You are on page 1of 11

PENYALAHGUNAAN DADAH

Disediakan oleh :
1. Mohammad Amy Amirul bin Ali
2. Mohamad Aijaz
3. Farhan Helmy
Pengenalan
• Penyalahgunaan dadah adalah masalah yang paling ketara dan
amat membimbangkan. Ini disebabkan penyalahgunaan dadah
merupakan racun masyarakat yang paling merbahaya. Ia boleh
menghancurkan mereka yang terlibat, masyarakat dan negara.
• Jika perkara ini tidak di cegah sebelum merebak ke seluruh
masyarakat terutama golongan belia sudah tentu kemajuan,
keamanan dan kemakmuran sesebuah negara itu akan tergugat.
Definisi Dadah
• Dadah bermaksud bahan yang digunakan untuk merawat penyakit,
mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam badan untuk
tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang
dimakan dianggap dadah. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal
tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas
untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).
• Dari sudut agama, dadah juga dibincangkan secara khusus. Di dalam kitab
suci Al-Quran, istillah “Khamar” yang diharamkan digunakan bagi semua
bahan yang memabukkan atau boleh menghilangkan fikiran. Oleh yang
demikian, dadahboleh dikategorikan sebagai satu daripada jenis “Khamar”
kerana ia boleh memabukkan, mengkhayalkan, dan menyebabkan penagihan,
dan pergantungan, perubahan tingkah laku, emosi, ragam dan pemikiran.
• Secara umumnya, dadah bermaksud sebarang bahan kimia yang psikoaktif,
samada berbentuk asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan
secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh
badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.
Jenis – Jenis Dadah
Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian :

1. Narkotik / Opait (Heroin, Morfin, Candu, Kodien & Metadon)


2. Perangsang / Stimulants (Amfetamin, Methamfetamin, Ecstasy &
Kokain)

3. Penekanan / Depressants (Barbiturat, Trankuilizer, Alkohol)


4. Hallucinogen (LSD, PCP, Meskalin, Psilosibin)

5. Cannabis (Ganja, Hashish & Marijuana)


Kesan Penyalahgunaan dadah terhadap
individu
• Tubuh badan yang sihat menjadi lemah, kurus dan tidak bermaya kerana kurang nafsu makan
yang menyebabkan kurang zat-zat makanan yang diperlukan.
• Mudah tersinggung dan naik radang dengan perasaan yang bukan-bukan kerana mensyaki dan
khuatir masyarakat sentiasa menghina mereka
• Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal sehingga mereka terpaksa
memaki kaca mata gelap untuk melindunginya.
• Terdapat parut dan kesan-kesan luka celar-celar, terutamanya di bahagian lengan (bagi mereka
yang menggunakan jarum suntikan)
• Dari masa ke semasa menggelatar seperti kesejukkan amat sangat.
• Suka menjauhkan diri dari khalayak ramai ke tempat-tempat sunyi atau gelap.
• Selalu melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil-ganjil kerana bdipengaruhi khayalan-
khayalan kesan dadah yang mereka ambil.
• Tidak dapat mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan dan gangguan mental,
sehingga percakapan susah di fahami.
• Selalu mengantuk, hilang konsentrasi serta hilang pertimbangan akal dan kawalan diri.
• Walau bagaimanapun, kesan atau akibat dadah ke atas seseorang adalah berbeza mengikut
individu dan bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah dadah, jumlah dadah yang
digunakan, cara penggunaan, keadaan individu serta situasi ketika menggunakannya.
Punca penyalahgunaan Dadah
Terdapat beberapa punca atau sebab penglibatan penyalahgunaan dadah terutamanya di
kalangan remaja. Di antaranya ialah:
1. Kekurangan Perhatian Daripada Ibu Bapa
Hal ini memang tidak dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar kesenangan
hidup pada hari ini. Para ibu bapa sentiasa sibuk mencari nafkah bagi menampung
kehidupan serta menyediakan keperluan asas yang bertaraf tinggi untuk keluarga.
Secara tidak langsung, masa yang sepatutnya diluangkan bersama anak-anak menjadi
terhad. Hal ini akan mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang keterlauan
kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa. Lama-kelamaan,
kebebasan yang dikecapi akan membawa mereka ke lembah penagihan najis dadah.

