You are on page 1of 6

SKP 2204: HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN 8
SEMESTER 2, 2019/2020

PENILAIAN AKHIR SKP2204

HUBUNGAN ETNIK

(SOALAN 4)

NAMA PENSYARAH:
PROF. MADYA DR. AHMAD TARMIZI BIN TALIB

DISEDIAKAN OLEH:

AIN NURFATIHAH BINTI HAKIM 201739


ISI KANDUNGAN

PENGENALAN..........................................................................................................................................2

FAKTOR PERBUATAN MENGHINA INSTITUSI BERAJA DI MEDIA SOSIAL.................................2

LANGKAH MEMBENDUNG PERBUATAN MENGHINA INSTITUSI BERAJA DI MEDIA SOSIAL


..................................................................................................................................................................... 3

KESIMPULAN...........................................................................................................................................4

RUJUKAN..................................................................................................................................................5

1
PENGENALAN
Institusi pemerintahan beraja telah bertapak berabad-abad lamanya dalam sistem sosial di negeri-
negeri Melayu. Sebelum berlakunya penjajahan dan campur tangan kuasa luar, Raja adalah payung rakyat
seluruhnya di mana Raja ataupun Sultan mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan
pentadbiran negeri. Tetapi setelah kedatangan British, berlakunya perjanjian-perjanjian yang dibuat oleh
negeri-negeri Melayu dengan pihak Inggeris sehingga menggugat kedudukan dan menjejaskan kuasa
seorang Raja akibat limitasi kuasa yang terhad. Perkara ini berlaku pada awal apabila bermulanya
Perjanjian Pangkor 1874 di mana Raja-raja Melayu bersetuju untuk menerima seorang pegawai Inggeris
yang dipanggil sebagai Residen yang ditugaskan untuk memberikan nasihat dan nasihatnya mesti
diterima oleh Raja-raja Melayu dalam semua perkara kecuali adat dan agama Islam. Hal yang sama juga
berlaku selepas Perang Dunia Kedua, apabila pihak British menukar peranan mereka daripada menjadi
penasihat kepada mentadbir negara ini secara langsung dengan memperkenalkan Perlembagaan Malayan
Union dalam tahun 1946 dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dalam tahun 1948, adat istiadat orang
Melayu dan agama Islam juga tidak disentuh oleh kuasa mereka (Mohd Salleh Abas 1985). Dari rentetan
sejarah, dapat kita fahami bahawa hak berkaitan agama Islam dan Raja-raja Melayu tidak disentuh
walaupun Tanah Melayu sedang dijajah oleh British (Nazri Muslim, 2013). Setelah merdeka, corak
sistem pemerintahan beraja telah berubah mengikut Perlembagaan Persekutuan dengan berkonsepkan raja
berperlembagaan dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Justeru, semua rakyat
mestilah menyedari bahawa institusi beraja adalah pelengkap  kepada sistem pentadbiran negara dan
harus meletakkan kesetiaan pada Raja dan negara agar perpaduan negara terjamin.

FAKTOR PERBUATAN MENGHINA INSTITUSI BERAJA DI MEDIA SOSIAL

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengutamakan perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi namun masih mengamalkan dasar “toleransi dan liberal berdasarkan garis panduan yang
ditetapkan” dalam menangani ledakan media (Penyata Parlimen, 2001). Berikutan perubahan revolusi
media massa, maka wujudnya media sosial seperti Facebook, Twitter , Whatsapp dan Instagram yang
menjadi elemen utama dalam medium untuk berkomunikasi dan penyampaian maklumat. Dalam
Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah memberikan hak kebebasan bersuara kepada semua rakyat
Malaysia tetapi menjelaskan limitasi-limitasi yang harus dipatuhi oleh rakyat terutamanya isu sensitif
seperti institusi beraja. Tetapi perintah yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak
lagi dipatuhi apabila terdapat segelintir pihak yang melakukan penghinaan tentang institusi beraja di
media sosial.

2
Antara faktor-faktor yang mendorong berlakunya peristiwa sebegini ialah kerana terdapat
segelintir pihak yang ingin meluahkan rasa ketidakpuasan hati akibat tidak mempersetujui dan tidak
sehaluan dengan cara dan keputusan yang telah diambil oleh institusi beraja dalam perkara yang tertentu
dalam pentadbiran tamsilnya. Menurut Sultan Nazrin Shah (2018) ketika menyampaikan syarahan
perdana budaya, bertitah bahawa wujud pihak dan individu tertentu yang cuba mencanai persepsi negatif
mengenai institusi Raja yang disebarkan melalui media sosial. Perbuatan ini termasuk jugalah gelagat
sesetengah ahli politik yang semakin melampau sehingga sanggup mengheret institusi Raja dalam kancah
politik kepartian. Antara isu yang dipolitikkan berkaitan kuasa Yang di-Pertuan Agong ialah Perkara 153,
iaitu tanggungjawab memelihara hak istimewa orang Melayu. Selain itu, ada juga tuduhan liar yang
menyatakan peruntukan tersebut merupakan satu bentuk diskriminasi kepada kaum lain. Walhal jika kita
fahami tujuan peruntukkan ini dimaktubkan dalam konteks sejarah secara terperinci perkara ini
sebaliknya dapat menjadi asas kepada perpaduan masyarakat.

