You are on page 1of 15

GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia

1.0 PENGENALAN

Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan dan

prinsip yang bertindak sebagai dasar kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan

kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dalam pentadbiran negara. Perlembagaan

sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga tidak bertulis. Perlembagaan

bertulis dikatakan sebagai prinsip-prinsip perlembagaan yang dikumpulkan dan

dikanunkan di dalam satu dokumen. Perlembagaan tidak bertulis pula merupakan sejenis

perlembagaan yang tidak dikanunkan di dalam satu dokumen. Dan kebanyakan negara di

dunia ini mempunyai perlembagaan dalam bentuk bertulis. Perlembagaan Malaysia juga

adalah contoh perlembagaan bertulis. Contoh perlembagaan tidak bertulis pula ialah

perlembagaan United Kingdom.

Perlembagaan menjadi pokok utama untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan

kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta

menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara. Mengikut kamus

undang-undang Oxford, perkataan undang-undang pula membawa maksud 'suatu

kumpulan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan dengan tujuan untuk mentadbir

sesebuah masyarakat'. John Austin dalam bukunya 'The Province of Jurisprudence

Determined' menyatakan bahawa undang-undang ialah 'suatu kumpulan arahan-arahan

yang di keluarkan oleh pihak pemerintah keatas pihak yang diperintah dan

dikuatkuasakan melalui penggunaan sekatan dan hukuman keatas mereka yang

mengingkarinya. John Salmond dalam bukunya 'Jurisprudence' pula memberi definasi

bahawa undang-undang sebagai 'kumpulan prinsip-prinsip yang diiktiraf dan digunapakai

oleh sesebuah negara dalam pentadbiran keadilan atau dengan kata lain undang-undang

1
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia

ialah suatu kumpulan peraturan yang dikuatkuasakan oleh negara ke atas rakyatnya demi

menjaga keamanan dan keadilan. Undang-undang Malaysia adalah berdasarkan sistem

perundangan 'common law', yang mana ianya adalah terhasil daripada penjajahan British

ke atas Tanah Melayu (Malaya), Sarawak dan Borneo Utara pada awal abad ke-19

sehingga tahun 1960-an. Undang-undang agung; iaitu 'Perlembagaan Malaysia', adalah

batu asas kepada rangka perundangan dan hak-hak rakyat Malaysia. Undang-undang

Persekutuan yang diisytiharkan oleh Parlimen Malaysia, digunakan di seluruh negeri.

Namun terdapat juga undang-undang yang diisytiharkan oleh kerajaan negeri, melalui

Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana hanya digunapakai di negeri tersebut sahaja.

Perlembagaan Malaysia juga menyediakan sistem dwi keadilan yang unik; iaitu sistem

undang-undang sekular dengan sistem undang-undang Islam (syariah). Selain daripada

itu, terdapat juga apa yang dikenali sebagai 'Undang-Undang Adat' yang wujud di Tanah

Melayu dan juga di Kepulauan Borneo sebelum penjajahan Barat. Sebelum Malaysia

mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kebanyakan undang-undang dari United

Kingdom (UK) diimport dan sama ada dijadikan perundangan tempatan atau digunapakai

sebagai undang-undang kes. Selain daripada itu Malaysia juga banyak menggunapakai

undang-undang dari Australia dan juga India.

Walaupun Portugis dan Belanda merupakan kuasa penjajahan yang lebih awal, namun

British memerintah Tanah Melayu lebih dari 150 tahun, dengan gangguan semasa Perang

Dunia Ke-2. Ini secara tidak langsung memninggalkan impak yang besar terhadap sistem

undang-undang di Tanah Melayu. Ini bermula dengan pemerolehan Pulau Pinang oleh

pihak British dalam tahun 1786 dan juga dengan pengenalan 'Charters of Justice dalam

tahun 1807, 1826 dan 1855'.

2
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia

2.0 MEKANISME PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

Secara dasar, undang-undang perlu memenuhi keperluan dan mencerminkan keadaan

semasa sesebuah negara. Maka, ia sentiasa disemak, ditambah baik atau dimansuh.

