You are on page 1of 18

TAJUK KAJIAN

Mengkaji persepsi pemilik premis makanan terhadap perlaksanaan premis makanan sebagai

kawasan larangan merokok di Kampung Melayu, Sungai Buloh, Selangor tahun 2019.

1.0 PENGENALAN

Umum telah pun ketahui mengenai bahaya yang dibawa oleh rokok. Bahaya rokok ini

bukan sahaja boleh berlaku terhadap diri perokok itu sendiri malah boleh turut juga

melibatkan orang sekeliling melalui asap rokok yang dihasilkan. Perkara ini telah pun

disahkan oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri hasil daripada pelbagai

kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan oleh mereka selama bertahun - tahun. Apa

yang paling penting ialah hak untuk menjaga kesihatan serta melindungi alam sekitar

daripada kesan asap rokok. Berdasarkan perkara ini, apa yang paling jelas kini hanya lah hak

untuk setiap manusia untuk hidup dalam persekitaran dan udara yang bersih serta hak untuk

melindungi kesihatan mereka.

Ini jelas termaktub dibawah Artikel 8 Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau,

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (FCTC, WHO) yang telah ditandatangani dan disahkan oleh

Malaysia pada Disember, 2005. Artikel 8 (FCTC, WHO) memperuntukkan dengan jelas
bahawa setiap anggota parti termasuk Malaysia, adalah komited untuk mengambil tindakan
melindungi orang awam daripada ancaman asap rokok yang boleh mengancam kesihatan

mereka.

Buat sekian lama, Malaysia telah pun mengambil beberapa langkah drastik dalam

perkara ini melalui pengistiharan beberapa buah kawasan yang dilarang untuk merokok

seperti yang termaktub dibawah Peraturan - Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, Akta

Makanan 1983 [Akta 281]. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah
menguatkuasakan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara
ini. Arahan larangan merokok berkenaan bukan sahaja membabitkan semua restoran dan
premis makanan malah turut meliputi warung - warung makanan di tepi jalan. Tindakan
undang – undang akan diambil terhadap perokok dan juga pemilik restoran yang tidak
mematuhi peraturan yang baru dikuatkuasa terbabit mengikut Peraturan - Peraturan Kawalan

hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983 [Akta 281].

1.1 PENYATAAN MASALAH

Pada awal September, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata,

bermula 1 Januari 2019, Peraturan Larangan Merokok akan dikuatkuasakan di semua restoran

bertutup, berhawa dingin atau restoran dan warung berkonsep terbuka. Dengan larangan itu,

perokok yang ditahan di kawasan larangan akan di denda RM10,000 dan pengusaha makanan

yang tidak mematuhi larangan ini boleh didenda RM2,500. Walaupun pengusaha makanan

membantah peraturan larangan ini, Su Mong berkata, ia tidak bermakna persatuan itu

menggalakkan pelanggan mereka merokok tetapi menegaskan setiap individu mempunyai

hak.

Pemilik premis makanan yang tidak mempamer tanda larangan merokok boleh

didenda sehingga RM3,000 atau penjara tidak lebih enam bulan, manakala bagi kesalahan

gagal memastikan pelanggan tidak merokok akan didenda maksimum RM5,000 atau penjara

tidak lebih satu tahun. Namun, agak menyedihkan apabila masih ada segelintir persatuan

pengusaha kedai makan yang terus-terusan lantang menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap

larangan tersebut dengan memberi pelbagai alasan, sebenarnya dilihat lebih mementingkan

perniagaan mereka. Bermula pertengahan November, di Kuala Lumpur dan terbaharu pada

awal Disember di Pulau Pinang, beberapa persatuan pengusaha kedai makan menyatakan isu

berkenaan memerlukan penyelesaina saksama menerusi kaedah ‘menang-menang’ bagi

mematuhi kehendak semua pihak, apa sebenarnya maksud mereka kaedah menang-menang.
Adakah memenuhi tuntuan mereka yang mahukan kawasan khas merokok dalam premis

masing-masing dianggap kaedah menang-menang.

