You are on page 1of 26

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

PKE 3043E
PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

K.ARIVINTTHAN KRISHNAN
(951012-02-5509)
2014122340012

PROGRAM 8 PISMP

OPSYEN MATEMATIK (SJKT)

NAMA DAN KOD


PKE 3043E : PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
KURSUS

TAJUK TUGASAN
PELAPORAN PROJEK KESIHATAN
PROJEK

NAMA PENSYARAH HJ KAMALUDDIN BIN MOKRI

TUGASAN 1 : PENULISAN ILMIAH : 25 MAC


TARIKH HANTAR 2018
TUGASAN 2 : PELAPORAN PROJEK
KESIHATAN : 04 APRIL 2018

0
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI)

Nama: K.ARIVINTTHAN A/L KRISHNAN Angka Giliran Pelajar: 2014122340012


Tajuk Tugasan: PELAPORAN PROJEK KESIHATAN
Subjek / Kursus: PKE 3043E : PROGRAM
Pensyarah: HJ KAMALUDDIN BIN MOKRI
KESIHATAN SEKOLAH
Tarikh Hantar: 04 APRIL 2018

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap
satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : _______________________________________ Tarikh : 04 APRIL 2018


( K.ARIVINTTHAN A/L KRISHNAN )

Perincian Maklum Balas Tugasan

Pemeriksa Moderator
Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:


Pengesahan Pelajar Terhadap Maklumbalas Yang Diberikan Pensyarah.

Saya mengesahkan bahawa maklumbalas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan
fahami.

Tandatangan Pelajar: Tarikh:

1
KANDUNGAN

MUKA SURAT

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS 1

KANDUNGAN 2

PENGHARGAAN 3

PENGENALAN 4

TUGASAN 1 : PENULISAN ILMIAH 5

1.1 PENGENALAN PROJEK 5

1.2 OBJEKTIF PROJEK 6

1.3 BUTIRAN PROJEK 6

1.4 PELAKSANAAN PROJEK 7

1.5 KEWANGAN BERKAITAN PROJEK 8

1.6 GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN PROJEK 9

1.7 RUMUSAN 11

PENUTUP 12

TUGASAN 2 : PELAPORAN PROJEK KESIHATAN 13

2.1 PENGENALAN 13

2.2 PROJEK INOVASI 13

2.3 KEKUATAN PROJEK 15

2.4 KELEMAHAN PROJEK DAN CADANGAN


17
MENGATASINYA

2.5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 18

2.6 KESIMPULAN 18

RUJUKAN 20

LAMPIRAN 23

2
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Tuhan yang Maha Esa dengan limpah dan

kurnianya saya dapat menyiapkan kerja kursus yang diberikan dengan baik. Oleh itu, melalui

kesempatan ini saya ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih

kepada semua pihak yang telah memberi pandangan serta sumbangan yang tidak terhingga

kepada saya.

Pensyarah kursus PKE 3043E, Tn Hj Kamaluddin Bin Mokri telah memberikan tunjuk

ajar dan sokongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Beliau banyak

menyumbangkan idea dan tenaganya untuk menerangkan saya tentang kehendak kerja

kursus yang perlu saya menyelesaikan untuk mencapai objektif kerja kursus ini. Walaupun

pada mulanya, saya menghadapi sedikit masalah beliau telah membantu mengatasi

kekeliruan saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sekelas saya

yang telah banyak memberikan idea dan kongsi maklumat dengan saya dalam proses

menyiapkan tugasan projek ini. Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses

menyiapkan tugasan projek ini. Sekian, terima kasih.

3
PENGENALAN

Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) membantu membina kesedaran dan kefahaman dalam
kalangan murid – murid sekolah tentang taraf kesihatan diri sendiri. Ia adalah bertujuan untuk
mengesan penyakit dan memberi rawatan pada peringkat awal serta mencegah murid
daripada menghidapi sebarang penyakit. Perkhidmatan kesihatan sekolah merangkumi
penjagaan kesihatan, pemakanan, mempromosikan kesihatan, rawatan dan pergigian. Pada
tahun 1996, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi nafas baru kepada RKS dengan mewujudkan
Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Matlamat PBSS adalah untuk meningkatkan
pengetahuan mengenai amalan kesihatan diri, menggalakkan amalan cara hidup sihat dan
memastikan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat.

