You are on page 1of 19

BAB 4: MASAKAN (KH TERAS TINGKATAN 2)

Pengenalan

Kemahiran mengurus makanan boleh membantu dalam merancang,


menyedia, memasak, menghias dan menyaji makanan yang seimbang, berkhasiat
dan menarik.

Hidangan Sepinggan Lengkap


Hidangan sepinggan lengkap ialah hidangan seimbang yang mempunyai
kandungan nutrien yang lengkap. Hidangan sepinggan lengkap boleh disediakan
sebagai sajian utama dan snek. Ia mudah disediakan, dimasak dan boleh disaji
secara peranggu meja atau secara berpek.

Contoh hidangan sepinggan lengkap

Masakan Cara Timur

Nasi Goreng Kuetiau Goreng

Masakan Cara Barat

Roti Kebab Burger Burger


Alatan Dapur

Alatan untuk penyediaan memasak

1. Mangkuk adunan 5. Landas cincang 9. Garpu


2. Mangkuk cina 6. Camca besar 10. Tapis
3. Jag penyukat 7. Camca sedang 11. Pisau roti
4. Pisau 8. Camca teh 12. Pinggan

Alatan untuk memasak

1. Penunu 5. Pengukus 8. Senduk kayu


2. Periuk 6. Senduk 9. Peti tin
3. Kuali 7. Sudip 10. Loyang
4. Pan penggoreng

Alatan untuk menghidang dan menyediakan peranggu meja


1. Pinggan hidang 7. Teko kopi 13. Pisau meja
2. Mangkuk hidang 8. Jag susu 14. Pisau mentega
3. Rak roti 9. Mangkuk gula 15. Camca teh
4. Bekas mentega 10. Pinggan 16. Cawan dan piring
5. Bekas jem 11. Camca sedang 17. Gelas
6. Teko teh 12. Garpu sedang 18. Mangkuk telur

Kelengkapan dapur
a. Jenis kain dapur
Jenis kain dapur Kegunaan Penjagaan
Kain pengelap  Mengeringkan pinggan  Sidai selepas
pinggan mangkuk mangkuk dan kutleri yang digunakan jika ia
Biasanya dibuat bersih. masih bersih.
daripada kain kapas  Mengeringkan sayur-  Cuci setiap hari
atau kain linen yang sayuran selepas dicuci dalam air panas
menyerap air  Mengesat pinggan bersabun selepas
mangkuk sebelum digunakan digunakan.
untuk menghidang makanan  Bilas hingga bersih
 Menutup makanan yang dan jemur di bawah
belum dimasak cahaya matahari.
 Anginkan dan lipat
dengan kemas sebelum
disimpan.
Kain pencuci  Membasuh pinggan  Cuci dalam air
Ia diperbuat daripada mangkuk dan perkakas dapur. panas bersabun sebaik
kain kapas lembut  Mengelap meja, dapur sahaja selepas
yang menyerap air dan bod pengetus. digunakan.
seperti kain net atau  Mengeringkan perkakas  Bilas hingga bersih
kain tuala yang diperbuat daripada dan jemur di bawah
timah, aluminium dan kayu. cahaya matahari.
 Rebuskan kain
pencuci seminggu
sekali untuk
memutihkannya dan
membunuh kuman.

Jenis kain dapur Kegunaan Penjagaan


Kain tuala tangan
Ia diperbuat dari pada  Mengesat dan  Gantung atau
kain kapas yang mengeringkan tangan yang sidai di tempat
menyerap air seperti basah dan bersih. berangin selepas
kain tuala atau kain digunakan jika masih
linen bersih
 Cuci setiap kali
selepas digunakan
dalam air panas
bersabun
 Bilas bersih dan
jemur di bawah cahaya
matahari.
 Rebus seminggu
sekali untuk membunuh
kuman.
Kain muslin
Ia diperbuat daripada  Menutup makanan yang  Rendam dalam air
kain kapas halus yang telah atau belum dimasak. panas sebaik sahaja
bertenun  Menapis cecair seperti selesai digunakan
longgar.Biasanya sirap, santan, jus buah- supaya kesan tanda
berwarna putih. buahan dan agar-agar cair. mudah dibersihkan.
 Cuci dalam air
panas bersabun setiap
kali selepas digunakan.
 Bilas hingga bersih
dan jemur di bawah
cahaya matahari.
 Rebus kain muslin
bila perlu.

