You are on page 1of 8

Text untuk presentation - Dr JJ

SLIDE 1

Assalamualaikum Dan Salam Perpaduan……. saya Mohd Hazri Aminurrashid Bin Hahlan (260677)

dan rakan seperjuangan saya Mohamad Azuwan Bin Berahim (260946) ingin membentangkan laporan

penyelesaian masalah yang kami kaji. Kami memilih syarikat McDonald’s Malaysia sebagai tajuk

pembentangan.

SLIDE 2 - PENGENALAN

Industri makanan segera di Malaysia , adalah merupakan salah satu industri yang paling banyak

menyumbang kepada ekonomi negara ini. Sebagai contoh industri makanan segera mewujudkan

peluang pekerjaan serta mengurangkan kadar pengangguran. Selain daripada itu, ia juga menyumbang

kepada peningkatan produktiviti sesebuah negara dalam mengeluarkan sesuatu produk dalam kadar

yang maksima.

McDonald’s Malaysia adalah merupakan sebuah syarikat yang melakukan perniagaan makanan segera

sejak 1980an lagi yang diasaskan oleh dua beradik iaitu Richard dan Maurice McDonald pada tahun

1937 di California. Rantaian makanan segera global terbesar ini tiba di Malaysia 43 tahun kemudian

pada Disember 1980.

Trend makanan segera di Malaysia telah memberi manfaat kepada McDonald’s kerana mereka mampu

menguasai lebih banyak bahagian pasaran dan pelanggan. McDonald’s menyediakan ruang makan yang

selesa dan harga yang berpatutan untuk dijamu selera.


McDonald’s Malaysia adalah merupakan salah satu syarikat pengeluar makanan yang berpegang teguh

kepada prinsip halal dan memastikan setiap proses operasi dalam penyediaan hidangan yang disajikan

menepati tuntutan serta syarat oleh prosedur pensijilan halal malaysia dari Jabatan Kemajuan Agama

Islam Malaysia (JAKIM). Situasi tersebut adalah bertujuan menyempurnakan amanah pelangan dalam

memastikan setiap hidangan yang disediakan oleh McDonald’s Malaysia adalah halal serta berkualiti

SLIDE 3 – ISU DAN MASALAH

Pada September 2013, McDonald's Malaysia telah didakwa mengeluarkan hidangan yang tidak halal

selepas khabar angin dalam talian mengatakan ia menggunakan bahan berasaskan khinzir dalam

hidangan mereka. McDonald's Malaysia telah mendapat kecaman yang amat teruk daripada netizen

bahawa terdapat LM 10 iaitu lemak khinzir di dalam hidangan mereka.

Namun melalui daripada temu bual daripada Puan Rosedalina binti Ibrahim Pengurus kanan, Rantaian

Bekalan Mcdonald Malaysia mendapati bahawa McDonald's Malaysia sentiasa bekerjasama rapat

dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) untuk terus mendukung komitmen halalnya

kepada para pengguna dalam semua aspek perniagaan. Dengan keadaan ini semestinya khabar angin

tersebut adalah salah satu perkara yang tidak betul.


Diantara dakwaan yang diterima adalah seperti:

1. Adakah dakwaan di media sosial bahawa sos McDonald's mengandungi bahan tidak halal yang

dikenali sebagai LM10?

2. Benarkan dakwaan di media sosial bahawa kopi McDonald's mengandungi lemak khinzir

3. Adakah McDonald's mempunyai penasihat syariah?

4. Benarkah dakwaan bahawa makanan McDonald's tidak mereput walaupun setalah disimpan

bertahun-tahun?

5. Benarkah lembu dimasukkan hidup-hidup ke dalam mesin untuk dikisar dan benarkah proses

tersebut berlaku di McDonald's?

6. Benarkah McNugget Ayam McDonald's yang diteliti menerusi microskop mengandungi bahan

aneh yang menyerupai bulu-bulu halus.


SLIDE 4 – FAKTA RINGKAS TENTANG STATUS HALAL MC DONALDS MALAYSIA

1. McDonald's Malaysia adalah antara restoran khidmat segera pertama yang menerima sijil halal

Malaysia dari JAKIM pada tahun 90-an.