Perkhidmatan kesihatan di bawah PBSS termasuklah menilai status kesihatan murid,


memberi khidmat rawatan dan rujukan, memberi bimbingan dan kaunseling, memberi
penjagaan rawatan/kecemasan, mencegah dan mengawal kejadian penyakit serta
mendiagnosis dan membantu penempatan kanak-kanak berkeperluan khas. Antara program
berkaitan kesihatan yang dilaksanakan di sekolah adalah Perkhidmatan Kesihatan Sekolah,
Perkhidmatan Pergigian, Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Program Susu Sekolah
(PSS), Pendidikan Pencegahan Denggi, menjadikan sekolah kawasan larangan merokok,
menyediakan pertolongan cemas dan bilik khas kesihatan, mewujudkan Program Sihat Tanpa
AIDS untuk Remaja (PROSTAR), mengadakan program bebas dadah dan kempen cara hidup
sihat.

4
1.0 PENULISAN ILMIAH

1.1 Pengenalan projek kesihatan sekolah

PROJEK NAFAS SEGAR

Tabiat merokok merupakan punca utama kematian pramatang disebabkan oleh


penyakit - penyakit yang berkaitan dengan merokok seperti kanser dan penyakit
kardiovaskular. Dianggarkan bahawa terdapatnya seramai 1.1 billion perokok di seluruh dunia
(Sumber BBC). Pada masa yang sama, jumlah perokok tersebut meningkat semakin hari
semakin di negara - negara yang membangun. Dijangkakan, lebih daripada 8 juta orang akan
mati disebabkan oleh rokok menjelang tahun 2030 dan perkara yang perlu dibimbang adalah
7 juta daripadanya adalah dari negara membangun seperti Malaysia. Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) menganggarkan 20,000 rakyat Malaysia akan mati setiap tahun disebabkan
oleh amalan merokok.

Menurut laporan kaji selidik Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia 2015,
seramai 22.8% atau 5.0 juta rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas adalah perokok yang
kebanyakannya didominasi oleh kaum lelaki. 60 peratus daripada perokok di Malaysia mula
merokok sebelum berumur 18 tahun iaitu di zaman persekolahan. Dianggarkan seramai 50
sehingga 60 orang remaja di Malaysia memulakan tabiat merokok setiap hari. Jadual 1
menunjukkan perbandingan prevalens perokok remaja Malaysia dari tahun 2003 sehingga
2009.

Jadual 1: Peratus Perokok Remaja


TAHUN 2003 2006 2009
KAJIAN GYTS1 NHMS3 GYTS2
PERATUS
20.2% 8.7% 18.2%
PEROKOK
(13-15 tahun) (<18 tahun) (13-15 tahun)
REMAJA
LELAKI 36.3% 16.6% 30.9%

PEREMPUAN 4.2% 0.7% 5.3%

Sumber: Global Adult Tobacco Survey (GATS)

5
Di samping itu, rokok juga menyebabkan bangkitnya gejala sosial-gejala sosial yang
lain di kalangan remaja seperti penyalahgunaan dadah, ponteng sekolah dan pergaduhan.
Jadi, sekiranya pihak penguasa tidak mencari penawar bagi amalan ini pada akar umbi lagi,
maka ia akan menjadi lebih kronik pada masa perokok berubah ke perokok tegar. Kajian
Institut Kesihatan Umum iaitu National Institutes of Health (NHMS) 2017 mendapati 60.8%
perokok remaja (berumur antara 15 -24 tahun) membuat percubaan untuk berhenti merokok
tetapi mereka tidak tahu cara berhenti merokok secara sistematik. Berdasarkan perjanjian
WHO Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) setiap lapisan masyarakat haruslah
berganding bahu dan bermandi peluh untuk melahirkan generasi Malaysia bebas dari
sebarang bentuk amalan merokok.

