You are on page 1of 24

VRS041 Pembangunan Masyarakat IV

1



LAPORAN AKHIR
PROGRAM KECERGASAN KOMUNITI SIHAT
SEPANJANG HAYAT

30 JANUARI 2013
BERSAMA

PEJABAT KESIHATAN DAERAH YAN


ANJURAN PELAJAR UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS
KOKURIKULUM PEMBANGUNAN MASYARAKAT 4
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA



VRS041 Pembangunan Masyarakat IV

2










VRS021

PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV

DI SEDIAKAN UNTUK:
( DR MD ZAWAWI )

(DI SEDIAKAN OLEH)
BIL NAMA NO.MATRIK
1
NOORJAMILAH TAHIRAH BT AHMAD
211053
2
NUR`AINI BT MOHD ISA
211070
3
NURHIDAYAH BT SHARIKH
211072
4
NURUL EZZATY BT ISMAIL
211076
5
SITI AZIROH BT ABDULLAH
211102




VRS041 Pembangunan Masyarakat IV

3


ISI KANDUNGAN
Penghargaan .. 4
1. Latar Belakang 6
2. Rasional . 7
3. Objektif . 8
4. Program 9
5. Ahli Jawatankuasa / Jadual Kerja 9
6. Tarikh Dan Tempat . 10
7. Aktiviti 10
8. Peserta 10
9. Pengangkutan . 11
10. Jawatankuasa Penyelaras 11
11. Pelaksanaan Projek 11
12. Laporan Kewangan 12
13. Syor Dan Penambahbaikan 17
Lampiran 18












VRS041 Pembangunan Masyarakat IV

4




PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbilalamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi
dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan Laporan Akhir bagi Program
Kecergasan Komuniti Sihat Sepanjang Hayat ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang
sepenuh penghargaan kepada Dr Md Zawawi , Pensyarah bagi modul Aktiviti Kemasyarakatan
IV (VRS041) di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak
membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan
ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung aatau tidak
langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami
rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.
Peningkatan taraf hidup dan perubahan tingkah laku,menyebabkan risiko kesihatan telah
meningkat. Tekanan hidup, gaya hidup tidak aktif, pengambilan makanan tidak sihat,
pengambilan alkohol dan merokok membawa kepada insiden yang lebih tinggi penyakit kronik
seperti diabetes, hipertensi dan penyakit kardiovaskular. Hasilnya penyakit tidak berjangkit ini
telah mambawa masalah yang serius termasuk menjejaskan produktiviti serta menambahkan
beban kewangan rakyat dan kerajaan. Justeru itu adalah menjadi suatu inisiatif bagi kami untuk
mempromosikan amalan gaya hidup yang sihat. Program ini juga selari dengan hasrat Malaysia
untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan serta memperkasakan diri setiap masyarakat
dalam mengamalkan cara hidup sihat.

VRS041 Pembangunan Masyarakat IV

5




LAPORAN AKHIR

PROGRAM KECERGASAN KOMUNI TI SI HAT SEPANJ ANG
HAYAT
ANJ URAN PELAJ AR UNI T PENGAJ I AN LUAR KAMPUS
KOKURI KULUM PEMBANGUNAN MASYARAKAT 4
UNI VERSI TI UTARA MALAYSI A







VRS041 Pembangunan Masyarakat IV

6

LATAR BELAKANG
1.0 SINOPSIS
Program ini adalah diharapkan dapat menjalin usaha sama antara pelajar dengan pihak kesihatan
serta memberi peluang kepada anggota masyarakat terutamanya ibu bapa dan penjaga, kecil
besar, tua dan muda untuk turut serta dalam program yang dianjurkan ini. Di samping itu, ia
juga bertujuan untuk menjadikan program ini sebagai salah satu aktiviti ibadah dalam menjaga
kesihatan supaya setiap individu akan sentiasa sihat dan segar. Projek ini dilaksanakan untuk
melengkapkan keperluan kursus Ko-Kurikulum Pembangunan Masyarakat 4 bagi Semester 4
Sesi Januari 2013/2014 di mana projek ini akan dikendalikan oleh mahasiswi - mahasiswi
Pengajian Jarak Jauh, Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia
(UUM).
Projek Pembangunan Masyarakat ini diadakan pada 30 Januari (Ahad) bermula jam 0800
hrs hingga 1300 hrs bertempat di Klinik Kesihatan Sungai Limau Dalam,Yan, Kedah. Seramai
70 orang terlibat dalam projek ini yang akan dikendalikan oleh 5 orang mahasiswi-mahasiswi
PACE UUM. Program ini telah dirangka dan disusun dengan pelbagai agenda untuk mencapai
objektif dan visi projek, memberi pengetahuan selain menceriakan lagi suasana pada hari
tersebut. Sehubungan dengan itu, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk membahagikan
skop tugasan secara terperinci demi mencapai sasaran program dan memastikan program dapat
dijalankan seperti yang dirancang. Selain itu, pembentukan ahli jawatankuasa juga memastikan
agar semua ahli kumpulan melibatkan diri, memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam
setiap tugasan yang diberikan.


