peserta untuk permulaan

REFERI PELEPAS
- Membawa peserta ke tempat mula mengikut Kelas dan  kategori yang telah
ditetapkan pada masa yang  ditentukan.
- Memberi isyarat kepada pelepas untuk memulakan  pertandingan

PENGACARA MAJLIS
Mengacarakan majlis  penyampaian hadiah setelah  kejohanan tamat.

KECEMASAN
- Menyediakan alat bantuan kecemasan.
- Memberi bantuan yang sewajarnya lepada pesakit.

HAKIM
Memberikan nombor kedudukan kepada pemenang bagi setiap kategori.

KETUA HAKIM
- Memberi taklimat kepada hakim dan penjaga masa  (Pencatat)
- Mempastikan semua keputusan pertandingan diperolehi  dan menyerahkannya
   kepada pengacara majlis untuk  penyampaian hadiah.

PENCATAT DAN  PENJAGA MASA


- Mencatat  nama pemenang mengikut  nombor kad keputusan hakim,
- Mengambil masa pemenang pertama pertandingan  mengikut kelas dan kategori
    yang diarahkan untuk  mencatat( berada di tempat permulaan untuk  mengambil
    masa permulaan).

PENGURUS TREK
- Mempastikan trek selamat digunakan dan semua guru  yang bertugas di check
point telah bersedia.

JURUTUNJUK ARAH 
- Bersedia dengan motosikal dan membawa bendera  amaran kepada orang
awam (Bendera Merah)
- Menjadi penunjuk arah laluan bagi kategori yang diarahkan oleh pengurus trek.

PENJAGA STESEN/  CHECK POINT.


- Berada di tempat check point (Stesen) yang ditentukan  sekurang-kurangnya 10
minit  lebih awal sebelum aktiviti bermula
- Berada di kedudukan yang sesuai di check point bagi  mempastikan
keselamatan murid
SKTPS2021

- Mengawal dan mempastikan lalulintas di kawasan  tersebut selamat untuk


laluan  murid.
- Memberi arahan kepada murid sekiranya mereka berlari  secara yang
membahayakan.

10. JAWATANKUASA PENGELOLA MERENTAS DESA 2020

Pengerusi : Pn Hasiah Binti Hj Gidir


(Guru Besar )

Naib Pengerusi 1 : En.Bahren Bin Uji


(Penolong Kanan Kokurikulum )

Naib Pengerusi 2 : En.Hamdan Bin Sapaei


(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )

Naib Pengerusi 3 : Pn Rozila Binti Mamat


(Penolong Kanan Pentadbiran)

Setiausaha Kokurikulum: Cik Sadatul Aqmar Binti Mohamad Ali

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MERENTAS DESA

Pegawai Pelepas : Pn.Hasiah Binti Gidir


Guru Besar )

Pegawai Pertandingan
1. Check Point : En Isa Bin Kotot.
: En Abg Mohammad Hassim Bin Kadri

2 Hakim Penamat : Pn Rozila Binti Mamat


: Ustazah Farah Ain Binti Asan

3.Peronda Keselamatan : En Abdul Latif Bin Hj Sanusi


: Ustaz Hasrul Ikhamudin Bin Buang
: Ustazah Munirah Binti Dris

4 Hakim Sukaneka : Tn Hj Salamat@Bachok Bin Landarian


: En.Hamdan Bin Sapaei
SKTPS2021

: Pn Nadzifah Binti Omar


: Ustazah Farah Diana Binti Abu Bakar
: Pn Madinah Binti Norung
: Pn Nazatul Nazirah Binti Abdullah

5.Ajk Peralatan Sukaneka : En Lim Bih Loong


:En Bahren Bin Uji
:En Abg Mohammad Hassim Bin Kadri
:En.Isa Bin Kotot
:En.Abdul Latif Bin Hj Sanusi
:Ustaz Hasrul Ikhamudin Bin Buang
6. Ajk Hadiah : Cik Joanna Gilbert Asson
: Pn Norhasinahwati Binti Marsat
: Pn Suraya Binti Sat@Hassan
: Cik Sadatul Aqmar Binti Mohamad Ali
: En. Muhammad Khairul Ariffin Bin Raili

6. Bacaan Doa : Ustaz Wan Mohd Hanif Saifuddin bin Wan Ahmad

7. P.A. Sistem : En.Hamdan Bin Sapaei

8. Ajk Dispilin pelajar


: Cikgu Cik Joanna Anak Gilbert Asson

9. Ajk Dokumantasi : En. Muhammad Khairul Ariffin Bin Raili

10. Buku Program : Cik Sadatul Aqmar Binti Mohamad Ali

11. Juru Acara : Pn Noor Faiza Binti Samsawi

12. AJK Kebersihan : Pn Salmah binti Mohamad


En Abg Mohamad Hassim Bin Kadri
SKTPS2021

11. PERBELANJAAN

Bil Jenis Perbelanjaan Jumlah


1 Makanan dan Minuman RM
2 Hadiah :

: Medal RM10.80 x set


3 Peralatan yang digunakan RM
JUMLAH BESAR

12. PENUTUP

Diharapkan dengan penganjuran Merentas Desa di peringkat sekolah, murid-


murid akan lebih berminat dengan aktiviti kokurikulum. Di antara kesan positif aktiviti
merentas desa adalah ianya dapat membina kekuatan fizikal,sahsiah dan jati diri yang
kukuh di kalangan murid. Dengan bertambahnya aktiviti murid, markah kokurikulum
murid juga akan bertambah.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

________________________________ _________________

(Wan Mohd Hanif Saifuddin bin Wan Ahmad ) ( En. Bahren Bin Uji )
Setiausaha, GPK Kokurikulum
Program Merentas Desa Sk Tg Pisang Selangking
SK Tg Pisang Selangking

Disahkan oleh :

_________________

(Pn.Hasiah Binti Gidir)


Guru Besar,
Sk Tg Pisang Selangking

You might also like