1.2 Objektif projek

Sebagai bakal guru, kami telah merancang satu program berkaitan anti - rokok yang
bernama Projek Nafas Segar (PNS). Objektif utama projek ini adalah untuk meningkatkan
pengetahuan dan informasi mengenai bahaya merokok kepada para pelajar. Selain itu,
melalui projek ini dapat membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari
tabiat merokok. Di samping itu, projek ini juga akan menjadi pemangkin kepada amalan gaya
hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan
mengambil berat mengenai kesihatan. Para pelajar menjadi kumpulan sasaran
memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada
masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah
yang lebih sihat.

1.3 Butiran projek

Projek ini adalah sangat bersesuaian sekiranya dilaksanakan dalam sesi pengajaran
dan pemudahacaraan (PdPc). Jadi, berdasarkan DSKP Pendidikan Kesihatan semakan
KSSR tahun 2 2018, warga pendidik dapat mengendalikan projek ini apabila mengajar murid
tahun 2 dengan standard pembelajaran “2.1.2 Menjelaskan bahaya pengambilan tembakau,
alkohol dan dadah terhadap kesihatan diri serta orang lain” dan berdasarkan DSKP
Pendidikan Kesihatan tahun 3 iaitu apabila mengajarkan standard pembelajaran “1.4.3
Menyatakan kesan merokok terhadap kesihatan dan persekitaran serta “berkata TIDAK
kepada pembelian dan pengambilan rokok”. Projek ini juga sesuai dijalankan di sekolah

6
sebagai suatu kempen ataupun ceramah berkenaan kesan merokok kepada para murid.
Program sebegini dapat mendedahkan murid kepada bahan kimia yang terkandung dalam
rokok serta kesan – kesan merokok termasuk kanser, kerosakan gigi, sakit jantung dan juga
kematian. Pada masa yang sama, pelajar sendiri dapat melihat dengan mata kasar iaitu bahan
– bahan kimia yang digunakan dalam penyediaan sebatang rokok. Menurut William (2017)
lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia digunakan dalam menyediakan sebatang rokok. Maka,
melalui ini murid – murid dapat mengelakkan perasaan ingin mencuba tabiat merokok ini.

1.4 Pelaksanaan projek

Pelaksanaan projek merangkumi model yang dibina iaitu e-book ‘Dora The Explorer’
berbentuk interaktif dengan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Menurut Laksito (2011), teknologi simulasi dan visualisasi dapat memahami informasi dengan
lebih mudah. Maka, penggunaan TMK sebagai model juga amat sesuai dalam melaksanakan
sesuatu program. Oleh kerana penggunaan e-book ‘Dora the Explorer’ yang bentuk TMK,
maka guru boleh menarik perhatian murid-murid dengan lebih efektif. Penyataan ini juga
selaras dengan pandangan Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang ke-10, Tan Sri
Muhyiddin berkata penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC)
telah membolehkan pembelajaran interaktif, yang lebih berkesan dan merangsang minda
(Kosmo Online, 14 April, 2010). E-book merupakan satu bahan program di mana ia
mengandungi unsur-unsur yang menarik minat murid-murid seperti animasi, suara, gambar,
video serta latihan berbentuk TMK. E-Book ini mampu membantu murid-murid untuk
memahami dan mengingati sesuatu konsep dengan lebih mudah. Lebih-lebih lagi, murid juga
boleh menggunakan pakej e-Book ini di sekolah mahupun di rumah sebagai pembelajaran
kendiri.

Pelaksanaan projek ini bermula dengan menayangkan cerita ‘Dora The Explorer’
melalui e-Book. Dalam cerita tersebut guru meletakkan tiga buah halangan kepada para
murid. Setiap halangan mempunyai aktiviti yang disediakan oleh guru. Pada halangan
pertama, guru menunjukkan satu eksperimen menggunakan sebuah Model rokok yang
menunjukkan kesan rokok. pelaksanaan model ini bermula dengan penyediaan sebotol yang
mengandungi air di dalamnya. Sebatang rokok dimasukkan pada lubang di penutup botol.
Kemudian, air dikeluarkan daripada botol melalui lubang yang disediakan pada bahagian
bawah botol. Maka, botol ini diibaratkan sebagai ‘vacuum’ dimana ia akan menarik angin
daripada luar ke dalam botol. Maka, asap rokok akan memasuki botol sepenuhnya.
Seterusnya, satu tisu akan diletakkan pada bahagian atas botol dan angin ditiup keluar

