You are on page 1of 17

Laporan Audit Negara 2015-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Huraian Komen tentang satu laporan, tentang penambahbaikan.

----------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2017 Siri 2
mengemukakan sejumlah 298 syor penambahbaikan kementerian, jabatan dan agensi, dan
badan-badan berkanun.

Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata, laporan itu merangkumi 83
syor terhadap aktiviti kementerian atau jabatan dan badan berkanun Persekutuan, 42 syor
terhadap pengurusan syarikat kerajaan dan agensi kerajaan Persekutuan serta 173 syor
bagi pengurusan aktiviti kementerian, jabatan, agensi dan pengurusan syarikat kerajaan
Negeri.

Beliau berkata, sebanyak 16 pengauditan prestasi dan 8 pengauditan pengurusan syarikat


kerajaan dilaksanakan di peringkat kerajaan Persekutuan.

“Manakala di peringkat negeri, 25 pengauditan prestasi dan 13 pengauditan pengurusan


syarikat kerajaan Negeri dijalankan.

“Pengauditan merangkumi pelbagai bidang, antaranya pengurusan program/aktiviti,


pembinaan, perolehan, sistem/ICT, penyenggaraan dan pengurusan hasil,” katanya dalam
satu kenyataan.

Madinah berkata, laporan itu juga meliputi pengesahan penyata kewangan badan
berkanun persekutuan, Kumpulan Wang Persekutuan, Akaun Amanah dan agensi lain
bagi 2017.

Jabatan Audit Negara menjalankan pengauditan terhadap 148 penyata kewangan bagi
tahun kewangan 2017 untuk Badan Berkanun Persekutuan, Kumpulan Wang Persekutuan
dan Akaun Amanah serta agensi lain, katanya.

Daripada jumlah itu, sebanyak 110 penyata kewangan diberi Pendapat Tanpa Teguran,
Pendapat Tanpa Teguran dengan Emphasis of Matter (17), Pendapat Berteguran (6),
Pendapat Bertentangan (1) dan Pendapat Penafian (1).

Selain itu, 13 penyata kewangan agensi masih belum dimuktamadkan, yang mana 9
daripadanya adalah kerana pengerusi Lembaga Pengarah belum dilantik dan mesyuarat
Lembaga Pengarah tidak dapat diadakan bagi memperakui penyata kewangan yang
diaudit, manakala faktor kelewatan bagi 4 penyata lain yang belum dimuktamadkan
adalah kerana masalah sistem dan isu pengurusan.

Madinah berkata, laporan itu yang turut merangkumi pengurusan kewangan jabatan dan
badan berkanun Persekutuan menyatakan prestasi pengurusan kewangan di 19 jabatan
Persekutuan menunjukkan 2 jabatan mencapai tahap cemerlang, tahap baik (10),
memuaskan (5) dan kurang memuaskan (2).

Prestasi pengurusan kewangan bagi 14 Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri
yang diaudit untuk tahun kewangan 2017 menunjukkan 3 JKDM mencapai tahap
cemerlang, tahap baik (7) dan memuaskan (4)

Manakala itu prestasi pengurusan kewangan bagi cawangan Universiti Teknologi Mara di
13 negeri menunjukkan 3 kampus mencapai tahap cemerlang, tahap baik (7), memuaskan
(2) dan kurang memuaskan (1).

Berkaitan pengesahan penyata kewangan kerajaan Negeri dan agensi kerajaan negeri
pula, Madinah berkata, setakat 21 Nov 2018, terdapat keseluruhan 325 penyata kewangan
yang perlu diaudit dan disahkan iaitu kerajaan Negeri (13), badan berkanun negeri (151),
pihak berkuasa tempatan (148) dan Majlis Agama Islam negeri (13).

Pensijilan setakat 21 Nov 2018 pula merangkumi kerajaan Negeri (13), badan berkanun
negeri (140), pihak berkuasa tempatan (138) dan Majlis Agama Islam negeri (12)
menjadikan jumlah keseluruhan 303.

“Berdasarkan pengauditan terhadap 303 penyata kewangan kerajaan Negeri dan agensi
kerajaan Negeri 2017, sebanyak 240 penyata kewangan diberikan Pendapat Tanpa
Teguran, Pendapat Tanpa Teguran dengan Emphasis of Matter (35) dan Pendapat
Berteguran (28).

“Sebanyak 16 penyata kewangan masih dalam proses pengauditan kerana kelewatan


agensi mengemukakan penyata kewangan dan dokumen sokongan lengkap, manakala
baki 6 penyata kewangan masih belum dikemukakan oleh agensi kepada pihak audit bagi
tujuan pengauditan,” katanya.

Madinah berkata, pengauditan prestasi dijalankan mengikut standard pengauditan


antarabangsa, iaitu The International Standard of Supreme Audit Institutions (ISSAI)
3000, 3100 dan 3200.

Mulai LKAN Tahun 2017 Siri 2, beliau berkata, Jabatan Audit Negara menambah baik
pendekatan pengauditan prestasi dengan memberi penekanan terhadap penilaian output
dan outcome, serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan tahap kepuasan
golongan sasaran terhadap program atau projek yang dilaksanakan kerajaan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR: Sebanyak tujuh daripada 25 kementerian mencapai tahap cemerlang


bagi pengurusan kewangan (Indeks Akauntabiliti) pada tahun lepas, kata Ketua Audit
Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad. Beliau berkata, berdasarkan Laporan Ketua
Audit Negara (LKAN) 2017 Siri 1, sebanyak 16 kementerian pula mencapai tahap baik,
manakala dua lagi berada pada tahap memuaskan.

"Selain itu, 13 jabatan telah mencapai tahap cemerlang dan lima pada tahap baik.

