You are on page 1of 10

KERTAS KERJA

KEJOHANAN
MERENTAS DESA
PERINGKAT SEKOLAH

SELASA, 24 MEI 2022


7.30 PAGI
SK PARIT RAMBAI
1.0      PENDAHULUAN
Merentas Desa merupakan satu acara wajib dijalankan di sekolah. Merentas desa ini
merupakan acara tahunan di sekolah rendah  malahan merupakan sukan yang amat
mudah dan boleh disertai oleh semua murid. Ia juga memberikan peluang kepada
murid-murid untuk terlibat dalam sukan semasa hayat mereka di bangku
persekolahan.

2.0      TARIKH/HARI/MASA/TEMPAT PERTANDINGAN

Tarikh                                    : 24 Mei 2022


Hari                                        : Selasa
Masa                                      : 7.30 pagi
Tempat                                  : Sekolah Kebangsaan Parit Rambai
Penganjur                              : Unit Kokurikulum
Urusetia Pelaksanaan          : Unit Sukan

3.0      OBJEKTIF PERTANDINGAN

Kejohanan Merentas Desa ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama.


antaranya  adalah untuk :

1. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas desa  sebagai


acara tahunan.
2. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi  membentuk 
individu yang cergas.
3. Memupuk semangat  kerjasama dikalangan warga SK Parit Rambai
dalam  mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak
untuk  menjayakannya.
4. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan  serta semangat berjuang
dalam  kalangan murid-murid dan PIBG.

4.0      KUMPULAN SASARAN
1. Pertandingan ini diwajibkan kepada semua murid daripada tahun 1 sehingga
murid tahun 6 SK Parit Rambai kecuali bagi murid- murid yang mendapat
kebenaran  pengecualian daripada Guru Besar  atau murid-murid yang
mendapat  pengesahan sakit atau tidak boleh menyertai pertandingan ini
daripada doktor.
2. Semua peserta mestilah cukup sihat. Setiap guru PJK mestilah  memastikan
kesihatan murid masing-masing sebelum aktiviti merentas desa bermula.

5.0      KATEGORI PERTANDINGAN
Bil Kategori Pemenang
1 Lelaki Bawah 12 10 orang
2 Perempuan Bawah 12 10 orang
3 Lelaki Bawah 10 10 orang
4 Perempuan Bawah 10 10 orang

6.0      TREK LARIAN
Semua murid dikehendaki berlari mengikut trek yang ditentukan mengikut  kategori
yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. Murid yang berlari mengikut trek
yang salah akan dikira batal.

7.0      PEMBATALAN PENYERTAAN PESERTA


1. Peserta tidak harus mendapat bantuan di sepanjang perlumbaan.
2. Para peserta yang didapati menganggu atau memintas peserta peserta lain
dengan  tujuan melengahkan kelajuan lawan mereka.
3. Peserta yang tidak mengikut trek kejohanan merentas desa yang telah
ditetapkan.
4. Sebab-sebab lain yang dapat membawa kemudaratan kepada peserta.

8.0    ATURCARA PERTANDINGAN:

MASA TENTATIF
7.20 pagi Peserta berkumpul di dataran
7.30 pagi Senaman Aerobik
- Puan Junaidah binti Tampang
7.45 pagi Taklimat kepada pegawai-pegawai dan peserta
- Cikgu Syaferul bin Arsyad

7.50 pagi Pergerakan Pegawai-pegawai Check Point, Pasukan


Keselamatan dan Kawalan Lalu Lintas serta Pasukan
Kecemasan ke check point masing-masing.
8.00 pagi Acara dimulakan dan dilepaskan setiap 2 minit mengikut
Kategori.
- Tahap 2
- Tahap 1
- Pra sekolah
9.00 pagi Peserta pertama dijangka tiba
9.30 pagi Ucapan Guru Besar dan Penyampaian Hadiah
10.00 pagi Rehat
10.30 pagi Murid masuk ke kelas masing-masing
9.0    PANDUAN TUGAS GURU 

PERSIAPAN TEMPAT
 Menyediakan dan mengemaskan semula tempat  penamat pertandingan iaitu
lorong penamat, kerusi dan  meja pencatat mengikut kelas dan kategori
peserta.

SETIAUSAHA DAN  PEN. SETIAUSAHA


 Menyediakan borang keputusan pertandingan,  Kad  pemenang dan kad
Check Point.
 Membuat laporan pertandingan dan menyerahkan  kepada  PK Kokurikulum
dalam masa seminggu selepas  pertandingan

HADIAH
 Menempah, memastikan hadiah mencukupi untuk setiap  acara.
 Membuat persiapan dan upacara penyampaian hadiah apabila aktiviti tamat.

