You are on page 1of 22

PENGAJIAN MALAYSIA

DUB 1012
TOPIK:
SISTEM PEMERINTAHAN DI MALAYSIA
PENSYARAH KURSUS:
PUAN HASANI BINTI GHAZALI

DISEDIAKAN OLEH:
MAZANI BIN YAZID (23DIB18F1011)
HIDAYATULLAH BIN MUHAMMAD (23DIB18F1026)
ZAINUDIN
MUHAMMAD IKHWAN BIN (23DIB18F1005)
ISHAFUDIN
MUHAMMAD AMIR AIMAN BIN MOHD (23DIB18F1007)
SUKRI
MUHAMMAD HANAFI BIN TUGIYONO (23DIB18F1024)

Diploma in Islamic Banking and Finance


Jabatan Perdagangan, Politeknik Nilai

1
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. PENGENALAN 3

2. SINOPSIS KAJIAN 4

3. LATAR BELAKANG SISTEM 5


PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

4. PENYATAAN MASALAH 6

5. OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN 7

6. METODOLOGI KAJIAN 8

7. ANALISIS DATA (DAPATAN KAJIAN) 9-17

8. GRAF DAN DATA 18-19

9. RUMUSAN DAN PENTUP 20

10. RUJUKAN 21

2
PENGENALAN SISTEM PEMERINTAHAN DI MALAYSIA
Setiap Negara mempunyai corak pentadbiran tersendiri termasuklah sebuah Negarabernama
Malaysia. Malaysia adalah sebuah Negara yang mengamalkan sistem DemokrasiBerparlimen di
bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka BagindaYang Di-Pertuan Agong
sebagai Ketua Negara. Asas pemerintahan demokrasi Malaysiaialah mengamalkan Teori
Pengasingan Kuasa yang dilaksanakan di Amerika Syarikat. Olehitu perlembagaan negara telah
digubal dengan mengikut konsep tertentu bagi menjelaskankedudukan sistem demokrasi
berparlimen. Demokrasi bermaksud rakyat atau masyarakatmengikut bahasa Yunani. Secara
ringkasnya demokrasi bermaksud penglibatan rakyatsecara terus dalam pembentukan dasar-dasar
negara.Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepadatiga
bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif(pentadbiran). .
Tujuan pengasingan kuasa dilaksanakan adalah kerana untuk mengelakkanpertindihan bidang
kuasa, iaitu pihak yang sama tidak terlibat dalam pengurusan lebihdaripada satu bidang kuasa.
Dengan kata lain, orang yang sama tidak harusbertanggungjawab bagi membuat undang-undang,
menguatkuasakannya dan menghukumorang-orang yang melanggarnya. Seterusnya, pengasingan
kuasa ini juga mengelakkanpenyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa pada sesebuah badan
tertentu. Selain itu,ia membolehkan setiap badan bertindak tanpa diganggu atau dipengaruhi oleh
badan yanglain.Badan legislatif merujuk kepada Parlimen Malaysia yang memiliki kuasa
untukmenggubal undang-undang persekutuan dan juga negeri-negeri yang terdapat di
dalamnya.Parlimen terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan dua
dewan iaituDewan Negara dan Dewan Rakyat. Parlimen ialah badan kuasa perundangan
bagipersekutuan. Parlimen berfungsi dalam membuat undang-undang yang bolehdikuatkuasakan
di seluruh persekutuan. Parlimen juga mengawal kewangan kerajaan.Contohnya, cukai-cukai dan
kadar-kadar persekutuan boleh dinaikkan hanya dengankuatkuasa Parlimen seperti yang
dinyatakan dalam undang-undang persekutuan. Semuahasil yang diperolehi hendaklah
dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Persekutuan YangDisatukan dan semua wang hanya
boleh dibelanjakan dengan kuat kuasa Parlimen. Partiyang memenangi kerusi majoriti di dalam
pilihan raya umum dan dapat menguasaipenyokong majoriti di Dewan Rakyat akan membentuk
kerajaan. Pemimpin parti majoritiyang mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan
Rakyat dilantik sebagai Perdana Menteri.

3
SINOPSIS KAJIAN
Pemerintahan Beraja merupakan salah satu ciri yang unik dan penting di Malaysia.
Menurut Tun Mohammed Salleh Abbas, di dalam buku yang berjudul ‘Prinsip Perlembagaan
Dan Pemerintahan Malaysia.