"Prestasi pengurusan kewangan bagi 21 Badan Berkanun Persekutuan (BBP) yang


diaudit secara pusingan lima tahun pula menunjukkan dua BBP berada pada tahap
cemerlang, 12 BBP pada tahap baik, lima BBP pada tahap memuaskan dan dua BBP lagi
pada tahap kurang memuaskan," katanya dalam kenyataan berkenaan laporan itu hari ini.
Laporan LKAN 2017 Siri 1 akan dibentangkan di Parlimen hari ini. Madinah berkata,
pada 2017, pengauditan Pengurusan Kewangan (Indeks Akauntabiliti) menggunakan
pendekatan baharu iaitu berasaskan risiko, yang mana setiap kriteria yang diaudit
dikategorikan kepada tiga tahap risiko iaitu risiko tinggi, risiko rendah dan risiko
sederhana. Katanya, selaras dengan pelaksanaan pendekatan baharu ini, pelaporan bagi
LKAN 2017 Siri 1 mengenai pengurusan kewangan hanya dibuat berdasarkan prestasi
kewangan 2017 sahaja, tanpa perbandingan dengan prestasi tahun sebelum. Pada
peringkat kerajaan negeri pula, Jabatan Audit Negara menjalankan pengauditan
pengurusan kewangan (Indeks Akauntabiliti) bagi 116 Kementerian/Jabatan Negeri di
mana 45 Kementerian/Jabatan mencapai tahap cemerlang, 47 pada tahap baik, 17 pada
tahap memuaskan, lima pada tahap kurang memuaskan dan dua pada tahap tidak
memuaskan. Sementara itu, beliau berkata, audit yang dijalankan terhadap 35 Badan
Berkanun Negeri pula menunjukkan 13 mencapai tahap cemerlang, 11 pada tahap baik,
sembilan pula tahap memuaskan serta masing-masing satu pada tahap kurang memuaskan
dan tidak memuaskan.

Katanya, audit bagi 44 Pihak Berkuasa Tempatan menunjukkan 20 daripadanya berada


pada tahap cemerlang, 18 pada tahap baik, tiga tahap memuaskan, dua pada tahap kurang
memuaskan dan satu pada tahap tidak memuaskan.

"Pengurusan kewangan di Majlis Agama Islam Negeri (MAI) pula menunjukkan satu
pada tahap cemerlang, tiga pada tahap baik dan satu pada tahap memuaskan," katanya.

Madinah berkata, dalam laporan itu, sebanyak 14 syor telah dikemukakan terhadap
Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2017 dan Pengurusan Kewangan
Kementerian/Jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan.

Sebanyak 46 syor pula dikemukakan terhadap aktiviti Kementerian/Jabatan dan Badan


Berkanun Persekutuan dan 21 syor lagi kepada Syarikat Kerajaan dan Agensi Kerajaan
Persekutuan.

"162 syor juga telah dikemukakan terhadap pengurusan aktiviti/kewangan


Kementerian/Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri untuk
memperbaiki kelemahan yang dilaporkan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pengauditan penyata kewangan Kerajaan Persekutuan
pula mendapati kerajaan memperoleh hasil berjumlah RM220.41 bilion iaitu peningkatan
RM7.99 bilion (3.8 peratus) berbanding 2016 (RM212.42 bilion).

"Kerajaan telah meluluskan peruntukan mengurus berjumlah RM216.70 bilion yang


mana RM217.70 bilion (100.5 peratus) telah dibelanjakan. Bagi perbelanjaan
pembangunan, Kementerian/Jabatan Persekutuan telah membelanjakan RM44.88 bilion
(99.0 peratus) daripada peruntukan berjumlah RM45.32 bilion.

"Kerajaan Persekutuan mengalami defisit berjumlah RM40.32 bilion. Kerajaan


Persekutuan telah membuat pinjaman dari dalam negeri serta pinjaman luar negeri
berjumlah RM129.25 bilion untuk menampung defisit tersebut dan juga membayar balik
hutang," katanya. Madinah berkata, Jabatan Audit Negara juga akan memberi taklimat
berhubung isu-isu utama yang dibangkitkan dalam laporan itu kepada Ahli Jawatankuasa
Kira-Kira Wang Negara setelah pelantikan jawatankuasa itu disempurnakan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Pada 6 Ogos lepas, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2017 Siri 1 telah dibentangkan
dalam sidang Dewan Rakyat. Laporan ini merangkumi analisa dan penilaian ke atas
penyata kewangan, operasi dan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Agensi
Kerajaan, Pihak Berkuasa Awam Lain dan Badan-badan. Proses audit ini termaktub
dalam Perkara 106 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 yang memberi
tanggunggjawab kepada Ketua Audit Negara untuk mengaudit organisasi tersebut dengan
perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Untuk mudah difahami, audit ini
dijalankan untuk menilai prestasi organisasi pada tahun tersebut dalam menjalankan tugas
dan menguruskan kewangan. Proses audit ini kemudian diterjemahkan dalam bentuk
laporan dan boleh diakses oleh setiap rakyat.

Dalam sesi pembentangan LKAN, 7 daripada 25 kementerian berjaya mencapai tahap


cemerlang bagi pengurusan kewangan (Indeks Akauntabiliti). Manakala 16 kementerian
telah memeperoleh tahap baik dan 2 lagi kementerian hanya berkedudukan di tahap
memuaskan.
13 jabatan daripada 18 jabatan mencapai tahap cemerlang dan baki selebihnya pada tahap
baik. Audit Badan Berkanun Persekutuan pula menunjukkan hanya 2 di tahap cemerlang,
12 di tahap baik, 5 di tahap memuaskan dan lagi 2 di tahap kurang memuaskan. Di
peringkat kerajaan negeri pula, audit Indeks Akauntabiliti melaporkan 45 Kementerian
dan Jabatan di tahap cemerlang, 47 di tahap baik, 17 tahap memuaskan, 5 di tahap kurang
memuaskan dan 2 di tahap yang tidak memuaskan. Audit yang dijalankan di peringkat
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula melihatkan 20 PBT berada di tahap cemerlang, 18
di tahap baik, 3 sekadar memuaskan dan 2 lagi tidak memuaskan. Antara perkara yang
akan menjadi tumpuan orang ramai selepas LKAN dikeluarkan saban tahun pastinya
penyata kewangan organisasi. Melalui LKAN 2017 ini, penyata kewangan menunjukkan
peningkatan 3.8% hasil Kerajaan Persekutuan berbanding tahun sebelumnya. Hasil yang
dikutip telah meningkat daripada RM212.42 bilion kepada RM220.41 bilion. Dari sudut
perbelanjaan untuk mengurus, sebanyak RM217.7 bilion telah dibelanjakan oleh
Kerajaan persekutuan. Ini adalah melebihi peruntukan yang diberikan ebanyak RM216.7
bilion. Untuk pembangunan pula, Kerajaan Persekutuan berjaya membuat penjimatan
dengan perbelanjaan sebanyak RM44.88 bilion daripada peruntukan asal RM45.32 bilion.
Jumlah keseluruhan untuk pengurusan dan pembangunan ialah RM262.5 bilion. Melalui
angka ini, jelas sekali menunjukkan jumlah perbelanjaan keseluruhan Kerajaan
Persekutuan adalah melebihi daripada hasil yang diperoleh. Jika belanja lebih daripada
hasil, ia dipanggil defisit! “Kerajaan Persekutuan mengalami defisit berjumlah RM40.32
bilion. Kerajaan Persekutuan telah membuat pinjaman dari dalam negeri serta pinjaman
luar negeri berjumlah RM129.25 bilion untuk menampung defisit tersebut dan juga
membayar balik hutang,” Ketua Jabatan Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad
mengulas mengenai hutang Kerajaan Persekutuan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1, yang dibentangkan di
Dewan Rakyat hari ini, mengemukakan 353 syor bagi membantu kerajaan persekutuan,
badan berkanun persekutuan dan kerajaan negeri memperbaiki kelemahan dilaporkan.
Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata daripada jumlah itu, Jabatan
Audit Negara mengemukakan 2 syor terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan
2016, dengan 90 syor kepada aktiviti kementerian dan jabatan kerajaan persekutuan, 17
syor kepada syarikat kerajaan dan agensi kerajaan persekutuan dan 244 syor terhadap
pengurusan aktiviti dan kewangan kementerian, jabatan, agensi dan pengurusan syarikat
kerajaan negeri.

