You are on page 1of 24

GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

Bulan dan Tahun April 2022 Pusat UPJJ-UUM


Pendaftaran

TUGASAN GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Tarikh Akhir Serahan Pertemuan III Tarikh Penerimaan 25 Jun 2022

Nama Pensyarah Puan Balammal A/P Mani

No. Soalan Markah Asas Markah Diperoleh

20
Sila kepilkan helaian ini pada muka hadapan tugasan anda

268702
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

Pengenalan

Negara merupakan suatu entiti yang unggul di mana ia merangkumi empat unsur utama iaitu

wilayah, penduduk, kerajaan dan kedaulatan. Ia mempunyai kuasa yang meluas bagi menentukan

kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara daripada setiap aspek kehidupan. Kuasa ini dipegang

oleh kerajaan bagi mengurus dan mentadbir negara. Kerajaan pula telah dipilih oleh rakyat

melalui pilihan raya yang adil di mana rakyat bebas membuat pilihan dalam memilih kerajaan

yang diingini untuk memerintah negara pada jangka masa yang telah ditetapkan. Kerajaan yang

dipilih melalui sistem pilihan raya ini berhak menggubal serta melaksanakan undang-undang

serta dasar-dasar negara dalam memastikan kesejahteraan masyarakatnya.

Namun, meskipun kerajaan mempunyai kuasa legitimasi dalam melaksanakan undang-

undang dan dasar-dasar negara, kerajaan juga perlu menghormati kedaulatan undang-undang di

mana mereka perlu bertindak dengan adil dan saksama dalam melaksanakan peranan-peranan

yang telah ditetapkan. Setiap negara membentuk perlembagaan melalui amalan tradisi,

peraturan-peraturan umum, adat resam, amalan-amalan konvensyen bagi menyatakan dengan

jelas peraturan dan prinsip-prinsip pemerintahan bagi setiap negara berkenaan. Perlembagaan ini

mengandungi kesemua undang-undang tertinggi yang sangat penting dalam penubuhan dan

sistem politik sesebuah negara. Ia menunjukkan bahawa perlembagaan merupakan undang-

undang tertinggi yang diguna pakai dalam sesebuah negara (Noraini Zulkifli, 2011).

Sekiranya undang-undang baru ditubuhkan, ia mestilah tidak bertentangan dengan

perlembagaan kerana perlembagaan adalah undang-undang yang diterima pakai dan diguna

umum serta merupakan asas kepada undang-undang baru. Perlembagaan sememangnya sangat

penting di mana ia menggariskan struktur-struktur formal pemerintahan negara, mewujudkan

268702
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

sistem yang diamalkan oleh negara dan juga cara untuk sistem tersebut berfungsi serta

mewujudkan institusi-institusi yang seharusnya memainkan peranan yang penting dalam bidang

kuasa masing-masing (Noraini Zulkifli, 2011).

Selain itu, perlembagaan bertanggungjawab membahagikan kuasa dalam pelbagai

kalangan institusi kerajaan yang wujud sama ada di peringkat pusat atau di peringkat tempatan.

Ini menunjukkan bahawa perlembagaan dapat menentukan sesuatu keputusan penting yang perlu

dilaksanakan oleh kerajaan. Ia sekaligus mengawal kerajaan dan rakyat dalam menjalankan

peranan-peranan mereka dalam kehidupan bernegara. Ia juga seterusnya dapat mengawal

penyalahgunaan kuasa oleh institusi-institusi kerajaan yang terlibat. Perlembagaan juga

berperanan sebagai alat penyelesai masalah dalam pemerintahan negara melalui undang-undang

yang telah termaktub dalam perlembagaan. Perlembagaan sememangnya mempunyai peranan

yang penting dalam memastikan kestabilan negara terjaga seterusnya berfungsi melindungi hak-

hak asasi setiap individu yang menjadi rakyat di dalam negara berkenaan (Noraini Zulkifli,

2011). Oleh itu, jelas di sini bahawa undang-undang dan perlembagaan sebenarnya adalah

panduan tertinggi bagi pihak kerajaan dalam memerintah dan mentadbir negara.

Perlembagaan Malaysia telah menetapkan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.

