You are on page 1of 18

UNIT PENDIDIKAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

TUGASAN INDIVIDU

GLUL 3113
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN
SEMESTER JULAI 2020/2021

DISEDIAKAN UNTUK:
MUHAMMAD FIRDAUS BIN BIDIN
firdausbidin@gmail.com

DISEDIAKAN OLEH:

Bil. Nama Pelajar No. Matriks


1. NURUL SYUHADA BINTI ABDUL GHAFAR 250253
syuhadaghafar@gmail.com
KAMPUS: UUM-PJJ SINTOK KEDAH DA

ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN M/s – 02

2.0 SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA M/s – 04


2.1 Indeks Persepsi Rasuah Malaysia M/s – 05

3.0 FUNGSI-FUNGSI SURUHANJAYA PENCEGAHAN


RASUAH MALAYSIA M/s – 07
3.1 Fungsi-Fungsi Utama SPRM M/s – 07
3.2 Fungsi-Fungsi Strategik SPRM M/s – 08

4.0 ISU-ISU BERKAITAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN


RASUAH MALAYSIA M/s – 10

5.0 PELAN REFORMASI SPRM PASCA PRU-14 M/s – 13

6.0 KESIMPULAN M/s – 15

7.0 RUJUKAN M/s – 16

1 250253
1.0 PENGENALAN

Demokrasi adalah merupakan satu bentuk pemerintahan yang mana rakyat

diberikan kuasa untuk memilih apakah undang-undang yang akan digunakan untuk

mengatur kehidupan mereka; ianya juga datang dengan pemilihan ketua / pemimpin di

tangan mereka. Kuasa yang tertinggi diberikan kepada rakyat dalam menentukan segala-

galanya dan ianya dilaksanakan oleh mereka sama ada secara langsung ataupun tidak

secara langsung melalui sistem perwakilan yang biasanya melibatkan pilihan raya bebas

yang diadakan secara berkala; yang mana perwakilan ini akan juga memilih pemimpin

yang akan menguruskan sistem demokrasi itu. Dibawah sistem demokrasi juga

terdapatnya 'perlembagaan persekutuan' yang mana digunapakai oleh kebanyakan negara

di dunia. Selepas Malaysia mencapai kemerdekaannya dalam tahun 1957, kerangka untuk

sistem perundangan moden serta set-set sistem demokrasi diwujudkan. Kerangka ini

kemudiannya telah menjadi apa yang rakyat Malaysia kenali sebagai 'Perlembagaan

Persekutuan Malaysia'. Perlembagaan Persekutuan mula berkuatkuasa pada 27 Ogos

1957 akan tetapi kemerdekaan secara formalnya hanya dapat dicapai pada 31 Ogos 1957.

Perlembagaan ini kemudiannya telah dipinda pada tahun 1963 sejajar dengan

kemasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura sebagai negara anggota tambahan kepada

Persekutuan Tanah Melayu dan membuat perubahan yang dipersetujui pada

perlembagaan yang dinyatakan dalam Perjanjian Malaysia, yang termasuk menukar nama

Persekutuan Tanah Melayu menjadi "Malaysia". Oleh itu, secara sah, penubuhan

Malaysia tidak mewujudkan sebuah negara baru seperti itu tetapi hanya penambahan

negara-negara anggota baru kepada Persekutuan Tanah Melayu yang diwujudkan oleh
2 250253
perlembagaan 1957, namun dengan pertukaran nama. Singapura kemudiannya

mengambil keputusan untuk meninggalkan gagasan Malaysia dalam tahun 1965 untuk

menjadi sebuah negara yang berdaulat. Persekutuan Malaysia kini hanya terdiri daripada

Semenanjung, Sabah, dan Sarawak. Malaysia ditubuhkan dengan kedudukannya sebagai

entiti yang pelbagai etnik, budaya dan agama; dengan 'Raja Berperlembagaan' yang telah

diatur bercampur aduk dengan undang-undang berbentuk sekular acuan dari 'Kolonial

British'. Islam masih lagi diakui sebagai agama Persekutuan, menurut artikel 3(1)

Perlembagaan Persekutuan, 'tetapi agama-agama lain dapat diamalkan dengan aman dan

harmoni di mana-mana bahagian (negeri) dalam Persekutuan'. Pada tahun 1956, sebagai

salah satu langkah terakhir yang diambil ke arah pemerintahan sendiri untuk Persekutuan