7
daripada botol air. Maka, bahan-bahan kimia yang terkandung dalam asap rokok akan
melekat pada permukaan tisu. Jadi, murid-murid boleh melihat kekotoran yang tertimpul pada
tisu. Botol tersebut mewakili jantung perokok dan tisu itu mewakili paru-paru perokok.
Kekotoran itulah yang akan melekat pada paru-paru perokok. Maka, melalui kaedah
eksperimen ini murid dapat mempelajari dengan lebih mudah dan dapat melihat secara
realistik. Menurut Kamaruzman (2013) kaedah eksperimen membantu meningkatkan minat
murid dan mengukuhkan daya ingatan kerana mereka menyediakan sambungan antara fakta
dan aplikasi dunia sebenar. Maka, melalui eksperimen murid dapat menggambarkan idea-
idea serta mempunyai bukti visual kepada pemikiran mereka.

Pada halangan kedua pula, guru menyediakan satu aktiviti klasifikasikan kesan
merokok dalam bentuk interaktif. Dalam aktiviti tersebut, murid-murid yang dipilih secara
rawak perlu mengklasifikasikan kesan merokok kepada diri dan persekitaran. Pada hujung
aktiviti ini, guru akan memberi maklum balas dan menekankan kesan-kesan terhadap diri dan
persekitaran kepada para murid. Pada halangan terakhir, guru melaksanakan sesi latihan
berbentuk TMK kepada murid-murid. Dalam aktiviti ini, murid-murid dibahagikan kepada lima
kumpulan. Setiap kumpulan ditayangkan dengan satu soalan yang membawa satu mata jika
betul. Kemudian, guru menayangkan dua buah soalan yang beraras tinggi. Soalan beraras
tinggi ini dibuka kepada semua kumpulan. Kumpulan yang mendapat mata yang tertinggi akan
diberi hadiah sebagai peneguhan. Hal ini sedemikian kerana hadiah atau token merupakan
peneguhan positif terhadap kejayaan mencapai sasaran yang dipilih (Jenson, Sloane &
Young, 1998).

1.5 Kewangan berkaitan projek

Apabila kita melihat dari aspek kewangan, Program Nafas Segar ini tidak memerlukan
sebarang kos melainkan hanya memerlukan sebatang rokok yang hendak dibeli. Jadi, kita
dapat menyediakan bahan-bahan bagi program dengan hanya menggunakan bahan-bahan
kitar semula seperti pen, botol air, kapas atau ‘tissue’’ dan air. Jadi, tuntasnya bahawa
program ini sesuai dilaksanakan oleh semua pihak dan mereka tidak perlu bergantung kepada
mana-mana pihak dari segi aspek kewangan. Pada masa yang sama, apabila melihat aspek
bahan ICT yang diguna pakai dalam program ini, pengguna tidak perlu membuat sekali lagi
bahan ICT tersebut. Jadi, di sini mereka juga tidak memerlukan kos elektrik dan kos jalur
internet. Kesimpulannya, program ini adalah sebulat-bulatnya di cipta dengan mengambil kira
aspek kewangan supaya memudahkan pengguna-pengguna lain bagi membolehkan program

8
ini dapat sambutan daripada pelbagai pihak serta dapat memberikan impak yang positif
kepada tulang belakang negara kita.

1.6 Gambar - gambar berkaitan projek

Jadi berikut merupakan gambar-gambar yang berkaitan dengan program ini:

Barang-barang yang diperlukan untuk menyediakan model rokok

Selepas menghasilkan model rokok dengan menggunakan bahan-bahan di


gambarajah di atas

9
Bahan ICT yang menggunakan konsep kartun ‘Dora The Explorer’ bagi menarik
minat para murid

Aktiviti klasifikasikan kesan merokok yang disertakan di dalam bahan ICT

10
Latihan soal jawab pada akhir pelaksanaan projek

1.7 Rumusan

Diharapkan Projek Nafas Segar (PNS) dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat
mencapai objektif yang diingini. Fenomena penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar
sekolah perlu dipandang serius kerana ia mempunyai perkaitan dengan masa depan mereka.
Kementerian Pelajaran Malaysia bergabung dengan Kementerian Kesihatan Malaysia telah
mengatur pelbagai strategi pencegahan awalan bagi menangani permasalahan dadah dalam
kalangan pelajar. Ini adalah kerana kajian Muzafar (2013) menunjukkan bahawa penagih
rokok mula mencuba rokok ketika mereka masih di bangku sekolah lagi iaitu dalam lingkungan
usia 13 hingga 17 tahun. Maka, para guru perlu mengambil inisiatif dalam melahirkan generasi
yang bebas merokok supaya dapat mempraktikkan gaya hidup yang sihat. Justeru itu,
diharapkan bahawa aktiviti sihat ini akan dapat terus berkembang dan mendapat sambutan
yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk mencegah dan mengelakan penyakit.
Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat
sepenuhnya khususnya kepada para murid.

11
PENUTUP

Kesan – kesan daripada tabiat merokok patut dititikberatkan oleh pihak sekolah. Hal
ini kerana, melihat kepada kesan – kesan yang bakal timbul akibat merokok, pastinya negara
Malaysia tidak mampu untuk terus bersaing dengan negara lain disebabkan murid – murid
terus hanyut dalam tabiat yang buruk ini. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti
berlaku sekiranya murid tidak tahu cara untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka
sendiri. Antara kesan – kesan merokok adalah seperti kesan kepada kesihatan diri, kesan
kepada bayi yang dilahirkan dan kesan kepada masyarakat. Menyesal dahulu pendapatan,
menyesal kemudian tidak berguna maka, kerjasama semua pihak sudah pasti akan
melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada amalan ‘MEROKOK’.

12
TUGASAN 2 : PELAPORAN PROJEK KESIHATAN

LAPORAN PROJEK NAFAS SEGAR (PNS)

2.1 PENGENALAN

Tabiat merokok merupakan punca utama kematian pramatang disebabkan oleh penyakit-

penyakit yang berkaitan dengan merokok seperti kanser dan penyakit kardiovaskular.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 20,000 rakyat Malaysia akan mati

setiap tahun disebabkan oleh amalan merokok. Rokok juga menyebabkan bangkitnya gejala

sosial-gejala sosial yang lain di kalangan remaja seperti penyalahgunaan dadah, ponteng

sekolah dan pergaduhan. Jadi, sekiranya pihak penguasa tidak mencari penawar bagi amalan

ini pada akar umbi lagi, maka ia akan menjadi lebih kronik pada masa perokok berubah ke

perokok tegar.

2.2 PROJEK INOVASI

2.2.1 NAMA PROJEK

Program Nafas Segar (PNS)

13
2.2.2 PUNCA CETUSAN IDEA PROJEK

Punca utama cetusan idea projek ini adalah melalui perbincangan dengan rakan

sepasukan kerja kursus mengenai gejala-gejala sosial yang kian meningkat di negara

kita. Hasil dapatan daripada perbincangan kami, kami didapati rokok merupakan salah

satu amalan yang kian meningkatkan dan menular di kalangan murid sekolah rendah.

Jadi, kami membincang lalu merancang satu program kesihatan sekolah iaitu Program

Nafas Segar (PNS) bagi membendung masalah ini.

2.2.3 OBJEKTIF PROJEK DIBANGUNKAN

Objektif utama projek ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan informasi

mengenai bahaya merokok kepada para murid. Selain itu, melalui projek ini dapat

membimbing para murid ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari tabiat merokok.

Di samping itu, projek ini juga akan menjadi pemangkin kepada amalan gaya hidup

sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan

mengambil berat mengenai kesihatan.

2.2.4 HASIL PROJEK

Melalui projek ini kami telah menghasilkan satu bahan ICT yang berkonsep kartun

‘Dora The Explorer’ bagi menarik minat para murid apabila mengendalikan Projek

Nafas Segar (PNS) ini. Walaubagaimanapun, hasil projek utama kami adalah model

rokok yang dapat membolehkan para murid mempelajari dengan mudah dan dapat

14
melihat dengan mata kasar dan realistik mengenai kesan merokok terhadap paru-paru

serta dapat mengenali kesan bahan kimia yang terkandung dalam sebatang rokok.