Bagi tempoh setiap lima tahun, Yang di-Pertuan Agong akan dipilih daripada kalangan Raja-

Raja Melayu secara bergilir-gilir. Sebagai Raja Berperlembagaan, Yang di-Pertuan Agong

bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri (bukan Perdana Menteri semata-mata). Perkara 153

dalam perlembagaan menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong diberikan tanggungjawab

yang berat dalam melindungi dan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan

bumiputera dari Sabah dan Sarawak. Peruntukan untuk mengutamakan orang Melayu sebenarnya

tidak diperlukan kerana Malaysia adalah tanah Melayu di mana tiada sesiapa pun berhak untuk

268702
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

mempersoalkan kedudukan orang Melayu pada ketika itu. Namun, disebabkan oleh beberapa

perjanjian antara Raja-Raja Melayu dengan kerajaan British, Raja-Raja Melayu terpaksa

menuruti nasihat kerajaan British dalam semua hal ehwal kecuali agama Islam dan adat istimewa

(SlideShare, 2010). Disebabkan hal ini, hak dan kedudukan orang Melayu di tanah air sendiri

sedikit demi sedikit semakin terhakis. Oleh itu, Yang di-Pertuan Agong dikehendaki

melaksanakan dasar untuk melindungi kedudukan orang Melayu di negara sendiri.

Orang Melayu boleh


didefinisikan mengikut perkara
160(2) Perlembagaan
Persekutuan
telah mendefinisikan Melayu
sebagai seseorang yang
menganuti agama Islam, lazim
bercakap
Melayu, mengamalkan adat
Melayu, bertutur

268702
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

menggunakan bahasa Melayu


dan lahir sebelum
hari merdeka sama ada di
Tanah Melayu atau
Singapaura, atau pada hari
merdeka telah
bermastautin di Tanah Melayu
atau Singapura.
Hak istimewa Orang Melayu
pula adalah hak yang telah
dipersetujui oleh para pemimpin
terdahulu yang telah
diberikan kepada orang
melayu sebagai cagaran atau
gantian kepada
268702
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

kesediaan rakyat melayu di


tanah melayu untuk menerima
etnik India dan Cina bagi
berkongsi
kehidupan di tanah melayu
secara bersama. Ia dibuat di
dalam perlembangaan
persekutuan tanah
melayu 1948, sewaktu
rundingan kemerdekaan ingin
dilaksanakan. Hak ini
dipinda bagi
melindungi orang melayu
kerana pada waktu itu orang

268702
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

melayu tidak mahu menerima


kehadiran
kaum india dan Cina sebagai
rakyat di tanah melayu.
Keadaan ini akan
menyukarkan proses
kemerdekaan pada masa itu
kerana masing- masing ingin
menegakkan hak kaum sendiri.
Teori atau konsep berkaitan

Menurut perkara 160(2) dalam Perlembagaan Persekutuan, Orang Melayu didefinisikan sebagai

seseorang yang beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, lazim bercakap dalam

bahasa Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada

di Tanah Melayu atau di Singapura, atau ibu bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura

pada Hari Merdeka itu, atau pada hari merdeka mereka telah bermastautin di Tanah Melayu atau

Singapura (Hishamuddin Rais, 2019).

Hak istimewa Orang Melayu pula adalah merupakan hak telah diberikan kepada orang

Melayu dengan persetujuan para pemimpin terdahulu yang menjadikannya sebagai cagaran dan

268702
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

juga sumbangan rakyat melayu kerana mereka telah bersusah payah mempertahankan Malaysia

daripada ancaman luar, membina tamadun dan juga berlapang dada menerima kaum lain seperti

etnik India dan Cina sebagai warganegara.di tanah melayu seterusnya berkongsi kehidupan di

tanah melayu secara bersama (Mohd Roslan et al., 2018). Hak ini dipinda di dalam

perlembagaan persekutuan tanah melayu 1948, sewaktu rundingan kemerdekaan ingin

dilaksanakan. Hal ini demikian kerana pada ketika itu orang Melayu tidak mahu menerima

kehadiran etnik India dan Cina sebagai warganegara di tanah Melayu. Disebabkan hal ini, hak ini

dipinda bagi melindungi hak orang Melayu dan mengelakkan daripada mengalami kesukaran

dalam proses kemerdekaan pada masa itu kerana masing-masing ingin menegakkan hak kaum

sendiri.

Elemen-elemen dalam hak istimewa orang Melayu

Perkara 153 dalam perlembagaan menyatakan bahawa Yang di Pertuan Agong dikehendaki,

dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang Persekutuan, menjaga kedudukan istimewa

orang melayu dan bumiputera negeri Sabah Sarawak dan membuat persiapan untuk mereka

daripada segi bantuan atau kemudahan pendidikan yang lain, pemberian biasiswa, jawatan dalam

perkhidmatan awam dan permit serta lesen yang diperlukan untuk perniagaan dan perdagangan.