Selain itu, faktor yang menyebabkan berlakunya penghinaan di institusi beraja secara berleluasa
ialah kerana wujudnya golongan anti institusi beraja yang berusaha untuk menyuntik rasa kebencian
terhadap institusi beraja dalam kalangan masyarakat. Antara bentuk-bentuk ancaman oleh golongan ini
ialah menghasilkan penulisan-penulisan yang merendahkan kewibawaan dan mencemarkan imej Raja-
raja Melayu di media sosial. Contohnya, Khalid Ismath yang merupakan Ketua Pemuda Parti Sosialis
Malaysia (PSM) telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana menghina Yang di-Pertuan
Agong Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku
Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman sosial. Tambahan pula, ancaman-ancaman dari
golongan ini semakin hebat apabila mereka memperalatkan pemimpim-pemimpin Melayu yang pro-
liberalisme and pro-pluralisme untuk mendorong masyarakat menolak konsep ketuanan Melayu.
Golongan seperti ini harus dihapuskan dengan segera kerana mereka dapat memporak-perandakan
keharmonian dalam masyarakat Malaysia.

LANGKAH MEMBENDUNG PERBUATAN MENGHINA INSTITUSI BERAJA DI


MEDIA SOSIAL

Masalah perbuatan memperlekehkan bidang kuasa Raja-raja Melayu dan menghina institusi
beraja di media sosial telah pun berlaku secara berleluasa pada zaman ini. Isu ini tidak seharusnya
dipandang rendah dan harus dibanteras agar kedaulatan institusi beraja terjamin.

Antara langkah yang harus diambil oleh pihak kerajaan persekutuan untuk membendung masalah
ini ialah memberi kefahaman yang mendalam tentang institusi beraja dalam kalangan remaja. Melalui

3
Kementerian Pendidikan, kerajaan boleh memperkasakan peranan institusi beraja dengan menerapkan
modul berprinsipkan Rukun Negara di institusi-institusi pendidikan. Menurut Abdul Rahman Abdul Aziz
(2010), Rukun Negara yang digubal ialah falsafah negara dan pendekatan baru ke arah mewujudkan
sebuah negara bangsa yang stabil. Dengan memahami Rukun Negara, remaja secara tidak langsung akan
menghayati konsep Kesetiaan kepada Raja dan Negara yang merupakan unsur dalam Rukun Negara.
Justeru, dengan memastikan pemahaman tentang peranan institusi beraja, semangat cinta kepada negara
serta menghormati institusi beraja dapat dipupuk dalam kalangan generasi muda dan secara tidak
langsung akan mencantas segala tohmahan-tohmahan oleh segelintir pihak yang sedang menghasut
masyarakat untuk membenci institusi beraja di media sosial.

Selain itu, langkah yang harus diambil oleh pihak kerajaan untuk membendung masalah ini ialah
mewujudkan sebuah jawatankuasa yang memantau kegiatan-kegiatan jenayah siber di media sosial seperti
status-status yang mengkritik pemerintahan beraja di media sosial. Sebagai contoh, pihak kerajaan telah
menubuhkan sebuah Jawatankuasa Jenayah Siber PDRM-MCMC sebagai usaha memerangi jenayah siber
secara lebih strategik dan tersusun. Dengan wujudnya jawatankuasa ini, maka aktiviti membanteras
penghinaan institusi beraja dapat dijalankan secara efisien di mana tindakan undang-undang dan
tangkapan terhadap pelaku adalah lebih pantas. Oleh sebab hal yang demikian maka rakyat akan lebih
berhati-hati dalam menulis perkara yang berkaitan institusi beraja di laman sosial.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, isu penghinaan institusi beraja di media sosial mestilah dititikberatkan dan tidak
dipandang sebagai satu hal yang remeh oleh semua lapisan masyarakat di negara ini. Hal ini demikian
kerana perbuatan ini menunjukkan sifat tidak setia dan hormat pada institusi beraja dan seharusnya
diberikan tindakan sekeras-kerasnya. Tambahan pula, sebagai rakyat Malaysia kita haruslah memahami
limitasi-limitasi dalam hak kebebasan untuk bersuara sehingga tidak melanggar Perlembagaan
Persekutuan dan prinsip Rukun Negara. Oleh itu, masyarakat haruslah bijak dalam menggunakan media
sosial dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan dan janganlah melakukan perkara yang melampaui batas
dengan menyebar fitnah terhadap institusi beraja kerana perkara ini bukan sahaja memberi ancaman
terhadap Raja-raja Melayu tetapi menggugat keharmonian dan kesejahteraan negara.

(982 patah perkataan)

4
RUJUKAN

Aziz, A. R. A. (2010). Rukun Negara dalam memperkukuhkan ketahanan negara.

Abas, M. S. (1985). Unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mahmud, W. A. W., & Pitchan, M. A. (2017). Media baharu dan institusi raja di Malaysia: Kes
penghinaan raja-raja di media sosial. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of
Communication, 33(1).

Muslim, N. (2013). Peranan Institusi Raja-Raja Melayu menurut perlembagaan dalam memelihara
kedudukan Islam dari perspektif pendidikan sejarah.

Raja Nazrin Shah. (2018). Majlis Syarahan Perdana Budaya • Sultan Nazrin Shah. Diakses pada July 30,
2020, dari https://sultannazrinshah.com/majlis-syarahan-perdana-budaya/

Ramlah, A., Hjh, D. P. D. D., & Noormaizatul Akmar, I. (2014). Persepsi dan pengetahuan rakyat
terhadap institusi Raja Malaysia: satu kajian kes di Perlis dan Kedah pada 2014.

You might also like