You are on page 1of 6

KOLEJ VOKASIONAL DATO’ LELA MAHARAJA

REMBAU, NEGERI SEMBILAN

_________________________________________________________________________

DBF 4133 PERNIAGAAN ANTARABANGSA

KOMPETENSI 5 : PENGURUSAN DARI PERSPEKTIF GLOBAL

TUGASAN 1: KAJIAN KES


(INDIVIDU)

TARIKH PENGHANTARAN: 17 NOVEMBER 2020

_________________________________________________________________________

NAMA PELAJAR : NUR YASARAH BINTI MOHD NOR (010406-05-0374)

PROGRAM: 2 DVM PENGURUSAN PERNIAGAAN

NAMA PENSYARAH: CIK NORAINI BINTI ABDUL GHANI


1.0 PENGENALAN.

Proton Holdings Berhad atau lebih dikenali sebagai Proton merupakan salah satu
syarikat automobile yang terkenal di Malaysia. Syarikat Proton mengeluarkan pelbagai jenis
automobile yang bergaya dan berketerampilan tinggi. Proton ditubuhkan pada tahun 1983
dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit dan Proton merupakan satu-satunya
syarikat nasional sehingga kedatangan Perodua pada tahun 1993. Proton ditubuhkan oleh
Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad. Proton juga akronim daripada perkataan Perusahaan
Otomobil Nasional Berhad iaitu hasil daripada sebuah pertandingan memilih nama kereta
kebangsaan negara pertama yang telah pun diadakan, dan nama model tersebut diambil
daripada nama yang dipilih oleh pemenang pertandingan itu sendiri. Proton saga merupakan
model pertama dilancarkan pada September 1985 di Shah Alam. Aktiviti utama Proton
adalah perkilangan, pemasangan dan penjualan kenderaan bermotor serta produk yang
berkaitan. Proton menghasilkan pelbagai jenis kenderaan seperti Proton Gen Dua, Proton
Wira, Proton Saga, Proton Waja, Proton Perdana, Proton Satria dan banyak lagi.

Proton sebahagian besarnya pengilang kenderaan kejuruteraan lencana daripada


MITSUBISHI MOTORS antara tahun 1985 dan awal 2000-an. Pada tahun 1980, Tun Dr.
Mahathir ketika itu menjawat jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dan Industri
mengarahkan Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) memulakan kajian projek
buatan nasional. Hasilnya, HICOM yang merupakan sebuah syarikat industri negara
mendapat sokongan pertolongan daripada syarikat automotive Jepun iaitu MITSUBISHI.
Hasil daripada pertolongan itu, Proton Berjaya menghasilkan sebuah model Saga. Syarikat
Proton pertama kali ditubuhkan telah dapat menjual model ini. HICOM memiliki 70%
pasaran kereta penumpang berkapasiti sederhana Malaysia, kejayaannya disebabkan harga
Proton Saga yang jauh lebih murah daripada kereta asing akibat cukai import tinggi kepada
kereta dan alat kompenan asing. Walaupun Proton berjaya memasuki pasaran Malaysia,
syarikat induk HICOM perlu menanggung kerugian besar Proton semenjak perubahannya
sehingga tahun 1989 kerana kos teknikal, alat komponen, teknologi dan lain-lain daripada
Jepun.
Proton, sebahagian besarnya bergantung pada pasaran domestik yang sedang
mengalami perubahan struktur dan dalaman, contohnya seperti yang terbukti dalam
pelantikan pemilik baru, rakan kongsi baru, seorang pengerusi baru, dan dalam pelancaran
pelbagai model baru dalam usaha untuk mendapatkan antarabangsa kehadiran dan
peningkatan keuntungan. Konsep kereta Negara iaitu Proton dikandung pada tahun 1979
oleh Tun Dr. Mahathir dengan bermatlamat untuk meningkatkan industri Malaysia. Projek
kereta Negara telah pun diluluskan oleh kabinet pada tahun 1982, yang membawa kepada
penubuhan Proton pada 7 Mei 1983. Ianya dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia
melalui Khazanah Nasional dan diketuai oleh pengasasnya, Tun Dr. Mahathir.

Proton mendekati MITSUBISHI MOTORS di antara tahun 1983 dan 1984 dan telah
mengadakan usaha sama antara kedua-dua syarikat untuk pengeluaran kereta Malaysia
yang pertama. Hasil kerjasama itu adalah Proton Saga, yang telah dilancarkan pada 9 Julai
1985. Ianya berdasarkan kepada generasi kedua 4-pintu saloon Mitsubishi Lancer Fiore
keluaran tahun 1983 dan dikuasakan oleh enjin Mitsubishi 4G13 Orion 1.3 liter. Proton Saga
pertama melancarkan dari barisan pengeluaran di Shah Alam dan dipelihara di Muzium
Negara sebagai simbol permulaan industri automotif Malaysia. Proton bergantung
sepenuhnya kepada pasaran domestik bagi majoriti jualan dan hasil Negeri itu. Namun
begitu, jumlah kecil kereta Proton juga telah dapat dieksport ke negara-negara lain di Asia,
sebagai tambahan kepada United Kingdom dan Australia. Syarikat Proton telah
mengadakan rangkaian jualan global yang jauh lebih besar dalam tahun 1990-an, yang
merangkumi semua enam benua dan lebih daripada 70 buah negara, akan tetapi berhasrat
untuk mendapatkan kembali bertapak global dengan 500,000 jualan tahunan menjelang
2018.

Antara Visi bagi syarikat Proton ini adalah untuk menjadi sebuah syarikat
kejuruteraan automotif yang Berjaya di peringkat global dan berorientasikan kepuasan
pelanggan. Seterusnya menghasilkan produk dengan harga yang kompetitif dan inovatif.
Manakala misi bagi syarikat Proton ini pula, adalah berusaha untuk memastikan kepuasan
pelanggan dengan menyediakan kereta yang berkualiti dan produk berkaitan dan
perkhidmatan yang lebih cekap dan berksesan daripada pesaing serta berusaha untuk
menjana pendapatan yang baik dengan pertumbuhan yang stabil melalui pengurusan
sumber yang cekap. Matlamat dan objektif Syarikat Proton pula, adalah ingin menerajui
proses perindustrian pembuatan dan automotif dalam negara, selain itu ingin meningkatkan
pegetahuan dan penguasaan teknologi dalam bidang industri pembuatan automotif serta
memperkukuhkan lagi keupayaan industri automotif Malaysia bagi menembusi pasaran
antarabangsa.
2.0 KENAL PASTI MASALAH.

2.2 Jadual Dan Analisis Data Jualan Tahun 2013-2016.

BIL TAHUN BILANGAN UNIT JUALAN


1. 2013 138,753 unit
2. 2014 115,783 unit
3. 2015 102,546 unit
4. 2016 72,291 unit
JUMLAH KESELURUHAN = 429,373 unit
Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kepada Isu.
RUJUKAN.

https://www.academia.edu/25402707/PROTON

https://ms.wikipedia.org/wiki/PROTON_Holdings

You might also like