“Sebagaimana lazim, ketua jabatan berkenaan dimaklumkan terlebih dahulu tentang


perkara yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk tujuan pengesahan,”
katanya.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2016 Siri 1, mengandungi Penyata Kewangan
Kerajaan Persekutuan, aktiviti kementerian dan jabatan kerajaan persekutuan, pengurusan
syarikat kerajaan dan agensi kerajaan persekutuan serta pengurusan aktiviti dan
kewangan kementerian, jabatan, agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri untuk
tahun sama. Ia dibentangkan di Parlimen hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-
Pertuan Agong. Madinah berkata Laporan Ketua Audit Negara kali ini antara lain
mengandungi pengesahan penyata kewangan kerajaan persekutuan, prestasi hasil kutipan
kerajaan persekutuan, pengauditan pengurusan kewangan (indeks akauntabiliti) serta
pengauditan prestasi terhadap program dan aktiviti kerajaan di peringkat persekutuan dan
negeri. Beliau berkata hasil kerajaan persekutuan pada 2016 berjumlah RM212.421 bilion
berbanding RM219.089 bilion pada 2015. Kutipan hasil menunjukkan trend penurunan
berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia.

Mengenai penarafan tahap prestasi pengurusan kewangan, sebanyak 25 kementerian, 18


jabatan persekutuan, 38 badan berkanun persekutuan, 138 kementerian/jabatan negeri, 41
badan berkanun negeri, 41 pihak berkuasa tempatan dan 6 Majlis Agama Islam diaudit.

Bagi pengauditan prestasi terhadap program/aktiviti/projek kerajaan, Madinah berkata


sebanyak 63 pengauditan prestasi dan 21 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan
dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri, merangkumi bidang program,
pembinaan, penyenggaraan, perolehan, pengurusan, hasil dan pengurusan syarikat. Selain
itu, Kementerian Kewangan mengeluarkan laporan maklum balas mengenai laporan itu
yang memberikan ulasan serta tindakan terkini daripada ketua setiausaha kementerian
dan ketua jabatan terhadap isu yang dilaporkan, kata beliau. Menurut Madinah, sebanyak
187 daripada 307 kementerian, jabatan persekutuan dan badan berkanun persekutuan,
kementerian/jabatan negeri, badan berkanun negeri, pihak berkuasa tempatan dan Majlis
Agama Islam mendapat penarafan cemerlang (5 bintang).

“Sebanyak 25 kementerian memperoleh penarafan cemerlang berbanding 16 kementerian


pada 2015,” kata beliau. Madinah berkata kandungan laporan itu berserta sinopsisnya
boleh dilayari di laman sesawang Jabatan Audit Negara.

------------------------------------------------------------------------------------------------

1.0 Pengenalan

Berdasarkan definisi umum laporan audit ialah, sebuah dokumen yang disediakan oleh
juruaudit yang dilantik untuk memeriksa dan mengesahkan rekod perakaunan dan
kedudukan kewangan sesebuah organisasi. Ia mesti difailkan setiap tahun oleh organisasi
yang diperbadankan atau berdaftar (bersama-sama dengan penyata kewangan yang telah
diaudit) dengan pihak berkuasa pengawalseliaan yang dilantik. Bagi mana-mana
organisasi, laporan audit adalah penyampaian terpenting yang menunjukkan keputusan
akhir keseluruhan proses audit kewangannya. Para pengguna penyata kewangan seperti
Pelabur, Pemberi Pinjaman, Pelanggan, dan lain-lain mendasarkan keputusan dan
rancangan mereka mengenai laporan audit mengenai sebarang perusahaan. Laporan audit
sentiasa kritikal untuk mempengaruhi nilai yang dilihat dari sebarang audit penyata
kewangan. Juruaudit harus berhati-hati dalam mengeluarkan laporan audit kerana
terdapat sejumlah besar orang yang meletakkan pergantungan pada laporan tersebut dan
mengambil keputusan dengan sewajarnya. Laporan itu hendaklah dikeluarkan dengan
menjadi tidak adil dan objektif dalam melaksanakan fungsi. Laporan juruaudit adalah
penyata yang dimasukkan ke dalam laporan kewangan tahunan syarikat yang
mengesahkan kesahihan penyata kewangan syarikat mengikut seorang juruaudit luar.
Tugas menyediakan penyata kewangan merupakan tanggungjawab pihak pengurusan
entiti. Tanggungjawab utama juruaudit bebas pula adalah untuk memberikan pendapat
kepada pihak luar termasuk para pelabur dan pemiutang tentang penyata kewangan yang
dipersembahkan sama ada ia memberikan gambaran yang benar dan saksama tentang
kedudukan kewangan entiti dan hasil kendaliannya atau sebaliknya. Tanggungjawab ini
dapat dipenuhi dengan menyertakan bersama-sama penyata kewangan sebuah laporan
audit yang mengandungi pendapat tersebut.