Hakikatnya, undang-undang lapuk bukan sahaja tidak berkesan dalam menyelesaikan

masalah dihadapi, tetapi boleh membuka ruang untuk disalah guna. Penggubalan undang-

undang perlu dilakukan secara teliti, berteraskan kajian terperinci dan membabitkan pihak

berkaitan termasuk anggota masyarakat. Berdasarkan Bahagian VI; Perhubungan antara

Persekutuan dengan Negeri-Negeri, Bab 1; Pembahagian Kuasa Perundangan, Dalam

Perkara 76; menyatakan: Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang bagi Negeri-

Negeri dalam hal-hal tertentu.

1) Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut

satu persatu dalam Senarai Negeri, tetapi hanya seperti yang berikut sahaja, iaitu:

a) bagi maksud melaksanakan apa-apa triti, perjanjian atau konvensyen antara

Persekutuan dengan mana-mana negara lain, atau apa-apa keputusan sesuatu

organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh Persekutuan; atau

b) bagi maksud menggalakkan keseragaman undang-undang antara dua Negeri

atau lebih; atau

c) jika diminta sedemikian oleh Dewan Undangan mana-mana Negeri.

2) Tiada undang-undang boleh dibuat menurut perenggan (a) Fasal (1) mengenai

apa-apa perkara mengenai hukum Syarak atau adat orang Melayu atau mengenai

apa-apa perkara tentang undang-undang atau adat anak negeri di Negeri Sabah

3
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia

dan Sarawak dan tiada Rang Undang-Undang bagi suatu undang-undang di bawah

perenggan itu boleh dibawa di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen sehingga

Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan telah dirundingi.

3) Tertakluk kepada Fasal (4), sesuatu undang-undang yang dibuat menurut

perenggan (b) atau perenggan (c) Fasal (1) tidak boleh berkuat kuasa di mana-

mana Negeri sehingga undang-undang itu telah diterima pakai melalui suatu

undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri itu, dan selepas itu

hendaklah disifatkan sebagai suatu undang-undang Negeri dan bukan suatu

undang-undang persekutuan, dan boleh dipinda atau dimansuhkan sewajarnya

melalui suatu undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan itu.

4) Parlimen boleh, hanya bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan

dasar, membuat undang-undang mengenai pemegangan tanah, perhubungan

antara tuan tanah dengan penyewa, pendaftaran hakmilik dan surat ikatan yang

berhubungan dengan tanah, pindah hakmilik tanah, gadai janji, pajakan dan

gadaian berkenaan dengan tanah, isemen dan hak dan kepentingan lain mengenai

tanah, pengambilan tanah dengan paksa, perkadaran dan penilaian tanah, dan

kerajaan tempatan; dan Fasal (1)(b) dan (3) tidaklah terpakai bagi mana-mana

undang-undang yang berhubungan dengan mana-mana perkara itu.

Bolehlah dirumuskan bahawa sekiranya sebarang undang-undang yang hendak digubal

itu, sekiranya tidak memenuhi pra-syarat yang telah disediakan oleh perlembagaan, maka

secara automatiknya ianya tidak dapat digubal. Sesebuah undang-undang yang ingin

dicadangkan mestilah disediakan rangkanya terlebih dahulu-kebiasaannya oleh Jemaah

4
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia

Menteri atau sesebuah kementerian dengan dibantu oleh Jabatan Peguam Negara. Rangka

tersebut yang dikenali sebaga rang undang-undang kemudiannya dikaji dan dibincang

bersama-sama oleh Jemaah Menteri. Jika diputuskan untuk dicadangkan ke parlimen,

rang itu kemudiannya akan diagih-agihkan kepada semua ahli-ahli dewan rakyat.

Rang ini akan melalui tiga bacaan dalam persidangan Dewan Rakyat. Bacaan pertama

adalah untuk memperkenalkan rang undang-undang tersebut. Bacaan kedua untuk

dibincang dan dibahas oleh ahli-ahli yang berhormat. Bacaan ketiga akan dicadangkan

oleh menteri atau timbalannya untuk dibuat satu undian ke atas rang undang-undang ini.