Perkara 89 dan 90 dalam perlembagaan juga memperuntukkan kedudukan istimewa orang

melayu dengan memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang

sedia ada yang melindungi tanah rizab orang melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan

melayu. Kedudukan istimewa orang melayu ini tidak mutlak, di mana ia diseimbangkan dengan

kepentingan sah kaum lain, yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan

Malaysia menurut peruntukan kewaganegaraan dalam perlembagaan dan juga hak untuk

menganut dan mengamalkan agama masing-masing (SlideShare, 2010).

268702
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

Menurut ringkasan eksekutif Kedutaan A.S di Malaysia (2017), perlembagaan Malaysia

menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan tetapi agama-agama lain boleh

diamalkan dengan aman dan damai. Namun, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri berhak

untuk melaksanakan dasar doktrin untuk yang beragama Islam di mana ajaran Islam yang tidak

berpegang kepada ahli Sunnah wal jamaah adalah diharamkan di Malaysia.

Kebebasan beragama merupakan hak individu untuk mengamalkan mana-mana ajaran

agama secara terbuka atau tertutup. Prinsip ini menyokong individu dan masyarakat untuk

menukar agama atau tidak mengikut mana-mana ajaran agama. Kebebasan beragama termaktub

di dalam Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dalam Perkara 11 bahawa individu yang

berumur 18 tahun ke atas boleh memilih mana-mana agama yang ingin dianuti (Pesuruhjaya

Penyemak Undang-undang, 2010).

Namun, bagi sesetengah agama, mereka tidak membenarkan penukaran agama sejak lahir

kepada agama lain kerana mereka merasakan bahawa individu tersebut tidak berhak menukar

kepercayaan nenek moyang yang telah diamalkan berkurun lalu. Meskipun begitu, mereka

mengalu-alukan golongan agama lain untuk sama-sama memeluk agama mereka. Hal ini terjadi

kerana kurangnya pemahaman para penganut terhadap asas dan nilai agama yang dianuti.

Perlaksanaan di Malaysia

Peruntukan berkenaan melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputra di

Sabah dan Sarawak dalam bidang pendidikan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan di

mana ia telah dipertanggungjawabkan keatas YDPA dengan menentukan perbezaan kepada

mereka bagi memasuki universiti dan berpeluang untuk mendapat biasiswa pendidikan. Baginda

memastikan perizaban untuk orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan

268702
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

Sarawak mendapat tempat untuk memasuki Kolej, Universiti dan institusi pendidikan lain. Hak

istimewa ini diperuntukkan untuk orang Melayu bagi mengelakkan mereka ketinggalan dalam

bidang pendidikan yang menyumbang kepada bidang ekonomi ekoran kebanyakan daripada

mereka tidak dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi disebabkan faktor

kemiskinan dan kemunduran.

Tunku Abdul Rahman pernah berpendapat bahawa masyarakat Cina lebih mengutamakan

faktor ekonomi sementara masyarakat Melayu lebih mengutamakan politik kerana sentimen

politik masyarakat Cina di Malaysia lebih mengutamakan faktor ekonomi dan keselesaan

menjalankan aktiviti perniagaan dan mencari rezeki kekayaan di mana juga di Malaysia. Namun

pendapat Tunku Abdul Rahman tidak lagi relevan dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Hal ini

demikian kerana semakin ramai bijak pandai Cina yang ingin meneraju negara dan ini hanya

boleh dicapai melalui proses politik. Tetapi etnik Cina perlu diingati bahawa mereka hanya boleh

memegang jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan Gabenor-gabenor

boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada Melayu asalkan beliau lahir di

Persekutuan Tanah Melayu megikut syarat yang ditetapkan. Jawatan-jawatan kanan dalam

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukan pada nisbah yang tertentu untuk

orang Melayu dan orang bukan Melayu. Jawatan Yang di-Pertuan Agong pula meskipun bukan

merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-

bila. Hak-hak ini akan dipertahankan sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau

dicabuli.