Tanah Melayu, sebuah suruhanjaya bebas yang diketuai oleh Lord Reid dilantik oleh

Kerajaan Britain dan Majlis Raja-Raja untuk merangka cadangan berkaitan perlembagaan

bagi Persekutuan Tanah Melayu yang bebas. Umumnya sistem pemerintahan raja

berperlembagaan adalah merupakan sistem pemerintahan di mana sebuah negara itu akan

diperintah oleh raja ataupun permaisuri yang mana kuasanya akan dibatasi oleh

perlembagaan dengan Perdana Menteri bertindak sebagai pelaksana dan juga penasihat

utama.

3 250253
2.0 SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

Rasuah adalah ancaman bagi semua negara di seluruh dunia. Ini adalah fenomena

lama sejarah manusia di mana hampir semua abad mengalami perbincangan mengenai

topik tersebut (Dreher dan Herzfeld, 2005). Di Malaysia, usaha-usaha dalam memerangi

gejala rasuah telah menjadi antara fokus utama di kalangan pemimpin negara. Rasuah

adalah penyalahgunaan kuasa oleh pegawai awam demi untuk keuntungan peribadi

(Reso-Ackerman 1999). Di Malaysia, rakyat menggunakan perkataan "suapan" dan

bukan "rasuah". Usaha-usaha kerajaan dalam membendung gejala rasuah di Malaysia

pertama kali dimulai melalui langkah undang-undang di bawah pemerintahan Kolonial

Inggeris. Sebagai contohnya, 'Kanun Keseksaan 1871', 'Ordinan Negeri-Negeri Selat No.

41 tahun 1937', 'Enakmen Negeri-Negeri Melayu Bersekutu No. 23 tahun 1938' dan

'Enakmen Johor No. 14 tahun 1940' (Marican, 1967). Kemudiannya Biro Pencegahan

Rasuah ditubuhkan pada tahun 1967, sebelum ianya ditukarkan menjadi 'Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia.

Rajah 1: Logo SPRM


4 250253
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau sebelumnya dikenali sebagai

'Biro Pencegahan Rasuah' (BPR) adalah merupakan sebuah agensi kerajaan Malaysia

yang diberi mandat untuk menyiasat dan mendakwa pesalah rasuah sama ada di sektor

awam mahupun swasta. SPRM dimodelkan sebagai badan antikorupsi teratas, yang

mengambil acuan daripada 'Independent Commission Against Corruption of Hong Kong'

dan 'Independent Commission Against Corruption in New South Wales, Australia'. Di

bawah SPRM terdapat 5 badan bebas yang akan memantau SPRM demi untuk

memastikan ianya sentiasa berintegriti dan melindungi hak-hak warganegara. Badan-

badan ini dikendalikan secara berasingan dari pejabat kerajaan yang lain agar ia dapat

memberikan perspektif bebas. 5 badan tersebut adalah; Badan Penasihat Pencegahan

Rasuah, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Jawatankuasa Aduan, Panel Kajian

Operasi, dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah.

2.1 Indeks Persepsi Rasuah Malaysia

Menurut Transparency International (TI), indikasi tahap rasuah di negara-negara dunia

dapat diukur dengan 'Indeks Persepsi Rasuah' (CPI) di mana ia menggunakan skala 0

hingga 100, di mana sifar menunjukkan tahap rasuah paling buruk dan 100 sangat bersih.

Dalam tinjauan 2017 dan 2018, berdasarkan indeks tersebut mendapati bahawa lebih

daripada dua pertiga dari 180 negara dan wilayah merangkumkan skor Malaysia di bawah

50, dengan skor purata 43. Rajah 2 memberikan skor yang telah diperolehi Malaysia

sejak dimulakan CPI pada tahun 1995 CPI mendedahkan bahawa Malaysia memperoleh

skor 47 pada tahun 2017 dan kekal pada skor yang sama pada tahun 2018.