Sebelum ini ada juga cadangan pengusaha kedai makan mahukan pilihan supaya

mereka dibenar membuka kawasan merokok di bahagian belakang premis kerana bimbang

larangan yang bakal dilaksanakan nanti boleh menjejaskan perniagaan. Kementerian

Kesihatan akan menemui pengusaha dan pemilik premis makanan dalam masa terdekat bagi

membincangkan, sama ada perlu atau tidak ruangan khas merokok di premis mereka. Bagi

pemilik premis makanan, jalan melihat langkah penguatkuasaan ini bakal memberi kesan

negative terhadap perniagaan mereka, termasuk kehilangan pelanggan, tetapi gunakan

peluang ini dengan meningkatkan kualiti makanan dan perkhidmatan. Mereka sebaliknya

boleh menarik lebih ramai pengunjung, terutama golongan berkeluarga yang mungkin selama

ini mengelak memasuki kedai makan kernana bimbangkan anak kecil terdedah kepada asap

rokok.

Lebih 20,000 pengusaha restoran tidak menyokong arahan Kementerian Kesihatan

Malaysia mengenai peraturan larangan merokok di semua premis makanan berkuatkuasa 1

Januari 2019. Walaubagaimanapun, menurut presiden MSCSPGA, Datuk Ho Su Mong

berkata, larangan merokok di restoran atau premis makanan terbuka itu adalah tidak realistic

dan tiada usaha oleh pihak berkuasa untuk menghentikan amalan merokok oleh perokok.

Beliau berkata, kerajaan tidak seharusnya mengenakan larangan merokok di restoran atau

premis makanan terbuka.


1.2 PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah pandangan pemilik premis terhadap kesan pelaksanaan penguatkuasaan

larangan merokok di premis makanan?

2. Apakah peranan pemilik premis makanan terhadap pematuhan larangan merokok di

premis makanan?

3. Apakah tahap pengetahuan pemilik premis makanan terhadap tanggungjawab yang

perlu dilaksanakan di bawah Peraturan 12, PPKHT 2004?

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1. Menghuraikan persepsi pemilik premis makanan terhadap kesan pelaksanaan

penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan.

2. Mengenalpasti peranan pemilik premis makanan terhadap pematuhan larangan

merokok di premis makanan.

3. Mengetahui tahap pengetahuan pemilik premis makanan terhadap tanggungjawab

yang perlu dilaksanakan di bawah Peraturan 12, PPKHT 2004.


1.4 KERANGKA KONSEPTIONAL

Kesan ke atas
persekitaran
- Bersih
-Kotor
Kesan ke atas
Kebersihan perniagaan
- Risiko - Untung
Penyakit
- Rugi

Kesan ke atas
perokok
Keselamatan
- Tidak puas
- Terancam Persepsi hati
pemilik - Hak dirampas

premis
makanan

Tanggungjawab Kesan terhadap


bukan perokok
-Teguran
- Tidak puas
-Papan tanda hati

Kompaun
- Tindakan Keselesaan
undang-undang - Tidak selesa
- Amaran lisan

Variable yang dikaji.


1.5 KERANGKA OPERASIONAL

VARIABLE OPERASIONAL

Kesan ke atas perniagaan -Pengumpulan data mlalui temubual semi

struktur

-Untung – rugi perniagaan

Kesan ke atas perokok -Pengumpulan data melalui temubual semi

struktur

-Hak dirampas, tidak puas hati

Kesan ke atas bukan perokok -Pengumpulan data melalui temubual semi

struktur.

-Tidak puas hati terhadap perokok

Kesan ke atas persekitaran -Pengumpulan data melalui temubual semi

struktur

-Premis kotor, bersih, tiada bekas rokok.

Tindakan undang-undang -Pengumpulan data melalui temubual semi

struktur.

-Tindakan kompuan, amaran lisan

Tanggungjawab -Pengumpulan data melalui temubual semi

struktur.

-Teguran ke atas perokok, pemasangan papan

tanda.
2.0 KAJIAN LITERATURE

Pelaksanaan larangan merokok di tempat makan dibuat selaras komitmen Malaysia

kepada Artikel 8, WHO Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) dalam

melindungi orang awam terutama golongan bukan perokok daripada terdedah kepada bahaya

asap produk tembakau dan rokok. Semua lapisan masyarakat perlu menerima pelaksanaan

larangan merokok sebagai langkah positif ke arah meningkatkan tahap kesihatan. Ini juga

dapat membudayakan amalan tidak merokok dalam kalangan kanak-kanak dan remaja,

selaras hasrat kerajaan mencapai matlamat negara yang bebas daripada amalan merokok.

(Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Berita Harian, 2 Februari

2019)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengeluarkan arahan larangan

merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini berkuatkuasa 1 Januari 2019

berkata cadangan terbabit sudah diluluskan di peringkat Parlimen dan akan berkuatkuasa

tahun depan. Menurutnya, selain kawasan yang sedia maklum seperti tempat awam dan

bangunan kerajaan, arahan larangan merokok kini membabitkan semua restoran dan premis

makanan termasuk warung-warung makanan di tepi jalan. Kita sedar arahan ini sudah lama

wujud namun hanya membabitkan restoran-restoran tertentu sahaja. Tetapi kali ini, semua

restoran tidak kira sama ada restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran dan warung

berkonsep terbuka (open air) perlu mematuhi arahan ini bermula tahun depan. Pihak

kementerian juga tahu akan timbul pelbagai reaksi atau bantahan daripada perokok dan juga

pemilik restoran berikutan arahan ini namun pihak kementerian tidak akan berkompromi

apabila ia membabitkan aspek kesihatan rakyat di negara ini. Masyarakat bukan perokok

berhak menikmati makanan mereka tanpa gangguan pencemaran asap rokok yang boleh

menjejaskan keselesaan dan kesihatan mereka. Peniaga juga tidak perlu risau akan risiko
kekurangan pelanggan kerana kita yakin pelanggan akan lebih ramai kerana berasa selesa

tanpa gangguan asap rokok. katanya. Beliau berkata, ini adalah antara usaha KKM untuk

memastikan rakyat Malaysia terhindar daripada penyakit yang berpunca daripada asap

rokok.( Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, 2018)

Pelaksanaan peraturan ini bukanlah bertujuan untuk ‘menghukum’ perokok tetapi

bagi melindungi masyarakat khususnya wanita dan kanak-kanak daripada menjadi mangsa

asap rokok. KKM berkata, pihaknya yakin usaha itu mampu dilaksanakan walaupun percaya

bukanlah tugas mudah melakukan perubahan atau penambahbaikan khususnya kepada

golongan perokok. Diharapkan suatu hari nanti kita turut mempunyai peruntukan undang-

undang yang melarang merokok di kawasan terpencil tanpa mengira lokasi bagi kesalahan

itu,” (30 Mac 2019, Harian Metro, Dr. Dzulkefly)

Bermula 1 Januari 2019, di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau

(Pindaan) 2018, semua tempat makan sama ada berhawa dingin atau tidak, adalah diwartakan

sebagai Tempat Dilarang Merokok. Pindaan pewartaan tempat makan ini dibuat di bawah

Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT 2004) adalah bertujuan

untuk melindungi orang awam terutama golongan bukan perokok daripada terdedah kepada

bahaya asap rokok. Ia juga selaras dengan komitmen Malaysia kepada Artikel 8, World

Health Organization (WHO) Framework Convention on Tobacco Control (FCTC). Selain

daripada itu, ia juga bertujuan untuk membudayakan amalan tidak merokok dalam kalangan

masyarakat Malaysia dengan menghadkan kawasan yang dibenarkan merokok terutama di

kawasan tumpuan orang awam (Kenyataan Akhbar KPK 31 Disember 2018)

Lebih 5,000 pegawai penguatkuasa Kementerian Kesihatan akan digerakkan bagi

menguatkuasa larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini Januari

depan. Buat permulaan, tindakan penguatkuasaan terbabit menggunakan pendekatan nasihat


kepada perokok mahupun pengusaha restoran. Katanya, pengusaha restoran tidak perlu

bimbang kerana mereka tidak akan disaman jika mematuhi peraturan ditetapkan iaitu

menampal notis larangan merokok dan tidak menyediakan bekas abu rokok. Mana-mana

perokok dan pengusaha restoran yang masih berdegil kita akan saman. Enam bulan selepas

arahan larangan ini dikuatkuasa, kita tidak bagi ‘chance’ (peluang) (Dr Lee Boon Chye,

2018).

Berhubung cadangan supaya restoran diberi lesen menyediakan tempat khas untuk

perokok, Dr Boon Chye menegaskan kerajaan tidak akan membenarkannya. Katanya, ia

selaras Artikel 8 Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan

Kesihatan Sedunia (WHO) yang dianggotai Malaysia sejak 2005 berkaitan komitmen untuk

bebas tembakau pada 2045.

“Kita tidak akan benarkan kawasan khas untuk rokok sama ada di restoran berhawa

dingin atau tidak. Kalau nak benar kawasan khas, dari segi logistik pun tidak logik.

