You are on page 1of 7

KERTAS KERJA KEJOHANAN BOLING PENDIDIKAN KHAS

DAERAH REMBAU 2016

1. PENDAHULUAN

Perkembangan pendidikan khas dewasa ini telah melangkaui sempadan dan tidak
hanya tertumpu pada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas semata-mata. Oleh
kerana itu, Unit Pendidikan Khas PPD Rembau akan menganjurkan Kejohanan Boling
Pendidikan Khas Daerah Rembau pada 17 Ogos 2016 yang akan diadakan di U’Bowl, AEON,
Seremban 2, Seremban. Kejohanan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan
pengalaman yang lebih meluas kepada murid-murid berkeperluan khas dalam permainan
boling. Di samping itu, murid boleh menonjolkan bakat masing-masing agar tidak berasa
tersisih daripada aktiviti kokurikulum dan dapat melepaskan beban tekanan pelajaran supaya
keseimbangan pembinaan jati diri murid-murid berkeperluan khas dapat direalisasikan selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Khas.

2. OBJEKTIF :

2.1. Melahirkan murid berkeperluan khas yang aktif dalam bidang kokurikulum.
2.2. Memberi peluang murid berkeperluan khas terlibat dalam aktiviti kokurikulum seperti
murid aliran perdana.
2.3. Menyediakan peluang kepada murid pendidikan khas untuk memperoleh
pengetahuan,pengalaman dan dapat bergaul dengan murid berkeperluan khas dari
sekolah yang lain dalam daerah Rembau.
2.4. Membantu murid pendidikan khas yang bersemangat berpasukan, memiliki
keterampilan diri, berdaya saing, semangat juang yang tinggi dan mampu menghadapi
cabaran hidup.

3. TARIKH PELAKSANAAN

17 Ogos 2016 (Rabu)

4. TEMPAT

U- Bowl AEON Seremban 2, Seremban

5. MASA

10.00 pagi – 2.30 ptg


6. KUMPULAN SASARAN

6.1. Anggaran Penyertaan : 88 pelajar

6.2. 56 Pelajar PPKI Sekolah rendah (lelaki & perempuan)

6.3. 32 Pelajar PPKI Sekolah Menengah (lelaki & perempuan)

**Maksimum 4 orang lelaki dan 4 orang orang perempuan setiap sekolah

7. JAWATANKUASA INDUK KEJOHANAN BOLING PENDIDIKAN KHAS DAERAH REMBAU


2016

Pengerusi : Puan Hajah Rodiah bt Mohd Jan


Pegawai PPD Rembau
Timbalan Pengerusi : En. Momd Taufik bin Ab. Shukor
Guru Besar SK Chembong
Setiausaha : Pn Rozita bt Abas
Penolong PPD Rembau
Pen. Setiausaha : Pn. Yuzaila binti Yusuf
Bendahari : Unit Kewangan PPD Rembau
Pen. Bendahari : Pn. Salziah binti Marsidi
Penyelaras : En Norirwan bin Sujak
Pengerusi SKKPK Daerah Rembau
Pen. Penyelaras : En. Badrul Hisham bin H.j Ahmad
Naib Pengerusi SKKPK Daerah Rembau
Penyelaras Teknikal : En. Hishamuddin bin Siran
Ajk : Semua Pengetua Dan Guru Besar PPKI Daerah Rembau

7.1. JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANAN BOLING PENDIDIKAN KHAS DAERAH


REMBAU 2016

Penasihat : Puan Hajah Rodiah Bt Mohd Jan


Pegawai PPD Rembau
Pengerusi : En. Momd Taufik bin Ab. Shukor
Guru Besar SK Chembong
Timbalan Pengerusi : Tn. Hj. Md Yazid bin Abd. Razak
GPK Pentadbiran SKC
Naib Pengerusi I : En. Hishamuddin bin Siran
GPK Pendidikan Khas SKC
Naib Pengerusi II : Pn. Noor Liah binti Abd. Latiff
GPK HEM SKC
Naib Pengerusi III : En. Mohd Walial ‘Ashikin bin Halim
GPK Kokurikulum SKC
Setiausaha : Pn. Yuzaila binti Yusuf

Pen. Setiausaha : Cik Nurul Nadhira binti Mahfudz

Bendahari : Pn. Salziah binti Marsidi

Pen. Bendahari : En. Muhammad Arif bin Baba

Event Manager : En. Norirwan B. Sujak

Penyelaras Teknikal : En Hishamuddin B. Siran

Pen. Penyelaras Teknikal : En. Hafis bin Mohamad Dom


Pengerusi Teknik Boling PK
AJK : JK Sambutan Dan Protokol
Pengetua SMK Undang Rembau
: JK Jemputan / Publisiti / Banner
Guru Besar SK Undang Rembau
: JK Pendaftaran Dan Penyelia Peserta
Guru Besar SK Kota
JK Buku Program
Guru Besar SK Pulau Besar
: JK Hadiah/ Sijil/Cenderamata
Guru Besar SK Chembong
: JK Jamuan Jemputan dan VIP
Guru Besar SK Taman Seri Rembau
JK Penyelia Pemenang
SMK Datuk Undang Haji Adnan
: JK Pertandingan
Pengetua SMK Pedas
JK Teks Ucapan/ Bacaan Doa
Pengetua SMK Datuk Abdullah
: JK Dokumentasi
Guru Besar SK Astana Raja
: JK Siaraya Dan Pengacara Majlis
Guru Besar SK Kundor

8. JADUAL PERANCANGAN KERJA

Bil Tarikh / Hari Perkara

1. 13 Januari 2016- Rabu Perbincangan tentang aktiviti yang bakal dijalankan.