2.2.5 IMPAK PROJEK

Impak yang kita akan didapati daripada projek ini adalah setelah kita melaksanakan

projek ini kepada para murid, mereka akan mengetahui bahan kimia yang terkandung

dalam sebatang rokok. Secara tidak langsung mereka akan mengetahui betapa

bahayanya amalan merokok. Jadi, melalui projek ini kita dapat menanamkan perasaan

benci terhadap rokok dalam sanubari setiap orang murid. Lama kelamaan, kita dapat

membentuk satu generasi yang bebas daripada amalan merokok.

2.3 KEKUATAN PROJEK

Projek Nafas Sefar (PNS) ini merupakan salah satu program yang dapat memberikan

pelbagai faedah dan manfaat kepada generasi muda. Seiring dengan itu, terdapatnya

pelbagai kekuatan yang menjadikan program ini sebagai program yang berkesan. Salah satu

kekuatan yang kita didapati daripada projek ini adalah, melalui projek ini murid dapat melihat

kekotoran yang tertimpul pada tisu dalam model rokok ini. Jadi, melalui kaedah eksperimen

ini murid dapat mempelajari dengan mudah dan dapat melihat secara realistik kesan bahan

kimia yang terkandung dalam sebatang rokok. Hal ini selaras dengan pendapat

nurzaharuddin, di mana menurut teori pelaziman klasik Ivan Pavlov, pembelajaran berlaku

kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Jadi, kesan rokok yang murid

15
telah melihat adalah rangsangan dan sebagai gerak balas murid tidak memikir untuk

mencubanya.

Di samping itu, bagi menghasilkan program ini kita tidak memerlukan sebarang kos

melainkan hanya perlu meminjam sebatang rokok daripada seorang perokok. Tuntasnya,

program ini telah dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti botol

yang telah dibuang, pen yang kekosongan dakwatnya, kapas ataupun ‘tissue’ yang telah

dibuang serta banyak bahan lagi. Artikel rasmi yang telah dikeluarkan oleh Portal Rasmi Majlis

Bandaraya Ipoh juga menyatakan bahawa kitar semula ialah proses memperolehi atau

menjadikan sebahagian atau semua bahan dari sampah untuk diguna semula. Jadi, apabila

kami melaksanakan program ini, kami tidak pernah bergantung kepada mana-mana pihak dari

segi aspek kewangan.

Pada masa yang sama, model rokok yang dihasilkan dalam Program Nafas Segar

(PNS) ini dapat digunakan beberapa kali lagi bukannya hanya sekadar dapat menggunakan

hanya sekali. Jadi, kami dapat menggunakan model rokok ini bagi murid-murid dari sekolah

lain juga. Hal ini membolehkan kami untuk menjimatkan masa dan waktu kami. Selain itu,

kekuatan yang perlu diberi perhatian dalam Program Nafas Segar (PNS) ini adalah program

ini bukan hanya sekadar melibatkan bahan maujud malah melibatkan pengintegrasian bahan

ICT. Dari permulaan program hingga ke pengakhirannya, kami telah mengintegrasikan

ICTnya. Menurut Aina Shafina, Pengintegrasian teknologi yang digunakan dalam pendidikan

akan memberi kesan terhadap perubahan sistem dan kualiti pendidikan sesebuah negara.

Hal ini adalah bertujuan untuk menarik minat para murid supaya para murid tidak menghadapi

kebosanan apabila melibatkan diri dalam program ini

16
2.4 KELEMAHAN PROJEK DAN CADANGAN MENGATASINYA

Setiap kekuatan akan disusuli dengan sesuatu kelemahan. Bagi Program Nafas Segar

(PNS) ini juga terdapat beberapa kelemahan yang tidak dapat dielakkan. Salah satunya

adalah dari segi aspek suara yang telah digunakan dalam bahan ICT di mana suaranya tidak

dapat didengari dengan jelas. Hal ini membolehkan para murid untuk tidak memberi fokus

kepada elemen-elemen yang terdapat dalam bahan ICT ini di samping ia juga mungkin

membolehkan para murid tidak memahami apa yang terkandung dalam bahan ICT ini.

