You are on page 1of 3

TEMUBUAL 1

Responden adalah pemilik premis makanan.

M1:Assalamualaikum, boleh saya tahu nama, umur dan tahap pendidikan puan?

P1:Nama saya azman, berumur 48 tahun dan belajar sampai SPM jer.

M1:Apa nama premis puan ya dan berapa lama sudah memulakan perniagaan ni?

P1:Nama kedai makan saya ialah Nasi Bajet. Baru 2 tahun start bisnes.

M1:Adakah tuan tahu bahawa KKM telah mewartakan premis makanan adalah satu

kawasan larangan merokok?

P1:Tahu pasal ni.

M1:Apa pandangan puan, kesan terhadap perniagaan puan bila pelaksanaan ni

dijalankan?

P1:Susah nak kata. Lagipun kedai makan saya jenis open je. Bukan air-cond. Pada saya, saya

tak kan haling kalau pelanggan saya nak merokok dekat kedai saya pun. Itu hak depa.

M1:Apa pandangan puan pula kesan kepada perokok bila pelaksanaan kedai makan ni

sebagai tempat tidak boleh merokok?

P1:Entah. Macam biasa je. Pelanggan tetap merokok gak kat kedai saya.
M1:Ok tuan, pandangan tuan pula tentang kesan kepada orang yang tidak merokok

ni?

P1:Saya kurang pasti pulak sebab saya busy uruskan kedai. Takde pulak perhati depa yang

tidak merokok ni.

M1:Bagaimana pandang puan pula tentang kesan ke atas persekitaran kedai makan

puan ni sekiranya premis puan tidak boleh merokok?

P1:Kesan ya?Hmm… ok lah sebab lokasi kedai saya tepi jalan, patut asap kereta lagi teruk

compare dengan asap rokok.

M1:Adakah tuan tahu tuan boleh dikenakan tindakan undang-undang jika tidak

mematuhi peruntukan undang-undang ni?

P1:Tau le jugak. Ada baca kat suratkhabar haritu.

M1:Adakah tuan tahu tanggungjawab tuan sebagai pemilik premis supaya orang tidak

merokok di dalam kawasan kedai tuan?

P1:Pada saya laa, itu hak pelanggan. Depa datang dan nak merokok di kedai saya, silakan…

siapa tak suka orang merokok di kedai saya, silakan. Siapa tak suka orang merokok,

pelanggan tu la kena cakap sendiri bagitahu kat orang yang merokok tu. Tu antara depa laaa.

M1:Baik tuan, boleh tuan beri cadangan sebagai penambahbaikan dalam

melaksanakan premis makanan ni sebagai kawasan larangan merokok?

P1:Cadangan saya?entah la… saya tidak kesah pun nak warta atau nak buat apa, asalkan

bisnes saya ok, saya setuju jer apa-apa program yang kerajaan buat.
M1:Baik tuan. Sebagai kesimpulan untuk temubual kita hari ni. Apa yang tuan boleh

simpulkan?

P1:Kesimpulannya.. hmmm merokok tidak bagus untuk kesihatan.

You might also like