You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGAAN LAKSAMANA

D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING


93350, KUCHING, SARAWAK

KERTAS CADANGAN
KEJOHANAN MERENTAS DESA
SEKOLAH KEBANGSAAN LAKSAMANA,KUCHING SARAWAK
OKTOBER 2020
1.0      PENDAHULUAN
            Merentas Desa merupakan satu acara wajib dijalankan di sekolah. Merentas
desa ini merupakan acara tahunan di sekolah rendah  malahan merupakan sukan
yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua murid. Ia juga memberikan peluang
kepada murid-murid untuk terlibat dalam sukan semasa hayat mereka di bangku
persekolahan.

2.0      TARIKH/HARI/MASA/TEMPAT PERTANDINGAN

Tarikh                                    : 16 Oktober 2020


Hari                                        : Jumaat
Masa                                      : 7.30 pagi
Tempat                                  : Sekolah Kebangsaan Laksamana
Penganjur                             : Kokurikulum
Urusetia Pelaksanaan          : Unit Sukan

3.0      OBJEKTIF PERTANDINGAN

Kejohanan Merentas Desa ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama.


antaranya  adalah untuk :

1. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas desa  sebagai


acara tahunan.
2. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan
bagi  membentuk  individu yang cergas.
3. Memupuk semangat  kerjasama dikalangan warga Sekolah Kebangsaan
Laksamana dalam  mengendalikan acara yang memerlukan
kerjasama semua pihak untuk  menjayakannya.
4. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan  serta semangat berjuang
dalam  kalangan murid-murid.
   

4.0      KUMPULAN SASARAN
1. Pertandingan ini diwajibkan kepada semua murid daripada tahun 4 sehingga
    murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Laksamana kecuali bagi
murid- murid yang mendapat kebenaran  pengecualian daripada Guru Besar  atau
murid-murid yang mendapat  pengesahan sakit atau tidak boleh menyertai
pertandingan ini daripada doktor.

2.Semua peserta mestilah cukup sihat. Setiap guru PJK mestilah  memastikan


    kesihatan murid masing-masing sebelum aktiviti merentas desa bermula.
5.0      KATEGORI PERTANDINGAN

BIL KATEGORI BILANGAN PEMENANG


LELAKI 10 PEMENANG
1
PEREMPUAN 10 PEMENANG

6.0      TREK LARIAN
Semua murid dikehendaki berlari mengikut trek yang ditentukan mengikut  kategori
yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. Murid yang berlari mengikut
trek yang salah akan dikira batal.

7.0      PEMBATALAN PENYERTAAN PESERTA


1. Peserta tidak harus mendapat bantuan di sepanjang perlumbaan.
2. Para peserta yang didapati menganggu atau memintas peserta peserta lain
dengan  tujuan melengahkan kelajuan lawan mereka
3. Peserta yang tidak mengikut trek kejohanan merentas desa yang telah ditetapkan
4. Sebab-sebab lain yang dapat membawa kemudaratan kepada peserta

8.0    ATURCARA PERTANDINGAN:

MASA TENTATIF TINDAKAN


7.00 pagi Pendaftaran kehadiran oleh guru-guru kelas di Guru Kelas, Guru Sukan.
Tapak Perhimpunan
7.30 pagi Senaman/ warm up/ Stretching

Senamrobik
8.00 pagi Taklimat kepada Pegawai-pegawai oleh Pengerusi Teknik,
Penolong Pengerusi Teknik. Penolong Pengerusi
Taklimat kepada Peserta oleh Penyelaras di
teknik, Pegawai Check
tapak perhimpunan Point, Pencatat Masa,
Hakim Penamat.
8.10 pagi Pergerakan Pegawai-pegawai Check Point, Pegawai Check Point,
Pasukan Keselamatan dan Kawalan Lalu Pegawai Keselamatan
Lintas serta Pasukan Kecemasan ke check dan Lalulintas
point masing-masing.
8.30 pagi Acara dimulakan dan dilepaskan setiap 10 Pelepas, Peronda Mula,
minit mengikut Kategori. Peronda Semasa
Kejohanan, Peronda
Akhir, Pertolongan cemas
9.15 pagi Peserta pertama dijangka tiba Ketua Hakim, Pencatat
Masa, Pencatat
Pemenang.
9.30 pagi Rehat Guru Bertugas Mingguan
10.00 pagi Ucapan Guru Besar dan Penyampaian Juruacara Majlis
Hadiah
11.00 pagi Murid masuk ke kelas masing-masing Guru Mata Pelajaran
9.0    PANDUAN TUGAS GURU 

PERSIAPAN TEMPAT
Menyediakan dan mengemaskan semula tempat  penamat pertandingan iaitu lorong
penamat, kerusi dan  meja pencatat mengikut kelas dan kategori peserta.