Walaubagaimanapun , semasa zaman penjajahan British. Keadaan telah berubah kerana kuasa
mutlak Raja Raja telah mula hilang secara beransur-ansur bermula daripada sistem residen yang
menghendaki Raja Raja Melayu menerima seorang penasihat British hinggalah penubuhan
Malayan Union pada tahun 1946, dapat dilihat bahawa pihak bahawa pihak British telah
mengurangkan kuasa dan kedudukan Raja Raja Melayu.

Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pemerintahan Negara beraja
telah dikekalkan. Walaubagaimanapun, ia telah disesuaikan dengan konsep demokrasi
berparlimen yang diamalkan di Negara kita. Munculah konsep Raja Berperlembagaan yang
bermakna, kuasa raja yang dibatasi oleh perlembagaan. Yang bermakna, kuasa Raja yang
dibatasi oleh perlembagaan. Kini, Raja Raja Melayu dikehendaki bertindak atas nasihat Jemaah
menteri. Manakala seorang Raja di sebuah negeri pula dikehendaki bertindak atas nasihat Majlis
Mesyuarat Kerajaan dan Exco di peringkat kerajaan negeri.

4
LATAR BELAKANG SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Pemerintahan dan pentadbiran negara adalah berasaskan suatu sistem yang telah sedia
dipraktikkan oleh masyarakat Melayu sebelum era kolonial.
Struktur pentadbiran sebuah Melayu jelas dapat dilihat pada zaman pemerintahan kesultanan
Melayu Melaka.
Tun Sri Lanang dalam karya agungnya, Sulalatus Salatin menggambarkan tiga unsur teras yang
mendasari pentadbiran kerajaan melaka. Iaitu raja/sultan, para pembesar dan sama lain.
Setelah kedatangan British, khususnya pada abad ke-19 , berlaku perubahan dalam hala cara
berpolitik dan pentadbiran negara.
British memperkenalkan pemerintahan bentuk pentadbiran yang baru.
Pentadbiran ini berubah selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dikenali sebagai sistem
Pengasingan Kuasa.

5
PENYATAAN MASALAH

1.Masyarakat zaman kini kurang arif tentang sistem pemerintahab begara di Malaysia.

2.Masyarakat zaman kini kurang mengambil tahu tentang hak asasi mereka sebagai wargenegara
Malaysia.

3.Masyarakat tidak menghormati sistem raja tanpa mengetahui keputusan rasmi negara seolah
sistem raja ini tidak wujud.

6
OBJEKTIF KAJIAN
Setiap kajian semestinya mempunyai objektif yang untuk dicapai dalam suatu kajian. Antaranya
ialah:

1. Untuk mengetahui sejarah asal usul sistem Perlembagaan Malaysia


2. Untuk mengkaji struktur pembinaan sistem pentadbiran Raja berperlembagaan
3. Untuk menjelaskan kesan – kesan terhadap negara yang mematuhi sistem Perlembagaan
Negara

PERSOALAN KAJIAN
Antara persoalan kajian yang boleh didapati dalam kajian ini ialah :

1. Apakah sejarah asal usul sistem Perlembagaan Malaysia


2. Bagaimanakah struktur pembinaan sistem pentadbiran Raja Berperlembagaan di
Malaysia
3. Apakah kesan – kesan yang boleh diperoleh apabila sebuah Negara mematuhi sistem
Perlembagaan Negara

7
METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dilakukan secara berkumpulan terdiri daripada 5 orang , kajian ini tentang ‘Sistem
Pemerintahan Malaysia’ . Kami mendapatkan maklumat melalui kajian perpustakaan dan kajian
lapangan.