5 250253
Rajah 2: Skor CPI Malaysia

Skor ini sebenarnya dua mata menurun daripada skor sebelumnya pada tahun 2016,

dengan skor: 49. Skor terburuk yang pernah dialami oleh Malaysia dalam indeks pada

tahun 2011 di mana menyaksikan 9 mata menurun selama 16 tahun terakhir sejak

permulaan IHP pada tahun 1995 menjadi 43: Skor tertinggi yang pernah diperoleh

Malaysia dalam indeks adalah 53 pada tahun 1996 dan 1998. Indeks tersebut juga

menunjukkan bahawa Malaysia pada tahun 2014 memperolehi skor 52 tetapi secara

berturut-turut menurunkan skor masing-masing kepada 50, 49 dan 47 pada tahun 2015,

2016 dan 2017. Skor CPI Malaysia pada tahun 2018 tetap buruk iaitu 47 yang

menunjukkan bahawa banyak usaha dan strategi mesti dikemukakan untuk

menyelesaikan masalah rasuah secara holistik.

6 250253
3.0 FUNGSI-FUNGSI SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH

MALAYSIA

Secara khususnya, rasuah adalah merupakan satu perbuatan; sama ada memberi

atau menerima sesuatu suapan (atau rasuah) yang mana berbentuk wang tunai ataupun

barang-barang berharga sebagai suatu bentuk upahan dalam melakukan suatu perbuatan

yang berkaitan dengan bidang tugas seseorang individu itu. Contohnya, seorang pemilik

kelab malam memberikan hadiah berbentuk jam tangan berharga kepada seorang

penjawat awam agar segala perlakuan jenayah yang berlaku di dalam kelab malamnya

tidak diambil tindakan undang-undang.

3.1 Fungsi-Fungsi Utama SPRM

Terdapat beberapa fungsi utama 'Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia'

(SPRM)sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 7 Akta Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 iaitu:

1. Menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang pelakuan kesalahan di

bawah Akta ini dan menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimana yang difikirkan

praktik oleh Ketua Pesuruhjaya atau pegawai-pegawai itu;

2. Mengesan dan menyiasat; Apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini;

Apa-apa percubaan yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan dibawah

Akta ini; dan Apa-apa komplot yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan

di bawah Akta ini;

7 250253
3. Dengan meneliti amalan, sistem serta tatacara badan-badan awam agar

memudahkan penemuan kesalahan di bawah Akta ini dan juga untuk

menghasilkan kajian semula amalan, sistem ataupun tatacara itu yang pada

pendapat Ketua Pesuruhjaya mungkin akan membawa kepada rasuah;

4. Mengarahkan, menasihati dan membantu mana-mana orang, atas permintaan

orang itu, tentang cara-cara bagaimana rasuah dapat dihapuskan oleh orang itu;

Menasihati ketua badan-badan awam tentang apa-apa perubahan dalam amalan,

sistem atau tatacara yang sesuai dengan penunaian berkesan kewajipan-kewajipan

badan-badan awam itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pesuruhjaya

untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah;

5. Mendidik orang ramai untuk menentang rasuah; dan Mendapatkan dan

memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah

3.2 Fungsi-Fungsi Strategik SPRM

Manakala fungsi-fungsi strategik SPRM pula terbahagi kepada 3 iaitu; penguatkuasaan,

pencegahan dan pendidikan masyarakat. Di bawah bidang penguatkuasaan SPRM

bertanggungjawab mengesan kesalahan jenayah rasuah yang dilakukan dan juga

menyiasat kesalahan yang berkaitan tentang jenayah rasuah. Pada fungsi pencegahan

pula, SPRM bertanggungjawab mengesan risiko rasuah dalam amalan, sistem dan

prosedur kerja. Juga memberikan khidmat nasihat mengenai tentang kemungkinan

berlakunya jenayah rasuah di sektor-sektor. Akhirnya; pada fungsi pendidikan

masyarakat pula, SPRM bertanggungjawab mendidik masyarakat untuk menentang

rasuah serta memupuk sokongan masyarakat terhadap membenteras jenayah rasuah.


8 250253
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga kini masih lagi mengulangi

komitmennya sebagai sebuah badan suruhanjaya bebas yang mana tidak tertakluk kepada

mana-mana parti politik ataupun atas desakan daripada mana-mana kepimpinan kerajaan

dalam membanteras rasuah (www.astroawani.com).

Dari pengalaman Malaysia, inisiatif pencegahan rasuah untuk masyarakat dan juga sektor

swasta melibatkan kerangka kerja yang dapat dilaksanakan serta berkesinambungan yang

disokong oleh dasar-dasar dan komitmen yang kuat dari para pemimpin kerajaan.