Kebanyakan undang-undang hanya memerlukan sokongan majoriti mudah untuk

diluluskan. Namun, dalam beberapa keadaan, majorit dua pertiga adalah diperlukan,

seperti dalam hal-hal berkaitan meminda perlembagaan.

Setelah diluluskan oleh Dewan Rakyat rang undang-undang itu kemudiannya dihantar ke

Dewan Negara dan tiga bacaan yang diterangkan sebelum ini akan dilakukan sekali lagi.

Dewan Negara boleh bertindak untuk tidak meluluskan satu-satu rang undang-undang.

Walau bagaimanapun, langkah ini hanya melambat-lambatkan kelulusan dibuat selalunya

selama sebulan dan kadang-kadang setahun. Setelah tempoh ini tamat, rang undang-

undang in dianggap telah diluluskan oleh Dewan Negara. Bangunan Parlimen di Kuala

Lumpur yang menempatkan Dewan Rakyat. Jika diluluskan, rang undang-undang itu

akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dipertimbangkan dalam

tempoh 30 hari. Jika baginda tidak bersetuju, rang undang-undang itu akan dikembalikan

ke parlimen bersama-sama dengan beberapa cadangan pindaan. Parlimen kemudiannya

harus mengkaji semula rang undang-undang tersebut dan pindaanya dan

mengembalikannya semula kepada Yang di-Pertuan Agong jika rang undang-undang itu

5
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia

diluluskan semula. Yang di-Pertuan Agong mempunyai 30 hari lagi untuk memberikan

perkenan diraja. Setelah tempoh itu, rang undang-undang tersebut dianggap telah

diluluskan sebagai undang-undang yang boleh berkuatkuasa. Undang-undang ini hanya

akan berkuatkuasa setelah dimasyhurkan di dalam Warta Kerajaan. Kebanyakan undang-

undang Malaysia berasal dari mana-mana tiga sumber utama pihak berkuasa membuat

undang-undang: Badan Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman. Undang-undang boleh

dikesan dengan mudah dengan mengetahui sumber utama mereka. Walaupun Malaysia

masih belum mempunyai pusat sehenti untuk mendapatkan akses kepada undang-undang,

lebih banyak undang-undang kini boleh didapati secara bebas di Internet menerusi

pelbagai laman web kerajaan. Walau bagaimanapun, terdapat dua batasan biasa yang

dapat dilihat. Pertama, kebanyakan undang-undang di Internet adalah undang-undang

semasa, yang diisytiharkan selepas kemerdekaan. Kedua, undang-undang yang

dikemukakan di laman web kerajaan ini kebanyakannya adalah statut utama kerana ia

pada asalnya digubal dan dalam bentuk yang tidak disatukan, kecuali jika dikeluarkan

dalam versi dicetak semula. Pindaan selanjutnya undang-undang boleh didapati dalam

teks berasingan. Mungkin agak sukar untuk menentukan sama ada teks perundangan

adalah terkini, tepat dan lengkap apabila merujuk kepada teks-teks utama ini sahaja.

3.0 ISU ICERD

Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD; atau

akronim bahasa Inggerisnya; ‘International Convention on the Elimination of All Forms

of Racial Discrimination’ adalah merupakan sebuah konvensyen yang ditubuhkan oleh

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sebagai sebuah hak asasi manusia generasi

6
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia

ketiga, konvensyen itu dalam intisarinya menhendaki anggotanya untuk menghapuskan

sebarang diskriminasi terhadap kaum dan menggalakkan kesefahaman di antara semua

kaum. Namun, konvensyen ini juga menghendaki ahli anggota untuk mengharamkan

ucapan benci (hate speech) dan menjenayahkan penyertaan dalam organisasi perkauman.

Konvensyen ini juga mengandungi sebuah mekanisme aduan berindividu, menjadikannya

dapat dikuatkuasakan terhadap anggotanya dengan berkesan. Ini telah menyebabkan

pembangunan perundangan terhad terhadap tafsiran dan pelaksanaan konvensyen ini.

Konvensyen ini telah diterima pakai dan dibuka untuk ditandatangani oleh Perhimpunan

Agung PBB pada 21 Disember 1965, dan mula berkuatkuasa pada 4 Januari 1969. Pada

Januari 2018, ia mempunyai 88 penandatangan dan 179 anggota.