“Pengusaha restoran seharusnya adakan zon penampan untuk perokok iaitu tiga meter dari

restoran,” katanya.

Mulai 1 Januari depan, mana-mana pengusaha restoran dan peniaga serta perokok

yang enggan mematuhi peraturan itu akan didakwa mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan

Hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983.


3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian merupakan satu tatacara mengumpul dan mengolah data

berdasarkan perancangan khusus dan sistematik yang melibatkan serangkaian pemboleh ubah

dalam sesebuah kajian (Chua Yan Piaw 2006). Kajian ini dijalankan sepenuhnya

menggunakan kaedah kajian kes, iaitu mengunakan reka bentuk kajian kes. Kes merujuk

kepada beberapa pemilik premis makanan yang memberikan data tentang masalah

pelaksanaan premis makanan sebagai kawasan larangan merokok. Pengumpulan data melalui

temubual mendalam menjadi tunjang kepada kajian ini. Penggunaan kaedah kajian kes ini

membolehkan penyelidik untuk mendapatkan maklumat yang terperinci tentang pelaksanaan

premis makanan sebagai tempat larangan merokok. Dengan menggunakan kaedah ini,

pengkaji dapat mencungkil pandangan, emosi dan persepsi pemilik premis makanan tersebut.

Dalam kajian ini, pengkaji dapat bertindak sebagai alat pengkajian yang sensitif serta

berkeupayaan memahami perlakuan-perlakuan manusia, menggunakan pengalaman dan

pengetahuan untuk meneliti dan menelaah tentang apa yang dikaji dengan lebih bermakna

(Marohaini 2001). Reka bentuk ini dipilih kerana dapat memberikan gambaran yang kukuh

tentang pelaksanaan premis makanan sebagai tempat larangan merokok.

Teknik persampelan di dalam kajian ini menggunakan kaedah deskriptif dimana

pengkaji biasanya menghuraikan fenomena tertentu secara terperinci dengan merujuk kepada

suatu format penghuraian tertentu secara sistematik dan rasional (Chua Yan Piaw, 2014).

Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih pemilik premis makanan untuk dijadikan sebagai

peserta kajian. Pemilihan peserta kajian tersebut dilakukan secara persampelan bertujuan,

iaitu teknik pengambilan peserta dengan mengambil kira pertimbangan tertentu.

Pertimbangan yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah peserta kajian yang dipilih dapat
memberikan data sepenuhnya tentang kajian ini. Penentuan kriteria peserta tersebut dilakukan

oleh pengkaji dan juga mengambil kira pandangan pemilik premis makanan tentang

pelaksanaan premis makanan sebagai kawasna merokok. Hal ini dinyatakan oleh Flick (1998)

di mana pemilihan peserta bagi kajian kualitatif adalah berdasarkan dengan kesesuaiannya

dengan tajuk yang dikaji. Pemilihan peserta dalam kajian kualitatif (kajian kes) tidak

berasaskan kepada jumlah ataupun kuantiti sampel seperti dalam kajian kuantitatif. Apa yang

paling penting ialah subjek yang dipilih dapat memberikan maklumat secara maksimum dan

peserta kajian tersebut memberikan maklumat mengikut pandangan masing-masing.

3.2 INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini menggunakan set soalan temu bual semi struktur. Temubual semi struktur

boleh diubah suai dan disusun mengikut urutan tertentu supaya pemilik premis boleh

memahaminya dengan baik. (Chua Yan Piaw 2014). Soalan protokol temu bual kajian ini

telah dibina dalam bentuk pertanyaan terbuka, iaitu pemilik premis makanan bebas

menyatakan pandangan mereka berdasarkan soalan-soalan yang diberikan tanpa disekat.

Bagaimanapun, penemu bual (pengkaji) tetap sahaja memandu perbincangan agar tidak

meluas kepada perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan kajian yang sedang dijalankan.

Bagi melancarkan perbincangan semasa temu bual, pengkaji telah menyediakan soalan

protokol, iaitu mengandungi soalan pembuka, soalan pengenalan, soalan yang berkaitan

dengan isu dan soalan penutup.

Reka bentuk kajian ini memberi bukti yang jelas mengenai perhubungan sebab dan

akibat antara pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Ini jelas dapat

dilihat melalui pandangan dan persepsi pemilik premis makanan sebagai pembolehubah tidak
bersandar yang boleh mempengaruhi dan memberi kesan terhadapat pelaksanaan premis

makanan sebagai kawasan larangan merokok sebagai pembolehubah bersandar.