Perjuangan menentang rasuah disusun berdasarkan 3 tonggak 'Integriti Infrastruktur'

iaitu;

1. Pendidikan dan Kesedaran

2. Pencegahan dan Perintah

3. Pengesanan dan Pengurusan Akibat.

Oleh itu, SPRM telah menyelaraskan fungsi strategiknya yang berpusat di sepanjang

tonggak ini dengan fokus yang sama pada fungsi-fungsi strategik seperti;

penguatkuasaan, pencegahan dan pendidikan masyarakat untuk mengesan serta menyiasat

kesalahan jenayah rasuah; untuk mengesan risiko gejalan rasuah dalam amalan, sistem

dan prosedur kerja dan memberi nasihat mengenai kemungkinan berlakunya rasuah; dan

untuk mendidik masyarakat menentang rasuah serta mendapatkan sokongan mereka

dalam memerangi rasuah. Badan penguatkuasaan undang-undang yang bebas, profesional

dan kompeten adalah salah satu kriteria utama kepada inisiatif pencegahan rasuah yang
9 250253
berkesan di mana-mana negara di dunia ini. Ini adalah merupakan tujuan asas penubuhan

SPRM; dalam misinya untuk menentang gejala rasuah di negara ini. Dengan berbuat

demikian, pengurusan SPRM telah menetapkan bahawa SPRM harus bebas dan juga

bebas dalam melaksanakan tugasnya tanpa perlu merujuk kepada mana-mana kumpulan

atau pihak; kerajaan mahupun orang perseorangan. Para pegawainya juga terikat dengan

bidang kuasa undang-undang dan kod etika mereka sendiri dan dilengkapi dengan latihan

yang diperlukan untuk melaksanakan tugas mereka dengan cara yang kompeten.

4.0 ISU-ISU BERKAITAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

Cabaran sesebuah negara pada hari ini berbeza berbanding pada masa lalu.

Persaingan antarabangsa menjadi semakin sengit di mana ia menjadi faktor penentu

kemakmuran sesebuah negara juga telah berubah. Keupayaan sesebuah institusi nasional

untuk mengekalkan integriti dalam pentadbiran negara adalah elemen yang amat penting

sebelum sesebuah negara dapat dianggap melaksanakan pemerintahan yang baik yang

mana penyumbang utama untuk menjalankan pentadbiran adalah pegawai awam.

Terdapat dua elemen penting yang akan mendorong pemerintahan yang baik sesebuah

negara, iaitu pengukuhan demokrasi dan pembasmian rasuah. Kerajaan Malaysia sering

mengambil jalan untuk mewujudkan institusi dan strategi baru dalam hal rasuah di

kalangan pegawai awam. Kepemimpinan di Malaysia nampaknya cekap dalam

mengimport model baru dengan semua susunan institusi dan jargon-jargonnya; akan

tetapi amat lemah dalam pelaksanaan yang efektif. Ini disahkan dengan banyak reformasi
10 250253
di sektor awam Malaysia. Selain itu, pemimpin negara Malaysia tidak akan dapat atau

tidak mahu untuk menangani rasuah politik yang menunjukkan kehendak politik untuk

memerangi rasuah rendah. Kegagalan tersebut ditambah dengan kekurangan institusi

yang ada dan kecacatan dalam sistem politik, budaya dan institusi negara telah

melemahkan gerakan antikorupsi pemerintah secara besar-besaran. Hasil yang serupa

diperoleh oleh Siddique (2011).

Rajah 2: Faktor-Faktor yang menyebabkan kegagalan inisiatif pencegahan rasuah di

Malaysia

Namun, menurut kajian yang dilakukan oleh Yusoff, Murniati dan Greyzillius (2012),

ketidakefektifan inisiatif kerajaan dalam membendung gejala rasuah adalah disebabkan

oleh beberapa faktor:

1. Ketidakupayaan untuk menangani akar penyebab rasuah;

2. Pengurangan dan penduaan;

11 250253
3. Sokongan masyarakat yang rendah terhadap usaha kerajaan.