Laporan audit hanya akan dikeluarkan setelah juruaudit selesai dengan kerja pemeriksaan
audit. ISA 700, The Auditor's Report on Financial Statements, menghendaki juruaudit
menyemak dan menilai kesimpulan yang diambil daripada bukti audit yang diperoleh
sebagai asas pemberian pendapat tentang penyata kewangan. Juruaudit dikehendaki
melapor kepada pemegang saham atau ahli entiti sama ada menurut pendapat mereka,
penyata kewangan pada hakikatnya memberikan gambaran yang benar dan saksama
tentang kedudukan kewangan pelanggan tersebut dan hasil kendaliannya, atau tidak. Oleh
sebab implikasi laporan audit adalah berat, juruaudit harus sentiasa berhati-hati pada
sepanjang tempoh tugasnya, iaitu mulai dari peringkat tinjauan sistem pelanggan, semasa
penyiasatan terperinci terhadap rekod pelanggan dan akhir sekali pada peringkat
pemeriksaan akaun akhir.

2.0 Laporan Audit Negara Malaysia

Laporan audit merupakan satu laporan yang disediakan oleh juruaudit yang mengandungi
pendapat juruaudit tentang kunci kira-kira, akaun untung dan rugi, dan penyata sumber
dan penggunaan dana. Penyata itu disediakan mengikut kehendak Akta Syarikat, 1965
dan prinsip perakaunan diterima umum supaya memberi gambaran benar dan saksama
tentang hasil kendalian entiti bagi tahun yang berkenaan. Laporan audit juga
membentangkan kedudukan kewangannya pada tarikh kunci kira-kira, serta pendapat
sama ada rekod perakaunan dan rekod-rekod lain disimpan dengan baik mengikut
kehendak akta tersebut atau tidak.

Berdasarkan Akta Syarikat 1965, Seksyen 174 memperuntukkan bahawa juruaudit perlu
memberikan pendapatnya tentang perkara yang berikut:

(a) Sama ada pada pendapatjuruaudit penyata kewangan menunjukkan gambaran yang
benar dan saksama tentang kedudukan kewangan syarikat dan hasil kendalian syarikat
serta perubahan kedudukan kewangan syarikat atau tidak.

(b) Sama ada penyata kewangan itu disediakan mengikut kehendak akta atau tidak.

(c) Sama ada rekod perakaunan dan rekod lain termasuk daftar disediakan dan disimpan
seperti yang dikehendaki oleh akta atau tidak.

Walaupun laporan juruaudit hanya menyentuh perkara yang tersebut di atas, juruauditjuga
bertanggungjawab terhadap soal kebenaran dan kesaksamaan laporan pengarah kerana
laporan pengarah merupakan sebahagian daripada penyata kewangan. Laporan pengarah
yang disertakan bersamasama dengan penyata kewangan memang dimestikan oleh Akta
Syarikat 1965, mengikut Seksyen 169.

2.1 Huraian Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 1

Pada 6 Ogos 2017, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2017 Siri 1 telah dibentangkan
dalam sidang Dewan Rakyat. Laporan ini merangkumi analisa dan penilaian ke atas
penyata kewangan, operasi dan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Agensi
Kerajaan, Pihak Berkuasa Awam Lain dan Badan-badan. Proses audit ini termaktub
dalam Perkara 106 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 yang memberi
tanggunggjawab kepada Ketua Audit Negara untuk mengaudit organisasi tersebut dengan
perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Untuk mudah difahami, audit ini
dijalankan untuk menilai prestasi organisasi pada tahun tersebut dalam menjalankan tugas
dan menguruskan kewangan. Proses audit ini kemudian diterjemahkan dalam bentuk
laporan dan boleh diakses oleh setiap rakyat.

Dalam sesi pembentangan LKAN, 7 daripada 25 kementerian berjaya mencapai tahap


cemerlang bagi pengurusan kewangan (Indeks Akauntabiliti). Manakala 16 kementerian
telah memeperoleh tahap baik dan 2 lagi kementerian hanya berkedudukan di tahap
memuaskan. "Selain itu, 13 jabatan telah mencapai tahap cemerlang dan lima pada tahap
baik.

Berdasarkan laporan itu, prestasi pengurusan kewangan bagi 21 Badan Berkanun


Persekutuan (BBP) yang diaudit secara pusingan lima tahun pula menunjukkan dua BBP
berada pada tahap cemerlang, 12 BBP pada tahap baik, lima BBP pada tahap memuaskan
dan dua BBP lagi pada tahap kurang memuaskan. Pengauditan Pengurusan Kewangan
(Indeks Akauntabiliti) menggunakan pendekatan baharu iaitu berasaskan risiko, yang
mana setiap kriteria yang diaudit dikategorikan kepada tiga tahap risiko iaitu risiko
tinggi, risiko rendah dan risiko sederhana. Selaras dengan pelaksanaan pendekatan baharu
ini, pelaporan bagi LKAN 2017 Siri 1 mengenai pengurusan kewangan hanya dibuat
berdasarkan prestasi kewangan 2017 sahaja, tanpa perbandingan dengan prestasi tahun
sebelum. Pada peringkat kerajaan negeri pula, Jabatan Audit Negara menjalankan
pengauditan pengurusan kewangan (Indeks Akauntabiliti) bagi 116 Kementerian/Jabatan
Negeri di mana 45 Kementerian / Jabatan mencapai tahap cemerlang, 47 pada tahap baik,
17 pada tahap memuaskan, lima pada tahap kurang memuaskan dan dua pada tahap tidak
memuaskan. Sementara itu, audit yang dijalankan terhadap 35 Badan Berkanun Negeri
pula menunjukkan 13 mencapai tahap cemerlang, 11 pada tahap baik, sembilan pula
tahap memuaskan serta masing-masing satu pada tahap kurang memuaskan dan tidak
memuaskan.