2. 18 – 20 Januari 2016 Penyediaan kertas cadangan

4. 22 Februari 2016- Jumaat Penyerahan kertas kerja kepada Ketua Jabatan untuk
semakan, sokongan dan kelulusan.

7. 10 Ogos 2016 - Rabu Mesyuarat JK Pengelola

9. 11 Ogos 2016 - Khamis Mesyuarat Pengurus Pasukan


Penyerahan pendaftaran pemain
10. 17 Ogos 2016 - Rabu Hari Kejohanan Boling Pendidikan Khas Daerah Rembau
2016

11. 18 – 25 Ogos 2016 Penyediaan Laporan dan pendokumentasian Kejohanan


Boling Pendidikan Khas Daerah Rembau 2016
12. 26 Ogos 2016 - Jumaat Penyerahan laporan dan pendokumentasian kepada PPD
dan sekolah pengelola
9. TENTATIF KEJOHANAN

MASA AKTIVITI

10.00 pg  Pendaftaran peserta


 Taklimat permainan
10.30 pg  Pertandingan boling bermula
1.30 tgh  Majlis Penutupan dan Penyampaian hadiah
2.30 tengahari  Bersurai

10. SUMBER KOS

Bil Perkara Jumlah Catatan

1 Pendaftaran murid RM10 X 44 orang RM440

2 Sumbangan RM200

JUMLAH RM640

11. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Anggaran Jumlah Catatan


Kos dan Unit

1 Sewa Gelanggang RM 3.00/ 1 RM 3.00 x 2 x 44=


game
 2 game untuk setiap RM 264.00
peserta

2 Pingat

Acara Individu RM 8 / 1 RM 8 x 20=


medal
Johan : 4 kategori RM 160.00
Naib Johan : 4 kategori
Ketiga : 4 kategori
Tempat ke-4: 4 kategori
Tempat ke-5: 4 kategori

3 Air Minuman RM10.00 / RM10.00 x 5


kotak
RM50.00
4 Banner kejohanan RM 80 X 1 RM80

5 Buku Program RM 36 RM36

6 Cenderamata VIP RM 50 RM 50

6 Sijil Penyertaan - 44 helai Mohon


dari PPD
 44 orang peserta Rembau

7 Sijil Pencapaian

Semua pemenang dari


setiap kategori.
 Johan (4) - 20 helai Mohon
 Naib Johan (4) dari PPD
 Ketiga (4) Rembau
 Keempat (4)
 Kelima (4)

8 Sijil Penghargaan

 AJK ( 11 sek x 3 orang )


 Guru Pengiring ( 11 sek 55 helai Mohon
x 2 orang ) dari PPD
 Jumlah = 55 helai keseluruhan sijil = Rembau
163 helai

JUMLAH RM 264 + RM 160 + RM 50 + RM 80 +


RM 36 + RM 50 = RM 440.00

12. PENILAIAN PROGRAM

Penilaian program akan dibuat berdasarkan kepada kelancaran pengurusan dan perjalanan
program sebelum, semasa dan selepas program dijalankan. Penyelaras program dan
pengerusi teknik boling Pendidikan Khas akan melakukan pemantauan secara menyeluruh
untuk memastikan program ini berjalan sepertimana yang dirancangkan.

13. PENDOKUMENTASIAN
Laporan dan analisis penilaian program akan disiapkan dalam tempoh 1 minggu selepas
program dijalankan. Laporan akan diserahkan kepada PPD dan sekolah pengelola.

14. JANGKAAN HASIL SELEPAS PROGRAM

Pihak penganjur mengharapkan program ini akan dapat membentuk pelajar yang berdisiplin
dan berdaya saing. Selain daripada itu, kami mengharapkan agar dapat membentuk pelajar
yang boleh berdikari dan mempunyai semangat juang yang tinggi dalam menghadapi
cabaran.

15. PENUTUP

Kami berharap agar program yang dicadangkan ini akan dilaksanakan dan akan berjalan
dengan lancar serta mencapai objektif yang disasarkan . Terima kasih dirakamkan kepada
semua pihak yang memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini
sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………….. …………………………………..
( YUZAILA BINTI YUSUF ) ( HISHAMUDDIN BIN SIRAN )
Penyelaras PPKI SK Chembong GPK Pendidikan Khas
merangkap Setiausaha SK Chembong
Kejohanan Boling Pendidikan Khas
Daerah Rembau

Disahkan dan diluluskan oleh,

………………………………………….
( MOMD TAUFIK BIN AB. SHUKOR )
Guru Besar
SK Chembong

You might also like