2. Kesemua makanan dan minuman yang dihidangkan oleh McDonald's Malaysia dijamin halal

100% oleh JAKIM dan lain-lain badan pensijilan dari luar negara yang diluluskan oleh JAKIM

3. Terdapat dua orang pakar syariah bebas yang bertauliah dan bukan dari kakitangan McDonald's

Malaysia telah dilantik sebagai penasihat syariah kepada jawatankuasa halal dalaman.

4. Memastikan dapur McDonald's Malaysia sentiasa mempunyai sekurang-kurangnya dua orang

pekerja islam untuk memenuhi piawaian pensijilan.

5. McDonald's Malaysia dimiliki oleh Syarikat Lionhorn Pte. Ltd. dari Arab Saudi. Ini adalah

entity perniagaan yang dimiliki 100% orang islam dan membayar zakat perniagaan kepada

pusat zakat di Malaysia.

6. Kakitangan McDonald's Malaysia diwajibkan mengambil suntikan tifoid daripada pusat

kesihatan yang diiktiraf oleh kerajaan sebelum berkhidmat di restoran McDonald's.

7. Setiap kakitangan McDonald's Malaysia harus menuruti kod etika pekerja dan amalan

kebersihan yang baik untuk memastikan syarat Halal dipatuhi.

8. Sistem jaminan Halal McDonald's Malaysia adalah memastikan sumber bahan mentah dan

peralatan yang digunakan adalah Halal. Memastikan tidak berlaku pencemaran silang Halal dan

memastikan sistem jaminan halal dilaksanakan Bersama sistem operasi, kualiti dan keselamatan

makanan yang telah sedia ada.


SLIDE 5 – ANALISIS KRITIKAL - Klu ade video temuramah lagi bgus

Kajian temu bual ini menerangkan penilaian analisis data berdasarkan tindak balas informen terhadap

soalan-soalan yang diberikan, pemerhatian yang telah dijalankan oleh kami. Soalan-soalan kami ialah

untuk mengetahui bagaimana kaedah yang digunakan sewaktu proses makanan dan dihidangkan pada

pelanggan McDonald's di Malaysia. Berdasarkan transkrip temu bual dari informen yang pertama,

mendapati bahawa semua produk yang digunakan adalah disahkan JAKIM Malaysia samada produk

dalam negara ataupun luar negara.selain itu, produk-produk ini perlulah mempunyai sijil Halal yang

dikeluarkan oleh JAKIM. Produk-produk ini perlulah diperiksa dan disahkan oleh jawatankuasa Halal

dalaman McDonald's Malaysia. Kerbersihan juga merupakan kunci utama produk halal, dimana segala

proses dan hidangan perlulah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh McDonald's Malaysia.

SLIDE 6 - MODEL KOMUNIKASI

Jika diolah melalui model Komunikasi Kontemporari pada era 70-an hingga 80-an, model tersebut telah

membentuk meliputi pengaruh persekitaran dan sistem sosial. Ahli sarjana komunikasi pada era
tersebut melihat bahawa keberkesanan mesej komunikasi ditentukan oleh sistem sosial, persekitaran

dan iklim yang terlibat. Antara model yang terdapat pada zaman tersebut adalah seperti model

pergantungan yang dipelopori oleh Ball Rokeach dan De Fleur.

Terdapat 2 fungsi di dalam model komunikasi ini

1. (Targeted marketing) Pemasaran Terarah ialah proses untuk mengenal pasti kelompok

kelompok tertentu yang menjadi sasaran pemasaran. Penentuan kelompok ini pula akan

digunakan bagi membangunkan strategi campuran pemasaran barangan atau perkhidmatan

tertentu bagi setiap kelompok yang telah dikenal pasti. Tujuan utama model pemasaran terarah

ini ialah bagi mengelakkan sasaran yang terpesong, komunikasi tidak lancar dan kempen yang

tidak mengenali keperluan sebenar khalayak. Model pemasaran terarah menerangkan

bagaimana kita boleh memperoleh khalayak sasaran yang lebih tepat. Sekiranya perkara ini

dapat dilakukan, pembaziran daripada pelbagai sudut dapat dikurangkan.

