You are on page 1of 7

Laporan Amali Masakan: Dessert (Aiskrim)

1.0 Pengenalan
Dessert merupakan hidangan yang berbentuk manisan. Ia menjadi pelengkap dalam
hidangan sama ada hidangan makan tengah hari atau makan malam. Terdapat pelbagai
jenis pencuci mulut mengikut budaya. Antaranya termasuk kek, biskut, jelly, pastri,
aiskrim, pai, puding dan candy. Buah-buahan juga merupakan bahan biasa dalam
penyediaan pencuci mulut disebabkan rasa manis semula jadi.

Klasifikasi Dessert

Bil Klasifikasi Penerangan


1. Dessert Sejuk 1. Hidangan buah-buahan dan campuran buah-buahan
segar. Contohnya, salad buah-buahan dan buah-
buahan yang segar dihidangkan begitu sahaja.
2. Puding bersusu atau kastard. Contohnya, karamel,
puding roti, puding tepung jagung, agar-agar.
2. Dessert Panas 1. Puding gaul ramas yang dibakar/ dikukus. Contohnya
puding coklat.
2. Hidangan yang menggunakan pastri rapuh contohnya
tartlet buah-buahan dan flan.
3. Adunan roti contohnya ban.
4. Adunan batter yang manis seperti pan kek/ kuih
ketayap.
5. Bubur-bubur.
3. Dessert Dingin Menambah variasi kepada hidangan contohnya aiskrim,
Beku charbet dan sundae.

2.0 Merancang Menu


Aiskrim
Aiskrim merupakan salah satu dessert dingin beku yang sangat popular. Menurut
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), aiskrim bermaksud penganan yang manis dan sejuk
diperbuat daripada susu dan dicampurkan berbagai-bagai bahan lagi.
Sejarah kewujudan aiskrim dikatakan bermula di China. Ini kerana sekitar 200 SM,
campuran susu beku dan nasi telah digunakan di China. Merujuk kepada Maguelonne
Toussaint-Samad di dalam bukunya yang bertajuk “History Of Food”, rakyat China
seharusnya diberi penghargaan kerana telah mencipta alat atau kaedah baru untuk
membuat aiskrim di mana rakyat China telah meletakkan campuran salji dan garam
menutupi bekas yang diisi dengan sirap. Hal ini kerana garam berfungsi untuk
meningkatkan takat didih air dan juga boleh merendahkan takat beku di bawah kosong
(Daily Rakyat, t.t).

3.0 Bahan-Bahan

Bil Bahan Kuantiti


1. Susu segar 3 cawan

2. Susu cair 2 ½ cawan

3. Susu pekat manis 3 sudu besar

4. Kismis 100 gram (g)

5. Esen vanila 1 sudu kecil


6. 1 sudu besar
Ovalet

7. 1 cawan
Serbuk Milo

8. 1 biji

Telur
4.0 Langkah-Langkah

1. Rendam kismis selama 1 jam. Supaya kismis jadi lembut


untuk dikisar bersama
bahan-bahan lain.

2. Adun telur bersama ovalet. Untuk menghasilkan acuan


yang lebih gebu.
3. Satukan dan kisar semua bahan termasuk kismis
yang telah ditapis air rendamannya (kecuali serbuk
Milo).

4. Jika tiada pemutar kek,


Setelah dikisar, masukkan acuan ke dalam mangkuk
langkah ini boleh
adunan. Tambah serbuk Milo ke dalam acuan. Putar
ditinggalkan.
sehingga gebu.

Salah satu cara mengenal


pasti acuan telah gebu
ialah dengan melihat paras
acuan. Jika paras acuan
sudah meningkat maka
acuan kita telah gebu.

.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang untuk dibekukan. Biarkan adunan sejuk
dahulu sebelum dimasukkan
ke dalam peti ais untuk
dibekukan.

5.0 Menghidang

 Cedok aiskrim yang telah dibekukan dengan menggunakan ice cream scoop ke
dalam saundae glass.
 Aiskrim hendaklah discoop semasa hendak dihidangkan, tidak boleh terlalu awal
untuk mengelakkannya terdedah kepada haba dan cair.
 Sesuai dihidangkan selepas makan tengahari pada hari yang panas.
 Juga sesuai dihidangkan ketika mengadakan majlis terutamanya untuk anak-
anak tetamu.

REFLEKSI
Kekuatan

Proses yang mudah untuk dihasilkan. Kebanyakan bahan yang diperlukan seperti
sus cair, susu pekat manis, serbuk milo dan telur merupakan bahan-bahan yang sentiasa
ada di rumah. Bahan-bahan yang diperlukan juga hanya perlu dikisar jika tiada pemutar kek.
Aiskrim yang dihasilkan juga sangat sedap untuk dimakan.

Kelemahan&Penambahbaikan

Aiskrim mengambil masa yang lama untuk beku. Hal ini menyebabkan aiskrim perlu
disediakan 2-3 jam sebelum menghidangkan. Hal ini juga akan menjadi masalah apabila peti
sejuk yang digunakan perlu diisi dengan bahan makanan yang perlu segera di sejukbeku
dan mengambil ruang yang banyak. Oleh itu, sebagai penambahbaikan, peti sejuk perlu
sentiasa diselenggara agar ianya berfungsi dengan elok dan efisien. Oleh itu, masa
membekukan aiskrim boleh dikurangkan.

You might also like