268702
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

Perkara 89 yang diperuntukkan berkaitan tanah rezab orang Melayu menurut fasal (1),

Jika mana-mana tanah disesuatu Negeri yang menjadi rezab Melayu sebelum sahaja Hari

Merdeka mengikut undang-undang yang ada maka tanah itu boleh terus-menerus menjadi tanah

rezab orang Melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Badan

Perundangan Negeri itu dengan suatu Enakmen. Menurut fasal (2) yang menyatakan, Mana-

mana tanah di sesuatu Negeri yang pada masa itu bukan tanah rezab orang Melayu mengikut

undang-undang yang ada dan yang belum dimajukan atau dicucuk tanam boleh diishtiharkan

sebagai tanah rezab orang Melayu mengikut undang-undang itu. Mengikut peruntukan pada

Perkara 90 (berhubung dengan tanah rizab Melayu) yang memberi kuat kuasa undang-undang

Perlembagaan kepada undang- undang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu

diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Hal ini jelas menunjukkan bahawa orang Melayu

mempunyai hak untuk mendapat tanah dengan kebenaran daripada Kerajaan Negeri di mana

Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk orang Melayu dengan syarat pembukaan

tanah bagi orang ramai yang serupa diperuntukkan dengan luas tanah untuk orang ramai tidak

boleh melebih luas tanah orang Melayu. Tanah milik orang Melayu tidak boleh diambil

untuk tujuan orang bukan Melayu dan sebaliknya. Meskipun Yang di-Pertuan Agong berkuasa

melindungi hak orang Melayu, namun, baginda tidak boleh menjadi berat sebelah dengan

melucutkan hak yang wajar diperoleh oleh warganegara lain. Walau bagaimanapun, adalah

dikesalkan bahawa meskipun undang-undang sedemikian rupa, pada amalannya banyak tanah

rizab ini telah dipindah milik kepada orang bukan Melayu.

Tanah untuk Orang Melayu dan


Hak untuk orang Melayu
268702
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

mendapat tanah dengan


kebenaran oleh
Kerajaan Negeri (kerana
pembukaan tanah adalah
dibawah kawal-selia
Kerajaan Negeri).
Kerajaan Negeri boleh
membuka tanah khas untuk
Melayu dengan syarat Kerajaan
Negeri juga
memperuntukan pembukaan
tanah bagi orang ramai yang
serupa, luas tanah untuk orang
Melayu

268702
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

tidak boleh melebih luas


tanah orang ramai. Tanah
milik orang bukan Melayu
tidak boleh
diambil untuk tujuan orang
Melayu. Rasional fasal diatas
dilakukan adalah untuk
melindungi
orang melayu tetapi kuasa
itu tidaklah bererti Yang di-
Pertuan Agong harus
bersikap berat
sebelah atau melucutkan
segala perkara yang telah

268702
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

dinikmati oleh seseorang


warganegara itu
sendiri.
Isu-isu yang berkaitan

Orang Melayu merupakan kumpulan majoriti dalam kalangan penduduk di Malaysia. Namun,

penguasaan mereka dalam sektor ekonomi tidak begitu memberansangkan berbangding etnik

Cina. Hal ini dapat dibuktikan daripada statistik pada tahun 1970 yang membuktikan bahawa

golongan Bumiputera hanya memiliki sekitar 1.9% daripada ekonomi Malaysia, manakala

golongan bukan Melayu yang kebanyakannya dipelopori oleh orang Cina mengawal sekitar 37.4

% dan selebihnya dipegang oleh orang-orang asing. Berikutan ketidakaksamaan ini, Perkara 153

Perlembagaan Malaysia menuntut kerajaan Malaysia menyediakan kuota bagi pengagihan

biasiswa, jawatan dalam perkhidmatan awam dan sebagainya bagi memperbaiki kedudukan

ekonomi orang-orang Melayu. Bantuan ekonomi yang diberikan kepada orang Melayu mengikut

peraturan yang dibuat bagi membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-

kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahan dan aktiviti

ekonomi lain. Jurang perbezaan ekonomi terjadi akibat daripada perlaksanaan dasar pecah dan

perintah yang telah mengeruhkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.

Perlaksanaan dasar ini mengelaskan kaum kepada pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza.

Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar ataupun

kampung dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina pula menetap di kawasan bandar

dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah yang

268702
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

menyumbang kepada sektor ekonomi, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan

ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh. Hal ini secara tidak langsung telah mewujudkan

perasaan prasangka antara satu sama lain.