SETIAUSAHA DAN  PENYELARAS
- Menyediakan borang keputusan pertandingan,  Kad  pemenang dan kad
Check Point.
- Membuat laporan pertandingan dan menyerahkan  kepada  PK Kokurikulum
dalam masa seminggu selepas  pertandingan

HADIAH
- Menempah, memastikan hadiah mencukupi untuk setiap  acara.
- Membuat persiapan dan upacara penyampaian hadiah apabila aktiviti tamat.

PELEPAS
- Melepaskan peserta untuk permulaan

REFERI PELEPAS
- Membawa peserta ke tempat mula mengikut Kelas dan  kategori yang telah
ditetapkan pada masa yang  ditentukan.
- Memberi isyarat kepada pelepas untuk memulakan  pertandingan

PENGACARA MAJLIS
Mengacarakan majlis  penyampaian hadiah setelah  kejohanan tamat.

KECEMASAN
- Menyediakan alat bantuan kecemasan.
- Memberi bantuan yang sewajarnya lepada pesakit.

HAKIM
Memberikan nombor kedudukan kepada pemenang bagi setiap kategori.

KETUA HAKIM
- Memberi taklimat kepada hakim dan penjaga masa  (Pencatat)
- Mempastikan semua keputusan pertandingan diperolehi  dan menyerahkannya
   kepada pengacara majlis untuk  penyampaian hadiah.

PENCATAT DAN  PENJAGA MASA


- Mencatat  nama pemenang mengikut  nombor kad keputusan hakim,
- Mengambil masa pemenang pertama pertandingan  mengikut kelas dan kategori
    yang diarahkan untuk  mencatat( berada di tempat permulaan untuk  mengambil
    masa permulaan).

PENGURUS TREK
- Mempastikan trek selamat digunakan dan semua guru  yang bertugas di
check point telah bersedia.
JURUTUNJUK ARAH / RONDAAN BERMOTOR
- Bersedia dengan motosikal dan membawa bendera  amaran kepada orang
awam (Bendera Merah)
- Menjadi penunjuk arah laluan bagi kategori yang diarahkan oleh pengurus
trek.

PENJAGA STESEN/  CHECK POINT.


- Berada di tempat check point (Stesen) yang ditentukan  sekurang-kurangnya
10 minit  lebih awal sebelum aktiviti bermula
- Berada di kedudukan yang sesuai di check point bagi  mempastikan
keselamatan murid
- Mengawal dan mempastikan lalulintas di kawasan  tersebut selamat untuk
laluan  murid.
- Memberi arahan kepada murid sekiranya mereka berlari  secara yang
membahayakan.
10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat                          : Mahdi Bin Mantali


(Guru Besar SK Laksamana)
                                           
Pengerusi         : Madhi Bin Hamden
(Penolong Kanan Ko-Kurikulum SK Laksamana)
                                           
Naib Pengerusi 1               : Wilhemina Anak Kana
                                            (Penolong Kanan Pentadbiran SK Laksamana)

Naib Pengerusi 2               : Normah binti Abu Samad


(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
                                           
Setiausaha Sukan             : Abg Mohd Firdaus Bin Abg Madehi
(Setiausaha Sukan SK Laksamana)

Penyelaras Program : Susilawati Binti Abit


(Setiausaha Ko-Kurikulum SK Laksamana)

AHLI JAWATANKUASA KERJA

BIL. AJK / GURU BIDANG TUGAS ALATAN


1. BUKU PROGRAM DAN JEMPUTAN   Menyediakan Buku Kertas
1.   Program Warna A4
 Nadhiratul Akmal Binti Ahmad Marzuki  Mengedarkan Buku
 Noorliza Binti Hassan Program Kejohanan
 Menyediakan  dan ,meng
edarkan surat jemputan
kepada pihak polis,
hospital, PPD (surat
pemberitahuan).
2. PUBLISITI DAN HIASAN   Membuat dan memasang Kain
kain rentang Kejohanan rentang,
 Fitri Iskandar Bin Nasri Merentas Desa “Bantings”
Mengemas dan dan
menyimpan semula segala perhiasan
peralatan yang digunakan yang sesuai
selepas aktiviti
3. MAKANAN/MINUMAN  Membuat tempahan
makanan/minuman untuk
-tiada makanan atau minuman disediakan pegawai-pegawai dan
1 pelajar-pelajar yang
bertugas
 Mengagihkan
makanan/minuman kepada
pegawai-pegawai dan
pelajar-pelajar yang
bertugas
4. HADIAH, CENDERAMATA DAN SIJIL  Menempah hadiah
1.   mengikut kategori
Hadiah,
 Menyusun hadiah untuk
dulang dan
 Nadhiratul Akmal Binti Ahmad Marzuki acara Penyampaian Hadiah
sijil
 Noorliza Binti Hassan  Menyediakan sijil untuk
para pemenang
5. SIARAYA     Menyediakan alat
    siaraya di Tapak
 Fitri Iskandar Bin Nasri Perhimpunan
 Menyimpan semula
peralatan yang digunakan
setelah selesai kejohanan
6. DOKUMENTASI Mengumpul semua
1.   maklumat untuk
 Abg Mohd Firdaus Bin Abg Madehi didokumentasikan
 Membuat dokumentasi
dengan kerjasama S/U
Kokurikulum dan S/U
Sukan
7. KEBERSIHAN  Memastikan persekitaran
   Kontraktor Pembersihan sekolah berada dalam
keadan bersih
8. KECEMASAN   Menyediakan FIRST AID
kenderaan/alatan KIT
 Abg Mohd Firdaus Bin Abg Madehi bantuan/peti pertolongan
cemas.
      Menghantar murid ke
    hospital.