KAJIAN PERPUSTAKAAN:
Rujukan utama yang kami perolehi daripada bahan ilmiah seperti buku dan sumber internet yang
berkaitan dengan system pemerintahan Negara . Sumber rujukan adalah penting untuk melihat
hasil dapatan terdahulu .

i)Buku : Kami telah menggunakan buku yang berkaitan dengan tajuk yang dikaji . Terdapat
pelbagai maklumat yang kami perolehi daripada beberapa buah buku bagi menambahkan lagi
maklumat dalam kajian .

ii)Internet : Kaedah terakhir yang digunakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang
telah diterbitkan seperti buku dan sumber daripada internet bagi mendapatkan maklumat
berkenaan dengan‘ Sistem Pemerintahan Malaysia’.
KAJIAN LAPANGAN :
i)Dokumentasi : Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang telah
diterbitkan seperti buku dan sumber daripada internet bagi mendapatkan maklumat berkenaan
dengan ‘Sistem Pemerintahan Malaysia’ .

ii)Soal Selidik : Borang soal selidik yang sesuai telah kami buat untuk mendapatkan dan
mengumpul maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian . Borang telah diedarkan
secara rawak kepada responden di kawasan kajian . Borang soal selidik terdiri daripada tiga
bahagian iaitu bahagian 1 , 2 dan 3 . Bahagian 1 adalah mengenai soalan tentang ‘Mengkaji
tentang sejarah perlembagaan Malaysia’ .Bahagian 2 pula ialah mengenai soalan yang berkaitan
dengan ‘Mengetahui struktur pentadbiran Raja Perlembagaan’.Manakala Bahagian 3 adalah
soalan mengenai ‘Kesan system pemerintahan Demokratik terhadap masyarakat’.

Kajian ini menggunakan skala likert lima aras iaitu 5 ialah sangat tidak setuju , 4 menunjukkan
tidak setuju, 3 ialah memuaskan , 2 pula ialah untuk setuju dan akhir sekali 1 ialah sangat setuju
. Borang soal selidik ini telah dicetak sebanyak 30 helai dan diedarkan kepada 30 orang
responden terdiri daripada pelajar semester 1 dari pelbagai jabatan di kamsis jati di aras 2 dan 3 .

Pada peringkat akhir kajian ini . Kami telah menganalisis data daripada borang soal selidik dan
penilaian untuk menghasilkan laporan kajian . Data yang telah diperoleh daripad analisis ini
menggunakan kaedah kekerapan , peratusan , jadual , graf dan carta .

8
ANALISIS DATA (DAPATAN KAJIAN)
Sejarah asal usul Perlembagaan Malaysia
Sejarah pembentukan Perlembagaan di Malaysia telah diperkenalkan sejak abad ke-19 oleh
penjajah British semasa mereka menguasai negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
(NNMB). Selepas perang dunia kedua, Jepun keluar daripada Tanah Melayu dan British kembali
semua ke Tanah Melayu. Pengenalan Malayan Union pada April 1946 telah mendapat tentangan
yang hebat daripada orang Melayu. Ini menyebabkan satu perjanjian baru telah dibuat antara
raja-raja Melayu dan penjajah British yang dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan 1948.
Melalui perjanjian ini, kerajaan pusat akan mengandungi seorang Pesuruhjaya Tinggi British,
sebuah Majlis Mesyuarat dan sebuah Majlis Perundangan. Majlis Perundangan akan
mengandungi anggota rasmi dan sebilangan anggota tidak rasmi yang dilantik oleh Pesuruhjaya
Tinggi British. Hasil daripada perjanjian ini telah melahirkan satu perlembagaan baru bagi Tanah
Melayu yang berkuatkuasa pada 1 Februari 1948. Selepas ini ia dipanggil sebagai Perlembagaan
Persekutuan 1948.

Selepas pilihan raya 1955, Parti Perikatan yang menang majoriti dan secara tidak langsung
menjadi kerajaan pemerintah, telah menuntut agar pihak penjajah British mengadakan satu
persidangan Perlembagaan di London. Dalam persidangan ini, dicadangkan agar dilantik sebuah
suruhanjaya yang bebas untuk menggubal satu perlembagaan untuk Persekutuan Tanah Melayu
sebagai langkah pertama ke arah kemerdekaan. Persidangan tersebut telah berjaya menubuhkan
sebuah suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dipengurusikan oleh Lord
Reid (England), Sir Ivor Jennings (UK), Sir William Makell (Australia), B.Malik (India) dan
Hakim Abdul Hamid (Pakistan). Perlantikan orang luar dalam penggubalan Perlembagaan ini
adalah untuk mengelakkan Perlembagaan daripada berat sebelah.