Oleh sebab itu, terdapat sesetengah pihak yang terlalu ekstrem memperjuangkan agenda

dan kepentingan kaum sendiri berkenaan kesamarataan hak tanpa mengambil kira Perlembagaan

negara yang mengandungi perjanjian awal dalam kontrak sosial ketika penubuhan negara

Malaysia di mana kelompok ini mengabaikan peruntukan, seperti hak istimewa Melayu, institusi

beraja dan seumpamanya (Nazri, 2012; Nazri et al. 2013). Contoh kelompok yang ekstrem dalam

memperjuangkan hak sama rata adalah kumpulan ultra-pluralis yang mencabar hak keistimewaan

Melayu dalam perlembagaan dan menuntut agar Universiti Teknologi MARA (UiTM) supaya

dibuka untuk semua kaum. Sikap ekstrem daripada kelompok ini telah mencabar kedaulatan

Perlembagaan Negara. Isu-isu sensitif seperti ini juga perlu ditangani dengan segera supaya ia

tidak menimbulkan konflik yang parah dalam masyarakat yang mampu menjejaskan kestabilan

politik negara dan merosakkan keharmonian antara kaum di Malaysia.

Kesan positif dan negatif

Isu-isu sensitif merupakan salah satu konflik kaum yang berlaku di Malaysia di mana ia tidak

pernah surut meskipun tidak mencetus peperangan besar. Namun apabila konflik ini terjadi,

sudah tentu wujud penindasan dalam kalangan individu dan masyarakat majmuk (Bennett,

2008). Hal ini akan menyebabkan perasaan tidak puas hati seterusnya menyebabkan ketegangan

dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Justeru hal ini menunjukkan bahawa konflik

kaum lebih banyak memberikan kesan negatif berbanding positif. Kesan negatif yang

268702
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

dimaksudkan di sini adalah kesan dari sudut sosial hubungan etnik, kesan ekonomi dan juga

kesan kepada imej nama Malaysia yang bakal disebut-sebut oleh negara luar bukan disebabkan

oleh kejayaan yang dicapai tetapi kerana perpecahan yang kerap kali berlaku sehingga menjadi

perhatian negara luar.

Dari segi kesan sosial, kelompok yang membangkitkan isu-isu sensitif, bukan hanya

mencetuskan salah faham kepada kaumnya dan kaum lain, bahkan ia mencetuskan kemarahan

kaumnya kerana budaya mereka sendiri tidak mengajar bangsa mereka bersikap kurang ajar

kepada kaum lain. Salah faham ini boleh terbentuk apabila ada individu yang mengeluarkan

kenyataan menghina dan ini akan membuatkan kaum lain memandang enteng dan juga

mewujudkan pandangan serong kepada kaum sendiri. Kemarahan etnik mereka pula lama

kelamaan tidak dapat dibendung dek selalu diperkotak-katikkan sesuka hati oleh kaum lain.

Ini seterusnya akan membuatkan masyarakat yang berbilang kaum hilang hormat antara

satu sama lain. Jarak sosial antara etnik juga semakin jauh dan interaksi antara mereka semakin

kurang. Jika hal ini berlaku, apabila mengupas sesuatu isu, mereka akan memberi pandangan

yang berbeza dan ini juga akan menjadi punca salah faham yang juga faktor kepada konflik

antara kaum. Lama-kelamaan, perasaan benci yang menebal antara satu sama lain

berkemungkinan akan menyebabkan rusuhan kaum yang boleh membawa kepada keancaman

kesejahteraan masyarakat majmuk di Malaysia (Kahmad, 2002).

Selain itu, apabila berlaku kebangkitan setiap kaum, maka mereka mula mempersoalkan

hak istimewa kaum melayu seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu, hak

keistimewaan Melayu dan peranan institusi beraja sedangkan hak istimewa tersebut telah digubal

dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan dengan mengambilkira suara pelbagai pihak

268702
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

(Nazri et al., 2011, dlm Mohd Roslan et al., 2018). Mereka menuntut peningkatan hak-hak bagi

kaum mereka dengan berpegang kepada hak kesamarataan.

Menurut Wan Mohd Nor (2001) dipetik dalam Mohd Roslan et al. (2011), keadilan

dalam Islam bukan bererti sama rata bahkan perlu mengambil kira segala sumbangan sejarah dan

akhlakiah mereka dan ini bermakna segala hak keistimewaan yang diberikan kepada masyarakat

bumiputera adalah adil. Sumbangan yang dimaksudkan adalah berupa jasa dalam

mempertahankan Malaysia daripada ancaman luar, membina tamadun dan juga berlapang dada

menerima kaum lain sebagai warganegara.