Pada masa yang sama, apabila mendemonstrasikan model rokok kepada para murid,

pengendali haruslah memastikan bahawa semua murid dapat melihat pendemonstrasian

tersebut. Hal ini sedemikian kerana, kami mendapati apabila kami mendemonstrasikan model

rokok ini, ada sekalangan murid berdiri di belakang dan tidak dapat melihatkan

pendemonstrasian yang penuh dan mereka juga menghadapi kesulitan dalam melihat

tersebut.

Selain itu, para pendidik juga haruslah memastikan bahawa apabila mengendalikan

eksperimen model rokok ini, asap yang terkeluar daripada rokok tidak memberi kesan kepada

para murid. Hal ini disebabkan oleh, asap rokok boleh menjejaskan kesihatan kepada orang

lain walaupun mereka tidak berhisapnya. Hal ini selaras dengan “The American Cancer

Society medical and editorial content team” di mana mereka juga meluahkan pendapat yang

sama iaitu “Secondhand smoke (SHS) has the same harmful chemicals that smokers

inhale”.Jadi, mungkin pihak pengendali eksperimen ataupun pendidik mungkin boleh

mendemonstrasikan model rokok tersebut di tempat yang tinggi seperti pentas, supaya semua

murid dapat melihat dengan jelas serta asap yang terkeluar daripada model rokok tersebut

tidak menjejaskan kesihatan para murid. Selain itu, pihak pengendali model rokok tersebut

juga boleh mengedarkan ‘mask’ kepada pihak penonton supaya mereka tidak terhidu asap

rokok tersebut.

17
2.5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Sebagai cadangan penambahbaikan, Program Nafas Segar (PNS) ini juga dapat

boleh dinaik tarafkan dengan memberikan kesan bahan kimia yang terkandung dalam

pelbagai medium nikotin seperti rokok, rokok daun, vape, shisa, cigar dan sebagainya. Kita

dapat membandingkan dan mendemonstrasikan kesan-kesan yang terdapat dalam pelbagai

medium nikotin supaya generasi muda dapat mengelakkan diri daripada segala jenis bahan

nikotin dan dadah.

Di samping itu, penambahbaikan yang dapat dibuat bagi Program Nafas Segar (PNS)

ini adalah, kita dapat menaiktarafkan kauliti bahan ICT yang diguna pakai dalam program ini

iaitu dari kualiti biasa ke kualiti HD ataupun Bluray serta menaiktarafkan kualiti audio yang

digunapakainya. Selain itu, kita juga perlu mengambil kira aspek kartun yang digunapakai

dalam bahan ICT ini di mana generasi kini sedang menonton kartun ‘Dora The Explorer’ tetapi

persoalannya adalah adakah generasi yang akan datang selepas 10 tahun nanti akan

menonton lagi kartun ini dengan gemar? Jadi, kartun yang diguna pakai dalam bahan ICT ini

juga perlu dikemaskinikan masa ke semasa supaya ia sesuai kepada sesuatu generasi pada

masa tersebut.

2.6 KESIMPULAN

Secara penutup tirainya, setiap program yang dirancang dan dilaksanakan pasti akan

adanya beberapa kekuatan dan beberapa kelemahan. Jadi, terjadinya tanggungjawab kepada

pencipta sesuatu program untuk mengemaskinikan serta menaik tarafkan program tersebut

dari masa ke semasa supaya ia dapat diterima oleh golongan ramai dalam dunia tanpa

18
sempadan ini. Jika ditinjau dari sudut yang lain, Program Nafas Segar (PNS) ini merupakan

salah satu idea dan usaha yang bagus dan baik. Jadi, pelbagai pihak haruslah mengambil

kira program ini supaya ia dapat memberikan faedah dan manfaat kepada setiap lapisan

masyarakan serta generasi muda kini dan yang akan datang. Menjadinya tanggungjawab

kepada setiap rakyat Malaysia untuk mentranfomasikan negara kita ke negara yang bebas

rokok dan dadah. Majulah Kesihatan, Majulah Negara.

DISEDIAKAN OLEH:
(__________________________)
K.ARIVINTTHAN KRISHNAN,
SETIAUSAHA,
PROJEK NAFAS SEGAR (PNS).

19
RUJUKAN

Alex (2011). A Simple Guide to Quit Smoking. Sydney: Energy Star Publications.