Pada 26 Oktober 2018, Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy telah

dilaporkan berkata kerajaan Persekutuan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi

manusia, termasuk ICERD pada suku pertama tahun 2019. Beliau secara khusus

menyokong untuk mewujudkan undang-undang yang bakal dibawa oleh ICERD.

3.1 Cadangan ICERD Di Malaysia

Seruan terhadap ratifikasi ICERD di Malaysia adalah dilihat sebagai isu utama

masyarakat berbilang kaum di negara ini. Banyak daripada suara-suara sokongannya

datang dari masyarakat bukan Melayu. Masyarakat Bumiputera terutama sekali Melayu

melihatnya sebagai salah satu kaedah untuk melemahkan hak-hak keistimewaan

Bumiputera sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia di bawah

Perkara 153. Menurut ICERD, mana-mana negara yang telah mengiktirafnya hendaklah

menghapuskan apa-apa bentuk diskriminasi serta menjamin hak-hak setiap orang tanpa

7
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia

mengira kaum, bangsa dan warna kulit dan memperolehi kesaksamaan keadilan undang-

undang sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 5 ICERD. Negara tersebut juga akan

terikat dengan prinsip undang-undang antarabangsa, ini membawa maksud bahawa

negara tersebut tidak boleh menjustifikasikan undang-undang domestik negara tersebut.

Walaupun laporan Suruhanjaya Reid pernah mencadangkan Perkara 153 ini dilaksanakan

dalam tempoh masa yang sewajarnya, serta ada yang juga mencadangkan dalam tempoh

15 tahun selepas merdeka, namun ianya tidak dipersetujui ketika proses penggubalan

Perlembagaan Malaysia.

ICERD adalah merupakan satu konvensyen antarabangsa untuk menghentikan segala

diskriminasi kaum di negara ini. Secara zahir, ia kelihatan baik kerana Islam sendiri tidak

membezakan seseorang atas rupa, warna kulit dan bangsa. Namun, jika diteliti, ICERD

jauh melangkaui isu diskriminasi kaum itu sendiri. Terdapat 25 Perkara dalam ICERD

merangkumi 3 bahagian utama dengan bahagian 1 lebih kritikal untuk diperhalusi. Ini

kerana, melihat kepada definisi "racial discrimination" dalam Perkara 1 sudah

memperlihatkan hala tuju yang hendak dicapai.

Diskriminasi kaum ditafsir dengan "any distinction, exclusion, restriction or preference

based on race, colour, descent, or national or ethnic origin which has the purpose or

effect of nullifying or impairing the recognition, enjoyment or exercise, on an equal

footing, of human rights and fundamental freedoms in the political, economic, social,

cultural or any other field of public life."

Tafsiran ini dilihat terlalu luas dan melanggar beberapa perkara asas dalam Perlembagaan

Persekutuan. Selain itu, Perkara 2 (1) ICERD menyebutkan;

8
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia

"...pursue by all appropriate means and without delay a policy of eliminating racial

discrimination in all its forms and promoting understanding among all races, and, to this

end..."

Perkara 4 (1) ICERD;

"States Parties condemn all propaganda and all organizations which are based on ideas

or theories of superiority of one race or group of persons of one colour or ethnic origin,

or which attempt to justify or promote racial hatred and discrimination in any form, and

undertake to adopt immediate and positive measures designed to eradicate all incitement

to, or acts of, such discrimination..."

Persoalan di sini, adakah kedua-dua klausa ini akan memberikan implikasi terhadap

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak keistimewaan Orang Melayu dan

Bumiputra serta sebarang polisi yang menyebelahi hak Bumiputra seperti Dasar Ekonomi

Baru? Tambahan lagi, Perkara 5 (c) ICERD mengenai tiada diskriminasi termasuklah

memberikan hak sivil iaitu; Hak untuk mengeluarkan pandangan dan beragama.

Klausa ini secara tidak langsung memberi ruang memperkukuhkan kebebasan beragama

khususnya isu "decriminalize" murtad yang turut terdapat dalam Perkara 18 ICCPR.