Suruhanjaya Reid telah mengadakan referendum di kalangan semua penduduk Tanah Melayu
termasuk orang awam, parti politik, badan awam dan sebagainya. Pada oktober 1956,
Suruhanjaya Reid telah berjaya menerima 131 cadangan daripada penduduk Tanah Melayu.
Secara keseluruhannya, Suruhanjaya Reid menggunakan cadangan Parti Perikatan sebagai asas
pembentukan Perlembagaan Tanah Melayu. Akhirnya draf perlembagaan bagi Persekutuan
Tanah Melayu telah dibentuk pada 31 Ogos 1957 dengan demikian Persekutuan Tanah Melayu
menjadi sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Perlembagaan 1957 dikuatkuasakan

9
sehinggalah ke hari ini dan telah dilakukan beberapa pindaan. Contoh pindaan ialah Akta
Malaysia yang diluluskan dalam tahun 1963 meminda perkara 1(1) dan (2) untuk memasukkan
Sabah, Sarawak dan Singapura serta menukarkan nama Persekutuan kepada Malaysia.

Pembinaan struktur pentadbiran sistem raja berperlembagaan

Sistem pentadbiran kerajaan Malaysia telah terbentuk sejak zaman Pra sejarah. Pada
masa ini, segala aspek pemerintahan dan pentadbiran negara ditentukan oleh masyarakat
Melayu tanpa adanya pengaruh daripada luar. Contohnya pada zaman pemerintahan
Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Setelah kedatangan British, pada abad ke-
19, berlaku perubahan yang amat ketara dalam sistem politik dan pentadbiran negara.

Setiap badan pemerintah ini memainkan peranan penting iaitu badan eksekutif sebagai
pelaksana, badan perundangan sebagai penggubal undang-undang dan badan kehakiman
sebagai penegak, pengadil dan penafsir undang-undang untuk keadilan.

 DOKTRIN PENGASINGAN KUASA

Sistem pengasingan kuasa bermaksud badan eksekutif (pentadbiran) menjalankan hal-hal


pentadbiran negara, badan legislatif (perundangan) berkuasa membentuk rang undang-
undang dan badan judisiari (kehakiman) berkuasa menjalankan kuasa keadilan.
Walaupun sistem pengasingan kuasa wujud, tetapi pada hakikatnya pengasingan kuasa
tersebut sukar dijalankan sepenuhnya memandangkan setiap badan tersebut mempunyai
perkaitan antara satu sama lain.

YANG DI-PERTUAN AGONG (YDPA)

Yang Dipertuan Agong dilantik lima tahun sekali daripada kalangan sembilan raja orang
Melayu yang dipilih oleh Majlis Raja Raja Melayu . Antara tugas YDPA ialah Bidang
kuasa Eksekutif ( pentadbiran ) , Bidang Kuasa Legislatif ( perundangan ) , Bidang Kuasa

10
Judisiari (kehakiman ) , Kuasa Budi Bicara , Tugas – tugas lain . Dalam badan ini ,
YDPA bertindak sebagai ketua negara untuk memanggil Parlimen bersidang atau
menangguh dan membubar Parlimen.

Walaubagaimanapun , terdapat perkara yang tidak boleh dilakukan oleh YDPA menurut
perkara 34, Perlembagaan Persekutuan Malaysia iaitu ,Baginda tidak boleh menjalankan
tugasnya Raja di negeri baginda , kecuali tugas – tugas baginda sebagai ketua agama
Islam , baginda juga tidak boleh memegang sesuatu jawatan yang baginda ada apa – apa
sasaran dan baginda tidak boleh mengambil bahagian yang aktif dalam apa – apa
perusahaan.

