You are on page 1of 17

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN

PERADABAN

E- FOLIO

TAJUK
TUGASAN:
KONSEP PERLEMBAGAAN DI MALAYSIA

NAMA PENSYARAH:
PUAN NOR JANNAH BINTI
MOHAMMAD

SESI 1 2022/2023

NAMA PELAJAR:

NAMA NO MATRIK
DIVISHA JEGATHEES 25DDT21F1072
RAGAVI SELVAMANI 25DDT21F1177
NIVEDHA SRI RAMESH 25DDT21F1146
ARIFAH BINTI 25DDT21F1162
BARAKATHULLAH KHAN

Page | 1
ISI KANDUNGAN
ISI MUKA SURAT
PENGHARGAAN 3
PENGENALAN 4
KONSEP KETERTINGGIAN 4
PERLEMBAGAAN

SEJARAH PENGGUBALAN 5
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

5
UNSUR-UNSUR TRADISI
PERLEMBAGAAN DAN KONTRAK
SOSIAL

PERKARA YANG 6
MENYENTUH HUBUNGAN
ETNIK DALAM
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

KONSEP PERLEMBANGAAN 7
PERLEMBAGAAN MALAYSIA 1963 7

UNSUR- UNSUR TRADISI 8


PERLEMBAGAAN DAN KONTRAK
SOSIAL

8
PERKARA-PERKARA YANG
MENYENTUH HUBUNGAN
ETNIK DALAM
PERLEMBAGAAN
MALAYSIA

8-9
PERKARA-PERKARA
YANG MENYENTUH
HUBUNGAN ETNIK
DALAM
PERLEMBAGAAN
MALAYSIA

RASIONAL PERKARA 153 10


KEDUDUKAN ISTIMEWA
ORANGMELAYU DAN
BUMIPUTERA SABAH DAN
SARAWAK

Page | 2
KESIMPULAN 11
SUMBER RUJUKAN 12
JADUAL PEMBAHAGIAN TUGAS 13

Page | 3
PENGHARGAAN

Bersyukur kepada hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga kami menyiapkan E-
Folio kami berempat yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Konsep Perlembagaan di
Malaysia. E-Folio yang ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan
sebahagian daripada kerja khusus berkumpulan.
Selain itu, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada pensyarah kami Puan Nor Jannah binti Mohammad atas bimbingan, sokongan, nasihat
dan tunjuk ajar yang amat berguna dalam membantu kami sepanjang melakukan E-Folio ini.
Kami juga turut menghargai kerana membantu kami ketika susah dan senang. Jasa beliau yang
akan kami kenang sehingga akhir hayat kami.
Seterusnya, tidak lupa kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu kami
menyiapkan dan menyempurnakan E-Folio kami yang bertajuk ‘Konsep Perlembagaan di
Malaysia’. Bantuan kalian dari segi informasi terkini yang berkaitan dengan tajuk E-Folio kami
amat dihargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan maklumat kepada
kami tidak akan dilupakan.
Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami menyiapkan E-
Folio ini secara langsung atau tidak langsung semasa E-Folio kami dijalankan.

Page | 4
PENGENALAN

1. DEFINISI
Perlembagaan ialah satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan
undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran
sesebuah Negara. Kini, Perlembagaan Malaysia mengandungi sebanyak 183 Perkara
yang tergolong dalam 15 Bahagian. Antara kandungannya menyebut mengenai kuasa
kerajaan persekutuan dankerajaan negeri, bentuk dan tugas Yang di-Pertuan Agung,
Parlimen, Kabinet.

2. KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah undang-undang tertinggi Negara dan


menjadi punca kepada semua undang-undang. Oleh itu, untuk memastikan
ketertinggian perlembagaan ini kekal, maka beberapa garis panduan telah ditetapkan
dan dipatuhi iaitu:

Perlembagaan menentukan apakah Perkara Persekutuan yang kerajaan Persekutuan


boleh lakukan dan Perkara Negeri yang kerajaan negeri boleh lakukan.

