You are on page 1of 14

PENGAJIAN JARAK JAUH

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

VKMB 2041
PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV
SEMESTER JULAI SESI 2021/2022

Tajuk Program: “PASCA COVID-19, SINGKAP ISU KRISIS”

Disediakan Untuk :
PUAN NOR ALWANI BINTI ABDUL WAHAB

Disediakan Oleh :

BIL. NAMA PELAJAR NO. MATRIK


1. Syaiful Azam Bin Suhaimi 244087
2. Varalaksimy A/P Gangan 250902
3. Rubanni A/P Kandasamy 258838
4. Nur Fatin Binti Zakaria 260139
5. Ahmad Hazman Bin Ahmad Wakinuddin 260557
6. Kamal Hisham Bin Md Yusof 260620
7. Mohd Fadhli Bin Mohd Firdaus 260666
8. Mohd Hazri Aminurrashid Bin Hahlan 260677
9. Noor Munirah Binti Jasni 260752
10. Norazian Binti Ismail 260773
11. Nurul Husna Binti Yahaya 260815
12. Salsabila Binti Ridzwan 260850
13. Suvarnalatha A/P Lakshmanan 260877
14. Azri Bin Jabar 260918

Tarikh Serahan :
28 JUN 2021

1
KERTAS CADANGAN
PROGRAM WAWANCARA
(“PASCA COVID-19, SINGKAP ISU KRISIS”)

ISI KANDUNGAN

No Perkara Muka Surat


1 Pengenalan Program 3
2 Matlamat Program 4-5
3 Objektif Program 5
4 Komuniti Sasaran 6
5 Butiran Program 6
6 Modul Pelaksaan Program 7-8
7 Belanjawan 9
8 Senarai Ahli Jawatankuasa 10
9 Gan Chart - Modul Perlaksanaan Program 11
10 Penutup 12
11 Pengesahan Kertas Kerja 13-14

1.0 PENGENALAN PROGRAM

Kertas cadangan ini dibuat adalah untuk memohon kebenaran daripada Pusat
Kokurikulum, Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara
Malaysia (UUM) bagi melaksanakan satu program berkonsepkan e-khidmat

2
masyarakat untuk memberikan pengalaman dan peluang yang berguna kepada
masyarakat diluar yang telah terkesan akibat daripada pandemik Covid-19 melalui
temuramah secara langsung di media sosial. Seramai 14 orang pelajar yang akan
terlibat dalam program e-khidmat masyarakat ini dan kesemuanya terdiri daripada
pelajar Sarjana Muda Pentadbiran Pemiagaan dan dengan Kepujian dari Semester
7 yang berpusat di Universiti Utara Malaysia, Kuala Lumpur.

Program ini dilaksanakan untuk melengkapkan keperluan kursus Pembangunan


Masyarakat IV (VKMB 2041) JJ212 bagi Semester Julai 2021/2022. Kesemua 14
orang ahli yang terlibat akan bekerjasama bagi memastikan proses pelaksanaan
program berjalan dengan lancar.

Projek “Pasca Covid-19, Singkap Isu Krisis” ini merupakan program


temuramah yang akan diadakan secara online menerusi rangkaian Instagram dan
Facebook live. Dua orang panel telah dicadangkan dalam program ini yang terdiri
daripada pegawai daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
yang akan berkongsi ilmu bagaimana dengan pengurusan kewangan yang terbaik,
pengusaha syarikat agensi pelancongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19
ini.

2.0 MATLAMAT PROGRAM

Program ini adalah sebagai tanda soladariti para pelajar Pusat Pendidikan
Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia kampus Kuala Lumpur

3
sesi Julai 2021/2022 dalam berkongsi keluh kesah yang dialami masyarakat yang
telah terjejas akibat pandemik Covid-19. Tidak mustahil jika dikatakan perkongsian
program seperti ini akan dapat membantu dan membuka mata masyarakat supaya
tidak mudah berputus asa dengan kehidupan yang serba mencabar pada ketika ini
terutamanya dalam isu kewangan dan perbelanjaan.