Sebanyak 46 syor pula dikemukakan terhadap aktiviti Kementerian / Jabatan dan Badan
Berkanun Persekutuan dan 21 syor lagi kepada Syarikat Kerajaan dan Agensi Kerajaan
Persekutuan. 162 syor juga telah dikemukakan terhadap pengurusan aktiviti / kewangan
Kementerian / Jabatan / Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri untuk
memperbaiki kelemahan yang dilaporkan. Pengauditan penyata kewangan Kerajaan
Persekutuan pula mendapati kerajaan memperoleh hasil berjumlah RM220.41 bilion iaitu
peningkatan RM7.99 bilion (3.8 peratus) berbanding 2016 (RM212.42 bilion). Kerajaan
telah meluluskan peruntukan mengurus berjumlah RM216.70 bilion yang mana
RM217.70 bilion (100.5 peratus) telah dibelanjakan. Bagi perbelanjaan pembangunan,
Kementerian / Jabatan Persekutuan telah membelanjakan RM44.88 bilion (99.0 peratus)
daripada peruntukan berjumlah RM45.32 bilion. Kerajaan Persekutuan mengalami defisit
berjumlah RM40.32 bilion. Kerajaan Persekutuan telah membuat pinjaman dari dalam
negeri serta pinjaman luar negeri berjumlah RM129.25 bilion untuk menampung defisit
tersebut dan juga membayar balik hutang.

2.2 Huraian Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2

Sebanyak 298 syor dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 yang
merangkumi teguran dan pandangan bagi tujuan penambahbaikan kepada kementerian,
jabatan, agensi kerajaan dan badan berkanun peringkat pusat dan negeri. Ketua Audit
Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad, berkata laporan itu merangkumi 83 syor terhadap
kementerian atau jabatan dan badan-badan berkanun Persekutuan, 42 syor terhadap
pengurusan syarikat kerajaan dan agensi kerajaan Persekutuan. Ia termasuk 173 syor bagi
pengurusan aktiviti kementerian, jabatan, agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri.
Sebanyak 16 pengauditan prestasi dan lapan pengauditan pengurusan syarikat kerajaan
dilaksanakan di peringkat kerajaan Persekutuan. Bagi peringkat negeri pula, 25
pengauditan prestasi dan 13 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan negeri dijalankan.
Pengauditan merangkumi pelbagai bidang antaranya pengurusan program, aktiviti,
pembinaan, perolehan, sistem atau teknologi maklumat dan komunikasi, penyenggaraan
dan pengurusan hasil.
Pengauditan prestasi dijalankan mengikut standard pengauditan antarabangsa iaitu The
International Standard of Supreme Audit Institutions (ISSAI) 3000, 3100 dan 3200.
Sementara itu, laporan audit ini juga mengesahkan penyata kewangan badan berkanun
Persekutuan, Kumpulan Wang Persekutuan, Akaun Amanah dan agensi lain bagi tahun
2017. Sebanyak 148 penyata kewangan bagi tahun kewangan 2017 diaudit untuk Badan
Berkanun Persekutuan, Kumpulan Wang Persekutuan dan Akaun Amanah serta agensi
lain. Daripada jumlah itu, sebanyak 110 penyata kewangan diberi Pendapat Tanpa
Teguran, 17 penyata diberi Pendapat Tanpa Teguran dengan Penekanan, Pendapat
Berteguran (6), Pendapat Bertentangan (1) dan Pendapat Penafian (1). Selain itu, 13
penyata kewangan agensi masih belum dimuktamadkan, yang mana sembilan
daripadanya disebabkan Pengerusi Lembaga Pengarah belum dilantik dan mesyuarat
lembaga pengarah tidak dapat diadakan bagi memperakui penyata kewangan yang
diaudit. Berdasarkan laporan audit itu menunjukkan dua jabatan persekutuan mencapai
tahap cemerlang, tahap baik (10), memuaskan (lima) dan kurang memuaskan (dua). Bagi
pengesahan penyata kewangan kerajaan dan agensi kerajaan negeri pula, sebanyak 325
penyata kewangan perlu diaudit dan disahkan membabitkan 13 penyata kerajaan negeri,
badan berkanun negeri (151), pihak berkuasa tempatan (148) dan Majlis Agama Islam
negeri (13) sehingga 21 Nov 2018. Sebanyak 240 penyata kewangan negeri diberikan
Pendapat Tanpa Teguran, Pendapat Tanpa Teguran dengan Penekanan (35) dan Pendapat
Berteguran (28). Sebanyak 16 penyata kewangan masih dalam proses pengauditan kerana
kelewatan agensi mengemukakan penyata kewangan dan dokumen sokongan lengkap,
manakala baki enam penyata kewangan masih belum dikemukakan agensi kepada pihak
audit bagi tujuan pengauditan. Bagi laporan audit kali ini, Jabatan Audit Negara
menambah baik pendekatan pengauditan prestasi dengan memberi penekanan terhadap
penilaian output dan outcome, serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan tahap
kepuasan golongan sasaran terhadap program atau projek yang dilaksanakan kerajaan.

3.0 Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS)

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), adalah merupakan agensi kerajaan


persekutuan yang mengawal selia industri perfileman Malaysia. Ia merupakan gabungan
dari Filem Negara Malaysia (FNM) dengan FINAS yang membentuk satu agensi tunggal
di Malaysia. Ia diwujudkan pada pertengahan tahun 1980 yang mana secara rasminya
mempunyai pejabat di Jalan Ampang pada tahun 1981, dan dipindahkan ke Studio
Merdeka Complex, Hulu Kelang pada tahun 1988. Ketika itu ia dipengerusikan oleh Tan
Sri Abdul Samad Idris; kini pengerusi terbarunya Dato' Hans Isaac (2019).

Bermula dari penghujung tahun 2004, FINAS berada di bawah pengawasan Kementerian
Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, dan menjadi salah satu daripada agensi di
bawah kementerian tersebut sehingga 2008. Namun pada April 2008 agensi tersebut
diletakkan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.
FINAS secara langsungnya terlibat dalam mempromosikan industri perfileman Malaysia
dengan implimentasi Akta Penggalakan Pelaburan 1986 dan juga penapisan serta
pengawalan mana-mana aktiviti filem tempatan serta pengeluaran video. FINAS juga
menubuhkan sebuah akademi untuk mengkembangkan industri perfileman, dengan
menubuhkan Akademi Filem Malaysia dalam tahun 1987. Ini secara tidak langsung
adalah untuk menggalakkan pembuatan filem di Malaysia, Finas juga menyediakan
bantuan dalam bentuk kemudahan pinjaman dan penyewaan peralatan menembak serta
kemudahan pengeluaran filem, dewan pratonton dan studio. Kerajaan juga membantu
pembuat filem tempatan dengan menawarkan 50% iklan televisyen pemerintah oleh
Kementerian Penerangan. Kerajaan juga menguatkuasakan Syarat Wajib dari Januari
1991 dalam usaha membangunkan industri perfilman Malaysia yang ditadbir oleh Finas.