4.0 DAPATAN KAJIAN

Hasil kajian semi – struktur terhadap participant di dapati bahawa beliau mengetahui

pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) telah mewartakan premis makanan adalah

satu kawasan larangan merokok. Pernyataan responden adalah seperti berikut :

P1 : “Tahu pasal ni….”

Di tanya kepada participant berkaitan apa pandangan mengenai kesan terhadap perniagaan

bila perlaksanaan ini dijalankan? Berikut adalah jawapan beliau :

P1 : “ Susah nak kata ….. lagipun kedai makan saya jenis open je……
Bukan air – cond ….. pada saya, saya tak halang kalau pelanggan saya nak
Merokok dekat kedai saya pun… itu hak depa …..”

Daripada pernyataan participant tersebut jelas menunjukkan beliau tidak bertanggungjawab

untuk melindungi orang awam dari asap rokok di premis makanan.

Participant juga telah memaklumkan bahawa pelanggan tetap akan merokok di premis

makanan seperti biasa tanpa mengendahkan peraturan yang ditetapkan oleh pihak KKM.

Apabila ditanya kepada participant berkaitan tentang kesan kepada orang yang tidak merokok

di premis makanan dan berikut adalah jawapan beliau :

P1 : “ Saya kurang pasti… sebab saya busy uruskan kedai. Takde pulak perhatikan
depa yang tidak merokok…….”

Ini jelas menunjukkan participant hanya mementingkan keuntungan perniagaan sahaja.

Kemudian di tanya tentang kesan ke atas persekitaran kedai makan participant, ini

pula jawapannya yang agak mengejutkan :


P1 : “ Kesan ya ….., hmmm…, ok lah sebab lokasi kedai saya tepi jalan,
Patut asap kereta lagi teruk compare dengan asap rokok ….. “

Participant tidak menunjukkan kesungguhan dalam pematuhan dan bekerjasama dengan

pihak KKM untuk membendung perokok yang merokok di premis makanan.

Participant sebenarnya mengetahui bahawa tindakan undang undang boleh di kenakan

ke atas pemilik premis makanan jika tidak mematuhi peruntukkan undang undang di bawah

Peraturan – Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 iaitu pematuhan terhadap pemasangan

tanda larangan merokok dan memastikan pelanggan tidak merokok di premis makanan.

Tetapi sikap acuh tak acuh pemilik premis makanan dan tidak bertanggungjawab dalam

mematuhi peraturan tersebut. Ini di sokong oleh pernyataan participant iaitu :

P1 : “ Pada saya la …., itu hak pelanggan, depa dating dan nak merokok
Di kedai saya silakan…, siapa tak suka orang merokok di kedai saya silakan…,
Siapa tak suka orang merokok, pelanggan tu la kena cakap sendiri bagi tahu kat
orang yang merokok itu…., tu antara depa la …..”

Tiada cadangan penambahbaikan daripada participant untuk memperkasakan

perlaksanaan premis makanan larangan merokok malah hanya bersetuju sahaja dengan

program kerajaan laksanakan asalkan perniagaan dapat dijalankan seperti biasa. Participant

membuat kesimpulan :

P1 : “ Kesimpulannya …. Hmmm…. Merokok tidak bagus untuk kesihatan …..”


5.0 PERBINCANGAN.

Hasil kajian menunjukkan bahawa pemilik premis makanan tahu akan kewujudan

peraturan yang dikuatkuasakan namun masih tidak menjalankan tanggungjawab seperti di

dalam Peraturan 12 Peraturan Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004. Ini kerana

pemilik premis makanan berkenaan masih membiarkan perokok merokok di premis beliau

walaupun peraturan telah pun mula berkuatkuasa.

Berdasarkan temubual yang telah dijalankan, pemilik premis masih memikirkan

keuntungan berbanding dengan kesihatan pelanggan di kedai makan mereka dan memberi

alasan yang mereka sibuk dengan urusan kedai. Ini menyokong kenyataan akhbar sinar harian

dimana kebanyakan pengusaha gerai termasuk peniaga berkanopi di tepi-tepi jalan tidak

mengetahui bahawa mereka juga selaku penyedia makanan yang tertakluk di bawah peraturan

berkenaan ( Datuk Dr Khalid Ibrahim, 2019).