Kain lapik periuk dan


sarung tangan ketuhar
 Pastikan ia selalu
Ia diperbuat daripada  Mengangkat atau kering dan gantungkan
kain kapas tebal atau mengalihkan alat yang panas di tempat yang mudah
daripada beberapa dari atas dapur atau ketuhar. dicapai.
lapis kain kapas yang  Memegang atau membuka  Apabila kotor cuci
dijahit . pintu ketuhar yang panas. dalam air sabun panas
dan rebus bila perlu.
 Bilas dan jemur di
bawah cahaya
matahari.

a b
c

a. Gubahan bunga
b. Kad menu
c. Alas meja

CONTOH RESEPI HIDANGAN CARA TIMUR

Nasi Goreng
Bahan
200 gm nasi (gebu dan berderai)
4 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 camb udang kering (direndam dan ditumbuk)
150 gm udang segar
50 gm sayur campuran dingin beku
1 keping tauhu (di potong dadu)
2 camb minyak masak
1 camb kicap cair
1 camt kicap pekat
Garam dan lada sulah

Hiasan
1 biji telur (dadar)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
1 biji cili merah (dimayang)
Peraturan memasak

1. Telur dadar digulung dan dihiris halus.


2. Panaskan minyak, goreng bawang merah dan angkat.
3. Goreng tauhu yang telah dipotong dadu.
4. Goreng bawang putih hingga kuning, masukkan udang dan sayur campur dingin beku.
5. Masukkan nasi, kicap cair, kicap pekat, garam dan lada sulah. Kacau rata.
6. Angkat dan hias dengan bawang goreng, daun bawang dan telur dadar.

Kuetiau / Mee Goreng

Bahan
200 gm kuetiau / mee kuning (basuh dan toskan)
150 gm tauge (dibuang ekor)
2 camt kicap pekat (untuk perap udang)
75 gm udang hidup (buang kulit dan perap dengan kicap pekat)
50 gm daging / isi ayam (hiris nipis)
50 gm isi kerang
1 biji telur (pukul sedikit)
2 biji cili merah
3 ulas bawang merah tumbuk halus
2 ulas bawang putih
1 pokok sawi potong 2 cm panjang
4 pokok kucai
Garam dan serbuk perasa

Hiasan
1 biji cili merah
2 helai daun bawang
dimayang
2 camb cili jeruk

Peraturan memasak

1. Tumis bahan tumbuk. Goreng hingga wangi. Masukkan batang sawi.


2. Masukkan udang, daging / ayam dan kerang. Goreng hingga masak.
3. Masukkan kuetiau / mee kuning, garam dan kacau rata.
4. Masukkan tauge, daun sawi, kucai dan gaul rata.
5. Masukkan telur dan kicap. Gaul lagi hingga rata.
6. Hidangkan semasa panas dan hias dengan cili, daun bawang dan cili jeruk.

Minuman Berkhasiat
Minuman berkhasiat adalah minuman bersusu atau bercoklat. Susu segar atau susu
tepung sangat baik untuk kesihatan terutama bagi bayi, kanak-kanak yang sedang
membesar dan pesakit.

Bancuhan susu tepung


Bahan
2 camb penuh susu tepung
500 ml air masak yang telah disejukkan

Peraturan memasak

1. Masukkan susu tepung ke dalam air.


2. Bancuh susu dan air dengan garpu atau pengenjut hingga susu larut.
3. Tuang ke dalam jag susu.

Minuman koko

Bahan
4 camt penuh koko
1 liter susu (100 ml untuk membancuh koko)
1 mangkuk gula halus

Peraturan memasak

1. Bancuh koko dengan 100 ml susu.


2. Didihkan susu yang selebihnya. Tuangkan ke dalam
bancuhan koko dan kacau.
3. Masukkan bancuhan koko tersebut ke dalam periuk dan
jerang semula.
4. Apabila mendidih, perlahankan api dan renihkan di antara 1
– 2 minit.
5. Tuang bancuhan koko ke dalam jag tembikar yang telah
dipanaskan dan hidang bersama gula halus dalam bekas berasingan.

Vanila Milk Shake

Bahan
300 ml susu UHT
1 camb gula pasir
¼ camt esen vanilla

Peraturan memasak
1. Masukkan semua bahan ke dalam jag dan pukul hingga gula
hancur dan susu berbuih.
2. Hidangkan sejuk dalam gelas yang sesuai.
Minuman Yang Menyegarkan
Minuman yang menyegarkan adalah minuman yang dapat melegakan atau
menyegarkan badan ketika berasa dahaga. Minuman ini hendaklah dihidang sejuk.
Jus Belimbing

Bahan
1 biji buah belimbing
30 gm gula pasir
250 ml air
4 ketul ais kiub
1 tangkai daun pudina
1 biji ceri merah

Peraturan menyedia
1. Cuci belimbing dan potong kecil.
2. Kisar belimbing bersama gula pasir dan air.
3. Tuang jus belimbing ke dalam gelas yang berisi ketulan ais.
4. Hias dengan buah ceri merah dan daun pudina.