Ketika negara sedang berjuang dan berusaha melawan bagi memutuskan rantaian
Covid-19, ternyata ramai yang terjejas dan kehilangan mata pencarian untuk
meneruskan kehidupan. Masalah pengangguran meningkat secara mendadak
akibat sektor ekonomi yang terpaksa diberhentikan buat sementara kerana Perintah
Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan. Antara sektor yang terjejas termasuklah
perusahan-perusahan dan syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan
seperti agensi pelancongan dan perunding perkahwinan. Oleh itu, program bual
bicara ini akan dijalankan secara maya di media sosial ini secara tidak langsung
juga dapat mendidik masyarakat kita pada hari ini untuk memanfaatkan kemajuan
dalam sains dan teknologi dalam menyampaikan maklumat.

Program ini berhasrat untuk mengetengahkan isu-isu berkaitan masalah kewangan


yang terjadi dalam tempoh pandemik Covid-19 ini tanda disedari oleh masyarakat
terutama yang telah kehilangan punca pendapatan dan pekerjaan. Selain itu juga,
program ini akan membuka mata masyarakat dan memberi pengetahuan dalam
menguruskan kewangan dengan sebaiknya supaya tidak dibebani dengan hutang
jika terjadi sesuatu bencana yang tidak dijangka. Selain itu juga, para pelajar dapat
mengaplikasian, berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam
mengendalikan program secara maya dan juga pendedahan ini dapat melahirkan
golongan siswa dan siswi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah
melahirkan generasi yang celik teknologi, berkemahiran dan bertanggungjawab
terhadap masyarakat dan negara.

2.1 Matlamat Umum

2.12 Memberikan pengetahuan kepada masyarakat kesan daripada


pandemik Covid-19.

4
2.13 Mewujudkan kesedaran masyarakat mengenai menguruskan
kewangan.
2.14 Memastikan masyarakat mengambil langkah awal dan berjimat
cermat.
2.15 Memastikan masyarakat peka dengan keadaan negara.

2.2 Matlamat Teknikal

Mendedahkan pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur


kepada keperluan sesuatu teknikal yang berkaitan dengan program yang
bakal dilaksanakan seperti :-

2.22 Penggunaan laman sesawang yang bersesuaian untuk


menyampaikan maklumat mengenai Covid-19.
2.23 Mengambil tahu tentang persiapan dan persediaan program yang
akan dijalankan secara maya.
2.24 Pemilihan panel yang sesuai dan dapat berkongsi pengalaman dan
ilmu.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM


Kertas cadangan ini menyarankan satu bentuk program yang memberikan
kesedaran kepada masyarakat tentang isu-isu kewangan yang dihadapi ketika
berlakunya pandemik :-

3.2 Memperolehi peluang untuk mengupas isu-isu semasa yang terjadi dikala
tempoh pandemik.
3.3 Menerapkan nilai rasa prihatin yang mendalam dalam kalangan masyarakat
yang terkesan.
3.4 Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan dengan
menggabungkan pengetahuan dan tenaga untuk merancang serta
menjalankan sesuatu program.
3.5 Memberi khidmat ilmu secara percuma kepada masyarakat melalui siaran
media sosial.

4.0 KOMUNITI SASARAN

5
1. Pengguna Media Sosial seperti Instagram dan Facebook.
2. Semua lapisan masyarakat tidak mengira umur.