9. JURUHEBAH DAN JURUACARA MAJLIS Menyediakan teks, lagu-


lagu selingan yang
 Susilawati binti Abit bersesuaian dan
mengacara di sepanjang
kejohanan     untuk
memeriahkan suasana
10. JURU FOTO  Mengambil gambar
sepanjang kejohanan
 Abg Mohd Firdaus Bin Abg Madehi  Menyerahkan gambar
1.    kepada AJK Dokumentasi
11. PELEPAS  Melepaskan para Wisel/Air
peserta mengikut Hon dan
 Madhi bin Hamden kategori di garisan Hailer
1.   permulaan

12. PERSIAPAN TREK      Mencari trek yang Peta laluan


1. bersesuaian dan selamat
 Donny Bin Payar untuk larian.
 Abg Mohd Firdaus Bin Abg Madehi   Menyediakan pelan
1.     trek/laluan Merentas Desa
  Memasang Check Point
di trek.
13. HAKIM-HAKIM PENAMAT / PENJAGA Menentukan kedudukan
MASA murid 1- 10.
   Mengambil masa bagi
kedudukan pelajar tempat 1
 Siti Nordiana Binti Raduan hingga 10 kategori masing-
 Jane Binti Abdul Kadir masing
 Susilawati Binti Abit
1.
 

14. SENAMROBIK     Menyediakan murid


untuk mengetuai
 Ramlah Binti Pani senamrobik
 Arenit Anak Blaun

15. PENJAGA CHECK POINT  Mengedarkan gelang


CHECKPOINT 1 getah
 Donny bin Payar  Menunjukkan laluan
 Ramlah Binti Pani
 Arenit Anak Blaun

CHECKPOINT 2
 Ahmad Najid Bin Wahid
 Norasiah Binti Ismail

CHECKPOINT 3
 Firster Anak Satang
 Bita Chia

CHECKPOINT 4
 Dora Athan
 Abraham Victor
16.   Meletakkan penanda bagi
PERONDA MULA DAN SEMASA setiap Check Point
KEJOHANAN & KESELAMATAN, DISIPLIN,  Meronda trek bersama Bendera
DAN KAWALAN LALU LINTAS peserta semasa dilepaskan Putih dan
oleh pelepas dan semasa Bendera
larian. Merah.
 Madhi Bin Hamden Memaklumkan kepada
Pegawai Teknik /Pengurus
 Abg Mohd Firdaus Bin Abg Madehi
Kejohanan dan
memaklumkan Pegawai
Pelepas bahawa telah
  
bersedia
11.0     ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Butiran Kuantiti HargaSeuni Jumlah


t (RM)
(RM)
1. Piala Johan 2 20.00 40.00
2. Piala Tempat Ke – 2 2 15.00 30.00
3. Piala Tempat Ke – 3 2 10.00 20.00
4. Medal 20 4.00 80.00
4. Sijil 1 rim 50.00 50.00
5. Bunting Kejohanan Merentas 1 50.00 50.00
Desa
6. Gelang getah 2 bungkus 10.00 20.00
7. “Caution Tape” 2 gulung 8.00 16.00
8. Kanopi 4 199.00 796.00
                                        JUMLAH 306.00

12.0 SUMBER KEWANGAN

 Peruntukan Ko-kurikulum - RM796.00 (Kanopi)


 Sumbangan PIBG - RM306.00 ( Perbelanjaan Lain)

Jumlah peruntukan yang dimohon adalah sebanyak RM 1102.00

Disediakan Oleh:                            Disemak Oleh:                           

………………………………      ……………………………..      
ABG.MOHD. FIRDAUS BIN ABG MADEHI MADHI BIN HAMDEN
SU Sukan SK Laksamana                               GPK Kokurikulum SK Laksamana        

Disahkan Oleh:

…………………………………………
MAHDI BIN MANTALI

Guru Besar SK Laksamana

You might also like