2. Pengaruh Rakan Sebaya


Hal ini demikian kerana kebanyakan masa remaja diluangkan bersama dengan rakan
sebaya mereka. Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai haruslah dilakukan dengan
bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya rakan sebaya yang digauli oleh mereka terlibat
dalam pengambilan dadah, secara tidak langsung mereka sendiri akan terikut-ikut
dengan sikap rakan mereka.Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan menyebabkan
gejala ini menjadi lebih serius. Para remaja perlu bersikap rasional pada setiap masa.
3. Tekanan / Depressi
Kini, remaja bukan hanya berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah semata-
mata. harapan yang tinggi oleh ibu bapa agar mereka mencapai prestasi yang
cemerlang dalam pelajaran telah menjadi suatu tekanan yang hebat kepada remaja.
Selain menghadiri kelas di sekolah, mereka terpaksa menghadiri kelas-kelas yang lain
seperti kelas tuisyen, muzik, tarian, seni pertahanan diri dan sebagainya bagi
memenuhi kehendak ibu bapa. Akibatnya, mereka tidak mempunyai masa yang
tersendiri untuk beristirahat dan melakukan hobi yang digemari oleh mereka. Tekanan
ini akan mendorong mereka mengambil dadah kerana kononya ingin mencari
ketenangan jiwa. Mereka berpendapat bahawa pengambilan dadah dapat
mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka dalam sekelip mata sahaja.

4. Kurang Pendidikan Agama


Pada masa sekarang, kebanyakkan remaja yang terlibat dengan dadah adalah
disebabkan oleh kurangnya pendidikan agama. Hal ini berlaku kerana ibubapa tidak
memberi perhatian kepada anak mereka. Tambahan lagi, dalam dunia moden ini
remaja sangat terdedah dengan gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan akal fikiran
mereka. Kurangnya pendidikan agama menyebabkan remaja sesuka hati melakukan
perkara yang telah dilarang oleh ugama. Oleh itu, pendidikan agama amatlah penting
bagi menghalang atau menghindari dari perbuatan yang di anggap hina.
5. Pengaruh Media Cetak Dan Media Elektronik
Pada masa kini, remaja sangat terdedah dengan media cetak dan media elektronik. Hal
ini adalah kerana melalui kedua-dua media ini dapat memberikan maklumat atau bahan
yang tidak diperolehi disekolah mahupun di dalam buku teks sekolah. Walau
bagaimanapun, kedua-dua media ini juga memberi pengaruh yang amat besar terhadap
remaja hingga boleh mengubah tingkah laku serta akal fikiran mereka. Remaja
bertindak melulu tanpa memikirkan perkara yang dibuat itu betul atau salah.
Langkah – langkah membanteras
penyalahgunaan dadah
Terdapat pelbagai langkah untuk menghindari dari kegiatan penyalahgunaan dadah
supaya ia berkurang dan kalau boleh di hapuskan sama sekali. Di antaranya ialah:-

1. Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat


Misalnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Hal ini adalah
kerana tanpa pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan sukar memperolehi bekalan
dadah. Begitu juga kepada penagih dadah dikenakan hukuman yang berat. Sebagai
contoh, hukuman bagi penyalahgunaan dadah jenis ‘Syabu’. Kesalahan mengedar
dadah Syabu iaitu antara 20 gram hingga 50 gram (di bawah seksyen 3 (a) Akta
Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Hukuman minima adalah 20 tahun penjara dan
15 kali sebat dan hukuman maksima pula adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebat.
Jika melebihi daripada 50 gram akan dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala
kesalahan bagi memakan dadah Sybu di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan
Dadah Penggal 27, boleh dijatuhka hukuman maksima 10 tahun penjara atau
$20,000.00 atau kedua-duanya sekali.
2. Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah.
Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk
membanteras isu penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk
mencegah. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar,
pameran dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan
serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang bahaya dadah
dan kesedaran mereka. Selain itu, pihak yang berkenaan boeh mengadakan aktiviti ko-
kurikulum seperti perkhemahan motivasi dan sebagainya.

3. Perlu mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan kerajaan.


Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-sama membanteras isu
penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan golongan remaja.
Sebagai contoh, masyarakat dan pihak kerajaan perlu memata-matai serta bertindak
pantas dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan. Ibu bapa perlu
mengawasi dan bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak mereka. Selain itu,
kawalan kastam yang ketat perlu dilaksanakan
4. Penubuhan pusat-pusat pemulihan
Pihak kerajaan juga telah menubuhkan rumah-rumah pemulihan yang bertujuan untuk
memberi rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari berbagai peringkat umur, bangsa
dan lain-lain. Sebagai contoh, kerajaan Brunei telah menubuhkan sebuah rumah
pemulihan yang dikenali sebagai Rumah Al-Islah untuk merawat serta memulihkan
pemikiran mental serta tingkah laku mereka kepada jalan yang benar serta di redhai
Allah.

You might also like