VRS041 Pembangunan Masyarakat IV

7

1.1 Program ini adalah disasarkan untuk masyarakat Kg. Sungai Limau Dalam, Daerah Yan,
Kedah. Program Kesihatan ini dilaksanakan di Klinik Kesihatan Sg. Limau Dalam, Yan,
Kedah.
2.0 RASIONAL
Secara khususnya program ini dijadikan sebagai satu landasan atau platform untuk
memperkenalkan Universiti Utara Malaysia sebagai sebuah universiti terulung,
menjalinkan usaha sama antara pelajar dengan masyarakat serta pihak kesihatan. Ia juga
memberi peluang kepada semua untuk melibatkan aktiviti-aktiviti yang diadakan,
disamping itu, ia juga bertujuan untuk menjadikan program ini sebagai satu aktiviti utama
dalam menjaga kesihatan masyarakat.

Program ini dilaksanakan adalah untuk;

2.1 Mengenali dan mengeratkan silaturrahim antara pelajar unit pengajian luar kampus
Kokurikulum pembangunan masyarakat 4 Universiti Utara Malaysia dengan Masyarakat
Kg. Sungai Limau, Yan, Kedah.
2.2 Membentuk sikap Masyarakat yang sentiasa peka terhadap kesihatan.
2.3 Menjadikan program ini sebagai platform kepada mahasiswi menjalin kerjasama,
merapatkan silatulrahim serta pendedahan tentang kaedah berurusan dengan badan-badan
korporat serta pihak penganjur lain yang terlibat.
2.5 Memupuk nilai murni dalam diri mahasiswi agar sentiasa bersedia, untuk memberi
sumbangan dari segi ilmu pengetahuan, tenaga dan buah fikiran.


VRS041 Pembangunan Masyarakat IV

8

3.0 OBJEKTIF
Objektif program ini adalah untuk
3.1 Untuk meningkatkan taraf kesihatan dan kualiti hidup seluruh warga komuniti Sg
Limau Dalam.
3.2 Menerapkan amalan gaya hidup sihat dan aktif kepada warga komuniti.
3.3 Membentuk semangat bekerjasama antara pelajar dengan jabatan kerajaaan, badan
berkanun serta NGO.
3.4 Mengeratkan hubungan anggota dengan masyarakat serta anggota dari jabatan
kerajaan, badan berkanun serta NGO.
3.5 Menggalakkan aktiviti riadah dan kecergasan sebagai satu ibadah.
3.6 Mengimarahkan dan mempromosikan program kecergasan kepada masyarakat.
3.7 Menghargai kesihatan diri dan alam sekitar.
3.8 Mengalakkan seluruh anggota masyarakat untuk mengamalkan budaya hidup sihat.