Namun, dalam hal ini, tidak dinafikan berlakunya diskriminasi terhadap pekerja Muslim

yang telah dilarang mematuhi ajaran agamanya seperti larangan pemakaian menutup

aurat di tempat kerja. Ini adalah sebahagian "substantif argument" terhadap ICERD.

Kebanyakan penulisan yang menyokong ICERD pula berpendirian bahawa Kerajaan

terdahulu menggunakan bibit-bibit perkauman sebagai senjata untuk kekal di Putrajaya.

9
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia

4.0 ICERD SERTA PERCANGGAHANNYA DENGAN PERLEMBAGAAN

MALAYSIA

Implimentasi ICERD adalah jelas bercanggah dengan peruntukkan Perlembagaan

Malaysia; takrifan yang berkaitan tentang 'diskriminasi kaum' adalah bercanggah dengan:

1. Perkara 8(4)(f) yang menghadkan Regimen Askar Melayu kepada orang Melayu.

2. Perkara 89 mengenai Tanah Simpanan (Rizab) Melayu.

3. Perkara 153 mengenai perizaban kuota berkenaan dengan jawatan dalam

perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau

latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau

diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan permit atau lesen dan sebagainya, bagi

orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

Dan kebanyakan dari orang-orang Melayu tidak mahu menggunakan atau mengheret

Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu ke dalam hal-hal yang politikal. Namun

begitu, dalam mempertahankan tanggungjawab dan kuasa Raja-Raja Melayu bukanlah

suatu isu politik, ianya adalah suatu isu keperlembagaan. Berdasarkan Perkara 153(1)

memperuntukkan:

“Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa

orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan

kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.”

Perhatikan berdasarkan kenyataan, “Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong

untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu…”

10
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia

Fasal (2), antara lainnya, menghendaki Yang di-Pertuan Agong menjalankan fungsinya

mengikut apa-apa cara yang perlu bagi meindungi kedudukan istimewa orang Melayu

dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan dibuat perizaban bagi mereka

mengikut kadar yang difikirkan munasabah oleh baginda mengenai jawatan dalam

perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan dan

yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh

Kerajaan Persekutuan dan juga mengenai permit dan lesen.

Fasal (3) mengatakan bagi memastikan perizaban yang disebut dalam fasal (2) itu dibuat,

Yang di-Pertuan Agong boleh memberi apa-apa arahan am yang perlu kepada mana-mana

Suruhanjaya atau pihak berkuasa yang dipertanggungkan mengenai pemberian biasiswa,

danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu.

Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

Fasal (6) memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberi arahan kepada

pihakberkuasa berkenaan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak

negeri Sabah dan Sarawak mengikut kadar yang difikirkan munasabah oleh baginda

mengenai permit atau lesen yang diperlukan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan

atau perniagaan yang diperuntukkan dalam undang-undang Persekutuan yang sedia ada.

Pihak berkuasa itu dikehendaki mematuhi arahan itu dengan sewajarnya. Mengikut Fasal

(8A), Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa untuk memberi apa-apa arahan yang perlu

kepada pihakberkuasa berkenaan untuk memastikan perizaban kadar yang difikirkan

munasabah oleh baginda mengenai tempat-tempat di Universiti, Kolej atau institusi

pendidikan untuk orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak. Pihak berkuasa

berkenaan hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya. Perlu diambil perhatian

11
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia

bahawa peruntukan yang sama dengan Perkara 153 itu terdapat juga dalam

perlembagaan-perlembagaan negeri-negeri, termasuk Sabah dan Sarawak yang

menggantikan perkataan “Melayu” dengan “anak negeri” (“natives”). Jelas apa yang

melindungi satu kaum sahaja akan diklasifikasikan sebagai 'diskriminasi terhadap suatu

kaum yang lain' dan akan menjadi percanggahan yang terbesar terhadap ICERD. Satu

persoalan akan timbul; Apakah hak-hak Melayu, yang mana merupakan bangsa majoriti

namun ditindas secara ekonomi adalah tidak memerlukan perlindungan serta

keistimewaan sebagai rakyat Malaysia kini?