3.1 Kelemahan FINAS Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2

Industri perfileman negara mula mendapat suntikan semangat baharu apabila kerajaan
menggubal Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mensyaratkan pemilikan 30 peratus ekuiti
Bumiputera dalam ekonomi negara. Melalui DEB juga beberapa artis telah menubuhkan
syarikat perfileman masing-masing pada tahun 1972. Antaranya Datuk Sarimah Ahmad
dan suaminya pada ketika itu, Yusof Majid, yang menubuhkan syarikat Sari Artist,
syarikat pertama yang ditubuhkan Bumiputera (Fauziah Kartini, 2009) manakala Tan Sri
P. Ramlee pula bergabung dengan Tan Sri Jins Shamsuddin, Jaafar Abdullah dan H.M
Shah untuk menubuhkan Perfirma. Ini semua membawa kepada penubuhan FINAS.
Sebenarnya isu yang berkaitan tentang kelemahan pengurusan FINAS merupakan suatu
isu yang lapuk dan tidak diketengahkan. Apabila kerajaan mula campurtangan, dan
pembiayaan kerajaan mulai masuk, FINAS mula menjadi sebagaimana entiti kerajaan
yang tercemar dengan salah laku, salah guna kuasa dan sebagainya. Berikut adalah antara
kelemahan serta kepincangan utama FINAS yang didedahkan dalam Laporan Audit
Negara 2017 Siri 2;

·0 Pembelian tanah dan bangunan di Kuching, Sarawak bernilai RM1.40 juta tidak
direkodkan.

·1 Baki Geran Tertunda dan Dana berjumlah RM95.22 juta tidak dapat disahkan
ketepatannya.

Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2017 (LKAN 2017) Siri 2, kontroversi yang
timbul dalam Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang melihatkan beberapa
teguran signifikan dan ada juga yang mengejutkan. Dalam Laporan Audit Negara 2017
Siri 2 ini, FINAS menjadi satu-satunya agensi Kerajaan yang disenaraikan di bawah
jadual Penyata Kewangan Agensi Yang Diberikan Pendapat Bertentangan Bagi Tahun
Kewangan 2017. Mengikut definisi yang telah ditetapkan oleh Jabatan Audit Negara,
Pendapat Bertentangan ini tersenarai sebagai sebahagian daripada perkara yang
menjejaskan pendapat juruaudit dan secara khasnya, Pendapat Bertentangan ini ialah
pendapat yang dinyatakan oleh juruaudit apabila membuat kesimpulan bahawa salah
nyata, secara individu / agregat adalah material dan pervasif kepada penyata kewangan
setelah mendapat bukti audit yang mencukupi dan bersesuaian. Secara ringkasnya ialah
berlaku hal-hal tidak menyenangkan dalam pengurusan kewangan agensi berkenaan dan
terdapat bukti pengauditan yang mencukupi untuk hal ini.

Bagi kes FINAS, terdapat 14 perkara yang disenaraikan dalam jadual Pendapat
Bertentangan ini dan ia jelas satu hal serius yang perlu diberikan perhatian. Perkara-
perkara berkenaan adalah seperti berikut:

1. Hartanah, Loji dan Peralatan; Hartanah, Loji dan Peralatan tidak direkodkan pada
nilai penilaian semula seperti yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan
Perkhidmatan Harta (JPPH) pada tahun 2015 berjumlah RM19.28 juta
menyebabkan aset telah terkurang nyata sebanyak amaun tersebut. Tanah dan
bangunan tidak diakaunkan secara berasingan melibatkan nilai buku bersih
bangunan berjumlah RM696,847.

2. Pembelian tanah dan bangunan di Kuching, Sarawak bernilai RM1.40 juta tidak
direkodkan.

3. Peralatan dan bangunan di Mix Stage Hulu Kelang tidak diakaunkan secara
berasingan melibatkan nilai buku bersih bangunan berjumlah RM18.15 juta.

4. Rosot nilai tidak diakaunkan bagi aset di Mix Stage Hulu Kelang yang tidak
digunakan sejak 1 Januari 2016.

5. Work in Progress; FINAS tidak mengiktiraf kos pembangunan sistem kewangan


berjumlah RM359,469 sebagai Aset Tidak Ketara seperti mana ketetapan
Perenggan 18.4, MPERS Seksyen 18 Aset Tidak Ketara Selain Muhibah.

6. Pendahuluan dan Penghutang Pinjaman; Baki Pendahuluan dan Penghutang


Pinjaman pada 31 Disember 2017 tidak dapat disahkan kerana FINAS tidak
mengemukakan sebarang jadual sokongan bagi menjalankan kerja pengauditan.

7. Penghutang Sewaan; Baki Penghutang Sewaan di penyata kewangan berbeza


dengan laporan pengumuran penghutang berjumlah RM958,134. Baki
Penghutang Sewaan berjumlah RM468,032 tidak dikutip sejak tahun berakhir 31
Disember 2016.

8. Penghutang Pelbagai; Baki Penghutang Pelbagai di penyata kewangan berbeza


dengan laporan pengumuran penghutang berjumlah RM2.45 juta. Baki
Penghutang Sewaan berjumlah RM2.78 juta tidak dikutip sejak tahun berakhir 31
Disember 2016.

9. Rosot Nilai Penghutang; Rosot nilai tidak diakaunkan bagi penghutang sewaan
dan penghutang pelbagai seperti ketetapan Perenggan 11.21, MPERS Seksyen 11
Instrumen Kewangan Asas.

10. Penyata Penyesuaian Bank; FINAS tidak menyelaraskan transaksi belum


disesuaikan lebih daripada tempoh enam (6) bulan berjumlah RM4.00 juta.

11. Deposit Filem; FINAS tidak melaksanakan tindakan melucut hak deposit filem
berjumlah RM8.64 juta seperti keperluan Perenggan 10 (1), Akta Perbadanan
Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981.