Selain itu, Baginda juga bertindak sebagai Ketua Negara atau Ketua Persekutuan dan
mempunyai beberapa peranan penting berkaitan dengan badan eksekutif (Jemaah
Menteri). YDPA memainkan empat peranan utama iaitu   Perkara 39 Perlembagaan
Persekutuan - YDPA bertindak sebagai punca kuasa eksekutif. Bermakna segala urusan
kerajaan dijalankan atas nama baginda. Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan baginda mesti bertindak atas nasihat Jemaah Menteri atau atas nasihat
seorang menteri yang diberikan kuasa oleh Jemaah Menteri. Perkara 40(1[a])
Perlembagaan Persekutuan (pindaan perlembagaan) memperuntukkan bahawa baginda
mesti bertindak atas nasihat yang diberikan. Perkara 40(2)a Perlembagaan Persekutuan -
memperuntukkan kuasa budi bicara baginda untuk melantik Perdana Menteri. Tetapi
baginda dikehendaki mengikut kebiasaaan peraturan demokrasi berparlimen. Perlantikan
tersebut hendaklah di kalangan ahli Dewan Rakyat dan merupakan ketua parti yang telah
memenangi pilihanraya Parlimen sebelum ini.Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan -
memberi kuasa kepada baginda untuk melantik Jemaah Menteri dan Perkara 43(2)
menyatakan susunan yang patut diikuti Baginda dalam hal tersebut iaitu, melantik
seorang Perdana Menteri terdahulu (43[a]), kemudian barulah melantik anggota Jemaah
Menteri atas nasihat Perdana Menteri. Perkara 40(2)b Perlembagan Persekutuan -
memperuntukkan kuasa budi bicara kepada baginda untuk mempersetujui atau tidak
permintaan untuk membubarkan Parlimen

11
 

Perlantikan Kabinet / Jemaah Menteri Kini

Kabinet atau Jemaah Menteri adalah sebuah badan yang melaksanakan kuasa eksekutif
yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong. Dasar atau polisi kabinet adalah tugas yang
dilaksanakan oleh jentera pentadbiran kerajaan di peringkat Persekutuan atau Kerajaan
Pusat.[3] Kabinet ini akan mengandungi seorang Perdana Menteri dan beberapa orang
menteri yang bertanggungjawab ke atas kementerian (portfolio) masing-masing.

Dalam konteks Demokrasi Berparlimen, ahli-ahli Jemaah Menteri bertanggungjawab


bersama di atas segala keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri (Kabinet). Keadaan
ini membawa maksud bahawa walaupun seorang menteri itu tidak bersetuju dengan
keputusan jemaah, beliau tetap dikehendaki bersetuju dengan keputusan-keputusan yang
dibuat oleh jemaah tersebut. Dan adalah melanggar etika jawatannya sekiranya seorang
ahli jemaah itu membantah secara terbuka.

Dalam perjalanan sistem jemaah menteri juga, peranan menteri-menteri adalah penting
kerana seorang menteri merupakan pembawa usul atau rang undang-undang kerajaan.
Oleh itu, seorang menteri itu akan merujuk kepada jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat
sebelum rang undang-undang itu diusulkan di Parlimen.[5] Bagi membantu menteri-
menteri melaksanakan tugas masing-masing, Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan
juga memperuntukkan bahawa YDPA akan melantik timbalan-timbalan menteri atas
nasihat Perdana Menteri. Tugas timbalan menteri adalah untuk membantu menteri. Bagi
melaksanakan tugas-tugas Jemaah Menteri juga, seorang setiausaha parlimen dilantik
oleh Perdana Menteri mengikut Perkara 43B(1) Perlembagaan Persekutuan. Tugasnya
adalah untuk membantu menteri dan timbalan menteri dan semasa menjalankan tugas ini,
mereka mempunyai kuasa yang penuh sebagai seorang menteri dan timbalan menteri
mengikut Perkara 43B(2) Perlembagaan Persekutuan.

12
Selain itu, Perdana Menteri juga diberi kuasa oleh Perlembagaan Persekutuan untuk
melantik seorang setiausaha politik yang tidak semestinya daripada kalangan ahli mana-
mana dewan Parlimen. Mesyuarat Kabinet atau Jemaah Menteri diadakan seminggu
sekali iaitu pada hari Rabu.

Ketua Jemaah Menteri

Perdana Menteri adalah Ketua Jemaah Menteri. Ini bermakna beliau berkuasa
mencalonkan sesiapa sahaja untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai ahli
kabinet.

Selain itu, Perdana Menteri juga mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri yang
diadakan seminggu sekali. Sebagai pengerusi, beliau boleh menentu dan mengawal
agenda mesyuarat (apa yang boleh dibincangkan dan batas-batas yang mengawal
perbincangan perkara-perkara tertentu). Dalam sistem demokrasi berparlimen yang
mempunyai banyak parti berasaskan pelbagai kepentingan, pilihan seorang Perdana
Menteri mengenai siapa yang patut dilantik agak terbatas kerana beliau perlu
mengimbangkan kepentingan-kepentingan ini.