5.0 BUTIRAN PROGRAM

i. Nama Program : “PASCA COVID-19, SINGKAP ISU KRISIS”


ii. Penganjur : Pelajar Semester 7 Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Pendidikan Jarak Jauh, Pusat Pendidikan
Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara
Malaysia (UUM)
iii. Nama Kumpulan : RESOLUSI TEAM
iv. Tarikh : 9 Oktober 2021
v. Tempat : Kediaman masing-masing
vi. Jumlah AJK : 14 Orang
vii. Moderator : Puan Nur Fatin Zakaria
viii. Panel : 1) Encik Mohammad Farid Bin Fadzil (Pegawai
AKPK)
2) Encik Khairul Idzlan (wakil CS Holidays Sdn Bhd)
ix. Jenis Program : Kemasyarakatan dan motivasi

6.0 MODUL PERLAKSANAAN PROGRAM

6
MASA PERKARA PANEL
SESI 1  Moderator akan menjelaskan Encik Khairul
(8.30 pm - 8.55 pm) serba sedikit mengenai program. Idzlan (Wakil CS
 Ucapan aluan oleh Pengarah Holidays Sdn
Pace Bhd)
 Moderator membuat jemputan
kepada panel untuk live
bersama dan memperkenalkan
diri.
 Membincangkan topik mengenai
bagaimana panel mengharungi
fasa COVID-19
 Memulakan sesi soal jawab
bersama penonton.
 Moderator akan minta Panel 1
untuk memberi nasihat dan
harapan kepada penonton dan
masyarakat berkaitan COVID-
19.
3 minit teaser
Encik Mohammad
SESI 2  Moderator memulakan sesi 2
Farid Bin Fadzil
(9.00 pm – 9.15pm) dengan memberi sedikit ulasan
(Pegawai AKPK)
hasil dari temubual bersama
Panel 1 dan memberi sedikit
gambaran mengenai tugas-
tugas Panel 2.
 Menjemput Panel 2 untuk live
bersama dan memperkenalkan
diri Panel 2.
 Membincangkan topik mengenai
peranan AKPK ketika pandemik
Covid-19.
 Memulakan sesi soal jawab
besama penonton.

7
 Moderator akan meminta Panel
2 untuk memberi nasihat dan
harapan kepada penonton
SESI 3  Moderator memulakan sesi
(9.10 pm – 9.30 dengan memberi sedikit ulasan
pm) hasil dari temubual bersama
Panel 1 & 2.
 Memohon mengambil soalan
daripada penonton untuk
diberikan pada panel

PENUTUP  Moderator mengumumkan


pemenang dari kalangan
penonton yang membuat
perkongsian terbanyak
 Moderator membuat kesimpulan
tentang tajuk
 Moderator memberi kata- kata
harapan kepada masyarakat
terkesan akibat COVID-19.

8
7.0 BELANJAWAN

7.1 Anggaran Pendapatan


BIL
PERKARA JUMLAH (RM)
.
1. Sumbangan Pelajar (14 orang) 14 X RM 100 = RM 1,400.00
2. Sumbangan individu RM 292.50
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 1,692.50

7.2 Anggaran Perbelanjaan


BIL
PERKARA ANGGARAN PERBELANJAAN JUMLAH (RM)
.
1. Publisiti Banner / Banting (RM100.00 x 3) RM 300.00
Perbelanjaan Luar Anggaran bagi perbelanjaan luar
2. RM 100.00
Jangka jangka
Pengurusan & Sijil Penghargaan & Hadiah
3. RM 300.00
Teknikal (RM 150.00 x 2)
4. Cenderahati Panel Jemputan (RM200 x 2) RM 400.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM 1,100.00

9
8.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA
Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa untuk program ini –

Jawatan Nama
Pengarah Program Mohd Fadhli Bin Mohd Firdaus
Timbalan Pengarah Mohd Hazri Aminurrashid Bin Hahlan
Setiausaha Nur Fatin Binti Zakaria
Timbalan Setiausaha Varalaksimy A/P Gangan
Bendahari Salsabila Binti Ridzwan
Timbalan Bendahari Noor Munirah Binti Jasni
AJK Promosi & Syaiful Azam Bin Suhaimi
Pemasaran Suvarnalatha A/P Lakshmanan
Rubanni A/P Kandasamy
AJK Perhubungan Awam Azri Bin Jabar
Norazian Binti Ismail
Nurul Husna Binti Yahaya
AJK Teknikal I Ahmad Hazman Bin Ahmad Wakinuddin
AJK Teknikal II Kamal Hisham Bin Md Yusof