Kesan sosial yang membawa kepada keruntuhan hubungan etnik dalam masyarakat

majmuk di Malaysia seterusnya akan memberi kesan buruk kepada ekonomi Malaysia kerana

aktiviti ekonomi tidak dapat berjalan dengan lancar. Setiap kaum dan agama menyumbang

sedikit sebanyak kepada kelansungan ekonomi di Malaysia. Namun, jika kesan buruk ke atas

ekonomi berterusan dan kemungkinan berhenti serta-merta, negara perlu menanggung kerugian

yang terjadi bagi mengelakkan perkara yang lebih teruk berlaku dan seterusnya menjamin

keamanan rakyat Malaysia.

Jika isu ini diketahui oleh pelabur-pelabur luar, mereka semestinya akan menghentikan

pelaburan dalam negara yang mengalami krisis secara serta merta kerana bimbang kerugian

besar akan melanda. Hal ini seterusnya bakal mengurangkan pendapatan negara kerana tiada lagi

kemasukan pendapatan daripada negara luar, malahan terpaksa menanggung kerugian yang sedia

ada bagi mengamankan masyarakat sejagat.

Hal yang lebih teruk lagi adalah imej negara tercalar dek kerana rusuhan agama yang

berlaku dalam negara. Ini akan menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia tidak mampu untuk

268702
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

menangani masalah perpaduan kaum dan ini akan merosakkan imej negara di mata dunia. Hal ini

ibarat menconteng arang terhadap sesebuah negara yang berdaulat dan harmoni (Kahmad, 2002).

Analisis

Seperti yang sedia maklum, setiap kaum menganjurkan kaumnya untuk mengamalkan nilai kasih

sayang dan pendamaian meski berlainan budaya dan pegangan kepercayaan. Namun demikian,

isu perselisihan antara kaum memang tidak asing lagi dan sering berlaku dalam masyarakat di

Malaysia. Apabila perselisihan telah berlaku, timbulnya rasa ingin memperkecilkan, merendah-

rendahkan kaum lain. Selain itu, apabila perselisihan kecil terjadi, terdapat sesetengah pihak

yang mengambil peluang untuk memporak perandakan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Salah satu faktor berlakunya isu seperti ini adalah kerana perbezaan dalam unsur-unsur seperti

kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam.

Sudah menjadi fitrah bahawa kepelbagaian kaum melahirkan kepelbagaian cara hidup

yang perlu diterima oleh semua makhluknya dan ini menjadikan Malaysia sebagai salah satu

negara yang unik kerana mengamalkan masyarakat majmuk. Meskipun begitu, perbezaan ini

boleh menjurus kepada kerapuhan integrasi rakyat Malaysia yang menyukarkan proses

membentuk identiti nasional bangsa. Selain itu, perbezaan cara hidup dan pegangan ini tidak

boleh diambil enteng dan menganggapnya unik semata kerana terdapat sesetengah pihak yang

berfikiran sempit dan sekular mencuba untuk memanipulasi perbezaan budaya bagi kepentingan

diri masing-masing.

Hal ini terjadi kerana terdapat tingkat perbezaan budaya bagi setiap kaum. Perbezaan

budaya memainkan peranan penting dalam menentukan konflik yang bakal tercetus dalam

kalangan rakyat di Malaysia. Budaya dalam masyarakat kita terbahagi kepada dua bahagian iaitu

268702
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

budaya tradisional dan budaya moden (Kahmad, 2002). Budaya tradisional lebih mengamalkan

budaya yang sederhana manakala budaya moden pula adalah lebih maju. Ini juga menjadi faktor

pendorong yang dapat mencetuskan konflik perbezaan dalam kelompok kaum itu sendiri.

Disebabkan hal sebegini, masih ada juga sesetengah kaum yang merosakkan perpaduan kaumnya

sendiri seperti yang dilaporkan oleh Astro AWANI.

Sebahagian daripada mereka sanggup menggunakan kekerasan atas nama kaum dan

agama dan ini bakal memburukkan lagi persepsi kaum lain. Perkara ini berakar umbi ekoran

daripada komunikasi yang berasaskan sikap bahawa masing-masing merupakan pihak yang

benar (Kahmad, 2002). Mereka beranggapan bahawa mereka patut memperjuangkan

kepentingan kaum masing-masing dan ini akan menjadikan mereka tidak berpuas hati dengan

perlembagaan yang ditetapkan oleh kerajaan yang berusaha sedaya upaya untuk

menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Oleh sebab itu, terjadilah perbalahan atau

permusuhan dengan mengeluarkan kata-kata makian kepada kaum lain hanya sebab mereka

mempercayai bahawa apa yang mereka perjuangkan adalah betul dan benar. Sepatutnya

perbezaan budaya antara kaum dan hak yang diperoleh oleh setiap kaum mestilah dihormati

kerana setiap kaum telah mendapat apa yang sepatutnya diperolehi oleh kaumnya. Hal ini

demikian kerana sekiranya setiap kaum sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain meskipun

berbeza budaya, nescaya kesejahteraan sejagat dapat dicapai.