Walau apa sekalipun cara seorang itu dilantik menganggotai Jemaah Menteri, seorang
yang dilantik tetap akan setia kepada Perdana Menteri kerana perlantikan itu merupakan
hak atau prerogatifnya. Oleh itu, kuasa dan pengaruh beliau akan bertambah dengan
setiap perlantikan.

13
Ketua Pentadbir Utama

Perdana Menteri juga memainkan peranan sebagai ketua pentadbir utama negara. Ini
kerana semua dasar yang diamalkan oleh kerajaan (termasuk kementerian) diturunkan
dari pemerintah yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri. Sebagai ketua pentadbir
negara, seorang Perdana Menteri memainkan peranan sebagai juru jual penting dasar-
dasar dan program-program yang agak mendadak dan menyeluruh, yang bertujuan:

i.              Meningkatkan prestasi perkhidmatan awam


ii.             Mengubah sikap pengawai perkhidmatan awam
iii.            Merapatkan hubungan sektor awam dengan swasta

Antara dasar dan program yang dimaksudkan adalah Dasar Penswastaan. Pensyarikatan
Malaysia, Dasar Pandang Ke Timur, dan Penggunaan Perakam Waktu. Bukanlah mudah
untuk memperkenalkan dasar dan program yang ditujukan khas untuk mengubah institusi
dan sikap di kalangan pegawai perkhidmatan awam yang sudah tertanam sebelum itu.
Tetapi kejayaan dan penerimaan dasar dan program itu menunjukkan kebijaksanaan,
kualiti kepimpinan dan kewibawaan seorang Perdana Menteri sebagai ketua pentadbir
utama negara.

Ketua Parti Pemerintah

Seorang Perdana Menteri sudah semestinya merupakan ketua sebuah parti poltik. Dalam
sistem demokrasi yang didokong oleh persaingan parti politik, asas untuk menjadi
Perdana Menteri terletak pada kejayaan parti pimpinan beliau memungut kerusi
terbanyak dalam pilihanraya umum. Keadaan inilah yang memudahkan tugas Yang di-
Pertuan Agong melantik seorang Perdana Menteri. Oleh itu, baginda tidak perlu

14
menggunakan budi bicara, tetapi mematuhi konvensyen dan amalan biasa di mana ketua
parti politik yang telah memenangi majoriti kerusi Parlimen dijemput untuk menubuhkan
sebuah kerajaan.

Oleh yang demikian, ketua parti UMNO (atau Perikatan[6] yang dipimpin oleh UMNO)
dilantik sebagai Perdana Menteri dan dijemput untuk menubuhkan kerajaan.
Semenjak tahun 1957, perlantikan seorang Perdana Menteri berjalan dengan lancar
kerana UMNO atau parti Perikatan yang diketuai oleh UMNO telah berjaya memenangi
pilihanraya umum Parlimen dengan majoriti yang jelas. Kepelbagaian parti yang
menganggotai Barisan Nasional juga memberi batas-batas tertentu kepada seorang
Perdana Menteri. Satu daripada batasan ini ialah bahawa seorang Perdana Menteri perlu
mengambil kira perwakilan dari semua parti anggota apabila membuat pencalonan untuk
mengisi keanggotaan Jemaah Menteri.

Dengan itu, Perdana Menteri tidaklah sebebas yang diingini dan tidak semestinya calon-
calon yang dilantik dari kalangan parti anggota adalah yang terbaik. Kebebasan Perdana
Menteri untuk memecat seorang menteri yang tidak berkesan juga adalah terikat kepada
dasar politik perikatan Barisan Nasional.

Pegawai Diplomatik Utama

Perdana Menteri juga merupakan seorang pegawai diplomatik utama negara. Oleh itu,
beliau memainkan peranan seperti hubungan dengan negara luar
seorang Perdana Menteri menentukan negara mana yang akan mempunyai hubungan
diplomatik dengan Malaysia, termasuk meletak dan menetukan taraf perwakilan di
sesuatu negara luar itu. Peranan Malaysia di arena antarabangsa
Peranan Malaysia di dalam arena antarabangsa juga ditentukan oleh seorang Perdana
Menteri. Tetapi kejayaan Malaysia di arena antarabangsa lebih bergantung kepada
personaliti dan kepimpinan seorang Perdana Menteri, bukannya semata-mata ke atas
keputusan untuk berbuat demikian.