Menurut kajian tinjauan yang dilakukan oleh 'Institut Kriminologi Australia' (AIC),

faktor kejayaan inisiatif dan juga strategi pencegahan rasuah dalam memerangi rasuah

adalah kerana inisiatif dan strategi tersebut dapat menangani penyebab (faktor) gejala

rasuah dan mempertimbangkan persekitaran politik serta sosio ekonomi di mana rasuah

berkembang. Kajian yang dihasilkan oleh Siddique (2011) menyatakan bahawa Malaysia

mempunyai kerangka dan strategi yang terperinci akan tetapi kerangka dan strategi

tersebut tidak berkesan dalam menangani rasuah kerana tidak menangani punca rasuah di

Malaysia. Punca rasuah di Malaysia terutama disebabkan oleh kerosakan sistem politik,

budaya dan institusi negara (Siddique, 2011). Rasuah adalah masalah serius yang

berkaitan dengan amalan tidak adil yang merosakkan reputasi negara dan melemahkan

ekonomi. Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dan mendakwa kes rasuah di sektor awam dan swasta.

Walaupun begitu, kes rasuah masih berleluasa dan kebanyakannya melibatkan pegawai

awam kerana orang-orang ini secara amnya lebih berkuasa di sektor awam.

12 250253
5.0 PELAN REFORMASI SPRM PASCA PRU-14

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditubuhkan di bawah Akta

Pencegahan Rasuah Malaysia, 2009; dengan tujuan untuk meningkatkan keberkesanan

organisasi dalam memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di negara ini. Namun,

semasa penubuhannya, SPRM diletakkan di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana

Menteri, di mana kebebasan SPRM dipersoalkan kerana suruhanjaya tersebut melapor

terus kepada perdana menteri dan bukannya Parlimen. Setelah kerajaan persekutuan yang

baru dilantik sebagai sumpah selepas pilihan raya umum 2018, kepemimpinan kerajaan

baru segera mengambil langkah-langkah untuk meletakkan SPRM di bawah bidang kuasa

langsung Parlimen dan menggantikan ketua pesuruhjaya ketika itu. Kerajaan yang baru

juga tidak dapat mengubah SPRM menjadi badan perlembagaan yang lengkap dengan

kebebasan sepenuhnya kerana tidak mempunyai majoriti dua pertiga di dewan parlimen

untuk menambahkan peruntukan ini ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan harus

meneliti usaha lain untuk menambahkan peruntukan Bahagian 2 Akta SPRM 2009 untuk

menjamin kebebasannya. Ia harus diberikan kuasa pendakwaan dan bukannya secara

terus-menerus bergantung pada 'Jabatan Peguam Negara' (AGC) dalam memutuskan

sebarang pendakwaan terhadap pertuduhan rasuah dan juga penyelewengan. Banyak

kesalahan dan hukuman yang diperuntukkan dalam Bahagian IV Akta SPRM 2009 juga

harus dikaji semula untuk memasukkan definisi lain mengenai amalan rasuah atau

penyelewengan, penyalahgunaan kedudukan atau jawatan, dan kemajuan tujuan, status

atau prospek promosi seseorang itu. 'Bar Council Malaysia' dan Institut Demokrasi dan

Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) kini sedang menerajui apa yang disebut sebagai 'Projek
13 250253
Pembaharuan SPRM'. Ini adalah inisiatif yang perlu diperhatikan, terutama untuk fakta

bahwa usaha itu bertujuan memperkuatkan integriti SPRM dan kerangka perundangan di

mana ia beroperasi. 'Bar Council Malaysia' bekerjasama dengan IDEAS dan kumpulan

lain, sejak itu melihat isu ini dari sudut struktur. Pendekatan ini bernilai kerana telah

terlihat selama lebih dari satu dekad dari sejak awal bahawa SPRM belum cukup

diberdayakan untuk memungkinkannya mencapai tujuan yang dinyatakan. Namun

disebabkan kerajaan yang baru (Pakatan Harapan) telah mewarisi kerajaan yang

bermasalah serta sudah terbiasa dengan rasuah; reformasi ini dilihat agak sukar untuk

dilaksanakan. Dalam penilaian kritikal terhadap koalisi sendiri, Ketua Pembangkang

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia (SPRM) masih jauh dari pembaharuan walaupun semasa Pakatan Harapan

masih lagi berkuasa (www.malaymail.com). Perubahan yang ideal adalah bahawa SPRM

adalah sebahagian dari sistem penguatkuasaan undang-undang "apolitik" yang

menerapkan sekumpulan undang-undang yang jelas untuk membawa kepada

penangkapan, sabitan dan hukuman terhadap pesalah. Sebenarnya, harus ada dasar

berkanun atau perlembagaan untuk tuntutan kemerdekaan, menegaskan autonomi dan

mengehadkan kuasa eksekutif. Mekanisme lain berkaitan dengan pelantikan,

kesinambungan, penghapusan dan imbuhan pegawai anti-rasuah.