Sikap prejudis dan prasangka yang kuat kepada etnik lain juga menjadi salah satu faktor

berlakunya isu-isu sensitif yang mencabar kedaulatan perlembagaan Malaysia. Menurut Healey

(2009), dipetik dalam dlm Mohd Roslan, Khadher, dan Mohd Yakub (2018), sikap prejudis

berlaku apabila sesetengah kaum memandang serong dan negatif kepada etnik dan agama lain.

Meskipun masyarakat sudah banyak didedahkan dengan fakta bahawa pemahaman itu adalah

268702
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

tidak benar, namun, sikap sebegini sememangnya sukar diubah kerana telah sebati dengan diri

mereka. Pengasingan tempat tinggal mengikut etnik dan agama yang berlaku sebelum merdeka

telah membuatkan mereka terbawa-bawa dengan pemeliharaan kelompok mereka sahaja

menguatkan lagi sikap prejudis yang sedia ada (Sanusi, 1981; dlm Mohd Roslan et al., 2018).

Secara umumnya, isu perkauman merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada konflik

dalam masyarakat Malaysia kerana ia masih kuat mempengaruhi pemikiran, sikap dan nilai,

persaingan, dan diskriminasi dalam segala aspek masyarakat majmuk (Chandra, 1996; dlm Mohd

Roslan et al., 2018).

Cadangan penambahbaikan

Isu konflik kaum dan agama telah lama berlaku dan pelbagai solusi telah diberi. Namun,

kebanyakan penyelesaian yang diberi adalah dengan berusaha mencapai kepentingan kaum

masing-masing dan menjadikan agama mereka satu-satunya agama yang patut dianuti (Bennett,

2008). Ini sebenarnya tidak memberi sebarang penyelesaian kepada isu yang sedang berlaku

kerana ia akan mencerobohi hak kaum yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Oleh itu, berdasarkan faktor-faktor terjadinya pembangkitan isu-isu sensitif, boleh dilihat

bahawa ianya terjadi kerana kekurangan ilmu dan pemahaman tentang sesuatu agama dan kaum

tersebut. Oleh itu, seminar mengenai agama dan kaum lain juga perlu diadakan supaya

masyarakat dapat memahami adat resam dan budaya yang diamalkan kaum lain dengan lebih

mendalam seperti memahami nila-nilai yang diamalakan, perayaan dan sebagainya dan

seterusnya dapat menghormati adat resam budaya lain. Apabila telah saling memahami antara

satu sama lain, maka, salah faham antara masyarakat dapat dikurangkan dan keharmonian dapat

dicapai dalam masa yang singkat.

268702
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

Selain itu, bagi mewujudkan keharmonian antara agama dan kaum, pendekatan yang

holistik perlu dibangunkan. Salah satunya adalah menerusi pendekatan kesederhanaan

(wasatiyyah) dalam apa jua yang dilakukan. Pendekatan ini dapat mengimbangi sifat ekstrem

yang dipamerkan oleh sesetengah individu beragama. Wasatiyyah merupakan satu perkataan

arab yang bermaksud kebajikan, pertengahan, keadilan, kebaikan dan perantaraan (Ibn Manzur

t.t; dlm Mohd Roslan et al., 2011).

Para pengkaji merumuskan bahawa wasatiyyah ini dapat menjadi kriteria yang mampu

menangani isu konflik antara kaum yang berlaku di Malaysia. Namun, sifat wasatiyyah perlulah

diamalkan oleh setiap individu supaya masalah ini dapat ditangani. Melalui pengertian

wasatiyyah, terdapat empat sikap yang perlu menjadi sebahagian daripada setiap individu dan

masyarakat. Antaranya adalah saling bertoleransi, saling bantu membantu, saling berdialog dan

berbincang dan saling menghormati. Bagi sifat toleransi, setiap pihak perlu menerima perbezaan

sesuatu isu yang berlaku dalam masyarakat dengan berlapang dada kerana apabila perbezaan itu

dapat diterima, maka jurang perbezaan itu akan semakin mengecil seterusnya perpaduan antara

kaum dapat direalisasikan (Mohd Roslan et al., 2011).