2.1. Perlembagaan menentukan apakah perkara bersama yang membolehkan Parlimen atau
Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang mengenainya. Contohnya undang-
undang yang boleh dibuat oleh Parlimen ialah pertahanan, pelajaran, hal ehwal luar
negara dan sebagainya. Jika parlimen campur tangan dalam pembentukan undang-
undang di luar perkara Persekutuan maka undang-undang tersebut adalah tidak sah

2.2. Kedudukan YDPA sebagai ketua negara, lambang taat setia rakyat, lambang negara,
ketua Parlimen, ketua pemerintah dan sebagainya. Walau bagaimanapun ia tertakluk
kepada halangan-halangan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Baginda adalah raja
berperlembagaaniaitu bertindak mengikut nasihat jemaah Menteri.
2.3. Kuasa kehakiman juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh
perlembagaan. Kuasa YDPA sebagai ketiga-tiga cabang kerajaan (perundangan,
pentadbiran dan kehakiman) juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan
oleh Perlembagaan
Page | 5
2.4. Kerajaan tidak boleh membuang negara seseorang warganegara, tidak boleh menahan
seorangwarganegara dari pulang ke tanahairnya dan tidak boleh memaksa seseorang itu
menjadi buruhpaksa dan tidak boleh memenjarakan mana-mana individu melainkan
menurut undang-undang

Page | 6
3. SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembagaan Malaysia iaitu Perlembagaan Persatuan, yang ada kini


dipengaruhi oleh beberapa siri sejarah Malaysia. Sejarah penentangan terhadap
penjajah dan kemunculan nasionalis Melayu menyedarkan mereka tentang usaha
menuntut kemerdekaan daripada penjajah Barat. Perjuangan menuntut kemerdekaan
selepas Perang Dunia Kedua pengenalan Perlembagaan Malayan Union serta
Persekutuan Tanah Melayu oleh kerajaan British di Tanah Melayu.
Persiapan ke arah kerajaan sendiri menerusi pengenalan Sistem Ahli dan Pilihan
raya di Tanah Melayu seperti Penubuhan Parti Perikatan, Kerjasama yang lebih serat
antara orang Melayu dan bukan Melayu bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh
British iaitu, “Kemerdekaan hanya akan diberikan sekiranya rakyat negara ini Bersatu
padu dan boleh bekerjasama”.
Daripada rentetan sejarah Malaysia dan sejarah penggubalan perlembagaan
Malaysia seperti Perlembagaan Malaysia 1963 membuktikan bahawa semangat
toleransi, rela berkongsi kuasa, sedia berkorban, persefahaman dan semangat
perpaduan yg tinggi antara pelbagai kaum menjadi penyumbang utama dalam
menjamin kelangsungan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum
dari terpisah-pisah dari segi kedudukan wilayah dan negeri.

4. UNSUR-UNSUR TRADISI PERLEMBAGAAN DAN KONTRAK SOSIAL


Unsur-unsur ini sangat penting untuk difahami dalam usaha mewujudkan
identiti Malaysia dan memupuk kesefahaman pelbagai kaum ke arah perpaduan.
Unsur ini juga adalah salah satu “Kontrak Sosial” yang telah disepakati semasa
penggubalan perlembagaan.Unsur ini meliputi Bahasa, agama, pemerintahan beraja dan
kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera Sabah & Sarawak. Unsur ini telah
wujud beratus tahun sebelum perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957 dan
berperanan menstabilkan politik negara.
Unsur tradisi ini juga dilindungi di bawah Akta Hasutan & dianggap sebagai
isu-isu sensitive yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 member satu lagi dimensi kepada hubungan
etnik di Malaysia. Kedudukan kaum-kaum bumiputera di kedua negeri ini diberikan
Page | 7
status yang sama sebagaimana orang-orang Melayu. Mereka turut dumasukkan ke
dalam Perkara 153, namun hak istimewa ini dilindungi dengan cara tidak menafikan
kedudukan yang sah kaum-kaum lain.

