You are on page 1of 7

O

KERTAS CADANGAN
MAJLIS ASPIRASI PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

PERINGKAT DAERAH MERSING

TARIKH
14 NOVEMBER 2019

MASA
11.00 pagi – 2.00 petang

ANJURAN
Pendidikan Khas Daerah Mersing
Dengan Kerjasama
Pertubuhan Guru Pendidikan Khas Mersing (PGPK)
1.0 PENDAHULUAN

Majlis Aspirasi Pelajar Pendidikan Khas Peringkat Daerah merupakan kali keempat yang
diadakan di Daerah Mersing. Majlis ini dirancang sebagai tanda pengiktirafan kepada Pelajar
Pendidikan Khas Integrasi sekolah menengah dan sekolah rendah di Daerah Mersing. Pihak
sekolah amat mengalukan program seperti ini supaya para pelajar dapat merasai penghargaan
daripada pihak penganjur dengan mengadakan majlis yang gilang gemilang seperti ini dan
sebagai motivasi murid berkeperluan khas daerah Mersing untuk terus mencapai kejayaan
dengan penuh keyakinan serta berani tampil kehadapan bagi penglibatan dalam pelbagai
program serta pertandingan yang boleh menonjolkan bakat murid yang secara tidak langsung
penghasilan kemenjadian murid tercapai.

2.0 OBJEKTIF

Majlis Graduasi ini dijalankan untuk :-

3.1 Memberi pengiktirafan kepada murid Pendidikan Khas Sekolah Menengah dan
sekolah rendah yang akan menamatkan sesi persekolah peringkat rendah dan
menengah.

3.2 Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid berkeperluan khas dalam
penglibatan diri di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

3.2 Memberi pengalaman kepada pelajar untuk merasakan suasana penghargaan


daripada pihak sekolah.

3.3 Menunjukkan rasa gembira semasa menyertai program bersama-sama rakan.

3.0 TARIKH

14 November 2019.

4.0 TEMPAT

Hotel Merlin Inn, Mersing.


5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua Murid Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Daerah
Mersing.

6.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

10.30 pagi – 10.50 pagi Pendaftaran Peserta

10.50 pagi – 11.00 pagi Perarakan masuk Graduan

11.00 pagi -11.30 pagi Nyanyian Lagu Bangsa Johor

Nyanyian Lagu Mersing Hebat

Bacaan Doa

Ucapan Pengerusi PPD

Ucapan Perasmian - Oleh

11.30 pagi Persembahan 1 –

Penyampaian Anugerah Khas

Persembahan 2 –

Graduasi Sekolah Rendah

Graduasi Sekolah Menengah

Persembahan 3 –

Lagu Negaraku

1.00-2.00 petang Sesi Fotografi ‘Kenangan Indah Sepanjang Zaman’

Jamuan makan dan bersurai


7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

`Penaung
Tn. Mat Jais bin
Peg. Pendidikan Daerah Mersing

Penasihat
En. Nizar bin Awang
Peg. Pendidikan Khas dan Pemulihan Mersing

Pengerusi
En. Mochamad Ali Bin Hendra
Penyelaras PPKI SMK. Pai Chee (CF)

Timbalan Pengerusi
En. Ruhaizad Bin HJ. Mohd Reduan
GPK Pend. Khas SMK. Ungku Husin

Naib Pengerusi (Menengah)


Pn. Cik Maznah Bin Ghazali
Penyelaras PPKI SMK. Mersing

Naib Pengerusi (Rendah)


Pn. Elmah Binti Gagor
Penyelaras PPKI SK. Triang

Setiausaha
Pn. Nor Izati Binti Shamsudin
Guru PPKI SK. Sri Mersing

Pen. Setiausaha
Pn. Siti Fadhilah Binti Kamarudin
Penyelaras PPKI SK. Nitar 2

Bendahari
En. Mohd Reduan Bin Mohd Aziz
Guru PPKI SMK. Mersing

Pen. Bendahari
Cik Norliza Binti Mohd Esa
Penyelaras PPKI SK. Tenggaroh 2

JAWATANKUASA KERJA

Jemputan/Buku Program
Sk Air Tawar
Persiapan Tempat
SK Bandar Mersing

Sambutan dan Protokol


SMK Mersing

Persediaan dan Persembahan Pelajar


SK Tenggaroh 2 & SMK. Tenggaroh A

Pengacara Majlis
SK. Bandar Endau

Penyediaan Sijil/Hadiah/ Cenderahati VIP


SMK. Nitar & SK. Nitar 1

Dokumentasi & Jurugambar


En. Mohamad Rahim bin Isnin
Pn. Rosailin Binti Sawalin

Pengelola Peserta
SK Kem Iskandar & SK Nitar2& SMK. Ungku Husin

Bahagian Teknikal dan PA System


SMK. Pai Chee (CF) & Pihak Pengurusan Hotel

Bacaan Doa
Ustaz Muhammad Naim (SK Sri Mersing)

Jamuan Pelajar, Guru dan Ibu Bapa


SRJK © Pai Chee, SMK. Pai Chee (CF) & Pihak Pengurusan Hotel

Jamuan VIP
SK. Triang & Pihak Pengurusan Hotel

Kebersihan/OBA
Semua Sekolah PPKI daerah Mersing

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA HARGA KUANTITI JUMLAH


(Anggaran)
1. Sijil &cenderahati RM 5.00 50 RM 250.00
2. Makanan Peserta RM 15.00 150 RM 2250.00
3 Jamuan VIP RM 15.00 10 RM 150.00
4. Cenderamata Tetamu VIP RM 30.00 2 RM 60.00
5. Banner RM 60.00 1 RM 60.00
6. Sewa jubah RM 5.00 25 RM 125.00
7. Hadiah kecemerlangan RM 10.00 10 RM 100.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 2995.00
9.0 SUMBER KEWANGAN

9.1) Yuran pendaftaran peserta

BIL. PERKARA HARGA KUANTITI JUMLAH

(ANGGARAN)

1. Kutipan Yuran Peserta RM 30.00 47 orang RM 1410.00


(Guru)

2. Kutipan Yuran Peserta RM 30.00 20 orang RM 600.00


(PPM)

3. Kutipan Yuran Peserta RM 30.00 50 orang RM 1500.00


(Murid)

4. Kutipan Yuran Peserta (Ibu RM 30.00 10 orang RM 300.00


Bapa)

JUMLAH PESERTA 107 orang RM 3810.00

9.2) Sumbangan
Anggaran Kutipan Sumbangan RM 500.00 (Dari Individu atau Pelbagai Angensi)

Jumlah Keseluruhan Dana (Anggaran) RM 4310.00

10..0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan pihak penganjur agar Majlis Aspirasi Pendidikan Khas Sekolah
Menengah dan Sekolah Rendah Daerah Mersing ini dapat mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Diharap majlis ini dapat memberi pengalaman kepada pelajar untuk merasakan
suasana penghargaan dan pengiktirafan daripada pihak penganjur. Diharap agar ahli
jawatankuasa pelaksana dapat menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan komitmen
yang tinggi.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

…………………………………… ………………………………………
(MOCHAMAD ALI BIN HENDRA ) (NIZAR BIN AWANG)
Penyelaras Program Pengawai Pend. Daerah
Majlis Aspirasi PPKI, Pendidikan Khas Daerah,
Peringkat Daerah Mersing. Daerah Mersing.

You might also like