Bagi menghuraikan objektif pertama di dalam kajian ini, hasil kajian mendapati

bahawa pemilik premis makanan beranggapan perlaksanaan penguatkuasaan ini tidak

memberi sebaranga kesan ke atas perniagaan mereka ini disebabkan pemilik premis tidak

menghalang pelanggan untuk merokok di dalam premis makanan yang terbuka kerana itu

adalah hak perokok untuk merokok, jika ditegur sekalipun mereka tetap akan merokok juga.

Pemilik premis juga berpendapat bahawa, tidak mengendah perasaan pelanggan yang tidak

merokok dengan memberi alasan kesibukan dalam menguruskan pemis makanannya. Hasil

kajian ini juga, pemilik premis berpendapat disebabkan premis makanan terletak di tepi jalan

lalu lintas utama, asap kenderaan yang berlalu di situ adalah lebih berbahaya dari asap rokok.

Daripada dapatan kajian ini, pemilik premis sepatutnya memberi teguran kepada

perokok supaya tidak merokok di premis makanan walaupun premis tersebut jenis yang

terbuka. Ini telah dijelaskan dibawah Peraturan 12(1)(b) Peraturan Peraturan Kawalan Hasil
Tembakau 2004 dimana tanggungjawab tuan punya premis memastikan bahawa tiada seorang

pun merokok di dalam premis berkenaan. Disamping itu juga, hak bukan perokok mesti

diambil kira untuk memberikan pencegahan dari penyakit yang disebabkan oleh asap rokok

ini. Hak ditakrifkan apabila seseorang itu melaksanakan hak, dia tidak mencabul hak orang

lain. Bagaimanapun, apabila individu itu merokok di tempat awam, dia sebenarnya mencabul

hak asasi manusia lain yang tidak merokok kerana mendedahkan mereka kepada mudarat

asap rokok (Bernama, 31 Disember 2018).

Dapatan kajian bagi objektif kedua, persoalan kajian berkaitan tindakan undang

undang yang boleh dikenakan ke atas pemilik premis untuk memastikan tiada seorang pun

yang merokok di dalam premis makanan, pemilik premis mengetahui boleh dikenakan

tindakan undang undang samada kesalahan itu boleh dikompaun ataupun di dakwa di

mahkamah. Hasil kajian juga, pemilik premis ada menyatakan bahawa hak perokok untuk

merokok di premis makanan dan sekiranya bukan perokok tidak suka, mereka lah yang tegur

perokok tersebut. Itu antara perokok dengan bukan perokok. Ini adalah salah sama sekali dan

pendapat yang tidak boleh diterima. Pemilik premis sepatutnya mengetahui asap rokok adalah

membahayakan kesihatan kepada yang bukan perokok terutamanya golongan wanita dan juga

kanak – kanak. Asap rokok basi (secondhand smoke) juga telah terbukti mengancam nyawa

sesiapa yang berada di sekitar seseorang yang sedang merokok (Dr. Zarihah binti Mohd Zain,

2015)

Pemilik premis makanan adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan

perokok tidak merokok di premis makanan sekaligus memberikan keselesaan dan

pengurangan risiko penyakit disebabkan asap rokok ke atas masyarakat awam disamping

memberikan kualiti udara yang lebih segar dan tidak tercemar dengan asap rokok.
6.0 IMPLIKASI DAN CADANGAN.

Hasil kajian ini memberikan implikasi bahawa pemilik premis makanan dalam kajian

ini mempunyai persepsi tehadap perlaksanaan penguatkuasaan larangan merokok di premis

makanan yang tidak menjurus ke arah kebaikan ke atas masyarakat awam. Berbeza dengan

hasrat Kerajaan Malaysia apabila penguatkuasaan ini dilaksanakan akan memberi impak yang

positif ke atas keseluruhan rakyat di Malaysia. Adalah dicadangkan supaya Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM) dapat mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan undang undang di

bawah Peraturan Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 untuk memberi pengajaran

kepada pemilik premis makanan yang tidak mematuhi peruntukkan undang undang yang

sedia ada. Ini dapat membantu dan memberi peringatan kepada pemilik premis makanan

untuk memastikan persekitaran premis makana yang bebas dari asap rokok, kualiti udara

yang lebih bersih dan pengurangan risiko penyakit yang disebabkan oleh asap rokok ke atas

masyarakat umum di Malaysia.


7.0 RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI

You might also like