Page | 8
5. PERKARA YANG MENYENTUH HUBUNGAN ETNIK DALAM
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

• Perkara 8 – Persamaan dan hak sama rata (kecuali dalam soal


agama,kedudukan istimewa orang melayu dan seumpamanya)
• Perkara 10 (4) – Batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentug
kedudukan raja, islam dan orang melayu,kewarganegaraan dan seumpanya.
• Perkara 38 – kuaa majlis raja-raja menghalang Parlimen membuat undang-
undang yang menyentuh kedudukan raja-raja Melayu, Orang Melayu dan
Bahasa Melayu.
• Perkara 152 – kedudukan Bahasa melayu sebagai Bahasa kebangsaan tanpa
menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan Bahasa mereka.
• Perkara 153 – kedudukan istimewa orang melayu tanpa menfaikan kedudukan
yang sah kaum lain

KEDUDUKAN BAHASA MELAYU


Bahasa kebagsaan ialah Bahasa kebangsaan yang mesti sigunakan untuk maksud
rasmi.Namum 152 melindung juga Bahasa-bahasa lain dari memperuntukkan Bahasa tiada
siapapun boleh dilarang atau ditahan dapat menggunakan (Sekaun daripada maksud rasmi)
atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan
dan pembelajaran Bahasa lain dalam persekutuan.

Page | 9
6. KONSEP PERLEMBANGAAN
Perlembangaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap
individu perlu mematuhi keluhurannya. Tidak ada satu institusi pu yang boleh mengatasi
ketinggian Perlembangaan Malaysia. Ia juga dianggap sebagai panduan mengatur dan
menyelaras pemerintahan sesebuah negara. Berperanan sebagai panduan bagi pembentukan
undang-undang sama ada bagi pihak kerajaan atau rakyat atau sesiapa sahaja. Perlembagaan
umumnya dibahagikan kepada 2 jenis iaitu : perlembagaan bertulis dan tidak bertulis.
- Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan bertulis dan badan perundangan,
kehakiman daneksekutif mendapat kuasa daripada perlembagaan.
- Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 bahagian, 183 perkara dan 13 jadual.
- Secara ringkanya, perlembagaan Malaysia menyentuh mengenai bidang kuasa
eksekutif, legislative, kehakiman, kedudukan agama isalam, kewarganegaraan, Bahasa
kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan
sebagainya.

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA


- Perlembagaan Malaysia yang ada kini dipengaruhi oleh beberapa siri sejarah Malaysia.
Sejarah penentangan terhadap penjajah dan kemunculan nasionalis Melayu
menyedarkan merekatentang usaha menuntut kemerdekaan daripada penjajah barat.
- Perjuangan menuntut kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua dan pengenalan
PerlembagaanMalayan Union serta Persekutuan Tanah Melayu oleh kerajaan British di
Tanah Melayu.
- Persiapan ke arah berkerajaan sendiri menerusi pengenalan Sistem Ahli dan pilihan
raya di Tanah Melayu :
➢ Penubuhan Parti Perikatan – Kerjasama yang lebih era tantara orang melayu dan
bukan melayu bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh British :
“ Kenerdekaan hanya akan diberikan sekiranya rakyat negara ini bersatu padu dan
boleh bekerjasama “ .

7. PERLEMBAGAAN MALAYSIA 1963


Daripada rentetan sejarah Malaysia dan sejarah penggubalan perlembagaan Malaysia
membuktikanbahawa semangat toleransi, rela berkongsi kuasa, sedia berkorban, persefahaman
dan semangat perpaduan yang tinggi antara pelbagai kaum menjadi penyumbang utama dalam
menjamin kelangsungan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan
terpisah dari segi kedudukan wilayah dan negeri.

Page | 10
8. UNSUR- UNSUR TRADISI PERLEMBAGAAN DAN KONTRAK SOSIAL

- Unsur- unsur ini sangat penting untuk difahami dalam usaha mewujudkan identiti
Malaysia danmemupuk persefahaman pelbagai kaum ke arah perpaduan.
- Unsur-unsur ini juga adalah satu “ kontrak sosial “ yang telah disepakati semasa
penggubalanperlembagaan.
- Unsur-unsur ini meliputi Bahasa, agama, pemerintahan beraja dan kedudukan
istimewa orangmelayu dan bumiputera Sabah dan Serawak.
Unsur-unsur tersebut telah wujud ratusan tahun sebelum – perlembagaan diwujudkan pada
tahun 1957 dan berperanan menstabilkan politik negara.
- Unsur-unsur tradisi ini juga dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai
isu-isusensitive yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 memberi satu lagi dimensi kepada hubungan etnik
di Malaysia.
- Kedudukan kaum-kaum bumiputera di kedua-dua negeri ini diberikan status yang sama
sebagaimana orang- orang melayu, mereka turut dimasukkan ke dalam Perkara 153.
Namun hak istimewa ini dilindungi dengan cara tidak menafikan kedudukan yang sah
kaum-kaum lain.
Kedudukan Sabah dan Serawak di dalam perlembagaan dilindungi oleh kuasa Yang
Dipertua Negeri-negeri berkenaan pindaan hanya boleh dibuat sekiranya kedua-duanya
memberikan persetujuan.
- Parlimen tidak boleh meminda kedudukan istimewa Sabah dan Sarawak. Ini menyamai
peranandan kuasa Majlis Raja- raja berhubung kedudukan orang- orang Melayu.