VRS041 Pembangunan Masyarakat IV

9

PROGRAM
PROGRAM KECERGASAN KOMUNITI SIHAT SEPANJANG HAYAT
4.0 AHLI JAWATANKUASA / JADUAL KERJA
Aktiviti yang akan dijalankan sebelum perlaksanaan tersebut adalah seperti berikut:
4.1 Mesyuarat kali pertama untuk melantik jawatankuasa projek dan jawatankuasa
kerja.
4.2 Perlantikan pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, dan bendahari.
4.3 Perlantikan ketua-ketua biro iaitu:

4.3.1Biro Protokol
4.3.2Biro pendaftaran dan Perasmian
4.3.3Biro Makanan

4.4 Membuat pembahagian tugas mengikut bidang tugas jawatankuasa yang telah
dilantik.
4.5 Biro Protokol akan berhubung dengan Pejabat Kesihatan Daerah Yan serta
Klinik Kesihatan Sungai Limau Dalam bagi membincangkan projek yang
akan dilaksanakan.
4.6 Biro Makanan mencari menu yang sesuai dan membuat tempahan makanan
untuk jamuan sepanjang program dilaksanakan.
4.7 Mengedarkan senarai semak setiap peincian mengenai pelaksanaan dan
perjalanan program yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

VRS041 Pembangunan Masyarakat IV

10

5.0 TARIKH DAN TEMPAT
Tarikh : 30 Januari 2013
Hari : Ahad
Tempat : Klinik Kesihatan Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah.

6.0 AKTIVITI
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang bersempena dengan Program
Kecergasan Komuniti Sihat Sepanjang Hayat adalah seperti berikut:
1. Taklimat ringkas tentang aktiviti kecergasan / Acara memanaskan badan.
2. Senamrobik (Penyertaan seramai 25 orang wanita).
3. Pameran Kesihatan.
4. Bacaan Doa serta Ucapan aluan daripada Pengerusi Majlis (Wakil orang tempatan
Kg. Sungai Limau Dalam).
5. Ceramah Kesihatan daripada Dr. Caren mengenai Non-Communicated Disease
(Penyakit Tidak Berjangkit).
6. Makanan disediakan (Sandwich).
7. Pemeriksaan Kesihatan secara percuma (Penyertaan seramai 40 orang).
8. Ceramah mengenai Menu Permakanan Sihat oleh Pegawai Kesihatan dari
Jabatan Kesihatan Daerah Yan, Kedah.
9. Makan tengahari dan Majlis bersurai.



VRS041 Pembangunan Masyarakat IV

11

7.0 PESERTA
Penyertaan peserta program adalah dijangkakan seramai 70 orang yang terdiri
daripada masyarakat Kg. Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah.
8.0 PENGANGKUTAN

Para sukarelawan akan bergerak dari Universiti Utara Malaysia (Sintok) ke
Yan, menggunakan kenderaan sendiri untuk sampai ke lokasi.

9.0 JAWATANKUASA PENYELARAS

Penyelaras : Siti Aziroh Binti Abdullah
Urusetia : Noorjamilah Tahirah binti Ahmad
Promosi/Jemputan/
Siaraya : Nurhidayah binti Sharikh
Juadah/Hadiah : Nurul Ezzaty Binti Ismail
Logistik/Keselamatan/
Kebersihan : Nur`Aini Binti Mohd Isa






VRS041 Pembangunan Masyarakat IV

12

10.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Alhamdulillah berkat rahmat illahi yang memberikan limpahan rahmatnya ke atas kami
sekalian, maka segala yang dirancangkan selama hampir 2 bulan sebelumnya, kini terlaksana.
Kami mahasiswi-mahasiswi PLK UUM telah berjaya melaksanakanProgram Kecergasan
Komuniti Sihat Sepanjang Hayat, bertempat di Klinik Kesihatan Sungai Limau Dalam, Yan,
Kedah dengan jayanya. Perancangan aktiviti program ini bermula dengan pembentukan sebuah
kumpulan yang mengandungi kekuatan tenaga seramai 5 orang, Nama-nama mereka adalah
seperti berikut:-

1 Siti Aziroh Bt Abdullah ( 211102 )
2 Noorjamilah Tahirah Bt Ahmad ( 211053 )
3 Nurhidayah Bt Sharikh ( 211072 )
4 Nurul Ezzaty Bt Ismail ( 211076 )
5 Nur`Aini Bt Mohd Isa ( 211070 )