10
9.0 GANTT CHART PENGURUSAN KUALITI PROGRAM

MINGGU
1 2 3 4 5 6 7 8 9 12 13 14
TUGASAN

16/9 – 17/9

7/10 – 8/10
7/9 – 15/9
12/8-15/8

20/8-21/8
10/8

23/8

26/8

27/8

9/10
8/8

6/9
Taklimat

Pembentukan Kumpulan

Perbincangan tajuk

Pemilihan Tajuk

Penyediaan Kertas Cadangan

Semakan Kertas Cadangan

Semakan Kertas Cadangan oleh


Pensyarah
Pembentangan / Penilaian Kertas
Cadangan
Penetapan program yang akan
dilaksanakan
Proses mendapatkan kelulusan
kertas cadangan dari Pengarah
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Proses untuk mendapatkan
kebenaran daripada Panel
Jemputan
Mendapat maklumbalas dari Panel
Jemputan
Proses penyediaan awal Program

Pelaksanaan Program melalui


media sosial (instagram live)
10.0 PENUTUP
Program yang akan dilaksanakan oleh pelajarl anjutan Universiti Utara Malaysia
(PACE) Kuala Lumpur ini adalah salah satu platform temu bual yang baik
kerana melalui program ini dapat membuka mata masyarakat tentang peluang
yang dimiliki untuk memperbaiki seterusnya mencapai apa yang dimilikan dalam
mengejar kehidupan yang mencabar ketika ini. Selain itu, program ini dapat
melahirkan warga yang bermotivasi tinggi, berinovasi, kreatif dan berdisiplin
serta boleh memupuk semangat kerjasama di antara satu sama lain. Sebagai
pelajar UUM Kuala Lumpur, kami terpanggil untuk menjadi contoh kepada
masyarakat untuk meneruskan tradisi menyumbangkan khidmat masyarakat
kepada pihak yang memerlukan. Sumbangan dan program yang dirancangkan
amat bersesuaian dengan konsep khidmat masyarakat yang menerapkan konsep
kerohanian, kasih sayang, toleransi dan keperihatinan terhadap isu sosial dan
ekonomi masyarakat setempat.

Diharap program ini dapat berjalan dengan lancar dan semoga usaha yang kami
jalankan ini dapat memberikan pengetahuan dan berkongsi pengalaman
khususnya kepada semua masyarakat yang terkesan dalam pandemik Covid-19.
11.0 PENGESAHAN KERTAS KERJA

Disediakan oleh :

…………………………………..
(NUR FATIN BINTI ZAKARIA)
Setiausaha
Program “PASCA COVID-19, SINGKAP ISU KRISIS”
RESOLUSI TEAM
Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur

Disahkan oleh :

…………………………………..
(MOHD FADHLI BIN MOHD FIRDAUS)
Pengarah
Program “PASCA COVID-19, SINGKAP ISU KRISIS”
RESOLUSI TEAM
Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur

Disemak oleh :

…………………………………..
(PUAN NOR ALWANI BINT ABDUL WAHAB)
Pensyarah
Pembangunan Masyarakat IV
Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur
Disokong oleh :

…………………………………..
DR. MAWARNY BINTI MD. REJAB
Penyelaras Pembangunan Masyarakat
Universiti Utara Malaysia
Tarikh :

Diluluskan oleh :

…………………………………..
PROF MADYA DR. MOHAMAD AINUDIN ISKANDAR LEE ABDULLAH
Pengarah Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)
Universiti Utara Malaysia
Tarikh :

12.0 KELULUSAN PENGARAH PACE

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

Ulasan Pengarah PACE

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

Pengarah
Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)
Universiti Utara Malaysia
Sintok, Kedah.

You might also like