PERKARA-PERKARA YANG MENYENTUH HUBUNGAN ETNIK DALAM


PERLEMBAGAAN MALAYSIA

1. Perkara 8 – persamaan dan hak sama rata ( kecuali dalam soal agama, kedudukan
istimewamelayu dan seumpamanya.
2. Perkara 10 (4) – Batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan
raja-raja,islam, orang melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya.
3. Perkara 38 – kuasa Majlis Raja-Raja menghalang Parlimen membuat undang-
undang yangmenyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang melayu dan Bahasa
melayu.
4. Perkara 150 ( 6a ) – kedudukan Agama Islam, Adat istiadat Melayu dan bumiputera
Sabah danSarawak, kewarganegaraab meskipun dalam keadaan darurat.
5. Perkara 152 – kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan tanpa
menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.
6. Perkara 153 – kedudukan istimewa orang-orang melayu tanpa menafikan kedudukan
yang sahkaum- kaum lain.

Page | 11
KEDUDUKAN BAHASA MELAYU
- Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu yang mesti digunakan untuk maksud- maksud
rasmi.
- Namun perkara 152 ini juga melindungi bahasa – bahasa lain dan memperuntukkan
bahawa “ tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain
daripada maksud rasmi ) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.
- Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam
persekutuan.

RASIONAL PERKARA 152


- Kedudukan dan peranan bahasa melayu sebagai Lingua fanca di alam melayu /
nusantara sejakberadab- adab lamanya.
- Persefahaman menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga tidak perlu
merisaukan kaum- kaum lain kerana penggunaan bahasa ibunda masing-masing tidak
disekat malah dijamin oleh perlembagaan.
- Sebelum Perang Dunia Kedua lagi, bahasa melayu digunakan secra meluas bagi tujuan
rasmi seperti mesyuarat, surat- menyurat, perundangan dan kehakiman di negeri- negeri
melayu tidakbersekutu, jabatan polis dan sebagainya bagi memudahkan pentadbiran
yang terdiri daripada pelbagai kaum.
- Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa rasmi walaupun pada zaman pentadbiran
British, Pegawai-pegawai Eropah yang memegang lebih 90% jawatan kumpulan 1 perlu
mempelajari Bahasa Melayu, mengambil ujian Bahasa Mekayu dan dikehendaki lulus,
barulah bolehberkhidmatndi Tanah Melayu.

KEDUDUKAN AGAMA ISLAM

- Agama Islam adalah agama persekuatuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan
aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan.
- Kebebasan beragama ini dijamin dalam perlembagaan terhadap semua agama iaitu
setiap orangmempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan setiap
agama mempunyai hak untuk :-
➢ Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri.
➢ Menubuhkan dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat.
➢ Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbir mengikut
undang- undang.

Page | 12
KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN
SARAWAK
- Hak istimewa ini meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, Pendidikan,
perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan.
- Namun perkara ini dilaksanakan dengan cara tidak menindas kaum- kaum lain.
Contohnya : mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awma yang dipegang oleh
sesiapa atau penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yang dinikmati oleh kaum
lain atau pelucutan permit lessen yang dipegang.

Siapakah yang dimaksudkan sebagai orang melayu?