12. Geran Tertunda dan Dana; Baki Geran Tertunda dan Dana berjumlah RM95.22
juta tidak dapat disahkan ketepatannya kerana pelunasan geran dan dana bagi
tahun berakhir 31 Disember 2017 berjumlah RM112.52 juta tidak mengambil kira
pelunasan berjumlah RM95.01 juta melibatkan perbelanjaan tahun 2017.

13. Pemiutang dan Akruan; Baki Pemiutang dan Akruan di penyata kewangan
berbeza dengan laporan pengumuran pemiutang berjumlah RM29.37 juta. Sampel
Pemiutang dan Akruan berjumlah RM23.11 juta tidak dibayar sejak tahun
berakhir 31 Disember 2016.

14. Liabiliti yang Diiktiraf sebagai Pendapatan; FINAS tidak merekodkan terimaan
geran Kerajaan bersyarat sebagai liability berjumlah RM2.94 juta seperti
ketetapan Perenggan 24.4, MPERS Seksyen 24 Geran Kerajaan sebaliknya telah
merekodkan terimaan tersebut sebagai pendapatan.

15. Perbelanjaan Tidak Diakru; FINAS tidak mengakru sampel perbelanjaan tahun
semasa berjumlah RM624,757 di dalam penyata kewangan.

16. Perbelanjaan Cukai; FINAS tidak mempersembahkan perbelanjaan cukai


berjumlah RM751,962 secara berasingan seperti ketetapan Perenggan 5.5,
MPERS Seksyen 5 Penyata Pendapatan Komprehensif.

17. Komitmen Modal; FINAS tidak mendedahkan sampel komitmen modal


berjumlah RM703,445 seperti ketetapan Perenggan 32.10 dan 32.11, MPERS
Seksyen 32 Peristiwa Selepas Tarikh Pelaporan.

Ini bukanlah kali pertama FINAS diberikan Pendapat Bertentangan dalam LKAN, ini
merupakan kali ketiga berturut-turut FINAS diberikan teguran sedemikian sejak tahun
2015. LKAN menyifatkan antara faktor yang menyebabkan FINAS memperoleh
Pendapat Bertentangan ialah kegagalan agensi berkenaan untuk merekodkan nilai
hartanah, loji dan peralatan sehingga menyebabkan aset terkurang nyata, baki
penghutang/pemiutang yang berbeza dengan laporan pengumuran, pendahuluan / geran
yang tidak dapat disahkan ketepatannya dan ketidakpatuhan terhadap Malaysian Private
Entities Reporting Standard (MPERS) untuk beberapa seksyen.

Selain itu, LKAN juga menyatakan bahawa FINAS masih belum membentangkan
penyata kewangan tahun 2016 di Parlimen dan ini merupakan satu perkara serius yang
sewajarnya tidak berlaku. Apa yang dilaporkan LKAN mengenai FINAS ini sudah tentu
akan menggegarkan agensi yang sering terpalit kontroversi ini. Malah hal berkaitan geran
yang dilaporkan LKAN sebagai tidak dapat disahkan ketepatannya sudah pasti akan
dijadikan perkara yang menghairankan pembikin filem tanah air.

Sebelum ini, kita dipersembahkan dengan beberapa filem yang menerima dana jutaan
daripada FINAS tetapi hasil yang diberikan amat mengecewakan, malah sebelum ini juga
pernah tersebar senarai filem yang menerima geran daripada FINAS, namun sehingga
kini filem-filem berkenaan masih gagal untuk dihasilkan. Jelas daripada isu-isu yang
timbul ini, FINAS berhadapan dengan masalah untuk menetapkan mekanisme penilaian
yang berkualiti dalam aspek penyaluran geran dan dana. Dengan terbitnya LKAN ini,
masalah di FINAS jelas kritikal dan ia tidak boleh sekadar menjadi laporan yang dibaca,
sebaliknya ia memerlukan tindakan yang pasti.

4.0 Syor dan Cadangan Pembaikan dan Pemulihan

Usaha reformasi menyeluruh yang cuba digerakkan Kerajaan terhadap FINAS kini
sebenarnya hadir tepat pada masa. Agensi yang sedang dalam proses melantik Ketua
Pengarah baharu ini memerlukan seorang pemimpin yang jelas memiliki pengetahuan
industri, keupayaan menguruskan organisasi dan ilmu kewangan yang munasabah bagi
memastikan FINAS mampu menjadi sebuah agensi disegani. Berdasarkan laporan dari
Ketua Jabatan Audit Negara Malaysia, beberapa syor telah diketengahkan untuk
pemulihan terhadap kelemahan di peringkat pengurusan FINAS. Namun pengkaji ingin
juga mengetengahkan syor-syor yang dirasakan relevan tatkala reformasi kewangan
negara apabila kerajaan yang baru memerintah.

4.1 Rombakan Lantikan Unit Audit Dalaman

Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan Persekutuan / Setiausaha Kerajaan Negeri


(selepas ini dirujuk sebagai Ketua Eksekutif) bertanggungjawab untuk menubuhkan Unit
Audit Dalam di bawah organisasi / pentadbirannya. Ketua Eksekutif juga hendaklah
memastikan keperluan sumber manusia Unit Audit Dalam sejajar dengan saiz dan operasi
organisasi. Bagi Jabatan yang tidak mempunyai Unit Audit Dalam, fungsi audit dalam
hendaklah dijalankan oleh Unit Audit Dalam yang ditubuhkan di Kementerian yang
mengawal selia Jabatan tersebut. Dalam konteks Kerajaan Negeri, Unit Audit Dalam
yang dirujuk dalam Pekeliling ini bermaksud Unit Audit Dalam yang telah diluluskan
penubuhannya di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Di bawah keadaan lain, Unit Audit
Dalaman perlu sentiasa dirombak agar ianya senantiasa boleh berlaku telus tanpa ada
elemen 'favortism'.