Air Tembikai

Bahan
¼ biji buah tembikai yang sederhana besar
100 gm gula pasir
250 ml air panas mendidih
1 biji limau nipis
1 liter air sejuk
Hiasan
1 tangkai daun pudina
100 gm isi tembikai (dipotong kiub)
2 biji ceri merah
Ketulan ais
Peraturan menyedia
1. Sediakan sirap dan sejukkan.
2. Kisar isi tembikai yang telah dibuang biji dengan 1 liter air sejuk .
3. Perah air limau dan masukkan sirap ke dalam jus tembikai. Kacau rata.
4. Hidang dan hias dengan kiub tembikai, daun pudina, ceri merah dan ketulan
ais.

Air Karot Bersusu

Bahan
30 gm lobak merah
1 liter air masak sejuk
100 gm gula pasir
100 ml susu segar
150 gm ketulan ais

Hiasan
1 tangkai daun pudina
4 biji ceri merah
4 batang straw

Peraturan menyedia
1. Basuh, kikis kulit lobak merah dan potong kecil.
2. Kisar lobak merah bersama 1 liter air, gula pasir dan ketulan ais.
3. Masukkan susu dan jus lobak merah ke dalam jag. Kacau rata.
4. Hidang dalam gelas dan hiaskan dengan daun pudina dan ceri merah.
CONTOH RESEPI HIDANGAN CARA BARAT

Roti Kebab Burger

Bahan
4 buku roti (hot dog)
2 keping daging burger (digoreng / dibakar)
100 gm sayur campur
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 camb sos cili
2 camb majerin
3 camb mayonis
Peraturan memasak

1. Goreng atau bakar daging burger. Angkat dan potong dadu.


2. Sediakan inti. Panaskan kuali, masukkan majerin dan tumis bawang
besar hingga layu.
3. Masukkan sos cili dan 1 camb mayonis. Kacau rata dan biarkan sekejap.
4. Masukkan sayur campur, daging burger yang telah digoreng dan kacau hingga
sebati sebelum diangkat.
5. Belah dua roti memanjang (jangan putus), sapu majerin dan bakar sekejap.
6. Masukkan inti ke dalam roti dan paipkan mayonis di atasnya.

Burger

Bahan

4 buku roti burger (belah dua)


4 keping daging atau ayam burger
50 gm kobis (mayang)
1 biji bawang besar (mayang bulat)
2 camb majerin
2 camb cili sos
2 camb mayonis
4 keping kertas pembungkus burger
Peraturan memasak

1. Mayang bawang dan sayur kobis.


2. Goreng daging atau ayam burger dan toskan dengan kertas
penyerap minyak.
3. Belah roti dan sapu majerin. Panaskan di antara 1 hingga 2
minit.
4. Sapu mayonis pada permukaan roti yang telah dibelah.
Letakkan sayur-sayuran dan daging burger. Paipkan sos cili di atas daging dan
tangkupkan sebelah lagi roti di atasnya.
5. Bungkus burger dengan kertas pembungkus.

CONTOH RESEPI
HIDANGAN SEPINGGAN LENGKAP MENGIKUT BUDAYA SETEMPAT
Lontong

Bahan
1 paket nasi impit segera (direbus)
1 keping tauhu dipotong dadu
1 keping tempe
1 keping pucuk rendam dan potong
1 paket kecil soo hoon
1 batang serai (dititik)
2 helai daun kobis (dipotong)
½ batang lobak merah (dipotong dadu)
2 batang kacang panjang (dipotong 2 cm panjang)
4 ulas bawang merah (dikisar)
2 biji cili merah (dihiris)
400 ml santan
½ camt garam
½ camt serbuk kunyit
1 camb. udang kering (rendam dan tumbuk)
3 camb. minyak
Peraturan memasak