1. Lazimnya bertutur dalam bahasa melayu.
2. Menganut agama Islam.
3. Mengamalkan adat istiadat Melayu.

Page | 13
RASIONAL PERKARA 153 KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG
MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK

- Mengambil kira semangat persefahaman , toleransi, erkongsi kuasa dan sedia berkorban
di kalangan orang Melayu dan bukan melayu Ketika penggubalan perlembagaan.
- Perkara- perkara yang dibicarakan dalam Perkara 153 ini khususnya menyentuh 3
perkara iaitu:-

1. Perkhidmatan Awam
- Dalam perlembagaan dinyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab YDA untuk
menentukan rezab bagi orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dengan
memperuntukkan kadar bilangan jawatan dalam perkhidmatan awam persekutuan yang
bagindafikirkan. Namun layanan yang adil mesti diberikan kepada setiap kaum dari
segi kenaikan pangkat, gaji dan kebajikan yang lain.
- Rasional merezabkan bilangan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak
kerana pada masa penjajahan dan awal merdeka sangat sedikit yang berpeluang
menganggotai perkhidmatan awam.

2. Ekonomi
- Perkara 152 wajar digunakan untuk mencapai tujuan memperbetulakn
ketidakseimbanganekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu yang wujud
kerana dasar ekonomi penjajah.
- Faktor pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan yang tidak adil dan seimbang
menjadifactor utama yang mempengaruhi hubungan etnik.

3. Pendidikan
- Sistem Pendidikan tinggalan penjajah telah mengekalkan orang melayu dan bumiputera
Sabahdan Sarawak dalam kemiskinan dan tercicir dalam kemajuan Pendidikan.
- Walaupun kedudukan istimewa mengenai pendidikan Melayu dan bumiputera
diwujudkan namun pelbagai toleransi antara kaum telah diwujudkan dengan tidak
menghapuskan sekolah cina dan tamil.
- Setiap kaum mempunyai institusi pendidikan tinggi mereka sebagai contoh :-
➢ Melayu - Uitm
➢ Cina – TARC
➢ India – Kolej Tafe

- Toleransi kaum juga menyebabkan pemberian pinjaman pendidikan diberikan


kepada semuakaum menerusi PTPTN untuk membiayai kos pendidikan mereka.
Page | 14
KESIMPULAN

Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan asas penting dalam undang-undang


negara. Tanpa perlembagaan, sistem pemerintahan dan kawalan sukar dilaksanakan. Hal ini
bertunjangkan kepada pembentukan awal perlembagaan yang mendapat persetujuan ramai.
Malah jika dilihat, sebenarnya perlembagaan merupakan dasar kepada pembentukan
demokrasi berparlimen di Malaysia.Maka dengan itu diharap setiap warganegara sama ada
pemerintah dan rakyat mendapat hak masing- masing dan pembelaan sewajarnya.

Page | 15
RUJUKAN

1. Mardiana Nordin & Hasnah Hussin (2004), Pengajian Malaysia, Selangor: Fajar Bakti, hlm.
139

2. BUKU PENGAJIAN MALAYSIA SIRI POLITEKNIK , OXFORD FAJAR DIKARANG


OLEH Nor Murni Mohamad, Razana Fatin Abdullah, Mohamad Faizal Ahmat

3. http://journal.kuis.edu.my/muwafaqat/images/article/vol-2/19-10_Ayu-Azilah_Perlembagaan-
Persekutuan-Malaysia.pdf

4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia

Page | 16
JADUAL PEMBAHAGIAN TUGAS
NAMA TUGAS
DIVISHA JEGATHEES • Membuat Report E-Folio
• Mencari isi Konsep Ketertinggian
Perlembagaan
• Mencari isi Sejarah Penggubalan
Perlembagaan Malaysia
• Mencari isi Kedudukan Bahasa
Melayu
NIVEDHA SRI RAMESH • Membuat report E-Folio
• Membuat Pengenalan, Penghargaan,
Kesimpulan
• Mencari isi Unsur-unsur Tradisi
Perlembagaan dan Kontrak Sosial
RAGAVI SELVAMANI • Mencari isi Perkara yang Menyentuh
Hubungan Etnik dalam Perlembagaan
Malaysia.
• Mencari isi Konsep Perlembagaan
• Mencari isi Sejarah Penggubalan
Perlembagaan Malaysia
• Mencari isi Rasional Perkara 153
Kedudukan Istimewa Orang Melayu
dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
ARIFAH BINTI BARAKATHULAH • Mencari isi Perlembagaan Malaysia
KHAN 1963
• Mencari isi Unsur-unsur Tradisi
Perlembagaan dan Kontrak Sosial
• Mencari isi Perkara-perkara yang
Menyentuh Hubungan Etnik dalam
Perlembagaan Malaysia

Page | 17

You might also like