5.0 KESIMPULAN

12
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia

Walaupun terdapat kelemahan dari Perlembagaan Malaysia namun dalam banyak

konteks serta apabila melihatnya melalui konteks Malaysia, isu ICERD tidak sepatutnya

wujud. Apakah akibatnya jika melalui desakan rakyat, kerajaan Malaysia akur serta

mengesahkan konvensyen ini? Melalui pengesahan itu, dengan rasminya, rakyat Malaysia

umumnya menerima isi kandungan konvensyen itu. Maka semua undang-undang yang

telah diwujudkan, termasuk Perlembagaan, akan terpaksa dipinda atau dimansuhkan.

Segala peruntukan yang memberi keistmewaan kepada orang Melayu dan anak negeri

Sabah dan Sarawak hendaklah dimansuhkan atau dipinda juga. Pelantikan ke jawatan

dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan

atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan

oleh Kerajaan Persekutuan, dan pemberian permit atau lessen dan sebagainya, tidak boleh

mengikut quota orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak lagi. PNB yang

mengeluarkan Amanah Saham Bumiputra, Amanah Saham Nasonal dan lain khusus

untuk Bumiputra akan ditutup atau semua produknya dibuka kepada orang bukan Melayu

dan bukan anak negeri Sabah dan Sarawak. UiTM, Maktab Rendak Sains MARA,

Maktab Kemahiran MARA dan yang serupa dengannya akan ditutup atau dibuka kepada

semua. Tanah rizab Melayu akan dihapuskan. Rejimen Askar Melayu akan dibubar. Dan

dengan itu segala kelebihan yang dinikmati orang Melayu dan Bumiputera selama ini

akan hilang. Dengan segala keistimewaan masih ramai lagi dari bangsa Melayu dan

Bumiputera yang masih berada di paras kemiskinan. Jika tiada keistimewaan maka siapa

untuk berkata jika sekiranya jurang yang memisahkan antara Melayu-Bumiputera dengan

kaum lain yang rata-rata memegang ekonomi negara tidak akan dengan lebih drastiknya

melebar. Apa kita akan berpuas hati jika bangsa Melayu terus bergeladangan di bumi

13
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia

yang leluhurnya menumpahkan darah suatu ketika dahulu? Allah SWT telah jadikan

manusia ini dengan pelbagai bangsa. Itu sebab hujah sama rata tidak boleh dipakai

sepenuhnya. Yang hanya wajib ada; ialah keadilan. Indikator hak asasi manusia dalam

konteks PBB tentunya tidak 100% sesuai dipakai di Malaysia. Apa lagi di Malaysia, hak

asasi orang bukan peribumi jauh lebih baik kalau dibandingkan dengan nasib bukan

peribumi di Indonesia contohnya, orang Cina di sana yang diwajibkan tanpa kompromi

untuk berasimilasi.

RUJUKAN

14
GMGA 2013 Perlembagaan Malaysia

1. Ahmad Bin Abdullah. 1969. Parlimen Malaysia (Amalan & Acara). Syed

Salim Bin Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Bahasa Dan Pustaka.

2. Ahmad Ibrahim, Ahilemah Joned. 2007. Sistem Undang-Undang Di

Malaysia. Ed.ke-2. Hulu Kelang: Dawama Sdn.Bhd.

3. Harris, H., 2008. Race across borders: The US and ICERD. Harv. Blackletter

LJ, 24, p.61.

4. Mardiana Nordin, Hasnah Hussin. 2014. Pengajian Malaysia. Ed.ke 5. Shah

Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

5. Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

6. https://www.academia.edu/6391431/SUMBER_UNDANG_UNDANG_MA

LAYSIA

7. https://www.academia.edu/32277890/Perlembagaan_Persekutuan.pdf

8. http://www.agc.gov.my/index.php?

option=com_content&view=article&id=1406&Itemid=259&lang=en

9. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/11/501460/artikel-14-

icerd-bercanggah-perlembagaan-persekutuan

10. https://www.nst.com.my/news/nation/2018/11/434078/why-malaysia-

backpedalled-icerd-ratification

11. https://www.nst.com.my/news/nation/2018/11/432864/hadi-compulsory-

muslims-oppose-icerd

15

You might also like