1. Panaskan minyakBahan
tumis bahan kisar dan serai.
2. Masukkan serbuk kunyit, santan , pucuk dan udang. Biarkan merenih.
4 cawan
3. Masukkan lobak merah dannasi
tauhu . Biarkan mendidih.
2 camb kerisik
4. Masukkan kobis, kacang panjang, (kelapa yang
soo digoreng
hoon dandansantan
di tumbuk)
pekat. Renihkan
4 batang
sekejap dan angkat. kacang panjang
2 biji cili merah (ditumbuk)
5. Potong nasi impit 2.5 cm persegi.
¼ biji timun
6. 1Hidang
biji limaulontong bersama
nipis atau sambal
4 biji limau bilis atau kuah kacang.
kasturi
3 ulas bawang merah
1 camb udang kering (ditumbuk)
Nasi
Serbuk lada sulah Kerabu
dan garam

Hiasan
¼ biji timun
½ biji cili merah
1 biji telur rebus
Peraturan memasak

1. Kupas dan hiris bawang merah.


2. Basuh kacang panjang dan hiris nipis.
3. Basuh timun, buang biji dan dimayang halus.
4. Perah limau nipis atau limau kasturi.
5. Masukkan nasi, kerisik, bawang, udang kering, cili tumbuk, kacang
panjang, jus limau dan timun ke dalam mangkuk besar. Gaulkan hingga rata.
6. Sesuaikan rasa.
Cara menghidang
Hidang nasi kerabu dalam pinggan bujur. Hias dengan hirisan timun, telur dan cili.
Nasi kerabu juga boleh disaji berasingan dengan semua ramuan dan sayur -
sayuran.

Bubur Nasi

Bahan
½ cawan beras
1 liter air
½ batang lobak merah
2 camb minyak masak
2 camb ikan bilis
½ cm halia
2 batang kacang panjang
½ camt serbuk lada sulah
½ camt garam

Hiasan
2 batang daun saderi
2 helai daun bawang
2 camb bawang goreng
dimayang

Peraturan memasak

1. Basuh dan rebus beras bersama halia.


2. Potong dadu lobak merah dan kacang panjang.
3. Basuh dan toskan ikan bilis.
4. Goreng ikan bilis hingga garing.
5. Masukkan lobak merah dan kacang panjang ke dalam bubur
pekat. Kacau dan tambahkan air sekiranya bubur terlalu pekat. Masukkan
serbuk lada sulah dan garam.

Cara Menghidang Perhatian


Perhatian
Ikan bilis boleh digantikan dengan
Ikan bilis boleh digantikan dengan
Hidangkan bubur nasi ke dalam mangkuk cina. udang hidup, ikan, telur atau daging.
udang hidup, ikan, telur atau daging.
Taburkan bawang goreng, ikan bilis, daun saderi Kacang panjang boleh digantikan
Kacang panjang boleh digantikan
dan daun bawang . dengan kacang pis atau sayur-
dengan kacang pis atau sayur-
Makaroni Bakar sayuran lain. Bubur ini boleh
sayuran lain. Bubur ini boleh
dimakan dengan telur masin, lobak
dimakan dengan telur masin, lobak
Bahan asin, minyak bijan dan kicap.
asin, minyak bijan dan kicap.

60 gm makaroni siku
100 gm daging rebus
250 ml stok daging
100 gm sayur campur
30 gm majerin
30 gm bawang besar
2 biji telur ayam
2 helai daun sup
2 helai daun bawang
50 gm keju parut
½ camt garam
½ camt serbuk lada sulah
Peraturan memasak
Hiasan
1. Rebus2 makaroni
hiris tomato
dalam air mendidih yang bercampur
dengan sedikit minyak. Toskan.
2. Panaskan ketuhar kepada 150 º C.
3. Gris mangkuk pai atau kaserol.
4. Siatkan daging yang telah direbus.
5. Mayang daun bawang dan daun sup.
6. Panaskan sedikit majerin dan saute bawang besar.
7. Masukkan makaroni yang telah direbus ke dalam mangkuk
adunan, campurkan majerin dan bawang yang telah di saute.
8. Masukkan daging yang telah disiat, lebihan majerin, sayur campur, stok
daging, separuh daripada keju parut, daun sup, daun bawang dan telur.
9. Masukkan campuran makaroni ke dalam mangkuk pai atau kaserol dan
taburkan lebihan keju. Bakar 30 - 40 minit atau hingga masak.

Jus Oren

Bahan

500 ml air
2 biji oren
30 gm gula pasir
250 ml air mendidih

Hiasan
2 biji ceri
2 hirisan oren
2 batang straw
1 pucuk daun pudina

Peraturan memasak

1. Larutkan gula dalam air mendidih dan sejukkan.


2. Belah dua oren. Ketepikan dua hirisan untuk hiasan. Perah untuk
dapatkan jus limau.
3. Masukkan jus oren, sirap sejuk dan air ke dalam jag.
4. Sejukkan di dalam peti sejuk.
5. Hias dan hidang jus oren dengan hirisan oren, ceri dan daun pudina.