15
Negarawan Dan Jurucakap Dunia Membangun
                                                              
Status negarawan adalah satu pengiktirafan dan penghormatan yang paling tinggi bagi
dunia politik, di dalam atau luar negara. Bukan semua Perdana Menteri dapat mencapai
taraf penghormatan ini. Pada 1950-an dan 1960-an, keadaan agak lebih mudah bagi
seorang Perdana Menteri menonjolkan diri mereka kerana isu adalah jelas dan merentasi
kebanyakan negara yang dijajahi oleh kuasa asing.
Oleh yang demikian, beberapa Perdana Menteri dari Dunia Ketiga (membangun)
menonjol sebagai pejuang kebangsaan dan penentang kuasa penjajah seperti Nehru,
Ghandi, Naser, Sukarno, dan Sun Yat Sen. YDPA berkuasa untuk melantik menteri-
menteri yang lain atas nasihat Perdana Menteri yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan
Dewan Negara. Seorang timbalan menteri yang dilantik untuk membantu menteri

1. kesan sistem pemerintahan perlembagaan di malaysia

 Menjamin Keutuhan dan Kedaulatan Negara ,Perlembagaan boleh menjamin keutuhan


dan kedaulatan sesebuah negara. Ia merupakan undang-undang tertinggi yang perlu
dipatuhi dalam menentukan hala tuju sesebuah negara. Tanpa perlembagaan rakyat
sesebuah negara tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia mereka dalam
mendirikan sebuah negara yang makmur dan utuh. Semangat nasionalisme tidak akan
wujud di kalangan rakyat yang tidak memikirkan dan mencintai negara mereka. Apabila
semangat ini tidak terdapat di dalam diri seseorang rakyat, maka tidak akan wujud
semangat patriotisme di dalam jiwa mereka sebagai satu syarat untuk menyumbangkan
tenaga mereka terhadap negara. Justeru itu, negara menjadi lemah. Apabila sesebuah
negara tidak mempunyai kekuasaan yang utuh, pemerintahan yang kuat, musuh dengan
mudah mengambil alih kerajaan atau tampuk pemerintahan negara. Jadi dengan adanya
perlembagaan negara, rakyat dapat berpegang kepada satu undang-undang yang

16
diamalkan dan dihormati bersama untuk memastikan kewujudan sebuah negara yang
berdaulat.

   Seterusnya ia mewujudkan Kestabilan Negara, walaupun pada dasarnya perlembagaan


boleh dipinda, namun ia tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Sebarang
pindaan perlembagaan yang dilakukan dalam mana-mana negara, ia mestilah berdasarkan
perlembagaan juga. Jika pindaan boleh dilakukan dengan mudah dan mengikut kehendak
pemimpin-pemimpin (penggubal), maka ini akan menghasilkan satu keadaan kucar-kacir
di mana pemimpin itu mungkin bertindak sesuka hatinya dan mengabaikan kemahuan
rakyat. Oleh itu, jelas betapa perlunya perlembagaan bagi mengekalkan keamanan dalam
sesebuah negara.

Di samping itu , ia juga dapat mengawal Perjalanan Kerajaan ,Dengan adanya perlembagaan,
segala tindakan para pemimpin dapat diketahui atau dipastikan. Ini kerana segala tindak-tanduk
mereka mestilah berdasarkan kepada perlembagaan yang telah dicatatkan, bukan bertindak
mengikut sesuka hati. Oleh itu, pihak pemerintah tidak dapat melakukan sebarang perbuatan
yang boleh menyeleweng daripada perlembagaan. Ini bererti perlembagaan dapat menjamin agar
pihak pemerintah tidak berlaku curang atau menyalah guna kuasa yang diperuntukkan kepada
mereka.