2. pemasaran sosial adalah merupakan satu pengendalian serta perlaksanaan program yang

berusaha dalam meningkatkan penerimaan terhadap idea sosial atau penyebab sosial di kalangan

kelompok sasaran. Selain itu juga. ia memberi manfaat kepada konsep segmentasi pasaran,

pengembangan konsep komunikasi, penyelidikan pengguna, kemudahan, insentif serta teori

pertukaran untuk memaksimumkan tindak balas di kalangan khalayak sasaran. Pemasaran sosial

juga dikenali sebagai social cause marketing atau public issue marketing.
SLIDE 7 - IMPLIKASI ISU KEPADA ORGANISASI

Isu boikot produk makanan McDonald's telah menguji kepemimpinan McDonald's Malaysia dan telah

memberikan impak jangka panjang dan sangat mencabar kepada organisasi tersebut. Pegawai

komunikasi korporat ketika itu telah bersedia serta proaktif mengharungi isu boikot, mampu

menyokong dan mempersiapkan ahli dalam mengharungi isu yang mendatang. Peranan komunikasi

korporat McDonald's Malaysia boleh mengambil pelbagai bentuk bergantung pada khalayak yang

sedang ditangani. Pada akhirnya, strategi komunikasi organisasi biasanya terdiri daripada:

1. Komunikasi lisan ---- Contoh seperti mesyuarat, sidang akhbar dan temu bual.

2. Komunikasi bukan lisan ----- Contoh seperti gambar, ilustrasi, maklumat grafik dan penjenamaan umum.

3. Penyataan bertulis ----- Contoh seperti laporan dalaman dan luaran, iklan, salinan laman web, bahan promosi, e-

mel, memo dan siaran akhbar.

cadangan strategi komunikasi pula berdasarkan analisis penemuan. Imej sesebuah organisasi boleh

dicerminkan melalui pengiklanan korporat. Dengan pengiklanan korporat, organisasi dapat

meningkatkan atau mengubah imej kepada imej yang diinginkan. Fungsi pengiklanan korporat ini

berbeza dengan pengiklanan produk ataupun komunikasi pemasaran. objektif utama iklan ini adalah

mempromosi atau memperkenalkan organisasi itu sendiri dan bukannya memperkenalkan produk atau

perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi itu. Sebagai contoh, iklan sempena bulan ramadhan oleh

McDonald's. Di dalam iklan ini, pihak McDonald's bukan menfokus kepada produk atau perkhidmatan

yang ditawarkan oleh mereka tetapi lebih kepada mempromosikan nilai-nilai “Keluarga Malaysia” dan

komitmen serta usaha McDonald's di dalam membantu dan memperkasakan nilai-nilai ini terhadap

masyarakat
Selain daripada itu, fungsi perhubungan awam yang konvensional yang lebih menumpukan kepada

hubungan dengan media. Namun fungsi perhubungan awam merupakan satu fungsi yang terpenting di

dalam sesebuah organisasi. Rata-rata kakitangan komunikasi korporat biasanya berada dalam fungsi ini

bertanggung jawab dan harus mampu berurusan dengan media sebagai jurucakap bagi pihak organisasi.

SLIDE 8 – KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, bagi seseorang individu yang ingin menyampaikan maklumat kepada seseorang,

seharusnya maklumat atau berita yang ingin disampaikan itu adalah sahih dan benar. Seperti mana

slogan Kementerian Penerangan Malaysia ‘tidak pasti jangan kongsi’. Ini adalah kerana ia akan

memberi impak yang besar kepada pelbagai pihak terutamanya industri yang terlibat besar dengan

orang awam. Oleh yang demikian, setiap hidangan daripada McDonald's Malaysia mendapati Halal dan

pihak JAKIM juga telah memberi kenyataan bagi meyakinkan para pengguna tentang status Halal

McDonald's Malaysia. Dengan itu, yakinlah bahawa McDonald's Malaysia sentiasa komited dalam

mematuhi kesemua piawaian dan keperluan Halal, agar semua pelanggan boleh menikmati setiap

hidangan tanpa rasa was-was.

You might also like