BBC (2017). Perokok dunia capai satu billion. http://www.bbc.com/majalah/2


014/01/140108_majalah_lain_perokok_dunia. Diakses pada 1 Mac 2018.

Buku Panduan Program Bersepadu Sekolah Sihat (1998) Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dean (2017). A Guide to Quitting Smoking Forever. Cambridge: Sesame Publications.

Fauziah G. (2000) Teachers' Potential Role in Promoting Health in Schools. Dept. of


Community Dentistry, Universitii Malaya, Kuala Lumpur. MCD dissertation.

FCTC (2018). Action on Tobacco Control Agreement. http://www.who.int/fctc/en/. Diakses


pada 4 Mac 2018.

Global Adult Tobacco Survey (GATS). Global Adult Tobacco Survey Data.
http://www.who.int/tobacco/surveillance/survey/gats/malaysia/en/. Diakses pada 2
Mac 2018.

Hassan, M. H. (2013). LAPORAN PROJEK KITAR SEMULA. Retrieved from SK BANDAR


BARU SERI PETALING 2 KUALA LUMPUR:
http://skbandarbaruseripetaling2.blogspot.my/2013/02/laporan-projek-kitar-
semula.html

Ipoh, P. R. ((-)). Program Kitar Semula. Retrieved from Hakcipta Terpelihara 2017 © Majlis
Bandaraya Ipoh: http://www.mbi.gov.my/ms/rakyat/komuniti-
program/program/program-kitar-semula/page/0/1

Jenson, W.R. Sloane, H & Young, R. (1998). Token Economies. Applied Behavior Analysisin
Education.: A Structured Teaching Approach. New York: Prentice Hall.

Kamaruzman (2013). Penggunaan Kaedah Penyelesaian Masalah Berdasarkan Eksperimen


Untuk Membantu Murid. Seminar Penyelidikan Tindakan. 35-39.

20
Kosmo Online. (2010, April 14). Keberkesanan Kurikulum Baru Bergantung Keupayaan Guru.

Laksito, W. (2011, Ogos 21). Pemanfaatan ICT dalam Pembelajaran. Diperolehi daripada
https://wawanlaksito.wordpress.com/2011/08/21/pemanfaatan-ict-dalam-
pembelajaran/

NHMS (2017). National Health & Morbidity Survey (NHMS). http://iku.moh.gov.my/index.php/


research-eng/list-of-research-eng/iku-eng/nhms-eng. Diakses pada 2 Mac 2018.

Muzafar (2013). Program Pendidikan Pencegahan Merokok Di Sekolah Rendah di Malaysia.


Jurnal Pendidik. 56-61.

Nur Salimah (2015). Kempen Anti Merokok. http://eprints.utm.my/26341/1/Kempen%20


Anti%20 Merokok.pdf. Diakses pada 5 Mac 2018.
nurzaharuddin. (2013). Teori Pembelajaran Behavioris. Retrieved from LinkedIn Corporation

© 2018: https://www.slideshare.net/nurzaharuddin/teori-pembelajaran-behavioris-

16237590

Shadow, N. (2014). Format Karangan Laporan. Retrieved from Blog Siapa?:

http://blogsiapa-nie.blogspot.my/2014/08/format-karangan-laporan.html

Shafina, A. (2015). Pengintegrasian Teknologi dalam PdP. Retrieved from LinkedIn

Corporation © 2018: https://www.slideshare.net/AinaShafina/pengintegrasian-

teknologi-dalam-pdp

team, T. A. (2015). Health Risks of Secondhand Smoke. Retrieved from © 2018 American

Cancer Society, Inc.: https://www.cancer.org/cancer/cancer-causes/tobacco-and-

cancer/secondhand-smoke.html#written_by

WHO (2017). Tobacco. http://www.who.int/topics/tobacco/en/. Diakses pada 1 Mac 2018.

21
William (2017). Definisi Rokok ,Bahaya , Fakta, Serta Zat-Zat Yang Terkandung Dalam
ROKOK Serta Cara Berhenti Merokok. Jurnal Kesihatan. 22-18

Zainol, N. ((-)). FORMAT LAPORAN PROJEK. Retrieved from Academia ©2018:

https://www.academia.edu/30650819/FORMAT_LAPORAN_PROJEK

22
LAMPIRAN

23
24
25

You might also like