PENGIRAAN KOS

Makaroni Bakar dan Jus oren

Kos bahan

Bil. Bahan Kuantiti RM Jumlah kos


Kos Seunit RM
1. Makaroni siku 60 gm 5.00/ kg 0.30
2. Daging 100 gm 14.00/ kg 1.40
3. Telur 2 biji 0.30 /kg 0.60
4. Bawang besar 30 gm 1.20/ kg 0.04
5. Majerin 30 gm 4.00/ kg 0.12
6. Keju 50 gm 40.00/ kg 2.00
7. Tomato kecil 1 biji 3.00 / kg 0.30
8. Sayur campur 100 gm 12.00 / kg 1.20
9. Buah oren 2 biji 0.50/ biji 1.00
10. Ceri merah 2 biji 0.15 / biji 0.30
11. Gula pasir 30 gm 1.50 / kg 0.05
12. Daun pudina 1 pucuk 0.50 / ikat 0.02
Jumlah 7.33

Kos upah
1 orang x 1 jam x RM 2.00 = RM 2.00

Kos overhed
Bahan api (gas) RM 0.50
Air 0.15
Elektrik 0.10

Jumlah RM 0.75

Kos projek
Kos bahan + kos upah + kos overhed
RM 7.33 + RM 2.00 + RM 0.75
Jumlah = RM 10.08

c. Etika makan

Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran

Menerangkan pengertian etika makan


Menerangkan pengertian etika makan
Mengenal pasti adab dan sopan semasa makan
Mengenal pasti adab dan sopan semasa makan
Mengamalkan etika makan yang sopan
Mengamalkan etika makan yang sopan
Pengenalan

Semua perbuatan yang dilakukan mestilah dengan sopan- santun. Begitu juga
kita harus beradab semasa makan, sama ada bersama keluarga atau di
khalayak ramai.

Tahukah anda maksud etika


Tahukah anda maksud etika
makan?
makan?

Etika makan adalah adab dan sopan semasa makan.

Adab dan sopan semasa makan

Semasa makan bersopan santun


Halusnya budaya turun temurun.

Adab semasa di meja makan

1. Duduk dengan postur yang betul semasa di meja makan.


2. Rapatkan kaki.
3. Letakkan napkin di atas riba.
4. Tunggu sehingga semua orang berada di meja sebelum mula makan.
5. Bongkokkan badan sedikit semasa menyuap makanan.
6. Gunakan sudu-garpu atau pisau-garpu dengan betul dan senyap.

7.
Cara menggunakan sudu -garpu Cara menggunakan pisau-garpu
dengan betul dengan betul

7. Ambil sajian dengan cermat.


8. Suap makanan sedikit demi sedikit ke
dalam mulut.
9. Kunyah makanan dengan perlahan dan
senyap tanpa membuka mulut.
10. Minum dengan perlahan
tanpa berbunyi.
11. Berbual perkara yang baik
sahaja semasa makan.

12. Biarkan makanan sejuk dahulu sebelum


dimakan dan jangan tiup makanan di
hadapan orang.
13. Ambil makanan secukupnya sahaja
supaya orang lain juga boleh
merasainya.

.
14. Minta orang yang berhampiran menghulurkan makanan jika makanan itu jauh
daripada kita

15. Kumpulkan sisa makanan


di tepi pinggan atau
piring layan.
16. Rapatkan kutleri setelah
selesai makan.

17. Kacau kopi dengan senyap dan letakkan


camca di piring.
18. Beredar bersama dari meja setelah
selesai makan. Minta izin sekiranya perlu
meninggalkan meja makan lebih awal.
Adab semasa makan bersimpuh atau bersila
Duduk bersimpuh atau bersila ketika makan sudah menjadi kebiasaan beberapa
bangsa di negara kita. Wanita bersimpuh sementara lelaki bersila ketika makan.
Berikut adalah adab yang perlu diikuti semasa duduk bersimpuh atau bersila.

1. Duduk dalam keadaan yang selesa.


2. Basuh tangan sebelum makan.
3. Gaul nasi dan lauk dengan cermat menggunakan
hujung
Janganjari. Jangansemasa
bercakap mengetuk hujung
mulut penuh.jari ke pinggan.
Jangan sendawa di meja makan.
Jangan mencungkil gigi di hadapan orang.
Jangan meletakkan siku di atas meja.

You might also like