4.2 Meminda Akta Audit 1957

Akta Audit 1957 jika dapat dipinda adalah untuk memberi kuasa tambahan kepada
Jabatan Audit Negara untuk bertindak jika mengesan sesuatu projek atau program yang
ada unsur rasuah atau ketirisan dalam perbelanjaan wang kerajaan. Dalam hal ini
haruslah diingat bahawa setiap agensi kerajaan ada 'tuannya' sama ada dalam bentuk
pengarah atau lembaga pengarah atau sebagainya. Jika di sekolah, kesalahan anak perlu
dilaporkan kepada ibu bapa masing-masing supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.
Begitu juga peranan juruaudit, ia hanya perlu melaporkan sebarang kesalahan atau
ketirisan yang berlaku kepada ketua agensi. Ketua di agensi berkenaanlah mesti
melaksanakan tindakan susulan selepas menerima laporan audit.

4.3 Unit Audit Dalaman diberikan kuasa untuk melapor terus ke Ketua Audit
Negara

Bagi menangani masalah ketirisan perbelanjaan ini, dicadangkan agar bahagian audit
dalaman jabatan kerajaan bertanggungjawab terus kepada Ketua Audit Negara tanpa
campur tangan ketua jabatan. Cadangan ini adalah relevan bagi menangani permasalahan
yang timbul. Cadangan ini relevan bagaimanapun ia perlu disertakan dengan laporan
ketua agensi berkenaan bagi membolehkan ketua berkenaan peluang untuk menjelaskan
situasi.

4.4 Menghapuskan Amalan 'Anak Emas'

Favoritisme pejabat dikenal sebagai individu atau kumpulan yang disukai oleh bos atau
majikan dalam sesebuah organisasi. Topik ini popular dikatakan sebagai membodek atau
mengampu dalam perhubungan dalam pekerjaan. Individu atau kumpulan ini sering
dikatakan sebagai anak emas dan berkeupayaan untuk mengubah dan mempengaruhi
keputusan bos walaupun telah diputuskan dalam mesyuarat rasmi. Kebolehan individu
atau kumpulan ini memepengaruhi keputusan bos boleh didorong atas kepentingan diri
yang negatif dalam sesebuah organisasi. Ini secara tidak langsung akan membawa kepada
masalah-masalah besar. Oleh budaya ini perlu pemantauan, dan tidak perlu diteruskan.

4.5 Membawa mereka yang terlibat dengan ketirisan ke pengadilan

Ketirisan dan kelompangan berlaku apabila mereka yang terbabit, melanggar peraturan
kewangan. Sebagai contoh sesetengah orang memesan barang tanpa ada tempahan belian
(PO). Dalam hal ini juruaudit hanya boleh mengesan selepas urus niaga berlaku. Bagi
membolehkan ia tidak berlaku, pihak kewangan atau ketua perlu menghentikan pesanan
itu. Begitu juga halnya apabila barang yang dipesan telah sampai ke agensi berkenaan.
Orang yang menerima mestilah bukan orang yang memesan barangan tadi. Jika tidak,
maka berlaku ketirisan atau kelompangan yang kemudiannya dikesan oleh juruaudit.
Ramifikasinya ialah berjuta-juta wang rakyat digunakan dengan cara tak betol, oleh itu
mereka yang terlibat perlu dibawa ke pengadilan.

4.6 Menghapuskan pergantungan peruntukkan dari kerajaan

Memandangkan FINAS mengawal serta menguruskan apa-apa yang berkaitan tentang


perfileman, maka ia secara tidak langsung mempunyai akses terhadap penaja. Agar
menjamin ketelusan, pihak FINAS perlulah mendapatkan penajaan dari syarikat-syarikat
besar yang berminat. Ini secara tidak langsung akan membuka ruang produktiviti serta
menghapuskan pergantungan kewangan dari kerajaan.

5.0 Kesimpulan

Early audit adalah baik khususnya bagi projek besar. Namun, ia perlu dilaksanakan secara
cekap dan efektif bagi mengelakkan kelewatan atau terbantutnya sesuatu projek. Dalam
early audit, fokusnya selalu merangkumi kesesuaian sesuatu projek itu diadakan serta
menilai keupayaan pembekal untuk melaksanakan projek tanpa sebarang tergendala. Saya
bersetuju dengan 'early audit' dengan tambah baik kepada continuous audit atau audit
berterusan atau audit berkala (tiga bulan sekali). Kewujudan audit berterusan boleh
mencegah pegawai daripada terbabit dalam gejala tidak diingini. Ibarat mereka yang
selalu melanggar lampu isyarat merah, tetapi apabila ada polis trafik di situ, mereka tidak
berani langgar. Ini semua bermula dengan ketiadaan integriti. Integriti merupakan
sebahagian daripada unsur pendidikan dan penerapan nilainilai positif (mahmudah)
kepada kakitangan pentadbiran kerajaan, berperanan memandu penjawat awam agar
sentiasa bersifat amanah, ikhlas, jujur dan bertanggungjawab dalam memelihara dan
memperkasa imej jabatan yang dianggotai.

Akhir sekali akauntabiliti dan integriti adalah antara prinsip yang perlu ada dalam setiap
penjawat awam. Pelaksanaan tanggungjawab yang diamanahkan yang disertakan dengan
amalan prinsip-prinsip akan dapat memastikan peruntukan yang telah diberikan kepada
agensi Kerajaan, program, aktiviti atau projeknya mengikut perancangan dan anggaran,
sistem, prosedur dan peraturan semasa, serta mendapat pulangan terbaik bagi setiap
ringgit yang dibelanjakan

Rujukan

http://id.zulkarnainazis.com/2014/05/dilema-etika-nepotisme-kronisme-dan.html
http://ppp.treasury.gov.my/sub-topik/fail/21/muat-turun

https://www.finas.gov.my/en/

http://www.ump.edu.my/edasar/pendaftar/doc/panduan/2013/KETIRISAN
%20AMANAH.pdf

https://www.audit.gov.my/index.php/ms/laporan/arkib/lkan-2017/738-laporan-ketua-
audit-negara-tahun-2017-siri-2

https://www.audit.gov.my/index.php/ms/laporan/arkib/lkan-2017/738-laporan-ketua-
audit-negara-tahun-2017-siri-1

UiTM Shah Alam, ”Bersama Menjayakan Kempen Memerangi Rasuah, Salahguna Kuasa
& Penyelewengan dan Peningkatan Integriti” Buletin CITU, 1 Jan –Jun 2008, 7-8.

Institut Integriti Malaysia: “Pelan Integriti Nasional Cetakan Ketiga”, 17 Mei 2006.

You might also like