Pada kira-kira pukul 6.45 pagi empat ahli kumpulan PLK UUM, iaitu Siti Aziroh Binti
Abdullah, Nurhidayah Binti Sharikh, Nurul Ezzaty Binti Ismail dan Noorjamilah Binti Ahmad
telah bergegas ke Pejabat Kesihatan Daerah Yan, Kedah bagi menjemput tetamu jemputan ke
lokasi pelaksanaan Program Kecergasan Komuniti Sihat Sepanjang Hayat di Klinik Kesihatan
Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah. Sebaik-baik sahaja tiba di lokasi program, pada pukul 7.30
pagi, peserta untuk senamrobik mulai dikumpulkan untuk taklimat ringkas mengenai aktiviti
kecergasan dan pada pukul 8.00 pagi acara memanaskan badan dilakukan. Pada pukul 8.15 pagi
VRS041 Pembangunan Masyarakat IV

13

aktiviti senamrobik berlangsung dengan penyertaan seramai 25 orang. Pada pukul 9.00 pagi
Pameran Kesihatan dimulakan. Pada pukul 9.15 pagi upacara pembacaan doa dan ucapan aluan
daripada Pengerusi Majlis yang merupakan orang tempatan Kg. Sungai Limau Dalam. Pada
pukul 9.30 pagi ceramah oleh Dr. Caren mengenai Non-Communicated Disease (Penyakit Tidak
Berjangkit). Selepas itu peserta dijemput ke jamuan ringan. Sandwich disediakan. Pada pukul
10.30 pagi, pemeriksaan kesihatan secara percuma diadakan, dengan bantuan daripada pegawai-
pegawai kesihatan yang terlibat. 40 orang penduduk tempatan Kg Sg Limau Dalam terlibat
dengan pemeriksaan itu. Pada pukul 11.45 pagi, ceramah mengenai Menu Sihat daripada
Pegawai Sains Pemakanan dimulakan. Tepat pukul 12.30 tengahari peserta dijemput untuk
makan tengahari. Pada pukul 1.00 tengahari majlis bersurai.













VRS041 Pembangunan Masyarakat IV

14

11.0 LAPORAN KEWANGAN

11.1 PENDAPATAN
Kutipan Ahli UUM 5 x RM 50 RM 250.00
Sponsor Peribadi RM 150.00
JUMLAH RM 400.00

11.2 JUMLAH PERBELANJAAN
Makan/minum ( RM 3 x 100 ) RM 300.00
Bayaran Instruktor Senamrobik (1 jam/1 sesi) RM 50.00
Cendera mata Penceramah (1) RM 30.00
JUMLAH RM 380.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 380.00










VRS041 Pembangunan Masyarakat IV

15

12.0 SYOR DAN PENAMBAHBAIKAN
Setelah Program ini berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang, pastinya mana-mana program
yang dijalankan boleh dibuat penambahbaikan pada masa akan datang sekiranya program-
program seumpama ini diadakan kelak. Diantara syor-syor tersebut adalah :

13.1 Menambah jumlah peserta supaya lebih ramai yang dapat menyertai program
kemasyarakatan seperti ini.
13.2 Pihak universiti perlulah menambah peruntukan atau sumbangan kepada mahasiswa
supaya tiada kekangan dalam perbelanjaan untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan.










VRS041 Pembangunan Masyarakat IV

16

13.0 LAMPIRAN
GAMBAR-GAMBAR SEMASA PROGRAM DIADAKAN


13.1: LOKASI KLINIK KESIHATAN SG. LIMAU DALAM, YAN, KEDAH
VRS041 Pembangunan Masyarakat IV

17



13.2: PERSEDIAAN UNTUK PROGRAM SENAMROBIK



VRS041 Pembangunan Masyarakat IV

18



13.3: ACARA MEMANASKAN BADAN

VRS041 Pembangunan Masyarakat IV

19



13.4: ACARA SENAMROBIK BERMULA


VRS041 Pembangunan Masyarakat IV

20





13.5: PAMERAN KESIHATAN




VRS041 Pembangunan Masyarakat IV

21



13.6: BACAAN DOA DAN UCAPAN ALUAN OLEH PENGERUSI MAJLIS

















VRS041 Pembangunan Masyarakat IV

22



13.7: CERAMAH KESIHATAN OLEH DR. CAREN



13.8: JAMUAN RINGAN
VRS041 Pembangunan Masyarakat IV

23






13.9: PEMERIKSAAN KESIHATAN SECARA PERCUMA



VRS041 Pembangunan Masyarakat IV

24



13.10: CERAMAH MENU SIHAT

You might also like