PELEPAS
 Melepaskan peserta untuk permulaan

REFERI PELEPAS
 Membawa peserta ke tempat mula mengikut Kelas dan  kategori yang telah
ditetapkan pada masa yang  ditentukan.
 Memberi isyarat kepada pelepas untuk memulakan  pertandingan

PENGACARA MAJLIS
 Mengacarakan majlis  penyampaian hadiah setelah  kejohanan tamat.

KECEMASAN
 Menyediakan alat bantuan kecemasan.
 Memberi bantuan yang sewajarnya lepada pesakit.

HAKIM
 Memberikan nombor kedudukan kepada pemenang bagi setiap kategori.

KETUA HAKIM
 Memberi taklimat kepada hakim dan penjaga masa  (Pencatat)
 Mempastikan semua keputusan pertandingan diperolehi  dan menyerahkannya
kepada pengacara majlis untuk  penyampaian hadiah.

PENCATAT DAN  PENJAGA MASA


 Mencatat  nama pemenang mengikut  nombor kad keputusan hakim.
 Mengambil masa pemenang pertama pertandingan  mengikut kelas dan
kategori yang diarahkan untuk  mencatat (berada di tempat permulaan
untuk  mengambil masa permulaan).

PENGURUS TREK
 Mempastikan trek selamat digunakan dan semua guru  yang bertugas di check
point telah bersedia.
JURUTUNJUK ARAH 
 Bersedia dengan motosikal dan membawa bendera  amaran kepada orang
awam (Bendera Merah)
 Menjadi penunjuk arah laluan bagi kategori yang diarahkan oleh pengurus trek.

PENJAGA STESEN/  CHECK POINT.


 Berada di tempat check point (Stesen) yang ditentukan  sekurang-kurangnya
10 minit  lebih awal sebelum aktiviti bermula
 Berada di kedudukan yang sesuai di check point bagi  mempastikan
keselamatan murid
 Mengawal dan mempastikan lalulintas di kawasan  tersebut selamat untuk
laluan  murid.
 Memberi arahan kepada murid sekiranya mereka berlari  secara yang
membahayakan.

JAWATANKUASA PELAKSANA
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022
SK PARIT RAMBAI

Penasihat : Cg. Mohd Jasmi bin Ramlan


                                            Guru Besar
Pengerusi         : Cg. Mohd Azhar bin Mail
                                            Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Naib Pengerusi 1              : Cg. Fatimah binti Yong
                                            Guru Penolong Kanan Kurikulum
Naib Pengerusi 2              : Cg. Mohd Haider bin Abdul Rahman
                                            Guru Penolong Kanan HEM
Setiausaha Sukan : Cg. Syaferul bin Md. Arshad
Bendahari : Cg. Muhammad Zikri bin Saadon

AHLI JAWATANKUASA KERJA

BIL. AJK / GURU BIDANG TUGAS ALATAN


1. BUKU PROGRAM DAN JEMPUTAN  Menyediakan Buku Kertas Warna
1.    1. Cg. Sri Mulyani binti Embok Epek Program A4
 Mengedarkan Buku
Program Kejohanan
 Menyediakan  dan
mengedarkan surat
jemputan kepada pihak
polis, hospital, PPD
(surat pemberitahuan).
2. PUBLISITI DAN HIASAN  Membuat dan memasang Kain rentang,
1. Cg. Ahmad Azuan bin Abd. Aziz kain rentang Kejohanan “Bantings”
Merentas Desa dan perhiasan
 Mengemas dan yang sesuai
menyimpan semula
segala peralatan yang
digunakan selepas
aktiviti
3. MAKANAN/MINUMAN  Membuat tempahan Sirap
1. 1. Cg. Yogesvari A/P Sarvanderajan makanan/minuman untuk Coklat Bar
2. 2. Pn. Azimah binti Gombak@ Atan pegawai dan murid
1  Mengagihkan
makanan/minuman
kepada pegawai dan
  murid

4. HADIAH, CENDERAMATA DAN SIJIL  Menempah hadiah Hadiah,


1. Cg. Muhammad Zikri bin Saadon mengikut kategori dulang dan
2. Pn. Junaidah binti Tampang  Menyusun hadiah untuk sijil
acara Penyampaian
    Hadiah
 Menyediakan sijil untuk
para pemenang
 Sentiasa berhubung
dengan JK Sumbangan/
Tajaan sekiranya pihak
sekolah menerima
sebarang sumbangan
yang berbentuk hadiah
5. SIARAYA  Menyediakan alat siaraya
    1. En. Mohd Helmi bin Razif di Tapak Perhimpunan
 Menyimpan semula
peralatan yang
digunakan setelah
selesai kejohanan

6. DOKUMENTASI  Mengumpul semua


1.  1. Cg. Noraini binti Ahmad maklumat untuk
didokumentasikan
 Membuat dokumentasi
dengan kerjasama S/U
Kokurikulum dan S/U
Sukan
8. KEBERSIHAN  Memastikan persekitaran
1. Pn. Fauziah sekolah berada dalam
2. Pn. Fatimah keadan bersih
3.En. Mali
4. En. Amran
5.
9. KECEMASAN  Menyediakan FIRST AID
3. Ust. Norul Nidzam bin Abd. Rahman kenderaan/alatan KIT
4. Cg. Noriah binti Rahmat bantuan/peti pertolongan
    cemas.
      Menghantar murid ke
hospital.