14 250253
6.0 KESIMPULAN

Sejak tahun 2011 merupakan catatan terburuk bagi Malaysia dalam CPI, kerajaan

telah mulai mengembangkan dan melaksanakan inisiatif baru untuk membendung rasuah

di Malaysia dengan berkesan. Akan tetapi walaupun terdapat banyak inisiatif dan strategi,

kerajaan Malaysia masih lagi menghadapi masalah yang sama kerana kurang bukti

keberkesanan inisiatif anti-rasuah. Persoalan mengenai mengapa dan di mana kelemahan

itu perlu segera diatasi. Kegagalan menjawab soalan tersebut akan menghasilkan hasil

yang sama seperti yang disebutkan sebelumnya. Kegagalan tersebut akan menyebabkan

kehilangan sumber daya kerajaan yang lebih besar, kerana sumber daya tersebut dapat

digunakan untuk menghasilkan barang atau perkhidmatan yang lebih produktif kepada

masyarakat. Pihak SPRM harus menjadi pihak berkuasa yang bebas dalam melaksanakan

dan melaksanakan tugasnya tanpa perlu merujuk kepada kumpulan atau pihak mana pun.

Aktiviti SPRM juga perlu dipantau dan dinasihat oleh 5 badan pengawasan dalaman,

diikuti dengan penyampaian laporan tahunannya kepada dewan parlimen. Dan akhir

sekali para pegawai SPRM harus terikat dengan bidang undang-undang dan kod etika

yang tersendiri. Mereka juga perlu dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan yang

diperlukan dalam melaksanakan tugas dengan berkesan dan cekap.

15 250253
7.0 RUJUKAN

1. Budiman, A., Roan, A., & Callan, J. (2013). Rationalizing ideologies, social identities

and corruption among civil servants in Indonesia during the Suharto era. Journal

of Business Ethics, 116, 139–149.

2. Dicapai dari https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/05/17/anwar-macc-did-

not-live-up-to-reform-standards-even-when-pakatan-in-power/1866964 pada 18

Sept. 2020.

3. Dreher, A., Herzfeld, T. (2005). The Economic Cost of Corruption: A Survey and New

Evidence. Public Economics.

4. Jangan keliru peranan SPRM - Azam Baki. Dicapai dari

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jangan-keliru-peranan-sprm-azam-

baki-186293 pada 18 Sept. 2020.

5. MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION ACT 2009. Dicapai dari

http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publications/LOM/EN/Act

%20694%20%20(15_5_2015).pdf pada 18 Sept. 2020.

6. Mohd Adnan, S. D., & Ismail, M. A. (2013). Impak Rasuah Kepada Pertumbuhan

Ekonomi. In Prosiding PERKEM VIII, Jilid 1 (Vol. 1, pp. 246–253).

7. National Anti-Corruption Plan, 2019-2023. Dicapai dari

https://www.pmo.gov.my/wp-content/uploads/2019/07/National-Anti-Corruption-

Plan-2019-2023_.pdf pada 18 Sept. 2020.


16 250253
8. Perlembagaan Persekutuan. Dicapai dari

https://legal.usm.my/v3/phocadownload/laws/Perlembagaan_Persekutuan.pdf

pada 18 Sept. 2020.

9. Rose-Ackerman (1999). Corruption and Governnace: Causes, Consequences and

Reform. Cambridge: Cambridge University Press.

10. Siddiquee, N. A. (2011). Approaches to Fighting Corruption and Managing Integrity

in Malaysia : A Critical Perspective. Journal of Administrative Science, 8(1), 47–

74.

11. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Dicapai dari https://www.sprm.gov.my

18 Sept. 2020.

12. Transparency International (2011-2013). Dicapai dari

http://www.transparency.org.uk/ pada 18 Sept. 2020.

17 250253

You might also like