Kesimpulan

Kesimpulannya, setiap kaum juga perlu saling membantu dalam perkara kebaikan dan bersama-

sama membanteras keburukan bagi meneruskan kelansungan hidup yang harmoni dan aman

damai. Sekiranya sebarang isu yang berkaitan perpaduan berlaku, setiap kaum perlu berganding

bahu menyelesaikan perkara tersebut bukan hanya ymenjadi batu api yang semakin menabah

bara kepada api kemarahan yang sedia ada. Bagi kriteria saling berdialog dan berbincang, ini

merupakan pendekatan yang efektif di mana segala isu sensitive yang timbul, dapat

268702
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

dibincangkan dan diselesaikan dengan aman tanpa perlu berlaku sebarang pergaduhan yang tidak

diingini (Mohd Roslan et al., 2011).

Di samping itu, setiap individu bertanggungjawab untuk menghormati kepelbagaian

kaum dan agama dalam masyarkat sejagat di Malaysia supaya tidak menimbulkan sebarang

rusuhan di kemudian hari (Mohd Roslan et al., 2011). Ini dapat dicapai sekiranya setiap individu

dan masyarakat memuliakan orang lain tanpa mengambil kira perbezaan etnik atau pegangan

dalam kehidupan seharian kerana setiap agama sememangnya menyuruh penganutnya menjadi

orang yang penyayang serta penuh dengan nilai-nilai murni. Hal ini demikian kerana, segala

perangai atau sikap yang dipamerkan mencerminkan budaya kaum masing-masing kerana, kita

lebih banyak mengenali kaum lain melalui apa yang ditunjukkan oleh kaumnya. Oleh itu, setiap

individu perlu bersikap baik seperti yang diajarkan oleh setiap kaum bagi mencapai

kesejahteraan rakyat Malaysia.

268702
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

Rujukan

34 kes hina agama direkod tahun ini. (2019). Astro AWANI. Dimuat turun Jun 25, 2022, daripada
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/34-kes-hina-agama-direkod-tahun-ini-
221402

Ahmad, N. M. (2020). Definisi Melayu Dalam Perlembagaan Malaysia Dan Kesannya Terhadap

Kefahaman Dan Amalan Ajaran Islam Di Malaysia: The Definition of Malay on

Malaysian Constitution and Its Effect Towards Islamic Understanding and Practice in

Malaysia. Sains Insani, 5(2), 9-16.

Bennett, C. (2008). In Search of Solutions: The Problem of Religion and Conflict (Religion &
Violence). United Kingdom: Equinox Publishing Ltd.

Hishamuddin Rais. (2019). Melayu itu apa? Dimuat turun Jun 25, 2022, daripada

https://www.malaysiakini.com/columns/458559

Kahmad Dadang. (2002). Sosiologi Agama. Bandung: PT Remaja Roskadarkarya.

Kedutaan A.S di Malaysia. (2017). Laporan Kebebasan Beragama Malaysia 2017. Dimuat turun

Jun 25, 2022, daripada https://my.usembassy.gov/ms/irf2017_my-053018-ms/

Mohd Roslan Mohd Nor., Khadher Ahmad., & Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff. (2018).

Penyelidikan Serantau: Isu-Isu Sensitif Dalam Masyarakat Majmuk. Kuala Lumpur:

Universiti Malaya.

Nazri Muslim, (2012), Implikasi Peruntukan Islam dan Orang Melayu dalam Perlembagaan

Persekutuan Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia, Kemanusiaan, 19 (2), 19–62.

268702
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia

Nazri Muslim, Jamsari Alias, Wan Zulkifli Wan Hassan, Azizi Umar & Nasruddin Yunos,

(2013), Analisis Peruntukan Orang Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Dalam Konteks Hubungan Etnik, Jurnal Melayu, 11, 63-78.

Noraini Zulkifli. (2011). Bincangkan Mengenai Hak Istimewa Orang Melayu Dalam

Perlembagaan Malaysia. Doi:10.13140/RG.2.2.36188.08327

Pesuruhjaya Penyemak Undang-undang. (2010). Perlembagaan Persekutuan (Cetakan Semula).

Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

SlideShare. (2010). Hak Orang Melayu. Dimuat turun Jun 25, 2022, daripada

https://www.slideshare.net/ayuapiz/hak-orang-melayu

268702

You might also like