Akhir sekali , ia juga mengekalkan Keamanan Perubahan pucuk pimpinan yang berlaku selepas
proses pilihan raya tidak akan menyebabkan sebarang kesan ke atas negara mahupun corak
pemerintahan. Ini kerana setiap pemimpin dari parti politik yang menang mestilah mempunyai
cita-cita atau konsep yang sama dalam mengendalikan negaranya. Mereka sepatutnya
memerintah negara dengan tujuan yang sama sebagaimana pemimpin-pemimpin terdahulu yang
memerintah. Oleh itu, walaupun terdapat pertukaran pemimpin, tujuan pemerintahan tidak akan
terkeluar daripada maksud berusaha memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat

17
GRAF DAN DATA

SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA


53 54
49
43 44 43
31 28 31
22 18 20
8 11
3

sangat setuju setuju memuaskan tidak setuju sangat tidak setuju

Analisis diatas adalah berdasarkan soal selidik yang dijalankan untuk mengetahui sejarah asal-
usul system Perlembagaan Malaysia. Borang soal selidik ini mempunyai 15 soalan dan telah
diedarkan kepada 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar Politeknik Nilai. Seramai 53
orang sangat setuju yang mewakili sebanyak ( 37.86 % ). Manakala yang setuju ialah seramai 43
orang iatu sebanyak ( 37.71 %) . Di samping itu , untuk yang memuaskan hanyalah sebanyak 22
orang dengan sebanyak ( 15.71 ). Bagi yang kedua terendah dalan graf ini ialah tidak setuju yang
mewakili responden seramai 18 orang dengan sebanyak (12.86). Akhir sekali , iaitu sangat tidak
setuju iatu seramai 3 orang dengan mewakili sebnayak ( 2.14 %).

Bagi soalan objektif yang kedua adalah berkaitan dengan bagaimana pembinaan struktur
pentadbiran Raja Perlembagaan . Antara data yang diperolehi iaitu sangat setuju yang
memperoleh seramai 31 responden yang mewakili ( 19.375 % ). Seterusnya , seramai 49 orang
yang setuju dengan sebanyak ( 30.625 %). Di samping itu, untuk memuaskan ialah seramai 44
orang dengan sebanyak ( 27.5 % ) .Manakala untuk tidak setuju ialah sebanyak 28 orang dengan

18
sebanyak (17.5 %). Akhir sekali , data memperoleh 8 orang respoden yang sangat tidak setuju
iaitu sebanyak ( 5%).

Akhir sekali , untuk objektif kajian yang ketiga berkenaan tentang kesan-kesan mematuhi
Perlembagaan Negara. Antara yang diperoleh ialah sangat setuju memperoleh seramai 20 orang
responden dengan sebanyak ( 12.5%). Manakala untuk setuju ialah seramai 54 orang dengan
mewakili sebanyak (33.75 ). Di samping itu , seramai 43 orang memilih untuk memuaskan
dengan memperoleh sebanyak ( 26.875 % ). Seterusnya , bagi yang tidak setuju ialah sebanyak
31 orang dengan sebanyak ( 19.375 % ). Akhir sekali , untuk yang sangat tidak setuju islah
sebanyak 11 orang dengan sebanyak (6.875 %).

19
RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara. Perlembagaan Malaysia


yang digubal menjadi garis panduan dalam sistem pemerintahan , sistem politik dan pentadbiran
negara di samping memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat.

  Perlembagaan merupakan tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia.


Permuafakatan sosial yang dipersetujui sewaktu menggubal perlembagaan merupakan
persetujuan yang telah diterima oleh pelbagai pihak pada ketika itu.

  Oleh itu, ketinggian Perlembagaan seharusnya dijunjungi bagi mengekalkan keamanan dan
kestabilan negara Malaysia. Perlembagaan juga menjadi dasar kepada pembentukan sistem
Demokrasi Berparlimen di Malaysia.

  Konsep pengasingan kuasa pemerintahan kepada bahan perundangan, pentadbiran dan


kehakiman yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah kuasa Perlembagaan adalah
bertujuan menjamin keamanan dan kemakmuran negara.

  Peranan Raja Berperlembagaan pula ialah mengekalkan kesinambungan sejara dan tradisi
negara di dalam perlembagaan. Pemerintahan sebegini membezakan Malaysia dengan negara-
negara lain. Perlembagaan yang menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat dan
merdeka.

20
RUJUKAN

http://pengajianmalaysiagrp4.blogspot.com/2016/09/kesimpulan.html

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/8710-sistem-pemerintahan.html

https://hermanzaini.wordpress.com/nota-ting-5/bab-7-sistem-pemerintahan-dan-pentadbiran-
negara-malaysia/

http://sistempemerintahanonblogger.blogspot.com/

https://prezi.com/kffhvn3xw21v/sistem-pemerintahan-dan-pentadbiran-negara-malaysia/

21
22

You might also like