10. KESELAMATAN, DISIPLIN, DAN  Memaklumkan kepada Bendera Putih


KAWALAN LALU LINTAS Pegawai Teknik dan Bendera
3. 1. En. Hairodin bin Samad /Pengurus Kejohanan Merah.
4. 2. Pengawal Keselamatan dan Pegawai Pelepas
bahawa telah bersedia

11. JURUACARA MAJLIS  Menyediakan teks, lagu-


1. Cg. Zuraimi binti Mohammaddin lagu selingan yang
bersesuaian dan
mengacara di sepanjang
kejohanan     untuk
memeriahkan suasana
12. JURU FOTO  Mengambil gambar
1. En. Mohd Helmi bin Mohd Razif sepanjang kejohanan
1.      Menyerahkan gambar
kepada AJK
Dokumentasi
13. PELEPAS  Melepaskan para peserta Wisel/Air Hon
1.  1. Cg. Mohd Jasmi bin Ramlan mengikut kategori di dan Hailer
garisan permulaan

14. PERSIAPAN TREK  Mencari trek yang


2. Cg. Syaferul bin Md. Arshad bersesuaian dan selamat
3. Cg. Hisham bin Ahmad untuk larian.
 Menyediakan pelan
1.     trek/laluan Merentas
Desa
 Memasang Check Point
di trek.
15. HAKIM-HAKIM PENAMAT  Bertugas sebagai ketua
1. 1. Cg. Fatimah binti Yong hakim penamat untuk
2. 2. Cg. Mohd Haider bin Abdul Rahman kategori masing-masing
        
3  Mengambil kupon
kedudukan dari no 1
hingga 10 bagi kategori
masing-masing daripada
P pencatat masa
 Memastikan hakim-hakim
penamat merekodkan
mata merentas desa
mengikut rumah sukan
peserta bagi menentukan
pungutan markah rumah
sukan mengikut kategori
masing-masing
 Menyemak dan
menandatangani borang-
borang kejohanan yang
diterima dari hakim-
hakim penamat bagi
kategori masing-masing
dan menyerahkannya
kepada urusetia untuk
diaudit
16. PENCATAT MASA  Bekerjasama dengan Jam randik
1. Cg. Yogesvari A/P Sarvendaraja Hakim Penamat dalam
2. Cg. Sri Mulyani binti Embok Epek menentukan masa
kedudukan peserta
 Mengambil masa bagi
kedudukan pelajar
tempat 1 hingga 10
kategori masing-masing
 Memberi catatan masa
kepada Hakim Penamat
bagi kategori masing-
masing
 Membantu hakim
penamat mengira
pungutan bagi kategori
masing-masing
17. PERONDA MULA DAN SEMASA  Meletakkan penanda
KEJOHANAN bagi setiap Check Point
1. Ust. Mohd Azhar bin Mail  Meronda trek bersama
2. Cg. Syaferul bin Md. Arshad     peserta semasa
dilepaskan oleh pelepas
dan semasa larian.
10.0     Anggaran Perbelanjaan

Bil. Butiran Kuantiti HargaSeuni Jumlah


t (RM)
(RM)
1. Hadiah Medal 40 buah 4.00 200.00
- L12 x10
- P12x10
- L10x10
- P10x10
2. Sijil 117 keping 1.00 117.00
3. Makan dan minum 117 pek 5.00 585.00
4. Baner Kejohanan Merentas Desa 1 keping 80.00 80.00
                                        JUMLAH 982.00

Jumlah peruntukan yang dimohon adalah sebanyak RM982.00

11.0 Sumber kewangan


Sumber kewangan menggunakan peruntukan Bantuan Sukan Sekolah

Disediakan oleh:                          

……………………………..     
CG SYAFERUL BIN MD. ARSHAD
Setiausaha Sukan
SK Parit Rambai                             

Disemak oleh:                                Disahkan oleh:

……………………………..       ………………………..
CG MOHD AZHAR BIN MAIL CG MOHD JASMI BIN RAMLAN
GPK Kokurikulum                         Guru Besar
SK Parit Rambai                              SK Parit Rambai                             

You might also like